"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

20 February 2009

Dari Hati Turun Ke Hati

Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. [Surah Saba’ : 1]

Semoga Allah memelihara kita dengan iman dan fizikal yang sihat. Insya Allah. Meminjam semula kata-kata Cikgu Shidee: Bercakap dari hati insya Allah turun ke dalam hati sedangkan bercakap dari mulut belum tentu melepasi telinga. Subhanallah. Kata-kata yang ana selalu pegang bila mahu menarikan jari-jemari untuk menulis. Mudah-mudahan dapat difahami pada yang membacanya, insya Allah. Istimewa buat Ukhti Azmah. (”,)

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Nya di waktu pagi dan petang. [Surah Al-Ahzab : 41-42]

Setelah sangat lama mengeringkan otak memikirkan ayat apa yang ingin ditamsilkan, insya Allah harini berusaha dengan sebaiknya untuk menzahirkan ayat-ayat yang sudah terlalu lama dipendam. Menulis sudut kehidupan, tak semudah berimeginasi di dunia khayalan, membaitkan ayat-ayat puisi. Hidup satu perkara rumit untuk dirumuskan. Setiap manusia mempunyai pengalaman yang berbeza hatta menghadapi masalah yang sama. Subhanallah, indah aturan Tuhan, setiap yang telah, sedang dan bakal berlaku pasti punya hikmah yang terbaik buat kita. Selagi menggunakan akal seiring dengan iman pada Allah, insya Allah kita mampu memilih jalan yang baik untuk dunia dan akhirat.

Dan janganlah kamu menuruti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung. [Surah Al-Ahzab : 48]

Cabaran apabila dikelilingi dengan mereka yang berlainan agama, banyak cabarannya terutama cabaran iman. Kenapa kafir laknatullah tak menyerang ummat Islam keseluruhannya dengan berperang zahir? Kerana orang Islam berperang untuk mati (syahid), sedangkan orang kafir berperang untuk hidup. Orang Islam (mukmin) merindukan syahid, dan sudah pasti sangat rindu untuk bertemu dengan Tuhan. Jadi, kematian itulah yang ditunggu-tunggu kerana dia bakal bertemu dengan Kekasih belahan jiwanya. Allahuakbar! Ukhtiku sayang, jangan lah berasa tertekan apabila berdepan dengan mereka (non-muslim) disekitarmu, engkau punya iman sedang mereka tidak!

Merasakan bunuh diri adalah jawapan penyelesaian bagi setiap masalah? Itulah singkatnya penilaian mereka yang tiada iman, sedangkan mati adalah permulaan kembara kita. Masih ingat apa yang akak pesankan pada adik; Hidup hanya untuk DILALUI bukan untuk diramaikan. Kita semua menuju kematian, maka biarlah perjalanan singkat di dunia ini kita penuhi dengan amalan-amalan soleh sebagai penawar setiap duka yang menerjah relung hati. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang bersabar. Jangan rasa terasing, biarlah kita dipandang hina makhluk di bumi tapi janganlah hingga dihinakan makhluk di langit. Na’uzubillah.

Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindung pun dan tidak (pula) seorang penolong. [Surah Al-Ahzab : 64-65]

Ukhtiku sayang, renungkanlah ke dalam hati kita agar sama-sama mendidik diri secara istiqamah untuk belajar menjadi manusia yang tahu dan mahu bersyukur kepada Allah. Selaut kesyukuran kita hanya setitis dari nikmat-nikmat yang kita perolehi. Allah Maha Pengasih, rahmat Nya mendahului kemurkaan Nya. Bersyukurlah atas setiap ujian yang menimpa kerana Dia sedang mentarbiyyah dan memujuk adik dengan cara dan kehendak Nya. Subhanallah.

Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)? [Surah Fathir : 3]

Belajarlah, terus didik hati untuk bersyukur. Akak yakin adik akak ni pandai orangnya, mampu untuk meluruskan akal seiring dengan iman. Insya Allah. Terkadang Allah datangkan ujian apabila berdepan dengan keluarga sendiri, Allah hanya mahu menguji kesungguhan kita untuk meneruskan niat dan impian kita. Seandainya kita meneruskan usaha tanpa rasa putus asa, insya Allah Dia akan berikan juga apa yang kita pohon. Andai tak diberikan apa yang kita pohon, pasti Dia menggantikan dengan yang lebih baik. Insya Allah.

... dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya... [Surah Ibrahim : 34]

Allah lebih tahu apa yang kita perlukan, hatta kita sendiri masih ‘tidak kenal’ diri kita. Allah lebih tahu apa yang kita mahukan, kerana Dialah yang menciptakan kita. Dari setitis mani yang hina lalu digubah menjadi sebaik-baik ciptaan dan diangkat menjadi khalifah Nya di dunia. Tapi, sedar tak sedar diantara makhluk-makhluk Nya, kitalah (manusia) yang selalu kufur atas setiap nikmat yang diberikan.

Dalam Surah Ar-Rahman, berulang kali Allah bertanya kepada manusia;

Dan di antara nikmat-nikmat Tuhan mu, nikmat manakah yang hendak kamu dustakan?

Saat hiba menaungi taman hati, kenangkanlah nikmat-nikmat Nya. Apabila ada nikmat yang dikecapi ditarik semula, berbaik sangkalah dengan Allah. Bukan dia tak memandang kita, sebaliknya Dia sedang melihat sejauh mana kita akan bergantung harap pada Nya. Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-hamba Nya dalam kesejukan malam, di bawah cahaya rembulan bertitiskan embunan, Dia berbangga melihat hamba Nya menyembamkan muka di atas hamparan dunia, tempat yang bakal kita dikembalikan.

Allah rindu untuk melihat aliran air mata dinihari di pipi hamba Nya saat manusia lain terus hanyut dalam lena. Allah ciptakan malam untuk kita berehat dan sebahagiannya lagi untuk kita beribadah kepada Nya. Bila fikiran sudah tidak mampu untuk dimaksimakan, lihatlah masalah dari sudut lain. Jangan terlalu berfikir hingga tidak mampu lagi tenang dalam pemikiran, rehatkan sejenak minda dan bersujudlah memohon petunjuk Nya agar kita mendapat membuat penilaian yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Insya Allah.

Saat ujian demi ujian menghampar bahtera hidupmu, kemudikanlah hati sebaiknya. Fikirkan keindahan syurga Nya, alangkah indah andai kita bersabar untuk mencapai sesuatu yang indah dengan keindahan sabar. Walaupun sememangnya kita tak layak berhajatkan syurga Nya, sesekali fikirlah keindahan syurga Nya agar kita bermotivasi dan berusaha mencari jalan untuk mendiaminya. Insya Allah. Aamin!

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Surah Al-Hadiid : 1]

GooD LuCk ~ aLL tHe BeSt ~ HaVe FuN yaaa untuk KuiZ KIMIA esok! Selamat menyeliratkan saraf-saraf otakmu, hehehe.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Usai solat Zohor tadi, sms pada Kak Nur Fasihah (baca baik-baik ya!) bertanyakan tarikh walimah. Alhamdulillah, jodohnya dengan orang Burma. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga Nya, aamin. Jadi zaujah solehah yer. Alhamdulillah, kakak-kakakku ramai yang sudah dan bakal berubah status. Pandai-pandai la ana nak bawa diri selepas ni, tak boleh nak bermanja sangat dengan mereka. Ku nantikan kalian di pintu syurga, chewah! (^_^)

Tiap kali buka freezer, perlu ke pejam mata dari melihat sekotak aiskrim yang amat-amat menggiurkan? Semoga ukhti Fauzani & ukhti Najwa cepat sembuh, aamin.

p/s: tak pergi Kedah pun semalam dapat makan satey, alhamdulillah. Yeyeyeyey! (^_~)

*** Kenapa ana tak boleh nak masukkan gambar-gambar ni, blogger problem ker?

4 leaves:

Kash 20 February 2009 at 15:30  

Hah, kalau nak menyelami dan merasai lagi bagaimana cintanya kepada Allah, join la training ESQ, apa yg Hah tulis disini sama spt dalam training ini. Airmata pun banyak yg akan mengalir, silap haribulan hah yang jatuh pengsan. Berminat boleh la cuba, paling hampir training ni pada 6 - 8 March 2008 di summit hotel BM penang, di KL tarikh yg sama di Matrade.

Bukan apa hanya menyampaikan saja.

Insyirah 20 February 2009 at 15:38  

Pakcik habaq macam tu, kena la spare ubat siap-siap.. Uhuhuhu :) Dengar jugak Ummi dengan Mak Ngah duk promote masa balik Penaga tu, hehe. Tapi itu la, tanya arge kat dorang.. Mak aih, terbeliak mata den! :)

mcm best je 6-8 march ye, kalau abi tak leh balik kampung, tumpang pakcik je la. Huhuhuhu... (",)

Kash 20 February 2009 at 16:39  

Abi mesti baliknye, tuk nak buat kenduri 7/3 ni, tumpang sekali la.

arge tak jadi hal abi boleh settlekan tapi ilmu yg dapat tu Subhanallah tak ternilai.

Nanti jumpa kak nurul boleh tanya dia apa rasanya.

Insyirah 23 February 2009 at 13:32  

Ngee... Arge abi leh setle kan? Tidak semudah itu, haritu income tax potong gaji tak cukup, so bila end of year (2008) tengok kena bayar lagi RM1*k, so starting Januari-September ni every month potong RM1.3K untuk bayar income tax. Huhuhu... Krisis ekonomi... :)

Pastu on the way nak ambil bibik, insya Allah sampai lagi 2 minggu. Nak bayar agen bibik lagi... Duit lg, around RM5.8k juga kalau tak salah. Wawawa... Krisis ekonomi :)

*_*

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO