Suatu Monolog Untukku Renungi
Sekadar pengalaman untuk berfikir, sekadar coretan agar ana tak lupa kiranya suatu hari nanti Allah tarik nikmat ingatan yang dipinjamkan, sekadar bingkisan bagi siapa yang ingin membaca.
[I]
Sewaktu di hospital tempoh hari, pelbagai pengalaman yang sempat dilalui. Antaranya detik dimana langsung tidak mampu untuk mengangkat kaki kiri hatta 10 darjah! Hanya mencuit saja sudah cukup membuatkan satu badan menggeletar kesakitan. Aduh, betapa sakitnya sakaratul maut. Hanya tulang belakang yang menekan saraf tunjang saja hampir separuh badan tidak mampu untuk digerakkan. Sakit? Jangan ditanya, air mata tak henti-henti mengalir.
X-ray pertama, memang langsung tak mampu nak gerakkan badan. 100% bergantung pada bantuan nurse yang menolak badan ke kiri dan kanan. Setiap yang ada pada kita hanya pinjaman Allah s.w.t., bila-bila masa saja Dia berhak untuk menariknya kembali. Bersyukurlah selagi mampu bernafas!
Bila doktor membuat pelbagai andaian tahap keseriusan tulang belakang yang amat mengerikan, ana hanya tersenyum. Benar, semuanya pinjaman Allah. Tapi ana juga menangis, memikirkan apakah pula keadaan di alam barzakh. Kanser juga mempunyai pelbagai jenis, ada yang aktif dan ada yang tidak aktif. Ingatan terus pada Arwah Pak Ngah, moga Allah merahmati rohnya.
X-ray kedua, alhamdulillah kaki sudah mampu diangkatkan pada 20-30 darjah dengan muka yang berkerut-kerut. Aduh, terlihat tulang temulang dalam badan. Subhanallah. Ini hanya dunia, kalau di alam barzakh nanti apakah tulang akan bertemu tulang ataupun kubur umpama padang yang terbentang luas? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Astaghfirullah hal azhim.
Ultrasound pertama, dalam menahan sakit dan juga menahan lawak dari doktor yang ana fikir memang sengaja berlawak supaya ana tak terfikir dengan kesakitan yang sedang membelit sendi-sendi. Allah, hatiku, buah pinggang ku... Segalanya terlayar di skrin. Apakah hatiku dalam keadaan baik? Kata Luqman al-Hakim, kiranya 2 anggota (hati dan lidah) dalam keadaan yang baik, maka baiklah keseluruhan anggota.
Ultrasound kedua, ana lebih banyak diam. Tidak mahu berkata apa-apa, menahan diri dan hanya memejam mata. Selesai ultrasound, kesengalan yang buatkan staff nurse tergelak: Ummi, bersalin tu sakit kan. Mengandung tu sakit tak? Tapi muka blur sangat (hahahaha...) Kalau di ingat, mesti tersenyum. Soalan apa la. Tak ada kaitan langsung. Tapi ummi kata, bila tengok ana mengerang sakit belakang yang dahsyat tu (dahsyat sangat ke?) teringat pula konstraksi masa nak bersalin. Wah, untung tu tak kahwin lagi dah leh sipi-sipi rasa sakit... (lawak je...)
Di bilik MRI, muka agak pucat. Teringatkan bahan cecair yang bakal disuntik ke urat, sakitnya bukan kepalang. Ini bukan kali pertama menjalani MRI, dup dap dup dap... Hanya cecair biasa yang memberi kesan luar biasa. Pelik, tangan selalu bengkak kalau dimasukkan ubat melalui salur tiub pada tangan. Tak kena gaya, bengkak berminggu-minggu. Manja!
Tukar pakaian. Buka rantai. Terasa mantong je, argh beratnya mata. Badan longlai semacam. Bersedia... Dah baring atas tempat sepatutnya, sempitnya! Siap kena ikat tangan lagi sebab tak nak bagi bergerak. Kalau mati nanti, kain kafan... Ish, tangan terikat juga. Bezanya dalam mesin MRI tu ada juga cahaya, kalau dalam kubur? Keluasan mesin MRI tu hanya muat badan, ada la sikit ruang tapi tak tau nak kata. Kalau kubur... Tanah...
Duduk dalam mesin MRI tu, dup dap dup dap...
Yang hidup PASTI mati, yang mati dah tentu mati. Yang hidup perlu teruskan hidup, yang mati tak hidup lagi kat dunia ni melainkan terus ke alam barzakh dan ke Negeri Abadi. Yang sakit kena la makan ubat, yang sihat belum tentu betul-betul sihat. Eh, apa benda la yang ana fikir. Semua yang pelik-pelik terlintas.
Entah, malam tu... Soalan sengal...
Mati tu sakit tak? Apa rasanya ye nak mati tu.
Oit, sapa la yang boleh jawab soalan ni?
Hakikatnya tak mungkin KITA boleh jawab dengan mudah. Sebab KITA yang sedang membaca ni masih lagi hidup, pastinya belum rasa sakitnya mati. Tahu lagu apa yang ana nyanyikan sendirian dalam mesin MRI tuh?
Ye benar, melalui hadis-hadis digambarkan betapa sakitnya mati. Ingat lagi apa yang ustaz cakap, katanya... Ana lebih ma’ruf sebab bukan harini atau semalam ana sakit. Apa yang ana rasa hanya HUJUNG KUKU je kalau dibandingkan dengan sakitnya mati. Allahuakbar. Astaghfirullah hal azhim. Bila tengok cerita Melayu yang menghidangkan watak orang nazak, ana selalu bergurau pada ahli bait:
Mudah la dia nak mati nanti, dah buat benda yang sama berkali-kali. Dah tau apa nak buat nanti...
Hakikatnya?
Ana bersoal jawab pada diri sendiri. Oh.. Bersediakah aku? Kalau harini? Andai ini adalah tulisan terakhir, adakah cukup persediaannya? Kalau saat ini adalah yang terakhir, apakah sempat untuk bertaubat pada Nya? Kalau nafas ini adalah yang terakhir, apakah sempat menyebut nama Nya? Kalau air mata ini adalah titis yang terakhir, apakah mampu memadam api neraka Nya?
Tuhan...
Kami hamba-hamba Mu yang terlalu lemah, sering pula kami ingkari janji-janji kami pada Mu. Namun, rahmat Mu masih terhampar luas untuk kami yang selalu alpa dan leka. Tangan Mu masih membelai kami dengan penuh setia. Kau masih memandang kami yang bersalut dosa... Ampunkan kami. Ampunkan kami. Ampunkan kami.
Jauhkan kami dari fitnah Dajjal.
Jauhkan kami dari azab kubur.
Jauhkan kami dari api neraka Mu.
Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu.
[2]
Ana memohon maaf secara terbuka pada semua teman-teman mahupun mereka yang setia menjenguk blog. Maaf kerana ana tidak menyentuh isu Palestin seperti kalian. Beberapa kali ditegur kerana seakan tidak menghiraukan isu Palestin. Awalnya ana masih bersikap biasa. Kagum dengan rakan-rakan yang sangat sensitif terhadap isu Palestin, rata-rata blog yang ana ziarahi mengutuk kekejaman Zionis dan seangkatan dengannya. Bangga punya rakan-rakan yang sangat bersemangat seperti kalian.
Sejujurnya... Pada suatu hari yang lalu, hampir 20 blog yang diziarahi boleh dikatakan semuanya mempamerkan kekejaman tentera yahudi. Maaf, ana sangat bermasalah dalam bab mengawal emosi. Ana boleh menangis tanpa henti dengan air mata yang bagaikan air terjun 2-4 jam kalau emosi terusik.
Dan pada hari tersebut, ana hampir pengsan depan laptop! Sensitiviti diri yang tersangat sensitif, waaaaa... tak sanggup! Itu la faktor utama blog ini langsung tak ada gambar mangsa korban Zionis. Ana bukan bermetafora! Memang ana hampir pengsan disebabkan menjamu gambar-gambar korban tersebut. Dengan mayat berlumuran darah, badan yang tak sempurna.
Tak percaya? Hidangkan dan biarkan ana menatapnya beberapa minit. Dan ana akan tumbang tanpa ditolak sesiapa... Ana terus baring dan take a deep breath. Waduh, gawat sungguh. Ana MOHON MAAF kiranya tak ziarah blog rakan-rakan, tahap kesihatan masih lagi belum memuaskan. Ana tak sanggup nak menatap gambar-gambar saudara di Palestin. *_*
Kursus motivasi yang pernah ana hadiri, menghidangkan gambar-gambar saudara mara di Palestin dan ana terus lembik. Maaf, ana bukanlah insan yang cukup bersemangat untuk melihat gambar sebegitu. Agaknya kalau antum hantar ana ke Palestin, belum angkat senjata pun dah semput tengok mayat bergelimpangan.
Para syuhada Palestin sedang berbahagia
Berterbangan di dada burung... Bebas...
Para mujahidin masih kental bersemangat
Mencarik perjuangan Salehuddin al-Ayubi
Mencanai kekentalan Saidina Umar al-Khattab
Moga kita disini
Tidak hanya berlumba menjadi Fahri
Pada si Aisha yang diimpi
Tapi mencorak peribadi terpuji
Memperkasa keterampilan diri
Demi agama... Islam... yang kita cintai...!
Dimana bumi dipijak,
Disitu ISLAM dijunjung!
3 leaves:
Bersyukur kepada-Nya kerana adik antara insan yang terpilih untuk diuji dengan kesakitan. Nikmatnya sakit dirasai oleh mereka yang berfikir...
Syukur la Hah, Allah Taala uji kita untuk memastikan keimanan kita ini kuat ka tak kuat.
Sesungguhnya ujian itu adalah tarbiyah. Jika kita ditimpa musibah bersabarlah dan jika kita diberi nikmat bersyukur la.
Jadilah contoh seperti Nabi Yaakob yang sentiasa sabar dalam menghadapi kesakitan yang ditimpakan kepadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dilakukannya.
Alhamdulillah...
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan segala-galanya hanya yang TERBAIK buat hamba-hamba Nya. Insya Allah... Moga Dia kurniakan kekuatan (",)
Ameen.
Post a Comment