"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 February 2009

~*~ Salahkah Dia? ~*~

Ya Ilahi, Pemilik hati insan-insan, peliharalah hati ini. Hijabkan hati ini seindah mawar yang berduri, harum mewangi dengan iman dan taqwa pada Mu. Jadikanlah iman ini ke'degil' daun pisang Mu. Mudah-mudahan aku menjadi Seindah Mawar Berdaun Pisang... Ameen (",)

Dia hanya manusia biasa, ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang. Dia manusia yang dikandung dalam kolam cinta dan dilahirkan demi tugas yang istimewa. Sebagai khalifah Allah, sebagai pembawa agama Allah... Dia hanya hamba Allah yang lemah, tak berdaya tanpa pertolongan dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Namun, dia juga menjadi fitnah dunia. Pesan Rasulullah yang dirindui sentiasa menjadi amaran pada seketul darah bernama hati. Wanita itu fitnah, apabila keluar dari rumah maka mendongaklah syaitan kepadanya. Nauzubillah. Wanita itu hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Begitulah pesan Rasul junjungan buat para muslimah.

... Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku... [Surah Al-Qashash : 16]

Kolam air matanya tertumpah, dia mencari ayat-ayat Nya dalam memujuk diri. Entah bila kan hadir sebuah senyuman pada sirna kegelapan malapnya hati. Hanya Tuhan yang Maha Tahu apa yang tersirat buatnya nanti. Dia ingatkan kembali dirinya, imannya, hatinya dan akalnya.

... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. [Surah Yusuf : 87]

... maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. [Surah Al-Anbiya’ :88]

Astaghfirullah hal azhim. Tiada sebarang impian mahupun matlamat mahu menjadi racun yang membunuh pada pokok yang sedang subur membesar. Dia tidak mampu menolak ujian demi ujian yang Allah datangkan kepadanya. Dia hanya manusia biasa, manusia yang lemah dan jahil, hina disisi Tuhannya yang Maha Perkasa.

Ya Tawwab... Ampunkan dosa-dosanya, jadikan dia seorang hamba yang taat pada perintah Mu. Ampunkan dosa-dosanya. Hijabkan hatinya.

Ya Rahman... Hijabkan mereka dari memandang dia, hijabkan para mujahideen yang menggalas agama Mu di medang juang dari memandang segala yang mendatangkan kemarahan Mu, moga dengan ini menjadikan dia aman dalam pemeliharaan Mu.

Bukan dia jual mahal. Apakah mereka membandingkan dia sebagai barang dagangan di dunia ini? Bukan dia sombong. Apakah mereka lupa wanita itu menjadi senjata syaitan laknatullah yang melalaikan hamba-hamba Nya yang berjuang? Senjata para musuh Islam untuk melemahkan jiwa para pejuang? Bukan dia angkuh. Apakah mereka lupa untuk tawakal pada Nya dalam pengharapan sebuah penantian?

Dia bukan bidadari dunia, dia hanya seorang insan yang mengharapkan cinta dari Tuhan yang menciptakannya dengan penuh kasih sayang. Dahulu... Dia sering meraih simpati dari sahabat-sahabat sefikrah, akal yang dangkal disalut iman senipis bawang membuatkan dia sering buntu membuat keputusan. Kini... Seiring masa berputaran, pengalaman dari sebuah pengembaraan menjadikan dia semakin kenal apa itu pengharapan sebuah pengaduan pada Tuhan.

... dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya... [Surah Ibrahim : 34]

Subhanallah. Rahmat Ilahi sentiasa memberi harapan pada Nya. Hidup ini bererti, usah dikelamkan dengan tangisan kedukaan. Usir kegelapan hati, hadirkan cahaya Ilahi. Istikharah dan tawakal pada Allah, ungkapkan cinta dalam rias cahaya. Kesamaran hati dipuput angin, sudah berlalu pergi. Indahnya aturan Ilahi.

Istikharah lagi...

Masih ingat ingatan demi ingatan dari seorang teman, usah terlalu fikirkan sesuatu perkara. Hanya dengan taqwa kepada Allah, kamu akan diberikan jalan keluar dari masalah. [Surah At-Talaq : 2] Itulah indahnya warkah dari Tuhan. Tingkatkan iman, pasakkan hati dengan taqwa pada Tuhan. Moga ditunjukkan jalan yang diberkati Allah, bahagia dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan dia sabar dalam sebuah penantian. Kelibat yang terlihat di Taman Syurga Nya, mudah-mudahan datang dari Allah Yang Maha Mengetahui. Moga yang hadir jawapan dari Nya pada hamba yang jahil hatta tentang diri sendiri. Saat dia menyepi bukanlah dia sepi, saat dia bersendirian bukanlah dia bersendiri, saat dia kedukaan bukanlah dia berduka, saat dia kesunyian bukanlah dia sunyi kerana dia punya Tuhan yang sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya.

Alhamdulillah.

Salahkah dia memilih jalan ini? Bukan dia berhasrat membiarkan hamba-hamba Nya berduka dengan keputusan nya. Bagi mereka yang tak melalui, pasti berfikir biarkan hamba-hamba Allah itu memujuk hati sendiri, usah pedulikan, usah hiraukan. Andai mereka ditempat hamba-hamba Allah itu, apakah jawapannya masih sama? Mungkin sudah diberikan pelbagai gelaran pada dia: jual mahal, sombong, dan macam-macam lagi.

Perlukah dia menjatuhkan dirinya hanya untuk dipandang sebagai jualan murah dan sangat peramah pada mereka? Tentu TIDAK! Kerana dia masih ingat akan amaran Tuhannya: dan katakanlah kepada wanita beriman; tundukkanlah pandangannya dan peliharalah kehormatannya. Allah masih memujuk hatinya dengan ayat-ayat cinta bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

Erk... Siapa dia? [Waaa.. ana ngumpat sesapa ke nih? Oh tidakkkk...]

Dia ialah seorang hamba yang terkejut gorila apabila seorang sahabat tanyakan: Ukhti dah bernikah ke? Kawan ana khabarkan begitu semalam... ermm.. tak jemput pun.

Dan dia bermonolog sendiri...
Kenapa saya tak tahu yang saya dah menikah tapi kawan saya tanya adakah saya telah bernikah? Dan tidak memberitahu kepada beliau?

Keh keh keh... Sila, jemput makan kerepek [entry ni merepek je]. Entah yang membaca faham entah tidak. La baks, entry ini pun ana tak berapa nak faham jadi tak hairan pun kalau tak ada yang faham. Kalau ada yan faham, err.. tolong explain pada ana ye! (^_~)

p/s: Last night, falling down again when im trying to sit. Ouch. Am I careless? I don’t think so. Huhu. Lower back + left leg pain inspired me to write my short story ‘Seorang Gadis Itu’. Hohoho... Do my best, do my very best! Insya Allah. Part 1 already publish at my ‘jurnal’. Alhamdulillah.

p/s: Baru lepas kene marah dengan abi sebab tak nak guna tongkat. Oh Almighty, help me! Depress nak 'mengusung' tongkat. Tension... (*_*)

p/s: Credit for my 'tersayang'. Alhamdulillah dah keluar wad. Get well soon sayang!

p/s: Credit for my 'bucuk-bucuk' yang ngidam choc moist cake... Gi kedai la dek. Akak tak larat deh nak buat kek. (Alasan! Munasabah gak kan? hehe)

1 leaves:

Anonymous,  3 February 2009 at 13:54  

Salam'alaik dik, Syafakillah atas ujian yang datang silih berganti. Moga demam cepat kebah. Skrg musim denggi dan chikungunya. Kalau tak sembuh juga, better pergi hospital chek darah tau.

Akak ada surprise ni kat adik, hihihi... Chek it out, chewah (pinjam jap ayat adek) hehehe :)

Nasihat akak pada dia yg di atas artikel ni, nampak gayanya kena nikah cepat2 kot. Wallahua'lam. Adik nasihatkan dia suh istikharah, Allah juga Maha Mengetahui.

Salam kembara iman,
Fikrah Islami a.k.a Ummu Uwais

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO