"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

24 January 2009

Nota Buat Insyirah

Alhamdulillah wa syukrillah ala nikmatillah.

Subhanallah. Hidup bersilih ganti antara senyuman dan tangisan. Andai tangisan itu meluah bicara, menangislah. Andai senyuman itu penawar duka, senyumlah agar luka itu terubat. Kata-kata dari seorang sahabat yang ana simpan, semoga Allah terus-terusan berikan nikmat ingatan dan tautkan hatiku pada sahabat-sahabat yang begitu gigih dan istiqamah mendaulatkan Islam. Mereka juga yang selalu memberi tarbiyyah pada hati dan tazkiyyatun nafs berpanjangan buat ana. Jazakumullah khair katsir!

Setelah 19 tahun berkelana di bumi Allah, banyak catatan kehidupan. Mudah-mudahan ia adalah cara Allah mendidik untuk mematangkan ana, menjadikan ana dewasa pada fikiran. Insya Allah, setelah usia yang beralih angka pada hari ini. Ana berazam, dan moga Allah mudahkan!

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK COMOT pada akhun wa ukhtun [cikgu Shidee mesti gelak ni] sebab hijrah ana nak jadi ADIK COMEL pada akhlaq dan mudah-mudahan menjadi insan yang solehah pada kalam dan perbuatan.

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK BUCUK pada ukhti Amiera [yesss!] sebab hijrah ana nak jadi ADIK WANGI yang selalu menebarkan haruman iman dan taqwa pada Nya. Mudah-mudahan biasan iman dan taqwa dari ukhti akan ana rasai... Maka, ana akan selalu harum dengan perfume iman dan taqwa. Ameen.

Ana tidak mahu lagi jadi ADIK MANJA pada sesiapa [dengan kejamnya! ^_^] kerana ana tidak lagi budak-budak hingusan, walaupun ramai beranggapan begitu. Akan diusir sehabis mungkin ciri-ciri manja pada diri. Tinggal manja dengan Mr Pooh je la, si jantung hatiku. Huhu. Hijrahku mahu menjadi ADIK CEKAL yang mampu memberi kebaikan pada orang lain, terutama pada ummi dan abi. Moga Allah memudahkan. Ameen.

Yang ana mahu jadi ADIK COMEL, ADIK WANGI dan ADIK CEKAL [dengan semangatnya!] pada hari-hari mendatang. Hari ini, selangkah usiaku menuju ke alam barzakh, semakin pendek usiaku. Saban hari, mendoakan agar Allah kurniakan usia yang berkat. Walaupun ditakdirkan PENDEK angka di dunia Nya, mudah-mudahan PANJANG dek kerana barakah yang diperolehi. Arh... Mampukah? :(

Hadiah hari lahir dari Allah, akhirnya ana berchatting panjang dengan Ukhti Syifa'. Macam-macam yang dikongsikan, usik mengusik, dan paling sebak bila ukhti katakan sesuatu pada ana. Waaaa... Cengeng la ana ni. Kene struggling nak BUANG sifat cengeng ni. Ya Allah, panjangkan ukhuwwah ini hingga ke Negeri Abadi.

My Love Heart - Wah.. Macam adik beradik kan? *_^

Pagi tadi, ummi dan abi tersenyum-senyum pada ana. Hehe, pagi lagi ana dah ON laptop, tengok gambar-gambar terakhir sebelum masuk wad... Wajah-wajah ceria abang, abang cik, aiman, mahfuzah dan fadilah. Ummi dan abi yang sampai sepet-sepet matanya gelak dengan keletah kami. Nampak je dah besar tapi masing-masing perangai macam bebudak jer. Alahai... Tak sedar ummi dan abi dah nak dekat 50 tahun, abi kata kena prepare la lepas ni nak pergi pinang anak orang. [Kih kih kih] =P

"Happy birthday... Happy birthday... Happy birthday..."

Alamak, malunya *_*
Rasa macam nak peluk ummi dan abi je tapi muka dah merah semacam. Tutup muka... Ngeee... Ummi, abi, doakan kakak... Moga jadi anak yang solehah, selalu taat pada ummi dan abi, selalu dengar kata, tak mo degil-degil dah. *_*

Sepagi ini, sekadar mendengar lagu ANAK SOLEH.
Hati ini sebak, tapi tak mahu menangis! Up and down of my life... Like abi said: Life must go on with HOPE! Jadilah manusia yang selalu meminta pada Allah. Jangan jadi manusia yang bergantung pada manusia. Hakikatnya, dia juga bergantung pada Nya.

Ya Rabbana,
Jadikanlah aku anak yang solehah,
Taat pada perintah ibu ayah,
Sering sabar mendepani mereka,
Sesabar mereka malayan kerenah ku,
Sayangilah kedua orang tua ku,
Sesayang mereka pada ku sejak dulu,
Cinta mereka tiada syarat,
Ku yakin cinta MU tanpa syarat,
Kerana Engkau yang menciptakan cinta,
Engkau juga membenihkan cinta,
Menebarkan cinta di hati hamba-hamba,
Maka... Peliharalah cinta kami,
Hingga kecintaan kami pada Mu melebihi segalanya!

Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Rabbal alameen.

And... Last but not least. SANAH HELWA buat DIRIKU. (",)

8 leaves:

Anonymous,  24 January 2009 at 12:54  

salam ukhti insyirah.

happy bday yg ke 19 (kan? kan?) ye! semoga dlm rahmat & agama Allah selalu. :)

Anonymous,  25 January 2009 at 08:52  

salam ukhti, sanah helwa. moga dikurniakan Allah iman yang sihat dan akal yang smepurna. insya Allah.

ana selalu ikuti tulisan-tulisan ukhti di blog dan juga jurnal. tak hairan la kalau ada sahabat yang sanggup tak tidur malam kerana menghabiskan tulisan-tulisan ukhti dan hanya berehat seketika untuk tahajud dan subuh. memang ukhti 'mengikat' hati kami yang membacanya. syukran!

kebanyakan ikhwah akhawat menulis blog berbentuk ilmiah, banyak perkongsian ilmu dan hujah tapi ukhti memberi sentuhan pada HATI dan JIWA ana. sekali lagi ana ucapkan syukran. kata-kata ukhti dan lebih kepada santai, selalunya membuat ana berfikir panjang.

ana yakin ramai lagi sahabat yang sependapat dengan ana. ukhti 'mengikat' hati ukhti hingga ada sahabat ana yang merasakan ukhti menulis bukan menggunakan hanya akal tapi seperti yang ukhti selalu katakan dalam jurnal: MENULIS DARI HATI MERESAP KE DALAM HATI.

semoga ukhti terus menulis... izinkan saya agar terus menjadi orang yang selalu ternanti-nantikan kata-kata ukhti.

wassalam.

- insan kerdil -

Anonymous,  25 January 2009 at 08:56  

alhamdulillah, ana sebagai saudara se-muslim sudah sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk 'mengenali' ukhti walaupun hanya cebisan kata-kata. ana yakin pasti ibu bapa ukhti berbangga dengan seorang anak seperti ukhti!

moga terus menjadi srikandi yang tabah dan cekal.

- insan kerdil -

Anonymous,  25 January 2009 at 10:15  

SANAH HELWA dik Syirah comot [wah, ana tetap nak panggil comot gak!]

Moga cepat sembuh ye dik..! Moga dipertemukan dengan zauj yang soleh, ameen.. (",)

Dik, uwais rindu kat kholah dia... mai la sini, bercuti2 malaysia =P

Anonymous,  27 January 2009 at 00:13  

Salam, Selamat menyambut ulangtahun ke 19. Dah besar dah anak menakan Pak Utih ni. Umur dah makin muda (menuju alam barzakh). Pak Utih lagi muda. Moga sihat dan dilindungi Allah sentiasa.

Insyirah 27 January 2009 at 22:27  

Assalamualaikum

- azi
- ustaz kecil
- abu Uwais
- pak uteh [im surprise...huhu]

SYUKRAN wa JAZAKUMULLAH khair katsir atas doa kalian, hihihi... Alahai, malu dehhh... tutup muka *_*

Anonymous,  28 January 2009 at 18:55  

Salam'alaiki,
sanah helwa ukhti insyirah yang comel, wah makin jelita sahabat ana yang sorang ni. hehehe =)

moga cepat sembuh ye sayang, jangan malas buat fisioterapi. rajin2kan diri qiamullail, ringankan badan untuk munajat pada Nya. Hanya Allah tempat mengadu. kuatkan hati!

ana tau ukhti kuat!!

muahhh, miss you dear!

p/s: baru abes perang dengan exam, huhuhu.

Kash 29 January 2009 at 16:56  

birthday Hah ka, la pcik pun x tau, anyway happy besday semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan ceria selalu serta diberikan kesihatan yang baik.

Sori la lambat wish happy besday, balik Penang.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO