"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

07 April 2010

Srikandi Mujahidah


Bismillahirrahmanirrahim.


Tersenyum dengan sangat lebar membaca ayat yang agak 'keras' dari seseorang.

"Insyirah, boleh tak berhenti permainkan perasaan akak?"

Permintaan untuk menulis sebuah cerpen dipenuhi, tetapi beliau tidak menyukai ending cerpen yang ana tuliskan.

"Ni sama macam cerpen Saya Sudah Bertunang, rasa macam nak cekik Insyirah!"

Aiwah, suka hati nak mencekik orang. Bukan ending yang sama, tetapi berlaku pergolakan emosi pembaca sehingga beliau terasa 'dipermainkan' seperti mana satu komen dari pembaca blog yang katanya 'tertipu' dengan coretan hati ana, Saya Sudah Bertunang. Oleh itu, nasihat ana hanya satu... Setiap tulisan ana perlu dibaca sehingga selesai bagi mengelakkan sebarang salah faham. Bahkan setiap apa yang dibaca perlulah dihabiskan. Wallahua'lam. :)

Alhamdulillah! Ana baru selesai membaca satu cerpen 4 siri, apabila terkumpul kesemua 4 siri maka ia agak panjang. Alhamdulillah, ianya satu cerpen ilmiah yang sarat dengan kupasan tetapi disyarahkan secara santai. Apa yang boleh ana katakan, kalau mahu menerima pendapat dari syarahan tersebut, maka ambillah dengan sudut ilmiah sekiranya mahu menolak maka tolaklah juga dari sudut ilmiah. Ya, ilmiah!


Ana juga rindu untuk menulis. Draft 'Indahnya Tawakkal', tetapi ana sudah malas menaip (bimbang mempermainkan perasaan orang lagi :p). Buku yang dipegang diselak satu per satu, kembara dalam kehidupan Saidatina Aisyah r.a., selalu terbawa-bawa ana dalam dunia sendiri. Suka memejam mata, membayangkan situasinya. Mujahadah!

Ana suka dengar satu lagu ni. Mengasyikkan, melalaikan ana... Huh! Tapi ana tak tahu apa judulnya, bila terasa nak dengar ana akan ziarah ke blog ini. Playlist ada 3 buah lagu, lagu kesukaan ana adalah yang ke-3. Mahu dengar? Sila ziarah.

Masih mekar kenangan indah
Zaman gemilang Islam menjulang
Ketika Rasul ada bersama
Para sahabat mentadbir dunia

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam umpama api membara
Menerangi ummah dan juga sahabat
Bahangnya bagai membakar lawan

(lirik seterusnya dengar sendiri je lah...)

Beberapa muslimat ada menghantar komen (ya, semua komen yang dihantar akan ditapis oleh ana selaku penulis blog) minta ana ceritakan pengalaman permulaan memakai niqab. Ada yang memberikan email kalau ana keberatan untuk menulis di blog, tetapi email yang diberikan salah. Failed. Ana juga tak tahu nak tulis apa, cerita ana? Harus bermula dari mana pun ana tak yakin, bimbang apa yang dikongsikan akan memberi tanggapan yang tidak diharapkan.

"Awak dulu sekolah agama ye?"

"Tak."

"Awak belajar di maahad ke?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Saya sekolah sekular. Sekolah menengah kebangsaan."

"Haaa!" Dari atas ke bawah dia pandang ana.

"Kenapa?"

Seorang ukhti di sebelah ana sudah terkebil-kebil, dia yang tadinya rancak bercerita terus terdiam.

"Sekolah biasa?!" Nadanya ada ketegasan.

"Iya kak, saya sekolah biasa." Semua mata tepat memandang ana. Serba salah dibuatnya.

Dalam hati bermonolog sendiri, "Eh, aku ada buat salah ke?"

Seorang muslimah bersuara.

"Alhamdulillah, awak mampu pakai macam ni. Akak dulu sekolah agama pun dah tak pakai tudung labuh, inikan pula nak pakai macam awak."

Dalam hati, Allah saja yang tahu. Jalan yang dilalui tidak semudah pandangan orang, jalan yang dipilih tidak dihiasi mutiara dan permata tetapi penuh dengan duri-duri tajam yang menyakitkan, tetapi ia adalah pilihanku... perjuanganku, mujahadahku.

Dua muslimah yang tadinya melipat baju kurung sehingga menampakkan lengan cepat-cepat menarik dan membetulkan bajunya.

"Pakai macammana pun tak pe kak, as long as we covered our aurat." Sengaja ana tekankan nada pada kalimah our aurat.

Nak pakai baju kurung, jubah, seluar, t-shirt (alhamdulillah sekarang dah ada t-shirt labuh muslimah paras lutut) mahupun kebaya (fikir sendiri adakah ia menepati syara'). Ana takkan lupa satu peristiwa ummi sangat berkenan sepasang Baju Kurung Pahang. Ya, ada cutting di bahagian pinggang. Disebabkan ummi berkenan, ana menimbang tara. Antara ummi dan syara', akhirnya ana setuju asalkan baju tu jauh lebih besar dari saiz ana. Maksudnya walaupun baju ada cutting tetapi apabila ana pakai tidak nampak bentuk badan.

"Adik, saiz ni dah cukup untuk adik. Kalau ambil yang ini, besar sangat lah."

"Saya nak yang ini juga!"

Customer always right! Kita sentiasa ada jalan keluar dari masalah, insya Allah. Akhirnya kedua-duanya ana dapat. Memenuhi permintaan ummi, pakaian yang menepati syara'. Akhirnya baju elok digantung dalam almari berbulan lamanya, sehingga terasa nak pakai. Yuhuuuu! :)

"Mak oi, besaqnya baju hang...! Ni boleh pakai sampai lepas kahwin ni."

"Awat akak cakap macam tu?"

"Ye lah, kalau dah ghuper ini besornye, orang mengandung pun boleh pakai..." Hahaha...

"Akak, kenapa akak suka pakai baju macam orang mengandung?" Sepupuku, masih kecil.

Terbeliak mata ana, soalan apakah ini.

Hati-hati ibu bapa sekalian, bakal ibu bakal bapa... Anak-anak ni mencetak segala apa yang dibuat oleh ibubapa, pertuturan dan juga perbuatan. Bahkan apa saja yang dihidangkan pada mereka, itulah yang diambil sebiji-sebiji.

Pandangan si kecil itu, jubah itu baju untuk orang mengandung. Tidak salah juga si kecil itu kerana itu yang selalu dilihatnya.

"Cuba akak pakai baju kebaya, nampak seksi sikit. Baru ada orang nak mengorat."

Huh, bayangkan ni budak-budak yang bercakap dengan ana. Kecil lagi dah tahu apa itu seksi, apa itu mengorat. Eh, ana bercakap ni dengan budak-budak yang ana kira belum tahap lelaki yang bernafsu. Bayangkan! Bayangkan sejenak apa pula yang difikirkan oleh lelaki yang sudah baligh dan bernafsu. Astaghfirullah hal azhim.

Sahabat-sahabat ku sekalian, jagalah aurat dengan baik. Sebaik-baiknya! Sesungguhnya pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari iblis. Jangan salahkan lelaki kerana memandang ke arahmu, memuja kecantikanmu, itu adalah keinginan mereka. Salahkan diri kalian yang sengaja mengundang pandangan-pandangan keji itu... Kalian bukan barang perhiasan, tetapi hiasan keindahan dari Tuhan yang dianugerahkan kepada lelaki pilihan. Iya, ku ulang sekali lagi, lelaki pilihan kerana dirimu itu terlalu mahal harganya.

Satu hari, teman ummi terkejut gorilla nampak ana.

"Ya Allah, kurusnya kamu! Sakit ye?"

Oh tolong la... Bila kurus mestikah dikaitkan dengan sakit. Ni yang tak suka nak control makan ni, biar tembam macam kuih apam baru orang cakap ana sihat.

"Tak lah."

"Kurusnya kamu."

Rasanya tidak berdiet. Tidak juga terasa kurus.

"Cuba pusing sikit."

Ha sudah, nak suruh jadi model pula ke. Mujur masa tu tak ada sesiapa, hanya ana, sahabat ummi dan pembantu indonesia juga anaknya yang baru umur setahun.

"Baru perasan, hari ni kamu pakai seluar patut nampak kurus. First time achik tengok kamu pakai seluar, selalu kamu pakai jubah je."

Gurlp! Kadang-kadang meterial jubah dari kain yang jarang mewajibkan ana memakai baju kurung di dalamnya. Tidak semua material jubah dari kain yang berat dan tebal. Selalunya, kain yang tebal dan berat tetapi tidak panas harganya sedikit mahal.

"Budak sekolah agama je pakai tudung labuh... Budak sekolah agama bla bla bla."

Habis semua orang bercakap. Baru ana buka mulut.

"Bukan budak sekolah agama atau budak sekolah maahad atau seumpama dengannya saja yang nak masuk syurga. Saya pun nak masuk syurga juga! Saya juga sayangkan ayah saya, abang-abang saya, adik lelaki saya dan kaum kerabat saya. Saya tidak mahu kerana mengikut hawa nafsu yang mencintai dunia akan menghumban mereka yang saya sayangi dalam neraka. Dosa seorang wanita itu dipikul oleh 4 lelaki sebab itu logiknya lelaki cepat mati sebab tak tahan tanggung dosa perempuan."

Ya muslimah, jangan dikhianati cinta lelaki. Usah dihumban dalam neraka, apinya sangat panas tak tertanggung rasanya! Balaslah kecintaan kasih sayang mereka dengan haruman kasturi syurga, kerana itu nilainya cinta sejati. Bahagia di dunia, sejahtera di akhirat.

Di saat lain, semasa mereka bertanya pendapat tentang niqab. Satu saja...

"Istikharahlah... Minta Allah berikan jalan Nya untuk kamu, moga Dia memberikan jalan terbaik untuk mendekatkan dirimu kepada Allah."

Bila kamu bertekad, bersiaplah menghadapi tribulasi dan ujian untuk menguji kesungguhanmu. Sesuatu yang sukar diperolehi itu akan selalu disayangi, dijaga dan dipelihara sebaiknya. Dan semua muslimah berhak mempertahankan maruah dirinya tidak kira dia sekolah agama, maahad atau sekular.

Wallahua'lam.

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua para mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi

~ Mahu MENJADI Srikandi ~

Insyirah Soleha
Mencari Nur Ilahi
6.00 petang

23 leaves:

AcHiK_TeDDy,  7 April 2010 at 18:36  

salam alaik..

best entri kali ni..msyrkt kita mmg mcmtu,pelajar agama je yg perlu nmpk 'beragama' :(

trtarik ngn kata2 ukhti "..Jangan salahkan lelaki kerana memandang ke arahmu, memuja kecantikanmu, itu adalah keinginan mereka" sbnrnya ana krg stuju.bg ana itu ialah inginan nafsu bkn keinginan lelaki.tp xtau la mgkn ana silap fhm kot,tidak dpt memahami 'kalam dr ht' dgn baik.huhuhu..

slmt beristiqomah & brmujahadah.mdh2n ukhti sntiasa dlm jagaanNYA..ameen

Insyirah 7 April 2010 at 21:38  

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Achik, mungkin khilaf ana. Tapi tidak dapat tidak ana katakan memang itu keinginan mereka, nafsu itu perlu tetapi harus dikawal jitu. Menahan pandangan, menjaga mata, memelihara mata dan sebenarnya MALU adalah benteng kepada melihat apa-apa yang menggelapkan hati kerana MALU pada ALLAH, kerana MALU melihat apa yang tidak halal buatnya.

Entah, mungkin khilaf ana. Tapi itu yang ana terasa dalam hati ni, sebab bila berbicara dengan ahli agama (ustaz-ustaz) pun... adeh la, masih tak menjaga mata! Sebab itu ana katakan itu keinginan mereka (lelaki). Keinginan nak melihat perempuan, sebab tu ana rasa laki ni Allah bagi kelebihan, kawin 4 supaya tak jemu memandang seorang wanita.

Ada variasi 4 wajah... Huhuhuhu :(

"....Sekiranya tidak mampu berlaku adil, maka cukuplah seorang."

Tidak dapat tidak, ana seorang yang kuat cemburu. Huhuhu...

Insyirah 7 April 2010 at 21:41  

Sebab tu kan Achik, ppuan ni ALLAH larang berhias (tabarruj) dan juga memakai wangian dengan TUJUAN supaya lelaki menghidu, kerana dosanya sama seperti penzina. Nauzubillah.

Sebab dari haruman bau pun boleh menggoda laki, haruman... Belum lagi lirikan, senyuman, jelingan... uh uh uh... Mujahadah! Mujahadah!

Sebab tu, perempuan ni boleh berhias hanya depan mahram dan perlu berhias depan suami, supaya suami tak pandang tempat lain. Ha... Achik faham tak apa yang budak kecik sampaikan ni?

Kalau Achik tak faham tak per lah... Biar budak kecik je yang cuba fahamkan balik apa yang ditulis :(

Hannan,  7 April 2010 at 23:35  

Assalamu`alaikum warahmatuLLAH.

Ukhti, buat kali ke2 ana komen dalam blog enti. Seakan dapat menghidu sesuatu dalam entri kali ini, ada sesuatu yang mengganggukah? Kalau mahu teman bicara, email pada ana ya. InsyaALLAH ana nak sangt berkongsi dngn enti :)

Ukhuwah fiLLAH.

p/s: Kis dah cakap pada ana, mabruk2.

Hidayah 8 April 2010 at 00:02  

salam'alaik ukhti insyirah..

tertarik dgn post kali ini..
hmm asalkan tudung labuh perspektif msyrkt skrg..
"eh nie mesti dak skola agama, anak pak imam kot.."

diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Insyirah 8 April 2010 at 07:46  

Wa'alaikumussalam ukhti Hannan.

Allah, akak ni... Ana insya Allah okey, jiwa tak kacau, hati tak galau cuma emosi sedikit tercalar :) Takpe, peluang muhasabah.

Aja aja fighting!

Syukran atas tawaran --> Belajar menjadi dewasa (",)

Insyirah 8 April 2010 at 07:48  

Wa'alaikumussalam Ukhti Yaya.

Insya Allah, jazakillah atas nasihat dan ingatan yang diberikan. Mudah-mudahan terus memberi peringatan demi peringatan. Sifat manusia itu mudah lupa tetapi ada masanya kelupaan itu dijadikan asbab untuk tidak menerima teguran. Mudah-mudahan Allah mewariskan kelazatan iman dan nikmat Islam berpanjangan sehingga ke akhirat. Ameen.

Perspektif masyarakat begitulah. Tapi kita kena menjadi pelapis mujahidah mujaddidah. Insya Allah!

"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan buatnya maka diberikan kefahaman dalam agama."

Wallahua'lam.

mujahidah 8 April 2010 at 09:02  

Assalamua'laikum adik chomey sayang. =D.

kupanjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana mengurniakan nikmat ukhuwwah ini kepada kita. Moga berkekalan, insya'ALLAH.

"LELAKI PILIHAN ALLAH adalah yang terbaik.." =D

proud to be a muslim

Insyirah 8 April 2010 at 09:16  

Wa'alaikumussalam akak jelita :)

Alhamdulillah. Semua dengan aturan Allah, menghadirkan kemanisan iman dan nikmat berukhuwah buat kita. Moga titian perjalanan ini akan meneruskan rantaian perjuangan untuk mendaulatkan Islam, insya Allah!

Lelaki pilihan Allah?
Sape kak?
Mana kak?

(Haish... Jaga thiqoh ya budak Insyirah ni)

:: Zahratu Billaurah :: 8 April 2010 at 10:21  

Alhamdulillah, Rabiah (akak kate nk panggil nama ni kan,ehe) bekas pelajar sekolah agama, dan Alhamdulillah masih bertudung labuh sampai ke luar.Kadang2 sekolah main peranan gak sbb bagi Rabiah, tarbiah bermula dkt sekolah,aha. Maksud Rabiah, permulaan tu ^_^


takut tgk dunia skrg. Sedih rasa tgk kaum hawa sewenang-wenangnya mendedahkan aurat jadi santapan mata lelaki yg haram. Dari sini la byk gejala sosial yg berlaku. nilah punca masalah pembuangan bayi yang tak surut2.Nauzubillah... moga kita terhindar dan masih kuat menjaga iman...Insya-Allah...setiap kali tgk,kita doalah supaya hati mereka terbuka menutup aurat sepenuhnya....

kenapa ye org selalu membeza2kan, yg pakai tudung labuh mesti sekolah agama...kalau bukan sekolah agama,dianggap pelik. Padahal tu semua perintah Allah. Wajib menutup aurat. Rabiah sedih...:(


p/s: akak! ehehe...Rabiah dh dpt jawapan utk niqob tu. Pakai lps kahwin,aha ^_^


Selamat Bermujahadah!

aal 8 April 2010 at 13:38  

betul tu akak cayang.. azmah pon kaalo g mana2 org tanya, budk sek agama ke?

pastu masa mengajar aritu sume student panggey ustazah.ada sorang salesman nak jual alat bantuan mengajar untuk subjek agama. dia mati2 suh azmah beli, pastu garu kepala bila azmah kata ajar mate, bukan agama... hik hik

student plak confius nak bagi salam ke, atau cakap gud morning.. tiap kali masuk kelas, dorang gaduh bincang nak ucap apa.. hehehe.. azmah lak diam je, biar dorang gaduh, best gak.. hihihi

salmanfasiri 8 April 2010 at 14:34  

Assalamualaikum warahmatuLLAH..

"sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, pasti Allah fahamkan ia tentang agama "

Benar sabda Baginda SAW, Allah memberi kefahaman (penghayatan) agama, bukan belajar di sekolah agama, atau belajar aliran agama, ..

Tidak dinafikan belajar di sekolah agama adalah salah satu cara mendapat penghayatan agama namun kesedaran dan keinginan juga tindakan itu penting ..

Moga kita semua mendapat belaian rahmat-NYA

IMmeHuda 8 April 2010 at 15:58  

salam..

teruskan perjuangan..moga menjadi serikandi yang hebat

Anonymous,  8 April 2010 at 18:18  

eee?baru tahu insyirah bukan cetakan mahaad dan sek agama.hoyeeeh!!

*teruja*

kihkih.
good entry.sangat good.
ajah-ajah yahooo.;p

Insyirah 8 April 2010 at 18:51  

Alhamdulillah, Rabiah patut bersyukur dengan apa yang Rabiah lalui. Tarbiyyah di sekolah sedikit sebanyak membantu menggerakkan langkah kaki dalam medan perjuangan amal Islami, betul kan? :)

Ramai orang yang pelik kalau akak cakap akak bukan 'cetakan' sekolah agama/maahad, tapi bagi akak syariat Allah dijunjung tidak kira di tanah mana kita pijak sebab kita tetap di bumi Allah.

Cuma dari kecil sehingga sekarang, didikan dari rumah dan Allah gerakkan hati akak untuk 'berkawan' dengan ustaz dan ustazah. Masa akak sekolah rendah, akak sentiasa berdampingan dengan ustazah. Bila masuk sekolah menengah, akak sangat suka membaca tetapi dari pembacaan akak tak ambil bulat-bulat (taqlid buta) sebaliknya akak akan terus berbincang dengan ustaz dan ustazah.

Dengan perbincangan tersebut lah mencerna minda dan penghayatan akak. Alhamdulillah. Kemudian, apa sahaja input baru yang diperoleh akan dikongsikan bersama abi wa ummi, mereka pula yang akan memberi guide line. :)

p/s: Isu niQab... Insya Allah nanti kalau Allah buka hati akak untuk berkongsi, akak akan usahakan :) Buat masa sekarang, hati masih berat.

Insyirah 8 April 2010 at 18:54  

Azmah,

Akak prefer anak-anak murid ucapkan salam "Assalamu'alaikum" kerana ia adalah doa... Satu keindahan yang ada dalam agama Islam, tak ada dalam agama lain. Memberi salam sunat tetapi menjawab salam adalah wajib, subhanallah.

Satu kisah Rasulullah bersama sekelompok wanita.

Rasulullah melalui sekelompok wanita Ansar maka Rasulullah memberi salam, tidak dijawab sehingga salam yang ke-3 baru mereka jawab salam dari Rasulullah.

"Maafkan kami ya Rasulullah, kami bukan tidak mahu menjawab salam darimu tetapi kami mahu doa (salam) dari Mu buat kami. Kerana itu kami menunggu sehingga kali yang ke-3."

Subhanallah! Salam itu doa :)

Insyirah 8 April 2010 at 18:56  

Wa'alaikumussalam warahmatuLLAHi wabarakatuh :)

"Benar sabda Baginda SAW, Allah memberi kefahaman (penghayatan) agama, bukan belajar di sekolah agama, atau belajar aliran agama"

Sekolah agama adalah medan yang baik untuk mentarbiyyah, kemudian pelajar itu sendiri harus memandu perjalanan hidupnya. Berbekalkan tarbiyyah yang diterima dalam sekolah, moga menjadi produk yang baik. Insya Allah :)

* MeNaNtI GeNeRaSi aL-QuRaN *

Insyirah 8 April 2010 at 18:59  

Kak Nurul.

Terasa kaki ini 'tempang'... Itu yang terpaksa menyuntik kembali semangat srikandi melalui tulisan. Ya, futurrrr... :'(

Melalui tulisan ni sebenarnya motivasi diri sendiri, tengah down, break down sekalipun... Nanti dah ok semula, bila baca semula kalam-kalam ini, moga akan selalu belajar dari kesilapan.

Doakan si kecil ini.

* Allah selalu memujuk dengan cara dan kehendak NYA *

LoVe yaaa... ^_^

Insyirah 8 April 2010 at 19:00  

Ukhti Hurul Ummi.

Erk? Sebelum ni ingat saya cetakan maahad/sekolah agama ker? Allah... Takpa, takpa. Doakan saja! :)

zahra',  11 April 2010 at 21:24  

salam. hanya nk berkongsi tjuk lagu dan penyanyi lagu y digemari td.
the zikr-dunia baru islam

Insyirah 12 April 2010 at 08:08  

salam ukhti zahra'.

jazakillah. tajuknya - persada perjuangan [zulfan] :)

the zikr pun ada lagu yang sama ker?

zahra',  12 April 2010 at 09:50  

salam ukhti, xtau nk pnggil kak or dik (lahir thun ble ye?:p )a'ah, lagu tu the zikr nyanyi dulu. lepas tu baru kumpln zulfan nyanyi semula, tp liriknya dh berubah sikit. ana ada sertakan link nye. jadi bersemangat ble dgr lagu ni wlupn mendayu2 :). moga kte trus istiqamah.

http://www.youtube.com/watch?v=RZymwAykpRo&feature=PlayList&p=FAA3ED7D9873A39E&playnext_from=PL&playnext=1&index=47

Unknown 27 December 2013 at 01:20  

Salam....sya sebenarnya kagum dgn wanita brrpurdah kerana teringat kpd para2 wanita solehah...yg ada dalam sejarah...terutama iman dan akhlak mereka...kdng2 menagis kerana jauh sat bezanya dgn kita...sejarah pengorbanan mereka akan terus mewangi sampai hari kiamat...moga kita diberi kekuatan....

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO