"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 August 2011

Terlalu Istimewa

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam sangat istimewa, mendengar bacaan kalamullah solat terawih yang diimamkan Syeikh Sudais (imam masjidil haram) 10 rakaat pertama dan 10 rakaat kedua oleh Syeikh Soleh (imam masjid nabawi) dari speaker masjid negeri. Sesudah terawih, Syeikh Soleh memberi tazkirah dalam bahasa melayu. Berlinang air mata. Terima kasih bayu yang meniup suara mereka, terasa jiwa terbang ke haramain! Syeikh Sudais juga membawa muazzin Makkah, laungan azan yang membawa jiwa seolah-olah terbang ke sana.

Baby saya juga dah sampai dari mesir selepas 3 bulan menanti. Lama sungguh baby belayar di lautan, mujur tak lemas. Barangkali ombak besar dan banyak speed trap, kapal bawa slow. Hehehe. Dah sampai Malaysia, musykilah lain pula. Apapun, dah terima pun. Terima kasih banyak-banyak pada Encik Zauj yang sanggup menerima baby tersebut pada jam 2 pagi. Dekat-dekat time kelahiran Amir Solihin juga. Terima kasih ya Allah!


Insya Allah, kami akan pulang ke kampung malam ini. Mudah-mudahan selamat semuanya... Baru habis pantang terus travel pulang ke Kelantan, harap-harap Encik Amir Solihin baik-baik saja dalam perjalanan. Aamin.


Encik Amir Solihin pada hari ke-40

"Amir Solihin macam muka ummi ke muka abi?"

"Muka Amir Solihin :p"

6 leaves:

fatma ayuni 25 August 2011 at 23:09  

salam.. 2 imam tu ade kat masjid muhammadi ke? saje tanye sbb sy pn oghe kelate jgk ni.he2..solat terawih kat masjid muhammadi sgt best sbb imam tu suara dia lunak & macam familiar je. tp xpasti pulak nama imam tu ape.sy tertanya-tanya jgk ni..rase cam nk terawih kat situ lg b4 abis bulan pose ni :)

http://fatmaayuni.blogspot.com/

The lady ♥ 26 August 2011 at 00:11  

Tahniah akak.Lama sgt dah sy tak singgah. Rupa2nya putera akak dah lahir. Alhamdulillah. Moga jd anak yg solehh! (:

Unknown 26 August 2011 at 05:59  

tazkirah dalam bahasa melayu.

Kasih Tercipta 27 August 2011 at 02:39  

Assalamualaikum...ada mcm muka abi nya ada..ummi nya pon ada....
semoga selamat sampai kelantan ya ummu amir.... :)

Ummu Abiha 28 August 2011 at 01:51  

assalamualaikum..

kak insyirah,, kaifa haluki? Subhanallah comelnya.. =D Selamat hari raya kak =)

Fizah 6 September 2011 at 12:11  

salam syirah, boleh mtk emel. ada sesuatu yg ingin ditnykan. tq :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO