Syeikh As-Sudais Di Masjid Shah Alam
Bismillahirrahmanirrahim.
Malam 22 Ramadhan, dalam sedar tidak sedar sudah memasuki fasa ke-3 Ramadhan atau ertikata lain penghujung Ramadhan namun Ramadhan kali ini tersangatlah berbeza berbanding Ramadhan sebelum ini. Suasana yang berbeza, kalau dahulu hanya terdengar kisah-kisah cemburu sahabat yang punya anak kecil dan tidak mampu mengimarahkan masjid, kali ini lihat anak-anak kecil berkejaran di ruangan surau dengan riang ria, rasa nak sangat Amir Solihin cepat-cepat besar supaya boleh sama-sama ikut solat berjemaah :)
Semalam, 20 Ramadhan ada perhimpunan huffaz Selangor di masjid negeri, kebetulan abang yang berterawih di masjid negeri melihat gelagat kanak-kanak huffaz yang 'pura-pura solat' terus geli hati bercerita.
"10 tahun lagi, Amir Solihin jadi budak yang pakai serban tu. Dia 'tekong' main."
Biasalah, kalau namanya budak-budak memang begitulah kerenah mereka. Teringat pula kisah Rasulullah bermuamalat dengan kanak-kanak, di saat Rasulullah dan para sahabat sedang solat berjemaah maka Ibnu Abbas r.a yang masih seorang kanak-kanak melintas saff solat dengan menarik keldainya. Apabila sahabat mengadukan hal tersebut kepada Rasulullah, Rasulullah hanya tersenyum saja. Ah... budak-budak.
Pernah pula suatu ketika semasa Ibnu Abbas r.a. sedang ikut Rasulullah solat di sebelah kiri Rasulullah, maka Rasulullah menarik telinga Ibnu Abbas r.a. dan meletakkan Ibnu Abbas r.a. di sebelah kanan Rasulullah. Ah... budak-budak :)
Baru-baru ini mendengar ucapan Tok Guru Nik Abdul Aziz di dalam perhimpunan Anak Kelantan di Selangor (dalam youtube je lah :p) di mana kembara beliau di Samarkhan yang mana letaknya makam Imam Bukhari ditadbir dengan pentadbiran komunis, kanak-kanak dilarang untuk dibawa dan solat di masjid sehingga berusia 18 tahun. Makanya, kalau mahu ke masjid usia haruslah 18 tahun dan ke atas. Nah, kalau sedari usia kecil tidak dijinakkan dengan rumah Allah masakan usia 18 tahun tiba-tiba menjadi 'ahli rumah Allah'. Begitulah cara musuh-musuh Islam melemahkan aqidah umat Islam.
Masjid dibina sebesar-besarnya tetapi tidak membenarkan masjid diimarahkan, seandainya orang Islam dipasakkan dengan kecintaan kepada Allah dan Rasul nescaya umat Islam akan menjadi kuat, itulah yang ditakutkan oleh musuh-musuh Islam. Maka, sedari awal umat Islam 'dibunuh' agar hanya mengikut rentak dan irama musuh-musuh Islam.
Di negara-negara Arab, kanak-kanak diraikan sebagai jemaah dan tidak disisihkan. Sedari awal sudah sebati dengan kehidupan masjid, apabila dewasa tidaklah canggung berada di masjid. Tersenyum, beberapa hari lepas muslimat di sini mengadakan majlis khatam al-Quran. Selepas selesai majlis, 7 orang muslimat datang ziarah Amir Solihin. Cerita mereka, anak imam terdahulu merangkak semasa sedang solat dan seorang jemaah mencelah, saat sujud bayi tersebut betul-betul berada di bawahnya :)
Alhamdulillah. Ada sesetengah tempat yang meraikan kehadiran kanak-kanak di rumah Allah. Mudah-mudahan orang senior juga akan menerima kehadiran kanak-kanak di rumah Allah.
Setiap malam mendengar kalamullah yang dilantunkan imam dari masjid negeri, ada masanya sayup-sayup suara sang imam mengalunkan kalamullah. Suatu malam, abang ana yang datang menziarahi Amir Solihin terdengar suara sang imam.
"Ya Allah, sedap betul suara imam tu. Macam suara Imam Masjidil Haram."
"A'ah, bestkan? Duduk rumah, dengar mendayu-dayu..."
Keesokan hari, abang, abi dan adik berterawih di masjid negeri semata-mata nak dengar suara imam yang sangat meruntun hati. Al-hasilnya, aura haramain melekat. Dek kerana ramainya orang solat terawih berjemaah, dengan suasana masjid yang luas. Abang terasa berada di Masjidil Haram.
Ya, imam tersebut sangat terkenal dengan jolokan "Sudais Malaysia" kerana suara dan alunan bacaannya yang saaaangat menyerupai bacaan Imam As-Sudais. 2 orang sahabat terbang ke haramain minggu ini dan insha Allah akan meraikan Eid di Makkah, sedikit sebanyak mendengar suara Ustaz Syukri (yang terkenal dengan jolokan Sudais Malaysia) terasa juga membuak rindu haramain. Mudah-mudahan, Allah berikan peluang kepada kita semua untuk menjadi tetamu Nya.
Insha Allah, minggu ini akan berangkat pulang ke kampung halaman Encik Zauj di Kelantan bersama anakanda Amir Solihin. Ibu-ibu saudaranya di Kelantan dah tak sabar nak bertemu dengan Amir Solihin, moga Allah memelihara musafir kami. Aamin :)
Selamat bertemu dengan Malam al-Qadar! Aamin...
Salam Ramadhan,
Insyirah Soleha
2 leaves:
setuju! kanak2 kalau dididik dari kecik utk mendekati dan mengimarahkan masjid, i'Allah besar nnti, takde penyakit liat nk ke masjid kan.
cuma kadang2 kecewa dgn sesetgh org yg memprtikaikan masalh, bila gi terawih ada budak2 maen bising kat belakang.
penah jadi satu kali tu, sorang macik tegur sorang wanita,mintak tinggalkan anak die kat umah je, tak payah bawak datang terawih, bukannya budak tu tau solat pon. tersentap pieQa bila dengar makcik tu warning macam tu.
dah kalau tak diajar, cmne nak tau kan.
apa2 pon smoga selamat sampai ke dstinasi yang dituju :)
MasyaAllah .. yer ker.. jauh juga tu jika mau ke masjid negeri.. insyaAllah .. jika ada kesempatan :)
Itu la.. ada seorang ibu yang syikin jumpa di masjid.. membawa anaknya yg berusia 2 bulan.. elok jer terkebil2 sebelah ibu nya ...
Ibu nya bercerita... "kalau abg nya.. 20 rakaat pun lepas ... kite solat , dia tengok saja :) .. dah habis solat baru bunyi "ekkk" minta susu" .
Akak itu menceritakan bahawa ke empat2 anaknya begitu... tinggal berdekatan denagn masjid menjadikannya sejak mengandung tidak pernah tinggal kan masjid.. dan anak2 nya hingga hari ini sebati dengan masjid :) ...
biasa budak2 main tu kan.. tp tak ada lah anak nya lasak sangat.. time solat.. solat ... seronok tengok :) .. pendidikan bermula dari rumah dan ibu bapa kan :)
Post a Comment