"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 August 2011

Kiasan Hati Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk-duduk semalam, bila Amir Solihin tersenyum simpul selepas kenyang menyusu rasa indah sangat. Terkenang hari kedua selepas melahirkan Amir Solihin, ada seorang pesakit di hujung jendela sedang duduk menyapu airmata yang mengalir. Tidak bertanya apa-apa, hanya memandang dan melihat dari jauh. Baby cot di katil beliau kosong, tak sampai hati nak tanya apa-apa. Memandangkan wad yang ana duduki, kesemuanya pesakit yang menjalani pembedahan mahupun kelahiran secara forsep/vakum jadi macam-macam kebarangkalian bermain di minda.

Pesakit di sebelah juga bila dilawati oleh bapanya, terdengar sang ayah memberi kata-kata motivasi kepada si anak yang mungkin diruntun pilu. Sempat bertanya dan berbual dengan pesakit di sebelah... Katanya anak beliau tertelan air ketuban semasa bersalin, jadi perlukan rawatan lanjutan di hospital. Beliau dibenarkan pulang, tetapi mungkin anaknya terpaksa ditinggalkan di hospital. Oh... Begitu.

Susah sungguh hati seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya. Sedangkan anak tersebut baru bertemu dengan si ibu hanya 2-3 hari, tetapi keberadaan 'bersama' sepanjang kehamilan mengikat hati si ibu untuk melepaskan anaknya.

Setelah pesakit yang baby cotnya kosong keluar dari wad... Baru bertanya dengan pesakit lain, kata kakak yang berbual dengan ana... Anak kakak tersebut tidak menangis selepas dilahirkan, jadi bayinya ditempatkan di wad NICU (unit rawatan rapi kanak-kanak). Fahamlah ana kenapa kakak tersebut seringkali mengalirkan airmata. Bayangkanlah melihat ibu-ibu lain yang mendukung, menyusu dan melayan kerenah anak masing-masing sedangkan anak sendiri di NICU. Sesekali, beliau ke wad NICU untuk melihat anaknya, barangkali menghantar susu ibu yang diperah.

Macam-macam perasaan yang boleh dirasai semasa baru bergelar ibu dan rasa-rasa tersebut bertukar silih berganti, masha Allah tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan keindahan-keindahan yang Allah berikan ini. Betapa anak adalah anugerah dari Allah, tetapi perlu juga diingat bahawa anak adalah ujian... mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dalam menjaga amanah Nya.

Selepas seminggu dilahirkan, Amir Solihin kena jaundis yang tinggi. Matanya juga kuning. Selepas diperiksa jururawat yang datang ke rumah, Amir Solihin dirujukkan untuk berjumpa doktor dan kemudiannya dirujuk pula ke hospital. Memandangkan tahap jaundis Amir Solihin sangat tinggi dan berisiko maka terpaksa pula dipindahkan ke hospital yang mempunyai doktor pakar. Allahuakbar, resahnya hati Tuhan saja yang tahu.

Alhamdulillah, dalam menghadapi kemelut-kemelut perasaan yang melanda diri semasa Amir Solihin diproses oleh doktor, ada ummi dan abi yang setia menemani memandangkan encik zauj sudah jauh... sobs sobs (terus teringat dialog dengan Kak Sarah, ya... akak benar!)

Jam 12.40 tengah malam (awal pagi?) setibanya di hospital (yang dirujuk) maka jururawat meminta izin untuk memberikan susu formula kepada Amir Solihin memandangkan beliau sedang menangis kelaparan. Minta kebenaran dari jururawat untuk berikan susu badan tetapi jururawat memujuk kembali, bimbang doktor datang dan menyuruh Amir Solihin berpuasa maka teramatlah kasihan memandangkan beliau sedang kelaparan, tambahan pula tangan Amir Solihin sudah dimasukkan drip.

Bayangkan... tangan si kecil yang sangat kecil itu dimasukkan drip. Allah, tak dapat nak bayangkan. Akhirnya pasrah membenarkan jururawat memberi Amir Solihin minum susu formula sebelum doktor datang. Selepas membersihkan Amir Solihin, jururawat minta ana berehat di katil dan Amir Solihin terpaksa ditinggalkan bersama jururawat di ruangan khas 'unit penjagaan rapi'. Nyaris saja Amir Solihin dipindahkan ke wad NICU.

Wad tersebut khusus dengan bayi yang mempunyai masalah jaundis, melihat sisi kiri kanan depan dan belakang masing-masing bersemayam dengan anak sendiri tanpa diminta pun airmata menuruni. Baru rasa bagaimana yang dirasakan oleh ibu-ibu lain yang 'dipisahkan' dari anak, melihat orang lain dengan anak masing-masing... Waduh, gawat deh!

Selang beberapa jam, doktor pakar datang dan memberitahu bahawa tahap jaundis Amir Solihin sangat tinggi pada bacaan 350, kalau ditakdirkan bacaan jaundis meningkat sehingga 380 maka pada malam (awal pagi?) itu juga beliau terpaksa ditukarkan darah. Wihaaa..! Rasa nak tergolek dari katil je. Jadi, duduklah Amir Solihin di bawah 2 cahaya lampu tanpa baju.

Bila rasa 'tak tahan' sangat, jenguk Amir Solihin dari tingkap unit penjagaan rapi... Nak menjenguk kerap-kerap tak tahan, airmata mengalir setiap kali menatap wajah mulus beliau. Akhirnya, hanya menunggu panggilan dari jururawat setiap kali Amir Solihin menangis maka barulah mendakap dan memujuknya untuk menyusu. Disebabkan duduk bawah lampu, Amir Solihin dipakaikan penutup mata... Bila jumpa dengan Amir Solihin, ana buka penutup matanya dan selepas melihat (mungkin beliau mengenali bau) ana, terkebil-kebil sebak.

Orang kata, minum susu kambing anak tak kena jaundis. Dari awal mengandung sehinggalah hari bersalin minum susu kambing, tinggi juga jaundis Amir Solihin. Orang kata jangan makan jeruk nanti anak kena jaundis, serasanya langsung tak makan jeruk pun. Orang kata dan berkata-kata, tapi bila Allah yang kata barulah kita tak terkata :)

Semasa di wad jaundis tersebut, ibu di sebelah ana juga sering mengalirkan airmata kerana anaknya dipindahkan ke wad NICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Wad NICU sudah penuh dan setiap kali mahu menjenguk anakandanya sambil menghantar perahan susu ibu, terpaksa kakak tersebut berjalan jauh memandangkan wad NICU terletak di bangunan lain. Dengan kesakitan bersalin yang baru beberapa hari, terpaksa pula berjalan jauh. Demi anak, seorang ibu sanggup laluinya. Allahuakbar.

Alhamdulillah. Amir Solihin sudah sedikit berisi berbanding semasa baru lahir... Sudahlah lahir hanya dengan berat 2.43 kg, semasa ditahan di wad akibat jaundis maka beratnya berkurangan sehingga 2.25 kg sahaja. Hanya nampak tulang dan kulit, apabila dicucuk untuk diambil darah tak sanggup melihatnya menjerit-jerit kesakitan. Kini, setelah berisi sedikit... Amir Solihin tak menangis lagi bila diambil darah. Kata ummi, mungkin semasa tak ada isi bila dicucuk terasa sakit sangat dan sekarang dah kurang rasa sakit.

Amir Solihin anak yang tabah... mudah-mudahan terus membesar dengan sihat dan soleh. Aamin.

Rabbana hablana minladunka zurriyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a.

Ramadhan sudah memasuki pertengahan semester kedua, apa khabar amalan kita ya? T_T

Tahniah buat ukhti Hanisah dan ustaz Hanif yang baru menimang cahaya mata. Lepas ni, ukhti Hanisah boleh sama-sama qadha puasa dengan Syirah ye! :P


Insyirah Soleha

5 leaves:

UmmuNisa'Khalaf 16 August 2011 at 09:33  

TERINGAT PLAK AKAK MASA BERSALIN BABY BOY LAST YEAR KAT HOSPITAL SG.BULOH KENA C-SECT..BALIK UMAH HARI KE3..HARI KE4 KENA PEGI BALIK SPITAL..BABY KENA TAHAN KAT NICU..MASA TU DAH MERUNTUN HATI BILA NURSE BUKA BAJU DIA SUME..ALHAMDULILLAH HARI TU AKAK DAPAT TEMANKAN BABY KAT WAD NICU..SEBELAH KATIL UMMI DIA N SEBELAH KATIL BABY..TAPI HATI IBU MANA YG X SEDIH,BETUL KATA SYIRAH AIR MATA NI DAH X PAYAH NAK PAKSA2 MENGALIR,AUTOMATIK MEMANG MENGALIR SENDIRI BILA TENGOK ANAK MENANGIS..BABY AKAK KENA DUDUK BAWAH 4 LAMPU..MASA TU X TERKATA DAH SEBAB KESIAN TENGOK BABY PANAS DUK BAWAH LAMPU..MATA DAH BENGKAK-BENGKAK MENANGIS KOT..NAK UBATKAN HATI YG SEDIH NI AKAK PUN PASANGKAN YASSIN..DIA LAHIR 3.74KG DUK BAWAH LAMPU TERUS KECUT 3.5KG...HUHUHU..ALHAMDULILLAH DIA SKRG DAH 8 BULAN SEMAKIN MONTEL..BETUL LA KATA ORG LAIN-LAIN ANAK LAIN RASANYE..MASA DAPAT BABY GIRL DULU DIA PUN KENA JAUNDIS JGK TP XDE LA SAMPAI MASUK SPITAL...BILA BABY BOY KENA MASUK SPITAL YG SEDIH TU..TP KITAKAN IBU..KENA TABAH N KUAT..CHAYOK! :P PENGALAMAN BERHARGA YANG ALLAH BAGI UNTUK MENJAGA AMANAH YG DIA BERIKAN..BUKAN SEMUA ORANG DAPAT RASA JADI IBU..

Ummi_Sha 16 August 2011 at 09:55  

Alhamdulillah..Anakanda Amir Solihin sudah kembali sembuh dan InsyaAllah akan terus membesar dengan sihat dan kuat!!

MyIlham.com 16 August 2011 at 11:32  

Orang kata, minum susu kambing anak tak kena jaundis. Dari awal mengandung sehinggalah hari bersalin minum susu kambing, tinggi juga jaundis Amir Solihin. Orang kata jangan makan jeruk nanti anak kena jaundis, serasanya langsung tak makan jeruk pun. Orang kata dan berkata-kata, tapi bila Allah yang kata barulah kita tak terkata :)

ok,sy suka ayat ni.semoga tabah dgn ujian.

ansorullah 16 August 2011 at 11:56  

Assalamua'laikum adik chomey.. Apa khabar ya ibu dan si kecil? =)

mendengar celoteh dari kejauhan.. alahai, bahagianya.. insya'ALLAH segalanya ada hikmah yang tak terhitung..moga keduanya tabah ya.. ibu dan anak kecil, kedua2nya punya kekuatan tersendiri.. ruh yang hidup, bertambah kuat bile bersama.. ALLAHu ALLAH.

sayang sokmo, dari putrajaya. (^_~)

❖❖❖ Qaz ❖❖❖ 24 August 2011 at 01:06  

As-salam...

Qaz berpisah dengan baby 21 hari...Khadijah di NICU, Ummi dirumah tiada rasa...jika ikut rasa, mahu post natal blues. ;)

hampir 3 minggu Qaz berulang-alik hospital putrajaya dari sg besi. Azabnya bengkak susu, perah tak menjadi...tapi, bila lihat anak, hilang segala lelah. :)

Khadijah tidak cukup bulan...bukan 7 bulan, tapi 8 bulan...doktor 'kira2' sudah 37 minggu (Qaz bersalin awal sebab Khadijah 'sibuk' mahu keluar. Gesaan selalu datang dan bukaan tetap 2cm selama 2 minggu. Ngeri bila imbas semula.

Bila sudah lahir (2.9kg), zahirnya dan paru2nya seperti bayi 35 minggu. Perlu bantuan pernafasan.

sekarang sudah darjah 1. tak sangka dia bayi yg berselirat wayar dan di bungkus pembalut sayur dalam cot dulu.

(ingat lagi ada seorang nurse terlepas kata, "tak lama baby ni...nampak gaya tak boleh survive"...sentap hati Qaz yg turun darah ssat itu. Jika bukan kerana ada rasa berTuhan, mahu shj Qaz balas kata2nya...tapi suami genggam tangan Qaz kuat...sabarrr!!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO