"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

07 January 2009

Sakit Hapuskan Dosa

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.

Image Hosted by ImageShack.us

7 leaves:

IKRAB family 8 January 2009 at 10:45  

Salam maal hijrah dan thn bru dik.Moga dikurniakan Allah kesihatan yg baik dan Rahmat Allah sentiasa bersamamu.Take care ya.

Kash 8 January 2009 at 11:47  

Salam Hah, dah sihat ka? semoga cepat sembuh

Anonymous,  8 January 2009 at 14:35  

Salam dek Syirah,
Moga cepat SEMBUH dan kuatkan semangat, ana dan ustaz doakan ukhti. Uwais x pi jenguk kholah dia ke? Kim salam peluk cium pada Uwais, Durrah dan Mus'ab. Rindu kat dorang.!

Anonymous,  8 January 2009 at 14:41  

http://i229.photobucket.com/albums/ee268/niqobgirl/getwells001.gif

Assalamualaikum adik, akak pulangkan gambar ni buat adik. Copy dari photobucket. :)

Anonymous,  8 January 2009 at 18:21  

assalamu'alaikum,
dah ok ke dik? abg called ust khairul, dia kata adik wat fisioterapi...

.:NurTaQwa88:. 10 January 2009 at 03:51  

assalamualaikum ya ukhti mahbubah.:)
lama tk dgr berita kan.akak doakan syirah sntsa dlm keadaan sht dn berbahagia selalu.jg dr dn kshtn baik2 k.inshaAllah,doa sntsa akak kirimkan walaupun kita terpisah antara benua.eceh:(betul apa,akak kat benua afrika,awak kat benua asia)
alamak,pnjng pula,sapa suh tak letak kotak borak tu,hi:P
bittaufik wannajah k.assalamualaikum

Insyirah 10 January 2009 at 14:18  

Wa'alaikumussalam whb. Syukran! Jazakumullah pada SEMUA.

Kak Azwari:
Salam hijrah... ameen!

Pakcik Kasha:
Alhamdulillah, recover dengan fisioterapi.

Ukhti Balqis:
Jazakumullah. Aha, Ustaz tak jadi mai sebab dah keluar wad. Hihi. Rindu sangat dengan Uwais n Durrah. Mus'ab kekasih baru... hehe.

Ummu Amirul:
Mekacih kak... Kim salam amirul, dah tadika ni mesti akak busy.

Hanafi:
Hehehe, memang haritu ust Khairul col tengah fisioterapi. Cakap dengan ustazah je... mekasih abg. nanti kim salam Dr ngan baby hanisah.

kak Hanisah:
A'ah, memang terpisah benua pun. Mekacih. Doa adik moga akak najah n cepat2 leh balik malaysia. ameen!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO