"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 August 2011

Amir Solihin

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Ahad ulangtahun kelahiran Encik Zauj, tak ada apa-apa yang istimewa. Menyerahkan Encik Saif Junior sebagai hadiah ulangtahun kelahiran. Hadiah yang lebih bermakna, saham dunia akhirat insya Allah.

Alhamdulillah. Amir Solihin sudah berusia 21 hari. Beratnya tak tahu, tapi penglihatan kasar nampaknya besar macam tu juga tak besar-besar pun. Semua jururawat dan doktor setiap kali jumpa Amir Solihin pasti menganggap Amir Solihin bayi pramatang. Mudah-mudahan Amir Solihin cepat sihat dan membesar dengan baik.

Amir Solihin banyak mengikut perangai abinya. Kalau waktu tidur, bunyi hp buat Amir Solihin akan jadi 'tak selesa'. Bermula dari hospital lagi, apabila mendengar bunyi hp maka Amir Solihin akan menangis. Setakat ini Amir Solihin tidak banyak kerenah, mungkin kerana kurang sihat dari awal pagi tadi Amir Solihin merengek. Sudahnya, bangun jam 10.30 pagi dan jam 6 petang baru Amir Solihin benar-benar tidur.

Elok sangat la tu... Bila Amir Solihin tidur, semua orang pesan untuk ana tidur sekali supaya waktu malam boleh sama-sama qiyamullail dengan Amir Solihin. Bijak, hari ini nak qailullah pun tak sempat dek kerana Amir Solihin tak tidur-tidur sampai bengkak matanya menahan kantuk. Alih-alih nanti Amir Solihin qiyamullail, ana yang tersengguk-sengguk.

Takpa, sahabat-sahabat yang bakal bersalin tak lama lagi... Hitunglah hari-hari akhir, berbual dengan bayi dalam kandungan sebelum berbual di alam nyata. Kemudian, sama-sama qiyamullail lah ye :P

Buat Ummi Sarah, gambar Amir Solihin hari ke-6 ^_~

5 leaves:

aamalinaazman 2 August 2011 at 21:05  

comeinyela
huuu
maw jadi ibu juge
take care sis n cute baby!

~Setanggi Syurga~ 2 August 2011 at 21:59  

salam ukhti...
bgusnya amir bgun qiam sama ngan ummi nya..hehehe..muuaahhh!! geram tgk..smg menjadi anak yg soleh ya amir..^^

Salsabila 2 August 2011 at 22:20  

salam akak!

husna tengok amir kan, asyik tidurrr jee :P

dari dekat hospital sampai sekarang. gambar dekat wkti pun tidur :D

amir, buka la mata waktu tangkap gambar pula lepas ni tau tauuu.

akak husna nak tengok laaa. plisplis. hee.

amir dah besar sikit dah sekarang ni! weeee ^_^

tak macam first day dulu. takut nak pegangg. huu

ape-ape pun, amir jadi anak yang soleh ye dah besar nanti. dengar kata ummi dan abi. insyaAllah ^_^

Kasih Tercipta 3 August 2011 at 00:45  

comel nya amir solihin..... jd anak yg soleh ya syg....nnt acik firah dtg jenguk ya..

zahrahsyauqah 5 August 2011 at 09:56  

Comelnye amir..hehe.. lebih kurang nama ana,amira^^

Seronok sgt tgok org da ade buah hati ni.. jeles:p
Moga putera inyirah&encik zauj sihat & jd anak soleh,inshallah.. Doa untukmu sentiasa mengiringi. Selamat menyambut tamadhan & berqiamulail bersama anakanda terchenta :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO