"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

12 February 2009

Pindahkan Sakit

Gambar hiasan (pinjam jap gambar anak orang)

Isterinya sudah seharian menanggung sakit hendak bersalin, tetapi bayi yang ditunggu-tunggu tak juga mahu keluar. Kelihatan isterinya semakin letih. Sekejap baring, sekejap bangun, sekejap berjalan. Sebelum ini, anak pertama dan kedua, tempoh sakit bersalin cuma tiga hingga empat jam sahaja. Kata doktor, mungkin bayi dalam kandungan besar dan melambatkan proses bersalin.

Suami cuba menenangkan isteri. Air selusuh sudah diberi minum, solat hajat dan doa sudah dibaca. Segala kesalahan isteri sudah dimaafkan. Apa lagi ikhtiar? Dengan keadaan penuh simpati dia berkata “Ya Allah, kalau boleh Engkau pindahkan sakit isteriku padaku, Engkau pindahkanlah ya Allah.”

Ketika isterinya ditolak ke bilik bersalin, si suami yg menanti di luar kelihatan sungguh resah. Tiba-tiba dia terasa urat pinggangnya bagai direntap-rentap. Tulang belakang bagai dipusing-pusing dan tulang punggung meregang. Lalu segera mencari tandas duduk. Tangan berpaut pada besi pemegang. Terasa mahu membuang air besar tapi tiada najis yang keluar, peluh memercik satu badan, terasa sesak nafas. Ketika itu si suami terbayang bagaimana deritanya kesakitan yang ditanggung oleh ibunya ketika hendak melahirkannya.

“Patutlah Allah letakkan syurga bawah tapak kaki ibu. Sakitnya ya Rabbi, ibu bersabung nyawa rupanya. Bukannya mudah menjadi ibu.”

Hampir 20 minit bertarung, akhirnya kesakitan yg sukar diceritakan itu reda dan hilang sekelip mata dan boleh bangun berjalan semula. Rupa-rupanya si isteri sudah selamat bersalin dengan tenang…

Subhanallah, itulah harga yang perlu dibayar demi sebuah kehidupan seorang insan. Susahnya nak melahirkan anak, tapi kesemua kesakitan seakan hilang pabila melihat sekujur tubuh comel dalam esak tangis. Itu baru bab nak melahirkan anak, belum lagi nak membesarkan anak dengan ilmu agama, ilmu kehidupan. Melayan kehendak anak yang tak berkesudahan. Besarnya pengorbanan kalian!

Ana terkesan sungguh dengan kata-kata kak Fong tempoh hari :

Nak mengandung, 9 bulan aje. Nak bersalin, sakit beberapa jam. Apalah sangat 'kesusahan' tu. Tapi nak mendidik anak? Whole life..!

Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil. Rahmatilah hidup mereka, berkatilah usia mereka, sihatkan tubuh badan mereka, kurniakan kepada mereka kesabaran dan ketabahan, panjangkan usia mereka dalam ketaatan dan kebajikan pada Mu, matikanlah mereka dalam iman dan Islam. Ameen ya Rabbal alameen.

1 leaves:

aal 25 October 2011 at 21:28  

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

jom amalkan~

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO