Perkahwinan Bukan Sekadar.....
Alhamdulillah, semalam saat pening kepala dengan satu perkara ni, terbaca satu posting yang amat-amat buat jiwa ini merintih sendiri. Terasa betapa sayangnya Tuhan pada diri yang penuh selut dosa. Tazkirah yang sangat memberi kesan pada hati. Moga-moga ana kan berjaya mencontohinya! Ameen!
---------------------------------------------
Assalamu 'alaikum
Salam ukhuwwah. Saya telah diberikan tugasan oleh cik moderator untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang bergelar pelajar dan juga sebagai seorang isteri. Perkahwinan tidak semudah lafaz I LOVE YOU. Nak melafazkan I LOVE YOU pun terketar-ketar inikan pula nak melafazkan akad dan nikah, bukan mudah nak mengambil alih tugas sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa seseorang untuk menjaga anaknya. Inilah yang suami ana bebelkan hampir setiap minggu. Hehehe.
Saya berkahwin pada usia yang muda atas permintaan ibu bapa saya. Melepaskan anak gadis berjauhan dari keluarga bukan perkara yang mudah, alhamdulillah mereka mencarikan saya seorang lelaki yang soleh, faqeh (insya Allah) dan penyayang. Sewaktu istikharah, saya hanya memberikan hati saya pada mak ayah sebab saya yakin mereka mahu yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, Allah berikan jalan yang terbaik kepada saya. Dibesarkan dalam biah solehah, dan abang-abang saya selalu mengingatkan saya tentang cinta.
Berkahwin pada usia muda tidak mudah adik (not to sure siapa lebih tua), tanggungjawab besar dan banyak. Nak catch up pointer sebagai pelajar, nak catch up pointer sebagai isteri. Kelebihan saya sebab suami dah biasa urus rumah tangga, bezanya dulu dengan kawan-kawan ada giliran hari untuk masak dan sebagainya. Tapi, bila dah kahwin lain jadinya. Hampir setiap hari suami yang memasak dan menghantar saya ke kuliah. Terkadang worse lagi bila saya pening mengadap nota-nota, maka suamilah yang akan mengalih nota-nota tersebut kepada bahasa Inggeris/Malaysia. Selalu dia berbangga, kalau sama-sama ambil exam pasti dia lebih excellent sebab dia yang terjemah nota-nota saya. Tapi seronok juga hampir setiap hari boleh bergaduh.
Suami seorang yang agak syadid sebelum berkahwin, 4 tahun mengikat pertunangan. Untung kerana kami sepupu. Selama 4 tahun suami di Mesir, jarang sangat nak berhubung. Lagipun penghubung kami ialah mak ayah. Sepucuk surat yang dia layangkan dan merupakan satu-satunya surat yang saya dapat sepanjang bergelar tunangnya. Antara amanah yang dia sampaikan ialah:
...kita sama-sama terpisah benua kerana mencari ilmu, berjuang sebagai pencinta ilmu, kita sama-sama bertanggungjawab untuk membaiki diri setiap hari dan waktu kerana Allah mengikat kita dalam satu tali yang kuat, persaudaraan sesama muslim. Ukhti bertanggungjawab dan ana juga bertanggungjawab lebih dari ukhti kerana ana yang bakal memimpin ukhti, maka persiapan ana akan jauh lebih sukar. Ukhti juga punya peranan sebagai seorang wanita bakal ibu yang akan mewariskan ilmu dan akhlaq kepada anak-anak. Ana amanahkan kita sama-sama berusaha mencari cinta Ilahi sebelum kita berusaha perolehi cinta manusia. Ana yakin dengan istikharah ana dan ana harap ukhti boleh melaksanakan amanah ini sebaiknya...
Lucunya, surat diberi melalui ayah saya. Lebih lucu lagi, ayah minta izin dari tunang (masa tu) untuk baca surat. Terus berubah mukanya. Tapi diangguknya juga (bakal ayah mertua la katakan, hehe). Sampai sekarang pun alhamdulillah, suami mengingatkan saya untuk sentiasa perbaiki diri. Syukur alhamdulillah. Ujian dalam rumah tangga banyak... Tidak dihamparkan kemanisan tanpa ujian. Stress juga sebagai pelajar dan dalam masa yang sama perlu untuk menjaga perasaan suami.
Terkadang, orang hanya mengambil jalan mudah dengan berkahwin. Sebenarnya perkahwinan bukan satu perkara mudah, ianya bukan sekadar menghalalkan apa yang haram. Tapi jauh lebih besar dari tu. Kita bukan hanya perlu mantapkan ilmu agama tapi perlu juga mantapkan perasaan dan hati supaya berfikir dengan tenang bila hadapi masalah. Bila menghadapi masalah, kami tidak terus hanya berfikir sebaliknya suami akan suruh saya bermuhasabah diri dan sentiasa kembali pada Nya.
Cinta bukan sekadar ungkapan di bibir, cinta perlu sentuhan dari Rabb agar ianya sentiasa mekar dengan perasaan kasih, tidak tercemar dengan perkara-perkara yang mendatangkan kemarahan Allah. Cinta juga menjadi indah kalau kita berjuang untuk mendapatkannya! Kalau dengan mudah kita dapat cinta manusia, kita tak hargai cinta tersebut. Kalau kita mujahadah mendapatkan cinta Allah sebelum cinta manusia, kita lebih memahami apa itu cinta.
Di Malaysia, pasangan berkahwin dan belajar agak sukar nak enjoy dengan perkahwinan tersebut sebab ada mak ayah yang dekat. Huhu..... bila merajuk cari mak ayah. Itu yang membuatkan masalah kecil jadi besar. Perkahwinan bukan macam percintaan, tapi satu perkongsian yang diharapkan sampai kepada penghabis usia di dunia dan permulaan usia di alam Akhirat. Saya pernah tanya suami kenapa dulu jarang tanya khabar pada saya walhal kalau sms pun 50 sen je, bukan mahal. Sesekali je mesej. Dia jawab:
Buat apa nak susah-susah cari cinta manusia kalau kita belum milikinya. Kalau sekarang ni, bukan setakat mesej tapi hari-hari terpaksa dengar celoteh dan bebelan abang kan?
Hahaha... betul betul betul. Memang hari-hari..! Kalau dari dulu dah biasa dengar bebelan dia, pasti sekarang dah bosan. Tapi sekarang nak tak nak kena la dengar juga bukan dengan perasaan bosan tapi ditambah dengan tahap curious nak tau apa pula topik yang nak digaduhkan. Lepas gaduh selalunya dia akan tick pada kertas yang dia telah menang dan 'menakluk' saya, supaya bila saya dah habis study nanti dia nak bagitau pada mak ayah saya yang bukan saja pelajaran saya yang dia jaga tapi akhlaq dan perasaan saya juga dia bertanggungjawab untuk lentur.
Dan saya? Makin susah nak buat-buat malas dalam study. Suami berikan tekanan pada saya supaya saya dapat bertindak jauh lebih baik berbanding tanpa tekanan. Nanti umur muda belia dah kene darah tinggi, erk! Nau'zubillah. Bila dah berkahwin, perlu jaga perasaan suami supaya tidak terguris. Walau sesibuk mana pun, mak pesan agar luangkan masa dan perasaan untuk suami kerana perkahwinan adalah perkongsian bukan saja berkongsi suka tapi sakit demam semua sekali. Termasuklah bila emosi suami tak stabil, marah atau apa pun. Kita akan terkena tempias, kalau bukan kita yang dimarahinya pun tetap juga kita akan rasa kelainannya.
Bila kita sayang seseorang, kita bukan hanya nak dia bahagia di dunia kerana dunia hanya sementara. Kita mahukan kebahagiaan padanya dunia dan akhirat. Bahagia dengan kehidupannya, dia bahagia bila kembali pada Tuhannya. Kalau kita hanya berikan bahagia di dunia dan akhirat kelak kita yang mengheretnya ke neraka Allah, itu bukan cinta tapi penganiayaan yang sangat menghinakan mereka di depan Tuhan. Nau'zubillah.
Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan apa yang haram.
Sekadar pengalaman, bukan pandangan dan bukan juga nasihat.
p/s: Terima kasih abang sebab memberi peluang saya mengenali Allah sebelum mengajar saya erti sebuah percintaan.
-------------------------------------------------
Subhanallah, entah kenapa air mata mengalir membaca satu 'warkah' yang sangat memberi pengajaran pada ana. JAGA HATI, JAGA HATI dan JAGA HATI. Bila sudah istikharah, belajarlah untuk merasai kemanisan tawakal pada Allah taala. Itulah yang Ummu Uwais pesankan dalam posting sebelum posting di atas ni. Iya, tawakal. Istikharah dan tawakal, satu kombinasi yang insya Allah akan mengajar manusia jadi hamba Allah, menghambakan diri pada Tuhan Yang Maha Esa. Moga-moga Allah merahmati usaha dalam membina baitul muslim yang berkat dan bebas dari unsur-unsur cinta. (*_*)
Just wanna sharing, gambar (langit) sepanjang tempoh tension (am I depress?) yang agak memaksa diri jadi keanak-anakan semula. Petang semalam, teringat nak keluar main buaian di bekalang rumah. Kebetulan hujan dah berhenti, so ana dan adik-adik keluar menikmati panorama alam. Main buaian.... Seronok rupanya dihayun tinggi-tinggi sampai pening kepala. Ehek. Bukan setakat pening tapi sampai rasa nak muntah, huhu. Patut la anak-anak Pak Uda kalau datang rumah, susah sangat nak masuk rumah. Dorang lebih suka main di luar especially si Faiz, Irsyad dan Faris, hehe. Baru ku tahu.
Laman bekalang agak luas, siap buat lawak sengal pada abi dan ummi. Nanti kalau nak buat kenduri kahwin, pasang je khemah kat laman bekalang. Sure orang pelik, kereta banyak depan rumah tapi tak ada khemah. Rupanya khemah duk belakang, eheks. Yang lelaki leh pasangkan khemah kat bawah pokok kelapa depan rumah. Wah, canggih tu. Baru la mesra alam, agak-agak nak bersanding (khusus untuk family je), bersanding je atas buaian. Hik hik! Kalau bab nak wat kad jemputan, abang leh set up. Tapi rugi kertas tu, kita kena less paper kan. Mesra alam la katakan.
Hantar SMS je, invite kawan-kawan, pastu bagi mereka yang berhasrat nak datang boleh la download peta rumah melalui website. Lagi la canggih, kih kih kih. Abang tak leh cari makan la gitu kalau semua bakal pengantin berfikir sengal macam ana. (*_*)
7 leaves:
salam ukhti insyirah.
sy baca post yg ni, terus tkedu kejap kut. ^-^ baru2 je tfikir psl kahwin muda. lps dah baca post ukhti ni jd tfikir dr sudut bbeza pulak.
syukran jiddan ukhti sbb post something yg bisa dikongsi sama2. :)
salam.
assalamualaikum.subhanallah,indahnya kisah di atas, betul2 memberi keinsafan dan kesedaran.semoga kita semua mmpu mnjg cinta dan hati kita agar tidak tercemar oleh cinta y terlarang..aminn
*jg diri baik2 ye cik adik..awk tu tk sht lg..smg Allah bls kesabaran mu dgn ganjaran yg tdk ternilai.aminn:)
salam 'alaik insyirah,
awat ceq rasa nak tergelak besaq ja hang masukkan entry ni ya? Wah, kena minta royalti ni rasanya. Macam kenai sangat ja dengan posting ni, hihi :)
Insya Allah, antunna semua bakal mendapat suami yang soleh kiranya antunna berusaha menjadi seorang yang solehah. Yang penting kena selalu muhasabah diri sendiri. Jangan mengharap orang soleh tanpa menjadi orang solehah.
Bahagia kini mendapat sayap kiri seorang yang sangat taat... Moga jodoh kami kekal ke syurga ilahi. Andai ku layak ke syurga Mu, moga isteriku kan jadi bidadarinya. Amin ya Rabb.
ha insyirah, nak tunggu ustaz mesir gak ke macam penulis atas ni? :p
(kenapa ana rasa nak tergelak besar ni?)
Salam dik, moga Allah memberi kekuatan yang didambakan dalam sujud dan zikir mu. Kuatkan hati, kuatkan emosi dan kuatkan iman atas setiap rintangan.
Insya Allah, moga Allah membalas dengan yang lebih baik dari apa yang 'diambil' Nya.
p/s: eleh eleh Ustaz Wan buat-buat tak tau pulak, padahal posting create by wife dia.. ceh! menci tul la, mogok ngan anta baru tau!
Assalamu'alaikum,
- azi : alhamdulillah, moga bermanfaat untuk kita sama-sama hayatinya. yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan :)
- ukhti Nisah : wa'alaikumussalam whb. Itulah indahnya bila kasih sayang mengharap mardhatillah, semuanya jadi indah tapi nak dapatkan keindahan tu perlu la kita mujahadah kan kak? :)
Insya Allah, jaga diri bebaik. Huhu, lama tak da usrah ni, tertunggu juga... :)
- Ustaz Ridwan : wa'alaikumussalam whb, awatnya nak gelak pula ustaz ni. Bawa bertenang ye, jangan gelak tak tentu pasal. Ana tau siapa skandel dalam cite nih, kih kih kih...
Moga jodoh kalian berterusan hingga kepada Nya, ameen :)
p/s: Amboih kemain lagi ye nak kenakan ana pula. sapa la ana ni nak banding dengan Mrs Wan tu, sobs sobs sobs... ustaz mesir ke ustaz mana ke, sapa la ana ni kan. cermin diri duluk! nak kat merak tapi diriku hanya gagak... huhu.. (*_*)
- Ustaz Khairul : Ngeee.. pak mertua ana ni sihat ke? ehem3 Uwais sihat pak? (kene tny kabar pak mertua baru leh tny kabar anak bujangnya.. kih kih kih)
Insya Allah... Ameen ustaz!
Salam'alaik, hehe.. kelakar jap akak baca posting ni sebabnya tertengok apa yang Ustaz Wan tulis tu. Allah, ustaz Wan malu-malu pula. Bagus la tu dik, kita berdakwah bukan hanya dengan kalam di alam realiti, tapi akhlaq kita juga insya Allah boleh dijadikan ikutan pada mereka yang menyanjungi akhlaq kita.
Dalam proses nak membina bait muslim yang diberkati Allah, zaman skrg ni bukan satu perkara mudah lebih-lebih lagi kita terdedah dengan pelbagai fitnah dunia. Na'uzubillah.
p/s: Psss... Syirah kata nak Uwais, tunggu doploh tahun lagi la baru tau hihi. Agaknya Uwais nanti ke Mesir ke?
Ya Rabbi,
Kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh solehah. Amiinnnn.
salam kembara Iman.
wa'alaykumussalam whb kak,
hehehe.. hantar Uwais ke Syria atau Jordan la kak, jauh sikit perjalanan adik... Ngeh3... *_^
Syukran kak...
aamin ya Robbal aalamin.. :)
Moga Uwais, Durrani dan Mus'ab membesar dengan fikrah islami, jadi insan soleh solehah, pembawa risalah agama Allah. Islam addeenul haq. :)
Post a Comment