"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

15 January 2009

Baromkeh Matamu Di Mataku

Penulis: Ummu Hani Abu Hassan
Harga : RM28
Terbitan : Utusan Publications & Distrubutors SDN BHD

Awalnya, saya mula kagum pada peribadi Doktor Husam. Anak muda yang gigih berusaha untuk meraih keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan demi membuktikan kesungguhannya melamar Iman Kautsar. Bahkan sikap beraninya menghantar salinan keputusan peperiksaan kepada kedua ibu bapa Iman Kautsar membuktikan bahawa Husam memang bersungguh untuk melamar Iman Kautsar. Malah, surat untuk kedua ibu bapa Iman lebih banyak berbanding surat untuk Iman.

Bertahun Husam gigih berjuang ilmu, akhirnya dengan mendadak bapa Iman Kautsar memberi pelawaan untuk menikahkan Husam dan Iman Kautsar seminggu kemudian! Dan lebih memeranjatkan 2 hari sebelum Iman Kautsar terbang ke Bumi Syria! Subhanallah!

Dinda berkahwin dengan abang bermaksud dinda masuk ke gerbang universiti...

Itulah dialog Husam yang membuatkan saya berfikir panjang. Ada kah lelaki yang sanggup untuk melepaskan isterinya berjuang sendirian dan terpisah benua sejauh itu selepas 2 hari bernikah? Wallahua’lam. Kala Iman Kautsar dan Salwana sampai ke Bumi Syam, saya hanyut dengan panorama alam bumi ambiya’ itu. Aduh...! SAYA JATUH CINTA dengan penceritaan Ummu Hani. Hampir saja saya menyangka watak utama ialah Iman Kautsar dan Husam, sangkaan meleset.

Banyak watak-watak baru muncul apabila Iman Kautsar dan Salwana di Syria. Terutama watah Fehda Nur yang sering dipandang serong oleh ahli Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Fehda Nur melambangkan betapa cekalnya anak gadis itu berjuang untuk menghabiskan pelajarannya walaupun 3 kali rosib (gagal) madah Sastera Arab! Watak Ziyad, Hamdi dan saff kepimpinan PPMS juga hidup.

Saya terarah pada watak Adawiyah, lembut dan sopan. Masih menjaga perasaan malu di depan ajnabi. Malah, saya hampir membeliakkan mata kala Fehda Nur mengingatkan Iman Kautsar supaya tidak menunjuk jari kepada lelaki Melayu kerana pelajar Melayu sangat pemalu bahkan pandangan banyak terlempar ke tanah. (Masih ramaikah lelaki yang menjaga pandangan dengan sebaiknya?) Geli hati kala Ziyad memuji kecantikan mata Nenek Ahlen, mata yang cantik... Kanak-kanak arab yang seperti Patung Hidup! Subhanallah.

Terkadang, saya tersenyum kecil mengajuk bahasa ammi Syria. Selama ni hanya diajarkan ammi Mesir dan ammi Maghribi, maka saya lebih 'galak' mengajuk bahasa ammi. Betapa masyarakat Arab meraikan tetamu, masya Allah! Tetapi, amat menakutkan apabila perempuan Arab marah, nauz'ubillah. Ummu Hani menulis hasil dari kembaranya di Bumi Syam, maka sangat wajar apabila beliau mampu memperincikan setiap kawasan di Baromkeh dan pekan-pekan sekitarnya dengan baik.

Saya memikirkan penamat kisah Adawiyah pasti dengan pemimpin PPMS tapi... Kalian perlu membacanya sendiri. Betapa Adawiyah menerima dengan tenang bahawa jodoh yang datang bukan sia-sia sebaliknya setiap aturan Ilahi beserta hikmah yang sangat indah. Masya Allah. Tangisannya hanya sekali, tanpa siapa yang peduli. Hanya Allah yang Mengetahui bahawa hatinya terisi dengan kehadiran seseorang namun perancangan Nya lebih baik buat hamba Nya.

Bravo!
Hampir semua wataknya menjadi watak utama! Walaupun watak Ummu Huzaifah sekadar sampingan tetapi masih menjadi penting, watak Annisah juga sangat memukau. Betapa masyarakat Arab memuliakan penuntut ilmu di Bumi Syam hingga menganggap mereka adalah hamba (rakyat Syria) kepada penuntut ilmu, subhanallah! Terarah pada watak Anis, gadis yang tidak betah dengan peraturan ketat PPMS hingga membawa rajuk ingin menamatkan pengajian di Syria dan menyeberangi Jordan! Adakah Anis akan meninggalkan Syria?

Kesudahannya?
Sangat terharu... Saya terbawa-bawa keindahan salju kala musim sejuk di bumi Syam, indahnya lagi Ummu Hani turut mengepilkan gambar-gambar Syria di pengakhiran novel. Masjid Umawi, masjid terbesar di Damsyik mencatat sejarah ijab dan kabul antara 2 watak dalam novel ini!

Alhamdulillah, saya tidak dihenyak dengan cinta 2 insan dilambung asmara rindu selain kalimah cinta dari Husam kepada Iman dan catatan Iman yang menyimpulkan ikatan cinta untuk suaminya. Betapa cekalnya Husam dalam menyuburkan cintanya buat Iman Kautsar hingga sanggup melepaskan isteri tercinta menyeberang laut menyambung pengajian di Syria!

Mahu kerasukan panorama Syria? Selamat membaca Baromkeh Matamu di Mataku... Hikmahnya berfikir dengan akal berpandu iman pada Allah s.w.t.. Terima kasih Ummu Hani kerana membawa saya bersama mengembara ke Bumi Syria!

- in LoVe... SubhanALLAH -

Abi... Later later we plan a trip to Syria ya. Ngeh ngeh ngeh ^_*

Komen:

Selain dihenyak dengan keindahan cinta sesama manusia yang haq (suami isteri). Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menghayati kesungguhan dan keyakinan dalam berdoa. Seperti mana buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil. Ummu Hani mempamerkan kesungguhan dalam menghidupkan watak-wataknya dengan sangat baik, bahawa DOA dalam menghadapi apa jua situasi.

Sentiasa HUSNUDZON dengan semua orang. Sama ada pada pandangan kita, dia adalah dikalangan mereka yang 'tidak baik', hakikatnya berdampinglah seseorang kerana Allah juga semata-sama untuk ukhuwwah fillah.

Secara keseluruhannya, saya lebih mengagumi watak Fehda Nur yang digelar 'perempuan hebat' dikalangan para pelajar Malaysia di Syria namun, saya memandang watak Fehda Nur dengan meletakkan dia di dalam diri saya... Dan akhirnya, saya menangis.. Bersyukur pada Ilahi, moga Dia titipkan kecekalan Fehda Nur yang sentiasa dihimpit mehnah ke dalam diri saya. Fehda Nur membuka mata saya supaya sentiasa berusaha dan tidak sesekali berputus asa dalam apa jua situasi. Subhanallah. I'm admire with Fehda Nur!

Watak-watak lain... Saya mencintai keperibadian Adawiyah! (",)
Moga Allah memberi kekuatan supaya saya dapat berusaha menjadi muslimah seperti Adawiyah yang sentiasa memelihara perasaan malu di hadapan mahupun belakang Sang Adam. Dalam apa jua kondisi, menahan diri dari segala 'rasa' termasuklah pada gelagat insan agresif seperti Fehda Nur. Hehehehe...

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO