"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

02 December 2009

WaNiTa SoLeHaH

Bismillahirrahmanirrahim.

* ana paste dari blog privasi kerana terlalu banyak cerita yang menari di minda hingga ana malas mahu menaip bimbang berkajang panjangnya, semoga ianya bermanfaat *

Ana ajukan soalan kepada sahabat-sahabat secara rambang.

"Apakah takrifan wanita solehah?"

Hampir semuanya menjawab dengan jawapan standard;

"Melakukan apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. Quran dan Sunnah jadi panduan perjalanan."

Tapi, jawapan dari ukhti Farhana menyentak kalbu sepi ana.

"Wanita solehah, hidup dan hatinya sentiasa segar dengan nama Allah. Gerak gerinya sentiasa dijaga rapi dan amal ibadahnya serta ilmunya sangat tinggi. Dia punya misi yang maju. Wanita solehah, sangat sukar dicari ketika ini. Malu sebagai perisainya tapi dia mampu menjadi yang terbaik sebagai hiasan dunia ini."

Tanpa ana sedari, air mata jatuh ke bumi.

Ana tatapi lagi kalam dari seorang ukhti Aisyarah.

"Wanita solehah, jauh di sudut hatiku aku bangga dengan imanmu, dengan taqwamu, dengan akhlaqmu dan amalanmu juga perjuanganmu menegakkan islam. Kesucian syariat yang telah Allah tetapkan. Wahai gadis solehah, kau pertahankan hijabmu walaupun dunia memandang hina tetapi Allah melihatmu dengan penuh bangga. Akhlaqmu kau pelihara, maruahmu rapi dijaga, tutur katamu melambangkan sifar keibuanmu yang sejati. Apabila bertemu ajnabi, kau tunduk memandang bumi. Mengingatkan diriku pada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah s.a.w.."

Ana kepilkan juga kata-kata seorang rijal apabila ana tanyakan apakah yang dia faham tentang "Wanita Solehah". Katanya...

"Perempuan solehah umpama mawar berduri, tidak mensyirikkan Allah, mentaati ibubapa, melindungi maruah dan mengingati kematian. Wallahua'lam."

Ana ajukan padanya... Bukankah mawar itu lemah sifatnya, biarpun duri memagari diri tetapi rapuh... Apabila ditiup angin, gugur menyembah ke bumi.

Dia katakan kembali kepada ana;

"Kerapuhan itu bukan kesilapannya. Dari zahirnya ia telah dilengkapi dengan apa yang dia perlukan. Jika diletakkan di tempat yang sepatutnya, dilindungi, maka ia mekar terpelihara."

Ana kira manik hujan yang sedang jatuh ke bumi, ana melihat langit yang suram. Langit menangis. Langit menangis. Langit menangis.

Aduh, senyum saja pada awan.
Ayuh, senyum pada awan.

Ana ingati semula kalam dari ukhti yang ana kasihi, bagi ana setiap pendapatnya ana raikan. Atas setiap saranannya ana jadikan panduan, selagi berlandaskan sunnah Rasulullah dan al-Quran selagi itulah ana buat pedoman.

"Apa takrifan lelaki soleh?"

Maka, ukhti menjawab... "Lelaki yang soleh itu sentiasa menjaga dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Dia juga tidak mudah goyah dengan kita."

Ana tersenyum, kreatif ukhti mengajak ana berfikir dan muhasabah.

"Apakah yang dimaksudkan dia tidak mudah goyah dengan kita?"

"Lelaki.. Ada yang sangat berprinsip, berpegang teguh pada prinsipnya tetapi apabila berjumpa dengan seseorang perempuan (maksud disini bukanlah lelaki itu berjumpa berdua-duaan) maka prinsipnya goyah."

Ana menyimpulkan sendiri. Iya, benar. Sudah ramai yang ana jumpa begitu, sangat dihormati tetapi urusan HATI itu tidak dipelihara. Apabila sudah tertarik pada seorang gadis, berani saja melamar tanpa bertanya pendapat kedua orang tua gadis itu. Terlupa bahawa gadis itu masih punya orang tua, terlalu tidak sabar kerana khuatir terlepas atau melepas? Ana diam...

Sekiranya itu layaknya kritiria lelaki soleh, pastilah pendampingnya seorang yang solehah. Jadi, ana fikir dalam diam... Banyak muhasabah dan banyak lagi zikir fikir perlu diteruskan. Semoga Allah mewariskan kelazatan iman pada kita berterusan. Insya Allah.

Mencari Nur Solehah,
al-Faqirah al-Insyirah

7 leaves:

Anonymous,  2 December 2009 at 23:11  

assalamualaikum wbt

SubhanAllah....ya ukhti, article yg amat mmbina, moga ukhti teruskan perjuangan berdakwah melalui penulisan..

insyaAllah :)

http://sabartabahtenang.blogspot.com/

mujahidah 3 December 2009 at 08:23  

Assalamua'laikum adik syira sayang.. semoga thabat dalam medan dakwah.. tabah menghadapi dugaan dan rintangan.. sabar menghadapi setiap perkara... rindu kamu... (^_~)

Abu Uwais,  3 December 2009 at 09:23  

Salam.

Wanita solehah itu memang impian semua lelaki, tanya pada sesiapa pun [hatta mat rempit] kalau nak mencari seorang perempuan untuk dijadikan ISTERI mesti nak yang baik walaupun diri sendiri masih banyak kekurangan. Memang isteri solehah [yang ditarbiyyahkan dengan menjadi wanita solehah] akan menjadi sumber dan juga pemangkin kepada suami. Sangat besar pengorbanan dan juga mujahadah yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang wanita solehah.

Di akhir zaman ini, sangat banyak fitnah dan ancaman kepada wanita [lelaki pun sama juga] tetapi apabila melihat wanita yang nipis akalnya senipis rambutnya, wanita yang lembut selembut lidah tidak bertulang akhirnya menjadi mangsa keadaan, mangsa tipu dunia.

Kerana itu, mujahadah untuk menjadi wanita solehah itu besar. Kalau semua perempuan ikut apa yang disarankan Quran dan Sunnah, aman dunia ni kerana peranan seorang perempuan disisi lelaki sangat besar. Lelaki yang gagah juga mampu tergolek dan dengan suntikan semangat dr seorang perempuan yang lemah [pastilah perempuan iu seorang ibu/isteri bukan gelifren] lelaki itu mampu bangunkan lelaki tersebut.

Tangan yang menghayun buaian boleh menggoyang dunia. Oleh itu nasihat buat para ibu, jangan tidurkan anak dalam buaian -selingan je- hehehe.

Semoga ukhti akan terus bermujahadah untuk berada disisi lelaki soleh. opsss.... sudah bernama kan? hahahaha.

kesian betul dengan adik seorang ni, banyak betul ujian yang datang tapi dalam masa yang sama begitu cemburu melihat dirimu yang sentiasa diuji dengan pelbagai sudut ujian.

UJIAN HEBAT HANYA UNTUK ORANG YANG HEBAT.

الوردة الشوكية 4 December 2009 at 11:09  

Wa'alaikumussalam ukhti Iman, jazakillah. Ana tak pandai menulis sangat pun, saja suka-suka je. :)

الوردة الشوكية 4 December 2009 at 11:11  

Wa'alaikumussalam Kak Syuhada cayang, hehe. Moga Allah makbulkan doa akak, ameen... Moga kita sama2 thabat. Insya Allah.

الوردة الشوكية 4 December 2009 at 11:11  

Abu Uwais, ye lah tuh nanti ana hayun Uwais guna lastik yerk! Huhuhu..

mujahidah najwa 3 January 2010 at 16:52  

salam..wbt..alhamdulilah tarbiyah yang mambina dan dakwan yang bkal mmberi impak yang mndalam bg kaum hawa..ana brhrp agr pnyambung dkwh bgini dapat dilahirkan lg..insyaAllah

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO