Keserasian Dalam Rumahtangga
Bismillahirrahmanirrahim.
* Tulisan ini ditaip berlatarbelakangkan lagu "Selamat Pengantin Baru" *
Semenjak melangkah ke marhalah rumahtangga, menjadi suri hati seorang lelaki dan bertindak sebagai sayap kiri seorang da'ei selalu pula diasak soalan tentang jodoh. Mencetus gaya berfikir seorang isteri lalu ana mengambil ruang dan peluang tersebut untuk melihat apa yang dilihat oleh orang lain.
"Seronoknya muda lagi dah kahwin."
Ana menggaru kepala. Perkataan seronok itu mempunyai definisi yang berbeza pada setiap orang, barangkali yang diertikan seronok adalah kerana menjadi isteri bermaksud ada tempat untuk mengada-ngada lebih malah dalam ikatan yang halalan toyyibah wa barakah, insya Allah :P mungkin juga seronok adalah kerana sudah terselamat dari fitnah lelaki, entahlah. Banyak sangat kemungkinan yang dibentangkan di dalam kotak minda ana sehingga ana hanya meraikan sahaja soalan dan juga pernyataan mereka.
"Umur berapa?"
"20 tahun."
"Ya Allah, mudanya kahwin."
Menggaru kepala yang langsung tidak gatal. Menggaru kepala adalah tindak balas secara sedar untuk meluahkan bahawa ana agak pelik dengan mereka yang merasa pelik apabila menyedari hakikat usia ana untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri yang mana sememangnya sangat-sangat-sangatlah berat!
"Ustaz, carikan jodoh untuk ana."
Apabila akhawat meminta zauj untuk mencari jodoh dan dalam masa yang sama ada sahabat zauj yang meminta zauj untuk match dengan mana-mana akhawat yang sesuai, ana menggaru kepala lagi. Urusan kahwin bukan suka-suki dan hanya untuk 'lepaskan diri' dari satu situasi tetapi ia adalah urusan dunia dan akhirat, apabila menerima seorang lelaki untuk dijadikan suami bererti wanita itu telah meletakkan urusan agama, dunia dan akhiratnya di tangan lelaki tersebut selepas ijab kabul.
Apabila meminta untuk 'dicarikan jodoh' pastikanlah terlebih dahulu persetujuan dari ibubapa :) Sebagai seorang anak perempuan (mahupun lelaki) dahulukan pendapat ibubapa yang bertanggungjawab atas urusan agama, dunia dan akhirat kita. Apabila ibubapa merestui, lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan ibubapa. Ingat! Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Setelah menjadi isteri, baru berpindah kepada redha suami.
Kalau step pertama (redha ibubapa) sudah lompong, susah nak memperbetulkan step kedua (redha suami) kerana step pertama sentiasa menjadi asbab kepada rantaian step kedua.
Selepas menjadi isteri, sekiranya ada kesempatan solat berjemaah dengan suami (kerana suami lebih memilih untuk berjemaah di surau dan ana lebih suka solat di rumah), suami akan mengucup dahi ana. Pernah suatu hari, ana bertanya.
"Abang doa apa?"
"Tak ada apa."
"Doalahhhh..." Ohoho, ana sentiasa memaksa suami melakukan apa-apa kerja yang beliau tak mahu lakukan sambil mengharap beliau akan rela melakkan pekerjaan tersebut.
"Doa takda, tapi sentiasa niat semoga menjadi isteri yang diredhai Allah."
Tergamam. Terharu. Sebak pun ada tapi buat muka comel sahaja.
"Amiin."
Kamu, kamu dan kamu di luar sana yang masih 'single' tak kira lah available mahupun unavailable, pergunakanlah peluang sebagai ANAK untuk membuat sebanyak-banyaknya saham akhirat. Kelak, apabila sudah menjadi isteri perbanyakkanlah pula saham akhirat sebagai seorang ISTERI, kerjakan suami kalian sungguh-sungguh.
Ana faham, akhawat di luar sana mungkin selalu sedih dan tertekan dengan ujian demi ujian yang datang terutamanya ujian dari lelaki tetapi usahlah terus melutut dan tersungkur dengan ujian tersebut. Ujian-ujian 'kecil' itu hanyalah satu tarbiyyah langsung dari Rabb kepada hamba Nya untuk melatih diri kita menjadi lebih kuat, insya Allah. Ana tidak kata ana kuat, tetapi ujian-ujian sebelum menjadi isteri membuat ana lebih matang dan berfikir hakikat ujian-ujian sebelum kahwin hanya sebutir pasir di pantai kerana hidup berumahtangga lebih hebat mehnahnya :)
Apabila buat sesuatu pekerjaan, ana tidak melakukan kerana ana seorang isteri tetapi sebagai hamba Allah. Apa sahaja pekerjaan di rumah mungkin bagi orang lain merasa "Wah, best jadi isteri. Buat air pun dapat pahala" ana terasa nak ketawa berguling sahaja dengan ayat ini okey! Serius, nampak sungguh rigid dan terlalu sempit skop kebajikan yang disuntik ke dalam minda para wanita sehingga hanya melihat perkahwinan sebagai medan mengumpul pahala.
Sebagai seorang ANAK juga kita boleh berbakti kepada orang tua. Celakalah bagi ummat Muhammad, sekiranya tidak memperdulikan ibubapa yang masih ada di dunia ini! Doa ini diaminkan oleh Rasulullah s.a.w., ya Allah... Hargailah ibubapa kalian, asingkan sejenak gelora perasaan untuk mencintai pasangan (yang sah) dengan muhasabah diri. Sudah cukupkah kebajikan kepada ibubapa? Sudah bersediakan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab?
Luaskanlah skop kalian. Buat air untuk SAHABAT pun dapat pahala, selagi mana kita melakukan kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain :)
Kata seorang...
"Kami dah bercinta 3 tahun, dah kenal hati budi masing-masing jadi kami merancang untuk berkahwin."
Kata seorang lagi...
"Setelah mengenali hati budi masing-masing, kami mendapati kami serasi bersama. Jadi, kami nak ikatan ini hingga ke pelamin."
Kata seorang lagi dan lagi...
"Kami putuskan untuk berkahwin kerana saya melihat banyak persamaan antara kami."
STOP. Kalau ini yang berlegar dalam pemikiran kalian, berhentilah dari angan-angan tersebut. Kalau orang-orang veteran mendengar ungkapan ini, muntah hijau agaknya. Kalau ibubapa yang sudah berpuluh tahun kahwin mendengar kalimah ini, gelak terberak agaknya. Alahai, luaskanlah sedikit skop tentang kehidupan berumahtangga. Tidak mustahil, insan-insan yang kononnya serasi bersama semasa bercinta ini tidak panjang tempoh perkahwinan mereka.
Tidak ada manusia yang sama dalam dunia ini. Setiap orang memiliki personaliti yang BERBEZA diantara satu dengan yang lain, maka usahlah dicari PERSAMAAN antara kita kerana memang takdirnya kita diciptakan tidak sama! Tetapi, adakah kita akan SERASI apabila bersama? Alam percintaan sama sekali berbeza (ohhh, jauh sungguh bezanya!) dengan kehidupan berumahtangga. Ana tidak berhasrat membebel, kerana ana juga masih mentah tentang rumahtangga.
"Sebagai isteri, kena banyakkkkk mengalah."
Ana tersenyum, nasihat dari datuk yang dikasihi menusuk di dalam hati. Sebak rasanya tetapi masih tersenyum.
"Nanti dah kahwin, jangan buat itu, jangan begini, jangan macam tu..." Panjang lebar abi tersayang memberi 'wasiat'. Mungkin orang melihat ibubapa ana kelihatan berharta, tetapi itu meterial yang ada susut nilainya. Hakikatnya, harta yang dipusakai oleh ana hanyalah ilmu-ilmu dan nasihat juga tarbiyyah dari mereka.
"Nanti dah kahwin, sentiasalah alert perasaan suami adik." Seorang kakak memberi peringatan.
"Kami dah 40 tahun pun masih berkenal-kenalan lagi. 40 tahun tak cukup untuk kami berkenalan, sekarang pun masih juga berkenalan. Manusia sentiasa berubah, dan dari perubahan-perubahan itu kita akan sentiasa mengenali pasangan kita."
Ana melopong di hadapan ibubapa angkat ana. Mereka yang sudah lama hidup berumahtangga, katanya 40 tahun tidak cukup untuk mengenali pasangan dan sentiasa saling mengenali antara satu dengan yang lain. Allahu Rabbi. Ini yang selalu menjadi PUNCA keretakan rumahtangga, masing-masing merasa sudah mengenali pasangan sedangkan terlupa bahawa manusia sentiasa berubah dan setiap perubahan tersebut adalah proses mengenali sehinggalah nafas terakhir di bumi ini.
1,2,3 mahupun 10 tahun bercinta sekalipun tidak sama dengan kehidupan dalam rumahtangga. Tetapi, Allah sudah berjanji bahawa Dia menciptakan isteri dari jenismu (lelaki) sendiri, supaya suami menjadi cenderung terhadap isteri dan berkasih-sayang terhadapnya. Subhanallah. Tempoh berkenalan bukanlah menjadi satu kata putus pada sebuah perkenalan lelaki dan perempuan dalam fasa membina rumahtangga idaman namun dengan ILMU, IMAN, TAQWA dan SABAR insya Allah rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terbina.
Kita meraikan dua pengantin baru
Mari doakan agar mereka bahagia
Dapat zuriat yang soleh solehah
Mentaati Allah dan juga Rasul Nya
Agar rumahtangga aman bahagia
Bertolak ansur kenalah ada
Maaf bermaafan rukun setia
Bekerjasama meneraju rumahtangga
Rabbani ~ Pengantin Baru
Wallahua'lam.
Seorang Isteri,
Insyirah Soleha.
25 leaves:
suke baca bait2x coretan topik kali ni....sememangnya ibu sy pernah menuturkan kata sedemikian'setelah sekian lama berkahwin, msh x kenal suami sepenuhnya,".
dlm menghadapi ujian pertunangan ini juga, terlalu byk keserasian yg cuba digarap, namun sukar krn watak & personaliti reality akan terserlah slps mendirikan rumah tangga.
Kak mia, bertunang sama sekali sangat berbeza dengan alam perkahwinan :)
Assalamu`alaykum :)
Nak maklumkan pada Puan Insyirah, zaujah ana sudah selamat deliver baby girl 3.4KG pada 20 September 2010, 8.15 pagi waktu Malaysia selepas hampir 16 jam fight.
Alhamdulillah, baby & mom sihat.
Lepas ni Insyirah pula ye :P
... continue comment yang tadi.
Insya Allah, rumahtangga yang mengharapkan keredhaan ALLAH akan sentiasa mendahulukan tuntutan ALLAH, menghormati hak dan perasaan pasangan, apabila masing-masing sedar dan bertanggungjawab, tolak ansur dalam hubungan insya ALLAH masing-masing tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan.
Suami juga perlu hikmah dan banyak toleransi dengan isteri kerana sifat isteri ni emosional, dipenuhi dengan perasaan dan naluri yang pelbagai. Jadi, sebagai suami harus juga alert apa yang isteri tak suka. Mungkin 'kebiasaan' suami sebenarnya adalah suatu yang isteri tak suka tapi tak diluahkan semata-mata nak jaga hati suami - isteri solehah yang sukar nak temu -.
Sebagai isteri, hormati hak suami dan sentiasa memainkan peranan sebagai isteri yang selalu memahami perasaan suami. Memahami di sini maksudnya bila suami tak suka, dia tak terus cakap tak suka tetapi mungkin ada bahasa badannya yang menunjukkan sikap kurang senang terhadap isteri. Diam suami mungkin kerana memendam, mungkin juga kerana mahu memberi kesedaran kepada isteri dan mungkin kerana diam itu membantu isteri untuk lebih efisyen sebagai seorang isteri :)
Wallahua'lam
allahu,terkedu ble bc artikel ni..tq ats perkongsian ini,insyirah..mg2 yg terbaik utk kita!ameen ya rabb.
ye..itu ayat terakhir yg akak nk ckp kat syira....sdgkan bertunang dah beza...kahwin suami dh depan mata...terlalu berat nk dipikul....terutama dlm saat berjauhan ....15 jam perjalanan balik utara-selatan pn sungguh menyakitkan wat akak.huhuhu
Waalaikumussalam ust wan,
MABRUK... MABRUK atas kelahiran puteri sulung ~ jelesnya ana. Khair, insya Allah moga baby & mom sihat... Baby jadi anak solehah & membesar dengan sihat dan kuat, amiin.
Erk! 16 hours fight?? Adei la... Tapi berbaloi kan selepas tengok baby ~ ohooo touching pula.
Syukran wa jazakallah atas komen nasihat tersebut, insya Allah doakan kami yer.
puteri busyra ~ insya Allah, sebenarnya Dia sentiasa memberi yang terbaik buat kita tetapi kita sahaja yang tak nampak kebaikan tersebut kerana baik di mata kita belum tentu terbaik pada pandangan Allah :)
Wallahua'lam
Salam insyirah..
Nice writing dear :)
Boleh tak saya nak letakkan post insyirah ni di blog saya?
Kak mia, hehe jangan jadikan sakit sebagai alasan. Insya Allah, yakin setiap apa yang Allah berikan ada hikmah mana nak tahu lepas kahwin akak sihat asbab rahmat dalam rumahtangga. Insya Allah. Yakin dengan bantuan Allah :)
Nanti suami akak jampi-jampi akak setiap hari, haa... lama-lama sihat la tuh kalau dah jampi dengan kasih sayang :D
seronok baca kisah adikni....semoga berbahagia dalam mengharungi bahtera rumahtanggamu....
adoi, syira..syira..sejak kahwin ni..bab mengusik no 1....
alhhamdulillah
suka membaca post saudari
saya nk tanya saudari lahir thn 90 ke 89..
saye 89..sy terjumpa blog ni n rasa amat2 bermanfaat untuk dijadikan pnduan ..'
kdg2 saye rase saudari ni xmcm umo 20 thn...matang..(walopn kdg2 x..hehe)
papepun slmt berkenalan..
p/s:boleh x carikan jodoh jugak uttk saye???hehe(gurau2,,teringin nk kawen muda..)
salam... Ada improvement dalam penyampaian idea. So, beautiful. Masyallah. Yap, we tend to look forward too much that we even forget the present situation. We have to live for today to get what lies in the future. Because, once today was the future. Rite? Maybe.. Haha.
lupa nk kabo.. Kawe ni ehcluz.-zul fikri- ala hok sokmo kecek ore puteh tue. - i wonder if u need ur beloved zauj to translate it.(h-h). Exam2, orng stdy kite bc blog. :P.. OPTIONAL: XYAH PAMER XPE. NK POWN XPE.
Salam FarhahNur ~ silakan :)
limaumanis...
doakan saya ye kak, saya budak sedang belajar kalau salah tolong ajarkan :)
nur as-syifa' ~
oh, saya lahir tahun 90 la... hehehe, nak cari jodoh tak susah. banyak2 lah berdoa supaya Allah permudahkan jalan jodoh untuk ukhti :)
Oh... Zul Fikri rupanya.
Takpe, dont worry...! ana leyh faham kalau kechek kelate, cuma problem kalau nak suruh ana pronounce memang hancus la. Tapi ok la bila dah FAHAM takda masalah nak memahami apa yang orang cakap cuma tak berapa mahir nak cakap. Still guna bahasa baku :) Tapi, husband pun cakap dengan ana with bahasa baku :D
Biasalah, kena la makin matang. Hihi, dah jadi wife orang pun takkan still maintain childish sokmo nanti jadi mak orang lagi parah kalau mak dengan anak sama je perangainya. Yuhu...
cerita dan pengalaman yang menarik..mohon untuk kongsi...
mohon rahmatNya juga.
Amiin~
jap ag kelantan pekat la nanti. Kadang2 sendiri xpaham apa yg orng2 kelantan ckp. Bkn xpaham sbb loghat tp bahasa ibunda ku itu luas. Bila nk jd ibu ni? Geram tgk baby, tp xberani sentuh. Fragile...
Shukrul Amri ~ silakan, terima kasih.
Norhayati ~ insya Allah :)
Zul Fikri ~
Jawapannya bila Allah izinkan ia berlaku dan apabila waktunya telah sampai... :) Insya Allah.
Raya baru ni ziarah sahabat suami, masing-masing punya baby... Ana kilik jer, gerammmm :) Kalau pandai pegang tak jadi masalah, insya Allah especially tengkuknya perlu diberi lebih perhatian :)
Post a Comment