Diam Seorang Gadis
... Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah aku... [Surah Al-Qashash : 16]
Semoga hari ini lebih baik dari semalam yang berlalu, aamin ya Robbana. Lama sungguh rasanya mengepung perasaan yang bergelora, mudah-mudahan tak meledak seperti larva gunung berapi. (Moga tidak mereka mencetuskan api marah dalam hati ni, nauzubillah) Allah juga yang berikan kekuatan untuk menahan perasaan, Allah juga yang menguji dan Dia jugalah yang memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Subhanallah.
Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia. Cintailah Allah seikhlas hatimu, insya Allah pasti akan bertemu dengan insan yang juga menyintai Nya. Sentiasalah betulkan niat kita dalam berbuat apa jua perkara. Jangan mudah lupa dan lalai dengan permainan hati dan perasaan. Kerana ia belum pasti, hanya janji Allah yang pasti.
Subhanallah, ana berfikir-fikir tentang maksud tersirat disebalik mesej ini. Panjang lagi mesej asalnya, cukuplah yang pendek ini pun sudah membuatkan hati ini bergetar. Astaghfirullah hal azhim. Moga Allah ampunkan diri yang selalu lalai ini, kurniakan daku sekeping hati yang sentiasa rindu untuk menyebut nama Mu ya Allah, berikan daku sekeping hati yang sentiasa insaf atas setiap kelalaian ini. Tubna ya Allah. Tubna ya Allah. Waroja’na ya Allah. Wanadimna ya Allah...
Sukarnya memberi keikhlasan yang mutlak pada Rabbul Izzati. Astaghfirullah hal azhim. Bersarang-sarang penyakit dalam hati, basuh dengan istighfar pun masih selalu tersasar dari jalan Tuhan. Kena menjalani terapi tazkiyyatun nafs, allahuakbar. Moga Allah ampunkan diriku yang sentiasa mendambakan rahmat Nya untuk meneruskan perjuangan ini.
Entah kenapa ana tersenyum sendirian (penat kalau nangis je, hehehe...) Soalan maut yang buatkan ukhti menggelegak emosinya. Ana tahu sikap ukhti yang agak syadid kalau dibabitkan persoalan sensitif begitu. Seorang akhawat memohon pandangan ukhti apabila ditaqdim seorang hamba Allah. Soalan ukhti:
[1] Keluarga anti tahu?
[2] Keluarga dia tahu?
Sambung senyum bila akhawat tersebut menjawab; "Keluarga ana belum tahu, ana pun tak pasti keluarga dia tahu atau tak." Allahuakbar. Melopong ana dengar kata-kata ukhti:
[1] Anti bukan ANAK YATIM.
[2] Anti manusia, bukan ikan di pasar boleh ditanya sedemikian rupa. Sudah ada yang punya? Wah, mudahnya zaman sekarang ni ya. Bukan ikut sedap macam tu je, patutnya dia perlu dahulu tanya Tuan punya diri anti, Allah swt. Kedua, dia perlu berbincang dahulu dengan keluarganya, pohon restu. Ketiga, dia perlu tanyakan ibu bapa anti dulu. Anti masih ada mak ayah, bukan anak yatim!
"Mungkin dia belum bersedia nak tanya pada family ana..."
Ana masih setia mengikuti dialog mereka, insya Allah pastinya ada ‘buah tangan’ untuk ana.
Astaghfirullah hal azhim, kalau belum bersedia kenapa bertanya tuan empunya badan sebelum bertanya Tuan Pemilik badan? Tak ada sedikit rasa bersalah kerana mendahului makluk sebelum Tuan Pemilik makhluk? Ini lah ujian besar pada muslimah, terkadang bila terlalu diam orang mengata kita tak usaha cari jodoh, bila terover orang kata terdesak nak kahwin pula. Terlupa untuk tawakkal kepada Allah, lupa yang kita nak bina adalah ‘masjid’ yang perlu dibina atas dasar taqwa dan iman pada Allah. Kalau ‘masjid’ yang dibina hanya kerana melihat orang lain ‘menabung saham akhirat’, fikirlah akan natijah yang melanda rumah tangga.Ana berfikir... Dalam sungguh maksud ukhti, ukhti sorang ni memang jenis cakap ‘sampai habis’. Walaupun menyentap nubari, tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. Dia lebih dulu tahu asam garam kehidupan.
Rumah tangga yang berkat bukan sahaja perlu di jaga selepas perkahwinan tapi sebelum proses perkahwinan, proses ta’aruf, proses pertunangan dan sebagainya, proses perkahwinan sendiri yang tidak terlalu keterlaluan hingga membazir, semua itu ada natijahnya kelak. Sebaiknya mahar yang rendah, agar pihak lelaki tidak terbeban. Kasihan lelaki sekarang, nak kahwin pun berpeluh. Ada yang tragis lagi, anak dah 5 orang, hutang kahwin pun belum langsai. Susah hidup berhutang ni kecuali lah kalau dah betul-betul terdesak.
Monolog sendiri... Diam lebih baik. (^_^)
Tidak keterlaluan kalau ana katakan hampir semua lelaki yang sempurna akalnya, bagus akhlaqnya, beriman dan soleh orangnya menginginkan seorang wanita yang solehah sebagai pendamping hidupnya. Masalahnya, persoalannya dan jawapannya? Ada lagi perempuan yang solehah untuk lelaki soleh itu? Ada lagi lelaki soleh untuk wanita solehah itu? Jawapannya, binalah keyakinan akan janji Tuhan bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.
Belajarlah memupuk sabar dan tawakkal pada Allah. Belajarlah untuk mendidik diri MENJADI yang soleh/solehah sebelum MENCARI yang soleh/solehah itu. Untuk menjadi suami/isteri yang soleh/solehah bukan sehari atau dua, ia memakan masa yang panjang. Mujahadah untuk melayakkan diri menjadi soleh/solehah, payah bukan? Itu lah mahar untuk sebuah kehidupan yang penuh barakah. Seorang lelaki/wanita tidak terus menjadi soleh/solehah setelah berlangsungnya akad nikah! Tapi mujahadah dan istiqamah untuk mendidik diri lah yang membuatkan mereka berakhlaq seperti akhlaq Quran dan Sunnah. Payah bukan? Itulah permata, memang sukar dimiliki kalau tidak berusaha untuk menjadi permata tersebut.
Metaforanya sama seperti perniagaan. Ana bukan bermaksud manusia adalah barang dagangan, sekadar membuat perbandingan. Permintaan untuk mendapatkan calon yang soleh/solehah itu tinggi tapi calonnya itu terlalu sedikit, maka mahal lah harganya. Sama seperti gula, gulanya ada sedikit tetapi permintaan untuk mendapatkan gula terlalu banyak, bukankah harga gula akan melambung tinggi?
Itulah juga harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan calon soleh/solehah. Perlunya usaha berterusan untuk MENJADI sebelum bercita-cita untuk MENCARI. Usah bimbang, usah khuatir...
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.
Mesej yang memaksa diri untuk meletakkan sepenuh bergantungan pada Allah. Jadilah dirimu seindah mawar berduri, pelihara malu mu, pelihara malu mu, pelihara malu mu. Ana...? Tersenyum buat sekian kalinya, diam lebih baik. Ana sudah pun mendapat jawapan-jawapan bagi persoalan yang tak pernah ana suarakan. Terima kasih ya Allah. Moga Allah memudahkan urusan akhawat tersebut...
Jadilah dirimu seindah mawar berduri, harum baunya kerana iman dan taqwa, mampu terlihat merah warna mu tapi bila didekati, kau hanya tercipta untuk suami mu. Indah dipagari dengan syariat-syariat Tuhan.
Subhanallah!
Meminjam untaian dari seorang insan:
Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.
... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir. [Surah Yusuf : 87]
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali Imran : 31]
The road to success is not straight
There is a curve called failure
A loop called confussion
Speed bumbs called bad friends
Red light called enemy
Caution light called family
You will have flat tyre called jobs
If you have a spare wheel called determination
An engine called perseverance
Insurance called faith
A driver called Allah
You will make it to a place called SUCCESS!
8 leaves:
Salam'alaiki ya habibah :)
MasyaAllah, ana macam kenal je siapa ukhti tersebut. Memang terserlah dengan ketegasannya, hehe. Ana rasa macam kenal je dengan both watak, sebab rasa penah baca. Hehe..
Anti lak bila? Hihihi :p
adik insyirah...Cik amiera tersenyum baca entry tersebut..Mantop!
Subhanallah... Mantop! Gini lah adik akak, SEINDAH MAWAR BERDURI. Cantik, tapi ada 'harganya'. Indah tapi ada 'bayarannya'. Moga kau kan jadi milik lelaki yang soleh, ameen!
p/s: Pn Balqis tu lain macam je, hek hek :p
Ukhiti yg dimaksudkan kak balqis ke?
wa'alaykumussalam aidhon ukhtun yang comel-comel... allah, entry bese-bese je ni. entry ringan-ringan, ngeh ngeh ngeh...
ummu uwais:
bonda, anakanda tunggu uwais... :p
balqis:
bila sampai masanya :p
cik mie:
x sabar la nak buat 'perjumpaan gelap sis in MAP', moga Allah mudahkan. ameen!! uit, kene mintak borang dr Doktor ke nak wat perjumpaan? ngeh ngeh ngeh.. nnt doktor murka lak.. kih kih kih :p
cik mie:
puan balqis tu muda dari cik mie, jangan panggey kakak (tersenyum lak baca). Ukhti dalam cite di atas tu one of sahabat Ummu Uwais, panggil dia Ukhti Imah. Zaujah kepada besfren Abu Uwais (Ust Marwan). Kalau akak follow jurnal, rasanya nama Ust Marwan tak asing lagi.. lalalalala... :p
Ukhti = Ukhti Imah
Akhawat = one of my sahibah
Wallahua'lam. Biarlah rahsia... huhuhu..
hihihi, kakak ipar ku itu memang syadid sikit. sama juga la macam abangku itu... bak kata orang, memang kene buku denga ruas. sama-sama syadid, terkadang ayatnya wat kite guling2 nangis.
Salam, bakal ummi... :) Absyar datang berziarah...
Post a Comment