Untuk Yang Bernama Muslimah
Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [Surah Ali-Imran : 139]
Mudah-mudahan Allah kurniakan kesabaran, ketabahan, kecekalan dan kekuatan pada sekeping yang bernama hati. Aamin ya Robb. Maraton sakit dari penghujung tahun 2008 hingga ke hari ini membuatkan badan agak susut. (Alhamdulillah, usaha mudah nak kuruskan badan.) Sedari kecil badan ana kurus, sejak home school masa form 5 baru la badan naik. Bumi ni kan bulat, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Bak kata ukhti, dari ikan bilis dah jadi ikan paus tiba-tiba bertukar jadi ikan (opsss... auto sensor).
Ikutkan badan, tak nak update blog tapi dari terperonyok sendirian dalam selimut, ada baiknya juga membebel dalam blog. Harini merupakan hari ke-4 tak menjamah nasi, bukan crash diet tapi tak berselera dan mengelakkan diri berulang alik ke tandas. Rasanya kalau muntah, semakin lembik badan ni. Sekurang-kurangnya bila makan roti, dapat juga karbohidrat walaupun tak dapat mineral yang lain. Minum glukos dan air garam untuk recover tenaga yang hilang, takut dehidrasi pula sebab dah lembik semacam. Kalau muntah, lagi la semua air keluar (dah la yang masuk pun air je...) Dah hampir sebotol air zam-zam minum, insya Allah jadi asbab kesembuhan dan ikhtiar sebagai manusia. Natijah tu biarlah, itu urusan Allah. Dia yang menyembuhkan, tapi sebagai manusia perlu berikhtiar.
Allah tak ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.
Ana bukanlah seorang sufi yang kental imannya berdepan dengan sakit. Tidak dinafikan para ulama sufi merasa sangat bahagia apabila Allah uji mereka dengan sakit kerana sakit merupakan cara untuk mendekatkan diri pada Allah dan juga menghapuskan dosa-dosa kecil. Insya Allah. Maraton sakit yang bermula dari tulang belakang dan sekarang seluruh badan sakit. Hik hik... Cakap je kat mana, semuanya sakit. (Bukan mengada-ngada) Maybe saraf yang seakan mengecut dan membelit sendi-sendi membuatkan ana selalu menggeletar seluruh badan. Geli hati teringatkan soalan doktor: Awak ni menggeletar sejuk atau sakit?
Kedua-duanya sekali!
Memang sejuk sangat, kaki tangan macam ais. Nak ambil wuduk di sinki pun kalau boleh nak pejam mata, tak nak tengok muka dalam cermin yang pucat lesi. Tapi perlu juga melakukan terapi pada diri sendiri, pandang cermin dan senyum. Senyum dan senyum... Senyum pada hati, senyum pada iman dan senyum pada diri. Usirlah tangisan, hidup terlalu singkat untuk mengisi dengan tangisan kedukaan. (Ayat ni ada la orang yang nak gelak tu, buat-buat tak kenal je orang tu)
Ana ni tak sempat lagi nak ke rumah Cikgu Shidee untuk claim hati unta dari Mekah. Huhu... Nak tunggu sihat dulu (kononnya) baru nak ziarah ke rumah cikgu. Takut cikgu gelak pula, orang sakit ziarah orang sihat. Lagipun nak duduk dalam kereta lama-lama agak melemaskan diri ini. Hujung minggu ni abi plan nak balik kampung, ziarah nenek tercinta. Ana tau abi tengah pening fikirkan kondisi ana, larat ke nak tempuh perjalanan yang jauh. Insya Allah, badan je lembik tapi semangat masih kuat lagi. Segagah abi! (^_~) Ana tak nak jadi asbab abi cancel program pula.
Cukup la membebel. Ana nak sentuh sikit isu aurat muslimah (^_^)
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:
"Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?" Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: Baginda menjawab: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?""Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". [Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud]
Itu tentang aurat. Ana nak sentuh tentang pakaian pula. Moga-moga ianyanya menjadi ingatan kepada diri ana sendiri. Insya Allah. Apa yang ditulis adalah demi melihat maruah wanita itu terpelihara. Ana ditanya oleh seorang syabab tentang konteks pemeliharaan aurat. Ana agak bingung apabila syabab tersebut mengatakan bahawa: menutup aurat tapi tidak menutup aurat.
Pelik bukan?
Apa yang ingin disampaikan oleh syabab tersebut ialah seorang wanita yang lengkap menutup aurat dengan tidak sengaja telah memperlihatkan perhiasan dirinya. Mungkin perkara ini tidak disedari oleh muslimah tersebut dan syabab itu tidak sengaja memandang perkara itu. Moga niat baiknya memberitahu perkara itu akan membuatkan muslimah lebih berhati-hati apabila di luar rumah.
Walaupun anda seorang yang menjaga aurat, memelihara kehormatan diri sebaiknya. Kadang kala tidak sengaja, maka anggaplah peringatan ini sebagai satu perkara yang positif.
Elakkan diri dari memeluk tubuh.
Benar, anda seorang yang bertudung dan menutup bahagian dada tapi selabuh dan sebesar mana tudung, bila berpeluk tubuh (menyilang kedua tangan pada bahagian atas perut) maka akan menampakkan susuk badan. Kalau terbiasa memeluk tubuh, pastikan anda memeluk tubuh di dalam tudung. Kalau boleh, elakkanlah ye.
Ana pernah disoal seorang akhawat: Kenapa sesetengah muslimah memakai jubah tetapi memakai baju kurung di dalamnya? Kalau pakai jubah, perlu ke kita pakai baju kurung?
Pertama, senyumlah anda ketika mendapat soalan ini (^_~)
Alasan ana tidak semua meterial jubah tu tebal dan berat. Sesetengah kain jubah agak nipis dan ringan, bila ditiup angin melayang. Hanya satu langkah berjaga-jaga supaya tidak melayang ditiup angin. Kalau jubah yang kosong dan berwarna cerah lagi lah bahaya, bila angin bertiup antara sedar dan tidak (atau sedar tapi buat-buat tak sedar) akan nampak bentuk badan dari belakang. Nauzubillah. Baju kurung selalunya dibuat dari kain yang bercorak, agak tebal dan boleh la memberi sokongan pada jubah yang agak nipis.
Ana lebih suka pakai jubah gelap untuk mengelakkan insiden-insiden yang tak diingini tapi selalunya dari soal pakaian memang umi yang uruskan. Apa yang sedap umi pandang, itulah yang dia beli. Sebagai anak, untuk menghargai apa saja pemberian ibu bapa, pakai je la. (^_^)
Tak panas ke pakai macam ni?
Kenyitkan mata anda tika mendapat soalan ini, tapi pada perempuan lah. Jangan pada Pak Ali seberang jalan tu pun nak kenyitkan juga. Lain pula jadinya nanti, Mak Cik Ani kejar dengan penyapu pula. (^_~) err... dialog tak de kaitan.
Panas dunia je...
Dialog yang abi dah hafal... Hik hik hik... Sian abi salu tension dengan anak yang seorang ni. Insya Allah, abi jangan risau sedegil mana pun anak yang comel ni tetap juga anak abi. Hek hek hek... Beberapa hari lalu, ukhti sakat ana tentang ciri-ciri lelaki idaman. Ukhti memang dah tau jawapan ana **jangan mencari, tapi perlu menjadi** tapi dalam sesi sengal tersebut, ana pun jawab dengan sengal. Laki tersebut kena jadi macam abi!
[1] Amanah : ehem ehem, pinjam duit anak-anak RM1 pun dia gaduh nak bayar.
[2] Senyum : kalau abi tak senyum, nampak garang gilossss.
[3] Mengamalkan sunnah : masa kecil-kecil selalu main kuda-kuda dengan abi. Ala, duduk atas belakang abi tu... (^_^)
[4] Baik dengan keluarga : abi tegas di pejabat tapi kalau kat rumah, abi macam bestfriend je. Berubah 190 darjah watak di rumah dan di pejabat. Itu yang paling ana kagum!
[5] Diam yang berfikir : abi jarang bercakap kecuali kalau perlu.
[6] Suka melayan anak-anak : Masa ana kecil, abi selalu jadi mangsa bila ana bertindak jadi doktor. Abis kaki tangan abi kena bungkus, konon-konon cedera parah la tuh. Adehhh...
[7] Ensem : baru la nanti anak-anak comel macam ana... Kui kui kui kui...
Nah, amik la ukhti... Nak sangat, ambik.. ambik la...!
Gegegege.... Sohih tak sihat mental dan fizikal. Merapu lebih dah ni.. Huhu, ma'alish jiddan. (*_*)
0 leaves:
Post a Comment