"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 December 2009

Senyum Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.

Seindah suria, sesejuk embunan pagi dan sekabur kabus yang menutupi sebahagian pandangan mata. Ana tersenyum sendirian mengingatkan apa yang berlaku lewat malam semalam dan awal pagi ini.

[Kisah 1]

Ana tak dapat lelapkan mata, mencari dan tercari sesuatu. Ada bau yang mengganggu hidung, ada sesuatu yang mengganggu mata untuk terlelap.


"Macammana la boleh bau Nasi Goreng Pattaya ni?"

Sebenarnya sedari siang hari lagi terasa aneh sungguh bau dalam bilik. Siapa la yang 'menyimpan' Nasi Goreng Pattaya dalam bilik. Monolog demi monolog terjadi sehingga la tercari-cari punca datangnya 'bau' semerbak itu. Akhirnya, tergelak kecil apabila mata terpandang ke arah meja kecil di sudut bilik.

Seulas bawang besar dan bawang putih.

Abi meletak bawang besar dan bawang putih di merata rumah semasa hampir semua ahli keluarga demam dan selesema tempoh hari. Jadi, haruman bawang putih dan bawang besar telah mengganggu deria hidung ana hingga mata dan minda terbayang Nasi Goreng Pattaya, kegemaran adik-adik. * lawak... *

[Kisah 2]

Bangun awal, seperti kelaziman awal pagi untuk solat Fajar.

"Ya Allah.. Bau apa la yang wangi sangat ni, semerbak sungguh!" Monolog sendiri.

"Eh, dah kene culik dengan bunian ke ni..." Monolog lagi.

"Kenapa la wangi sangat?" Monolog seterusnya.

Kemudian, keluar dan buka lampu...

Ya Allah, patut la wangi semacam. Ada 5 ikatan bunga hidup (segar) di dalam tandas, supaya bunga tida layu maka diletakkan dalam baldi supaya batangnya kena air. Bunga untuk walimah sepupu pada hujung minggu ini, insya Allah. * lawak kuasa dua *

"Owh... masih di dunia nyata..." Sambung gelak sendirian.

Bawang dah membayangkan Nasi Goreng Pattaya, bau bunga semerbak disangkanya sudah ke alam bunian. Sungguh pandai minda ni berangan ye...! * lawak kuasa tiga *

3 leaves:

Unknown 11 December 2009 at 08:07  

wah..wah ni ngidam nasi pataya ke dik syira ..sabo je la...ingatkan bau apa tadi...hahaha

Insyirah 11 December 2009 at 08:19  

hehehe, mana ada mengidam lah kak mia. Syira tak berapa la makan sangat nasi pattaya, tapi adik2 suka sangat. hehe. sabar je la kan, syira yg menghadapi ni lagi la duk tergelak je sorang2.

Kerikkerik 12 December 2009 at 01:10  

aishhh...makan je ni....lalala~ =P

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO