Selamat Pagi Cinta!
Bismillahirrahmanirrahim.
*Entri penuh emosi, sila biarkan ia teremosi*
"Assalamu'alaikum kak, selamat pagi... Moga sihat iman dan fizikal."
Tingggg! okeh, ni bunyi mesej ana.
"Wa'alaikumussalam dik Syira, selamat pagi. Moga cepat sembuh, jangan nakal-nakal nanti tulang mana lagi nak tercabut. Alhamdulillah, akak sihat."
Ganas sangatkah ana sampai semua tulang nak tercabut? :D
Lasak sangatkah ana sampai tulang bahu boleh tercabut? :D
Ok, salah faham telah berlaku. Tidaklah seganas mana tapi kalau setakat gaduh dengan Qashrina memang ana kalah sebab Qashrina memang ganas, hihi. Tumbukan padu Qashrina boleh buat ana terasa macam nak gigit jer tangan budak tu. Ok, tidak berniat mengumpat Qashrina, just membayangkan beliau berjalan bersama Ayuni dan Arissa memakai gaun putih sambil membawa sejambak bunga untuk dihulurkan untuk tuan puteri *excuss me, im the princess ok* lalu dengan penuh sopan santun menyambut jambangan bunga mawar merah, pink dan putih tersebut... Lilitan bunga lavender sebagai penyeri cik flower girls harum semerbak. Tiba-tiba, prapppp... tulang bahu tercabut. Oh, alangkah...!!! Huhu. Mimpi berakhir tragis.
Jangan mengalah, mesti cuba. Genggaman tangan sudah tidak seteruk hari pertama.
"Sakit pun still menaip ker?"
Perlu lakukan sesuatu bagi mengelakkan dari berfikir apa yang berlegar di kotak minda. Semalam cuba memegang buku untuk membaca, bukan mengangkat buku tetapi memegang buku. Terasa ada perubahan, try again and again.
Prapppp...
Tulang mana pula ni, bahu atau kaki?
Jari masih terasa 'keras' dan 'kaku' tetapi digagahkan usaha untuk menggerakkan jari jemari, ya... motivasi tinggi untuk menggerakkan jari walaupun ngilu pada bahu. Usaha!
Dahulu, bila sakit belakang (usah banyak, sakit sikit pun cukup) pasti sukar untuk solat dan akan berteman dengan kerusi untuk solat. Bila hati runsing sangat, cepat-cepat ambil Quran sampai abi pun tahu selepas solat hulurkan Quran untuk ana tenangkan diri. Tahan saja air mata dari gugur.
"Kenapa menangis ni?"
Tiba-tiba... rasa... nak menangis.
Itu saja?
Bukan.
Habis?
Tertanya pada diri sendiri, monolog sepi sepanjang menahan hati untuk menerima setiap kata-kata manusia, menahan diri dari terus bercakap.
'Ya Allah, apalah dosaku hingga tidak mampu sujud pada Mu...'
Lalu, air mata yang ditahan-tahan tak tertahan lagi, semuanya terhambur.
'Sedang sujud itu terlalu dekat dengan Mu...'
Seperti si anak kecil.
Sedang mereka dikurniakan kesihatan namun tidak sedikit mereka memanfaatkan nikmat tersebut. Apa aku bisa jadi seperti ini tatkala sihat Engkau pinjamkan sementara nafas masih Kau salurkan buat pinjaman kembara ini?
Pohon kebaikan dari Allah, Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya bukan cara dan kehendak kita!
Astaghfirullah hal azhim.
Kini, tatkala Dia mengambil sejenak pinjaman nikmat sebelah tangan (wallahua'lam) ana seakan-akan rilex saja. Memang rilex sangat, sudah puas tidur dan cuba elak dari ambil painkiller tapi tak mampu rasanya menggagahkan diri segagah Nabi Ayub yang begitu kuat. Sedang painkiller hanya beberapa langkah di depan mata, antara barang wajib di dalam beg ana adalah ubat-ubatan. Painkiller antara ubat yang selalu dibawa bersama.
"Jangan selalu ambil painkiller nanti rosak sistem badan, rosak buah pinggang."
Diam.
Tersenyum.
Mahukah mengambil sedikit dari kesakitan ini?
Ana tidak mahu terus-terusan menangis dan dilihat menangis hanya kerana menahan sakit. Digagahkan juga mengambil painkiller walau sudah tahu natijahnya, buah pinggang akan penat menapis kimia yang bersarat dalam tubuh!
"Sakit itu kan anugerah, tahan saja lah. Sabar."
Berkata itu MUDAH, aplikasinya SUSAH. Usah banyak, diserang demam dan sakit kepala saja sudah terasa mahu putus urat menahan sakit. Andai ku sampaikan sabar, apakah setenang tatkala mengucapkan kalimah tersebut?
Benar, sakit itu anugerah Allah tapi salahkah bila ana makan ubat?
Dush! Rasa nak baling periuk api jer pada orang tuh. Then cakap, sabar... Sakit tu anugerah, tahan sajalah. Lalalalaaaaa.
Kalau tak makan ubat mungkin akan ada yang kata ana kufur nikmat, ubat depan mata pun tak makan. Aduhai, letih dengan manusia. Banyak sangat pendapat, jadi tak perlu peningkan kepala sangat, utamakan apa yang Allah katakan, hanya satu pendapat dan tiada dua mahupun tiga atau empat. Mudah saja kan kerana diri ini milik Allah?
"Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi...." [Surah Ibrahim : 2]
Iya, Mak Uda sudah tegur perubahan ana. Sampai saja rumah Mak Uda, buka tudung terus Mak Uda cakap ana dah 'kecut', pipi tidak lagi chubby. Oh, sedih juga kerana berusaha keras nak bagi comel macam ni sebab asyik dikutuk seperti mayat berjalan. Yeayh, finally chubby juga. Tapi, lately ramai tegur ana 'kecut'. Sobs sobs...
"Mak Uda, orang sengsara ni."
Terbeliak mata Mak Uda. Hehe, kesian... Terkejut dengan pemilihan bahasa ana.
"Kenapa?"
"Semua orang tanya 'macammana nak kahwin, sakit je.' kalau yang tragis lagi tu siap tanya 'ada ke orang nak kahwin dengan syirah, sakit je'. Tu yang kurus, tekanan perasaan. Haha..."
Pasti Mak Uda fikir otakku sedang senget dan mengarut. Luahan dalam bentuk orang tak perasan. Bila tukar baju, lagi Mak Uda terkejut.
"A'ah, dah kurus banyak..."
Ok, ana rasa kalau hari-hari orang ulang 'stupid question'
[1] macammana nak kahwin, sakit je
[2] ada ke orang nak kahwin dengan syirah, sakit je
Easanya dalam masa sebulan ni boleh decrease lagi 10kg... Finally, luruh habis tulang ana hahaha.
Kahwin? Ok, sudah faham kenapa kakak-kakak yang sudah bertunang tangguhkan kahwin dan sampai ada yang putuskan pertunangan, mungkin sangat stress dengan soalan 'bodoh' ni dari orang sekeliling. Mereka sakit, ana sakit tapi bezanya ana menganggap soalan itu hanya soalan 'bodoh' saja. Rilex lah, ana positif saja... Positif... Positif setelah puas menangis, hihi.
Ok, tidak bermaksud orang yang tanya soalan tu tak bijak tapi soalan tu tak bijak... Kalau betul pun nak menguji tahap rasional ana, usahlah tanya soalan yang agak bodoh macam tu.
"Wei, ada jaminan ke korang sihat sampai bila-bila? Entah lepas kahwin terjatuh masuk longkang dah patah tulang riuk..."
Masalahnya tak pernah ana nak tanya direct macam ni sebab ana tahu sakit hati tu sesuatu yang sangat menyakitkan, ana tak nak buat perkara yang sama pada orang lain. Fine, stop tanya soalan yang agak bodoh macam tu okey!
Tapi, disebabkan tertekan menahan sakit, orang nak 'membodohkan' ana dengan soalan yang agak bodoh (bagi ana)... ana membidasnya semula.
"Ni nak menidakkan ketentuan Allah ke apa? Kalau kahwin tu untuk orang yang sihat, kenapa tak kahwin-kahwin lagi?!"
Ha, amik kau!
"Sorry, gurau jer... Gurau jer..."
So much thing yang boleh di gurau, kahwin juga yang nak diguraukan. Adoi...! Rasulullah pun bergurau juga tetapi gurauan Baginda sesuatu yang enak didengar dan sedap hati yang mendengar. Yoshhhh!
Ana ok je ni, tak de heart feeling pun cuma nak buka 'mata' korang sikit, gurau jangan sampai sakitkan hati orang.
Entri ini tidaklah bermaksud ana akan berkahwin esok. Nanti salah faham lagi, adeh... ni bicara cinta sama kematian bukan cinta sama manusia.
Pagi ini, ustaz Farid tag doa ini dalam facebook. Jazakallah...!
p/s: Abi, baliklah cepatttt.... T_T
Tawakkal Alallah
Insyirah Soleha
11 leaves:
ana tersenyum,sengih2,gelak2 kecil sorang2 depan laptop baca entry syirah..
orang yg sempurna,sihat pun ada je tak kawen,sbb mcm syirah ckp, ketentuan Allah..
sabar ye..
ana selalu doakan untuk syirah..
"bertuahnya siapa dapat syirah"
hehe,,itu lah doa ana tiap kali baca sume entry blog syirah..
bertuah sungguh insan tu,sungguh!
(^^)
dapat bersahabat setakat dalam alam maya ni pun ana da kire diri ana terlebih bertuah..
hari ni buka blog,nmpk syirah wat enty baru, hidung2 kembang2..diri sndiri pule berbunga2..ngeheee..
ok,selamat sembuh cepat!
jodoh tu,kalau x di dunia, ada tunggu di pintu syurga..insha Allah=)
(amboi,senangnya budak ni cakap..dush! ana xnak kene baling ngan periuk api..haha..tapi ana nak syirah gembira jew~~ )
luv u sis..lillah..
ada rezeki,mahu jumpa kamu,ini jg doa ana..
ana tinggal kat kuala selangor dkt je ngn sg.buloh =)
kalau sudi =P
assalamu'alaikum whb adikku sayang.
terkedu dengan 'stupid question' tersebut, ada ke orang yang seteruk itu nak tanya soalan yang sangat bodoh seperti itu? sabar je lah sayang, pekakkan saja telinga.
mungkin yg bertanya tu sebenarnya kagum dengan insyirah, kuat semangat dan tabah walaupun berdepan dgn sakit yang teruk. jadi, dia merasakan sapa agaknya laki bertuah yg akan memiliki insyirah. husnudzon dik...
kalau mereka sakitkan hati, balasla dengan menggembirakan mereka. hidup putaran roda! tidak selamanya di atas kan dik, akan tiba waktu di bwah pula...
tawakkal dan husnudzon.
love you!
1 month 5 days left, sedang bersabar. nikmati hari-hari akhir, lalala... happy dik! jgn kurus sangat nnt tinggal tulang je.
selamat pagi.
tahniah sbb slalu bersikap positif =)
garapan yang ikhlas dari hati, saya cemburu dengan kesabaran atas kesusahan yang dihadapi,
saya rasa nak ketawa dan menangis pada masa yang sama...
salam`alayk ukhtee :)
tak boleh cakap "be strong, sabar, la tahzan" sbb adik semang strong! ya, im sure that he think same like me :)
anggap saja kata2 itu seperti langau, bingitnya itu hny satu hiburan untuk bisingkn keadaan, kalau tak ada pun ok kalau ada pun just ok! let it be and just flow like a river. proud to be someone who know you!
p/s : semoga sembuh sebelum weddings ^_^
Assalamualaikum...
ukhty fillah..syafakillah,semoga Allah cepatkan kesembuhan fizikal mu jua hati mu...
Biar apa org nak kata asal kita kenal siapa diri kita lbh drpd org len...
salam satu perjuangan
Assalamualaikum.
Saya sebagai laki, baca posting kamu rasa sedih juga. Ye, kamu perempuan. Ye, saya lelaki. Saya sihat, kamu sakit dan kamu saja yang tahu betapa kamu menanggungnya. Semoga Allah menyembuhkan kamu dan memberikan teman yang soleh buat kamu.
- silent reader yang setia -
SYAFAKILLAH!
LOve?Sigh... too beautiful. marriage? everyone questioning the future. leave the future alone and let it come.(16:1).what we need is believe in Allah and expect the best from Him(2:216)
Since everybody have their own experiences, so do their perception. Even someone who do not have any experience on a certain matter still have his/her perception on that matter. Mind often travel beyond the realms of reality.
Day by day, most of my speculations proven to be false and very little to be right. I think most people practise this..(another assumtion haha..)
Just sharing...
Assalamualaikum...
Semoga ceria di pagi hari
Isk2 abi je yang ditulis, umi nya mane?kang nanti umi tarik2 telinga sebab tak tulis 'abi+umi'.
pergh, sekali dgr syira menulis camni..terkejut kak mia..hehe..nk ketawa pun ada. rasanya itulah luahan hati akak gak setiap kali org tanya. Baru tadi ada org ckp
"Mia, dah la2..x yah kurus2x..ko klu kawin, camne t...sekarang mak ko pgg pun dah sakit, belum kawin ada suami g..,"
rasa cam nak nangis...tp sabar jela.kdg2x rs nk tanya je
"salah ke org sakit mcm sy ni kawin,"
Org tu kata: "x salah, tp takut awk x kuat menanggung sengsara,"
huh, sengsara ye? sebenarnya manusia yg suka buat diri jd sengsara....jk pasangan yg nk dikahwini belajar erti menerima isteri dgn baik & redha, x kan jd hal2x mcm ni melainkan dgn kuasa allah.
ramai yg tanya akak
"x takut ke klu sakit teruk, suami poligami nanti,"
yg ni, x terjwb...agaknya syira dh jwb dlm entry yg pernah akak bc psl poligami..
apa yg akak tahu, akak rs makin kuat...cuma sesekali mmg rs nak nangis menahan beban.
ada phk suruh mkn ubat, ada phk ckp jgn mkn ubat rosak nanti sistem ko.
yg suruh mkn ubat lak kata
"mkn la ubat klu dh tahu sakit..jgn dok asyik melalak diam diri je...x reti2x lg,"
ada 1 pihak siap tanya
"camne rs sakit mia tu ha?sakit sangat ke..tgk mia cam biasa je..baca kat blog bagai nak rak,"
hahaha...diaorg nk rs ke camne rs sakit tu...sabar jela...tuhan bg diaorg sihat, diaorg nk sakit lak..hi, x reti bersyukur ke depa tu
dan soalan plg best ada yg tanya
"alangkah bertuahnya org dpt ko mia yg sabar,"
haha..ni mau ketawa lg..adakah mereka rs diri mereka x bertuah sdgkan mereka punya suami.....semua manusia tu ada tuah...cuma,ada yg tunjuk ..ada yg sembunyikan...allah dah kata yg manusia ni slg melengkapi..ilmu tu perlu ditimba.
pepun dik syira..kuatkan smgt selalu....byk kan rest...jgn terlalu menulis ble sakit ek...rest ptg utk kte yg pesakit ni.
Post a Comment