"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 April 2010

Cracked Pot

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang wanita tua cina mempunyai dua bekas pasu air. Ia digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sediit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan ia merasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air sahaja dari yang sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan. Pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.


"Aku rasa sangat malu dengan diriku kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu."

Wanita itu itu tersenyum.

"Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu tetapi tidak di pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari akan kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."

Setiap dari kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat! Kita harus menerima setiap manusia seadanya dan melihat KEBAIKAN di dalam diri mereka. Moga hari kalian ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda :)

<><><><><><><><><>

Tidak pasti dari mana sumber asli kisah ini. Ia dihantar oleh abi selepas ana menulis entri 10 Tahun : Latihan Iman. Syukran pada sahabat yang mengingatkan ana :)

Salam keceriaan hari Jumaat. Moga peroleh rahmat dan barakah. Insya Allah.

Insyirah Soleha.
10 am

6 leaves:

nurIslami,  2 April 2010 at 11:38  

Assalamualaikum:

Kisah ini pernah ana dengar tapi tidak tahu bila kerana sudah lama sangat..

Sebuah kisah yang menunjukkan betapa terbatasnya pengetahun yang dimiliki oleh manusia yang merupakan makhluk ciptaan Allah..

Kekurangan yang dimiliki kemudian diterokai pasti memiliki kebaikan hanya bagi yang hanya mahu memiliki dan redha denganNya..

p/s: Dapat juga baca kisah ni akhirnya..

mujahidah 2 April 2010 at 12:28  

=D..kita takkan mampu mengintai hikmah disebalik percaturanNYA..

:: Zahratu Billaurah :: 2 April 2010 at 14:31  

oh..Rabiatul pernah baca kisah ni..
masa kecik2 kalau x silap....
dalam buku cerita ^_^ suka2

Akak Jual Buku 2 April 2010 at 15:27  

trm ksh dik..:) kisah yg sgt memberi inspirasi..^^

Akak Jual Buku 2 April 2010 at 16:33  

syukran atas perkongsian dik..:) sgt memberi inspirasi pd akak..^_^

IMmeHuda 5 April 2010 at 14:53  

huuuu...

tiba2 rasa sayang pada diri sendiri (ayat pathetics nih..)

betul, k.nurul selalu rasa diri tak sempurna seperti cousins yang lain yang hebat2 semuanya (ala-ala blacksheep of the family la ni..)

tp..ada pengajaran yang menginsafkan..semua yang ditakdirkan Allah itu ada hikmah dan kesempurnaannya..

thank you sis for this entry..love ya..=)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO