"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

04 January 2010

Sekitar Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.

Semasa berada di Kedah, sempat ana dan abi ke pasar dan membeli barang dapur. Sedikit sebanyak, terasa seronok duduk di kampung kerana harganya jauh lebih murah berbanding di bandar, tetapi tidak semua. Sesetengah barang mahal malah ada barang yang tak jumpa walaupun hampir semua kedai diterjah, tiada rezeki. :)

[1]

Balik dari pasar, duduk di beranda... Saja nak merasa angin kampung. Sambil menikmati bihun sup yang dibeli (teramat la beshhh kalau makan sup dari utara, mungkin kerana sup di masak dengan tulangnya. Wallahua'lam) ana mendengar celoteh dari Tok Ngah. Satu perkara yang ana pelajari, berbicara dengan orang tua ni banyak sungguh kiasan hingga ana kelihatan sangat 'slow' menangkap butir bicaranya.

[1] Loghat pekat
[2] Kiasan mendalam

Satu perkara yang Tok Ngah cerita, puas ana nak fikir apa yang sebenarnya mahu disampaikan oleh Tok Ngah. Belum sempat mencerna cerita tersebut, Tok Ngah beralih ke cerita seterusnya buat ana terpnga-pinga dan memang ana mengangkat tangan mengalah kerana ana tenggelam dalam pemikiran sendiri. Akhirnya, ana lebih banyak memerhatikan pokok getah, ayam, itik dan sekitarnya berbanding mendengar celoteh Tok Ngah.

"Ummi, apa yang sebenarnya Tok Ngah cerita. Tak faham la." Ana berbisik pada ummi. Ummi tidak mengendahkan ana kerana sedang khusyuk mendengar cerita Tok Ngah.

"Sabar je la, dengar dan buat-buat faham. Ambil hati." Pujuk diri sendiri.

Dan setelah cerita Tok Ngah bertukar sekian entah yang keberapa kali baru ana faham bicaranya yang awal tadi. Oh, mendalam sungguh kiasan yang digunakan atau sebenarnya ana ni yang slow. Wallahua'lam. :-?

[2]

"Ei... Ayam ni lah... Syuhhh... Syuhhhh!"

Adik membebel melihat ayam yang berkeliaran sekitar rumah.

"Adik nak takut apa dengan ayam tu, bukannya ayam makan Adik tapi Adik yang makan ayam." Ana tersenyum, Adik buat muka tak puas hati. Ya, kemenangan di pihak ana.

Sekali.. Allah nak tunjuk sekejap saja.

Ayam terbang betul-betul di depan ana.

"Allahuakbar!"Aihhh, melatah 'orang tua' ni ye. Selalu ana menampar pipi setiap kali melatah, nasib la yang keluar dari mulut bukan yang bukan-bukan. Aihhhh.... panggg! sekali lagi pipi ditampar.

Hoho, silalah fikir sendiri apa yang Adik katakan pada ana, malas ana nak "copy and paste". Sabar je la! <-- iya, hidup perlukan banyak kesabaran.

"Tangkap la ayam tu, jinak tu." Pak Lang bersuara di belakang ana.

Ana tengok je ayam depan mata.

"Sembelih juga ayam ni karang...." Menggedik je ayam tu depan ana.

Tapi mendengar kalimah 'tangkap' buat ana tergelak dalam hati. Ana nak tangkap ayam? :-? Hihihi. Dengan kucing pun geli, inikan pula nak tangkap ayam. Nanti mulut ni yang lebih bekerja berbanding tangan. Lalalalalaaa...

[3]

"Sedap la bihun ni, 2 pinggan dah tok makan."

"La... kenapa tok makan pinggan, makan bihun sudah la." :gelak: <-- ana seorang yang sungguh banyak merepek. Nanti jumpa mak mertua, kena gam mulut. Huk huk.

Ana rasa ana masak bihun sangat banyak (berlebihan) apabila di nisbah kepada bilangan ahli keluarga yang nak sarapan. Tetapi, bila ke dapur... Kelihatan ianya tidak cukup. Makan la sesudu bihun. Erkkk... Macam biasa je. :P

"Kak Ha memang la cakap biasa sebab takut pasal malam tadi." (tragedi 1 Januari yang sungguh hampes kerana tak leh nak lupa, orang lain pula sibuk mengulang perkara yang sama. Menci tol... wawawa) :(

Iya la, sebab nak rendam bihun la terjadinya tragedi tersebut. Uhuk uhuk uhuk.

Satu yang ana belajar tentang masakan, kalau kita sendiri memasak memang kurang selera sebab bau tumisan dan rencah masakan sudah menginap dalam rongga hidung, jadi agak kurang la nafsu terhadap makanan yang tersedia. Kalau orang lain yang masak, barangkali lebih sedap. Psikologi je semua tu. :D

1 leaves:

~ZuLhAiRi~ 5 January 2010 at 02:29  

salam...

xdak apa la...ana boleh sengih je baca entry ni...nak2 part ayam tu...:p

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO