"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 February 2009

Kabus Di Hati

"Sabar banyak-banyak ye dik."

Ungkapan yang ana sendiri tak sempat nak hitung sejak kebelakangan ni. Syukran, jazakumullah khairan katsira pada semua yang mengirimkan sms, ym, pm mahupun e-mail. Berangkai-rangkai doa yang masuk dalam kantung inbox. Alhamdulillah, masih ada tangan yang sentiasa 'menghulur' saat diri terawang-awang entah ke mana.

Sebak, terharu dan macam-macam emosi yang melanda malam tadi. Sedikit kata-kata dari seorang ukhti yang ana 'kenal' dari Laman motivasi yang dikendalikan oleh seorang Pakar Motivasi di Malaysia. Dalam tak sedar, rupanya diri ini selalu 'diperhatikan'. Ana mengenali ukhti tersebut juga melalui seorang akhawat dalam laman motivasi yang sama, tapi mengenali hanya pada nama dan juga beberapa perkara. Memang ana agak slow dalam mengenali orang, tapi ana selalu 'meminjam' kata-katanya untuk memotivasikan diri sendiri.

"Akak dapat rasakan dari dulu lagi, Insyirah sedang berdepan dengan satu ujian yang sangat hebat dan kerana ujian itulah membuatkan awak jadi matang bahkan akak rasakan lebih matang dari akak."

Ana diam, sebenarnya terdiam.

Tidak dinafikan, terkadang ana merasakan ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar apabila diamanahkan untuk mengendali Laman tersebut. Awalnya ana hanya menganggap ia adalah satu perkongsian pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada, semakin lama ia menjadi berat kerana ana merasakan ia adalah amanah yang perlu dipikul. Perlu ikhlas, perlu sentiasa mentajdid niat. Lillahitaala...

Ana anggap segala entry dan posting hanya sekadar bebelan, namun ia bukan begitu dipandangan mereka. Sesungguhnya diri ini amat jahil dan dhaif tanpa bantuan dari Tuhan Yang Maha Kaya. Ana terharu, bersyukur dan gembira apabila seorang adik remaja yang menghantar email secara personal pada ana. Memberitahu ingin mengubah sikap yang selama ini dia anggap sebagai 'pemberontakan jiwa remaja' kini dia faham ia bukan sesuatu yang perlu diteruskan. Ana terharu, usaha murni bapa remaja tersebut yang setia print out tulisan-tulisan ana untuk anak remaja tersebut.

Walaupun pada awalnya tulisan-tulisan tersebut hanya menjadi penghuni tong sampah. Allah juga yang memberikan hidayah pada nya, dalam satu tulisan yang mungkin ana agak 'emosi' membuatkan hatinya 'terikut emosi' dan akhirnya dia menggali semula apa yang pernah dibuang. Syukur, bapanya sangat bangga dengan perubahan anak remaja tersebut.

Sedangkan ana? Belum ada apa-apa perubahan pada ummi dan abi.

Ana baca semula kata-kata Ukhti Balqis "Allah sedang berbicara dengan mu, ikhlaskan hatimu." Iya benar, mungkin ana tidak ikhlas berdepan dengan ujian. Astaghfirullah hal azhim. Ana bukanlah seorang yang penyabar, lebih banyak air mata yang dialirkan daripada senyuman yang memberi harapan.

"Berilah sedikit harapan pada hati sendiri. Kalau anti boleh motivate orang lain untuk wake-up, why don't you motivate yourself?"

Masya Allah. Siapalah ana, bukanlah bijaksana dalam hal-ehwal memotivasikan orang. Belajar pun apalah sangat. Entah bila impian kan jadi kenyataan (nak meminang si uwais yang nak buat phd?) Erks? Tak lama lepas ni buka blog Ustaz Wan, kena hentam lagi la... Semalam dah kena, takkan hari-hari nak kena. Iye tak iye juga ye, takkan hari-hari nak kena hentam. Huhu...

Uwais, kholah rindu bangat sama kamu...! Cepat-cepat besar ye sayang. Dalam kabutnya hati, kelamnya jiwa dapat mms Mus'ab dari Ummu Uwais. Masya Allah, tembam sungguh budak ni. Gatal pula minta gambar Uwais, huhu. Kholah rindu bangat deh sama Uwais.

Ustazzzzzz! Pinjamkan Uwais pada ana semingguuuuuuuuu!! Plezzzz! :p
(Menangis cari mak dia nanti mati kutu lak ana, huhu)

Bak kata Ustaz Wan: Yang ko nak pinangkan Uwais tu buat apa, budak tu berak pun maknye basuh. Cuba berfikir di luar kotak pemikiran sikit.

Macammana nak berfikir di luar kotak pemikiran? Guna kotak kasut ke Pak Wan oiii? :p Suka betul ana bergaduh dengan ustaz sorang ni. Jangan marah sangat ustaz, satni terkenan pada perangai ana habis anak ustaz ikut perangai ana baru menyesal tak sudah... (Ugutan ke ni?) Alahai, small matter je pasal Uwais ni, kalau dah cinta dan sayang 20 tahun pun sanggup ku tunggu. (allahuakbar, tau-tau esok ana dah tak de...) *_*

Bila bicara soal insan bergelar Uwais Qarni Imtiaz, memang ukhti Syifa', ukhti amiera, ukhti yanna, ukhti atiqah, ukhti fauzani, ukhti najwa, ukhti nabila, ukhti khairiyyah, ukhti husna dan ukhtun sekalian agak tension dengan ana, tak habis-habis dengan 'uwaisnya'. Kok gimana mau bilang ya? Dah sayang... (^_~) Sebenarnya, Uwais la yang selalu menjadi pencetus semangat ana. Mesti ada yang cakap 'sengalnya datang semula', what ever you say, what ever...!!

He make me smile when other people make me cry
He make me laugh when other people make me cry worse
He make me happy when other people trying hard to make me sad
He make me release when other people trying harder to make me 'hang'

Baru lepas tengok Jemputan Umrah dalam Astro Oasis, don't know why, ana pasti menangis tengok rancangan ni. Nangis tapi nak tengok juga. RinDu pada Madinah. RinDu pada RaSulullah s.a.w.. RinDu pada Mekah. RinDu pada KaaBah... Cengeng pun cengeng la Insyirah oi. God, I really miss HIM. Rindu untuk merasa getarnya hati berdampingan dengan jasad insan yang Engkau cintai lebih dari hamba-hamba Mu, getarnya iman menghidu aroma wangian Taman Syurga. Moga rindu ini kan terubat sampai 'masanya' nanti, aamin.

MotiVasinya:

Kadang-kala belajarlah untuk meniupkan semangat untuk diri sendiri. Berikan harapan pada hati yang lemah. Usapkan kemesraan wangian ukhuwwah walau hanya pada Teddy Bear yang tak berperasaan. Kenangkan HIDUP HANYA UNTUK DILALUI, BUKAN UNTUK DIRAMAIKAN. Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati... Lillahitaala. Titik! Yup! Chayok! Chayok!

Do my BEST! Do my VERY BEST!

Moga Allah kan pandu sulitnya hidup ini. Ya Allah, andai hidupku memberi manfaat pada ummi dan abi, agama, masyarakat, dunia dan akhiratku. Pohonku, berikanlah kekuatan yang ku harapkan dari Mu. Ya Habibi, andai hidupku tidak memberi manfaat kepada sesiapa matikanlah aku dalam iman dan Islam. Istajiba doa ana. Dari Allah aku datang, kepada Mu aku dikembalikan nanti.

Kullu nafsin za'iqatul maut.

Clorox pembersih hati: INGAT MATI.

Ah... Tak tergambar sakitnya mati, cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Aduhai puteriku sayang,
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang,

Lembut mu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebangganaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Sebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri...

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya!

Credit for myself and other muslimah:
Al-haya' uminal iman.
Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman.

1 leaves:

Anonymous,  6 February 2009 at 16:11  

Salam cik insyirah,
amboi! ana pula yang kena :( ana pinjam ayat Shamsul ghau ghau ja, cuba anti tengk Raja Lawak. Bikin hati ceria sikit. :)

Moga tabah ye.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO