Teman, Maafkan Diriku!
Bismillahirrahmanirrahim.
Hati masih bersarang dengan duka, alhamdulillah tiada siapa mengesan kedukaan ini. Ana berjaya menyembunyikan dengan baik.
"Are you ok? Last night someone asking me about you."
Ana tersenyum, buat kerja seperti biasa. Memang ok pada lahiriah, tetapi ada sesuatu yang tersembunyi dan dipaut erat-erat supaya tidak terkeluar dengan kalam apatah lagi dizahirkan dengan perbuatan. Satu kata-kata muncul di layar facebook milik seorang teman akrab.
"Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun membenarkan mana-mana lelaki mnyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta manusia yang lebih banyak mngecewakan kita. Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri manusia, bermakna Allah mahu ambil kita untuk dijaga NYA."
Subhanallah. Hari ini dengan kepala yang kebingungan dan mata yang bersisa bengkak, ana mendapat begitu banyak kalam taujihad kerana penghujung tangisan itu dengan sedikit keyakinan ana lafazkan seuntai kata-kata yang penuh bermakna.
"Allah beri ujian, biarlah DIA memujuk dengan cara dan kehendak NYA."
Alhamdulillah, semasa sedang membersihkan sisa dari kelopak mata, ukhti dengan getaran yang Allah berikan telah menyampaikan sesuatu buat ana.
4 Great ways of living.
1. look back and thank Allah.
2. look forward and trust Allah.
3. look around and believe Allah.
4. look within and find Allah.
May Allah bless us.
Jazakillah ya ukhti.
Serentak dengan sendu airmata ini, Allah getarkan hati seseorang untuk memujuk.
"Hiasilah diri dengan senyuman walau diri diambang kedukaan kerana ia melambangkan kekuatan hati dan kekuatan iman. Senyumlah dari hati, pasti dunia ini akan berseri!"
Senyum. Tersenyumlah...! Allah selalu punya cara untuk memujuk dengan cara dan kehendak Nya, bukan kemahuan dan keinginan manusia. Insya Allah, yakin dengan Allah.
"Ukhti, ana rasa bersalah yang teramat sangat. Ana tak tahu macammana nak cakap, cuma ana terasa nak menangis saja sekarang ni. Air mata ana terlalu murah, ana tak tahu macammana nak hentikan air mata dari terus mengalir."
"Ukhtiku sayang... Tidurlah, dah lewat sangat ni sayang. Rehat dulu, tenangkan fikiran dan positif. Insya Allah, sekarang ukhti emosi sangat nanti ukhti hanya akan bercakap berlandaskan emosi. Tenangkan diri, tidur. Dah lewat sayang."
"Maaf sebab ganggu ukhti lewat macam ni..."
"Ana belum tidur lagi ni sayang, ukhti tak ganggu ana pun. Cuma ana nak suruh ukhti rehat dulu."
Akhirnya, tidurlah mata dan jasad ini dari segala kedukaan.
"Insyirah, dah bersedia nak berkongsi dengan ana?"
"Tak apa lah... Ana rasa ana dah ok sekarang, maafkan ana ye atas apa yang berlaku semalam."
"Sure ke ni?"
"Insya Allah, HE will guide me. Jazakillah."
Tiada apa-apa yang mahu diluahkan. Bila menangis, ubatnya tidur. Bangun keesokannya rasa penat sangat, heart beat will beat more faster than usual and got chest pain. Yey!
"Apa manfaat menangis?"
"Mata akan bengkak, dada akan sakit dan terasa sangat penat."
"Itu manfaatnya? Bagus la, teruskan usaha."
"Wei, nak kene gigit ke haaa?"
"Nak kunyah pun silakan la..."
Aduh, aduh... Kawan seangkatan sengal dah muncul.
"Sebenarnya, apa yang mengganggu hati dan jiwa belahan jantung ku ini? Napa ni?"
"Sejak bila ana belah hati dan jiwa serta jantung enti? Hishhhh... Ana? Dibelenggu perasaan bersalah pada seseorang yang ana sayang. Entah la, ana tak tahu nak terangkan macammana. Cuma ana rasa bersalah yang teramat sehingga ana tak boleh nak kawal emosi lalu mengalirkan air mata dengan sangat banyak."
"Seseorang yang enti sayang? Enti curang dengan ana yer?"
"Hish, kalau orang lain baca ni jadi skandal ni weh! Sejak bila kita ada affair? Adoi la..."
"Bukan enti ke nak jadi zaujah ana?"
"Berapa mas kawin enti nak kasi kat ana?"
"Ngeee... Ana kasi besi buruk jer lah, timbang kati tuh dapat beribu jugak."
"Ha... Baru semalam ada seorang akhawat buat lawak dengan ana. Ada ke patut suruh ana cari Ikan Duyung untuk buat mas kawin. Ana tanya kenapa tak Ikan Dugong, ngeeeee!"
"Syira, nape nangis?"
"Eh.. Ingatkan dah lari topik dah tak perlu cakap. Keh keh keh..."
"Siapa yang buat enti nangis ni?"
Seolah-olah macam kesalahan orang lain pula, padahal ana yang bersalah.
Ana sangat menyayangi sahabat ana dan sahabat ana juga terlalu menyayangi ana sehinggakan kami selalu sama-sama saling memberi peringatan dan nasihat agar ikatan ukhuwah ini akan terus berkekalan sehingga ke alam akhirat. Ana menyayanginya kerana akidah, dan ana teramat menyayanginya kerana dia teman yang sangat mencintai Islam. Tetapi, keterbatasan waktu dan jarak telah memisahkan dua orang yang bersahabat.
Ana melepaskan dia... Sebenarnya ana tidak melepaskan tali ukhuwah, cuma ana melepaskan dia untuk terus berjuang. Ana tahu awalnya dia sering mengadu tentang pelbagai masalah yang dihadapi. Kesukaran untuk mengekal imej sebagai seorang muslimah, ana tak jemu memberi semangat dan kekuatan. Islam itu bukan hanya pada nama, di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung! Itu prinsip ana dan kami bahagia dengan prinsip tersebut.
Sewaktu awal dahulu, kami sama-sama belajar dan mencari pelbagai sumber dan dalil mengenai niqab (purdah). Tetapi, keterbatasan ruang dan waktu (mungkin waqi') memisahkan kami. Sesekali, sayu sekali emosi yang dilontarkan pada ana. Di tengah malam, di awal pagi... Ana masih setia untuk menenangkan emosinya.
"Syira, doakan ana di sini. Ana rasa lemah sangat-sangat, ana rindukan enti dan tarbiyyah..."
Terkadang, ana pula yang lebih-lebih menangis setiap kali membaca mesej dari dia. Ana tak mampu untuk berada di sisinya saat dia sangat memerlukan ana. Lama kami tidak berhubung sehingga satu waktu yang Allah tetapkan. Ana speechless. Ana tergamam dan air mata mengalir dengan laju.
Sahabat yang ana sangat kasihi kerana Allah dan Rasul Nya bukan lagi sahabat ana yang dahulu. Bila ana melihat dia hari ini dan merenung dia yang semalam, ana terdiam.
Adakah tarbiyyah dahulu tidak lagi membekas di hatinya?
Adakah waqi' yang terlalu menekan dirinya sehingga berubah?
Adakah biah solehah yang diimpi tidak ditemui?
Air mata ana mengalir sangat lebat.
Ana sangat rasa bersalah.
Adakah ana yang meninggalkan dia sendirian berjuang?
Adakah ana yang melupakan dia yang memerlukan semangat perjuangan?
Adakah ana yang lalai mengingatkan dia tentang virus kehidupan?
Dalam diam... Ana menangis, lebatnya air mata di pipi sebenarnya tidak selebat air mata yang sedang menghujani relung hati ana.
"Sayang... Di mana kecintaan mu pada imej seorang muslimah. Apakah niqab itu telah menghalang dirimu untuk thabat dalam perjuangan sehingga engkau memilih laluan yang begitu jauh dariku, sahabat yang begitu menyayangimu. Sayang, di mana hijab yang memelihara maruah dirimu sebagai seorang muslimah..."
"Sayang, ana suka tengok enti pakai niqab." Itulah yang selalu dikatakan pada ana.
"Enti jagalah hijab ni baik-baik, biarpun enti tak pakai niqab tapi ana nak enti jaga hijab ni baik-baik. Ana sayangkan enti." Memang ana menyayanginya.
Tetapi, rebah hati ana umpama dihempap sesuatu yang sangat berat.
Ana menyayangi sahabat ana, dan ana mahu bersamanya sehingga ke Akhirat. Sekiranya ana ke syurga, ana mahu dia menjadi teman yang bersama ana di syurga. Ana mahu berjiran dengan sahabat ana, dan ana mahu selalu bersamanya di syurga. Ana mahu... Ana mahu dunia ini mempertemukan ana dengannya untuk ana hidup dengannya di akhirat.
Tapi kini?
Air mata ana masih mengalir. Kerana ana GAGAL membuktikan kecintaan dan kasih sayang ana padanya. Kiranya benar kasih sayang kerana Nya, pasti akan ana ikatkan dia pada Islam yang akan menyatukan kami di alam akhirat.
Sayang, maafkan ana yang terlupa!
Ya Allah, izinkan aku kembali memimpin tangannya kepada keindahan Islam. Kerana hanya dengan islam mampu ku sempurnakan kebahagiaan jiwa ini. Aku mahu dia di sisiku bersama rantaian perjuangan Islam. Kerana, aku terlalu menyayanginya!
Teman, maafkan diriku!
Rindu pada saff perjuangan bersama para sahabiyah. Apakah mereka masih menjadi diri mereka atau kerakusan dunia telah menjadikan mereka berubah wajah? Allah, aku serahkan semua sahabat-sahabatku dalam jagaan Mu. Engkau saja yang mampu memelihara mereka sebaik-baiknya. :(
Perkara kedua yang mendukakan ialah perasaan sangat bersalah kerana sodiki hakiki mengalami kemalangan jalan raya. Ana tak tahu kerana tidak diberitahu dan rasa macam nak pengsan melihat gambar-gambar kemalangan di dalam facebook. Kereta terbalik (bayangkan kereta terbalik - bumbung di atas jalan raya) remuk depan dan belakang. Syafakillah sayang! Moga terus kuat, cepat sihat dan diri ini menyayangimu T_T
p/s: mahu bawa diri... pujuk hati sendiri.
Insyirah Soleha
1.50 petang
6 leaves:
salam, syirah..bnyak2kn bersabar ye syirah..insya allah xde pape n sahabat syirah 2 akan selamat..insya Allah, akak pn akan doakan gak.. mga dia selamat dunia n akhirat...amiin
tak apa. kali ini saya maafkan. huhu~
gurau ja. sebenarnya nak ucap terima kasih banyak sebab sudi komen di artikel ana. tak sangka penulis hebat macam ustazah sudi komen di situ..
jazakillah
sabar ye dik..insyaAllah..semua sahabat2 maya insyirah yg sntsa follow blog ni akan doakan utk sahabat2 syira dan juga syira..^_^
mudah2an..Allah berikan hidayah pdnya dan selamatkan mereka..ameen..
Salam adikku, ukhtiku sayang.
Bila baca entri dalam ni, cuba relate dengan entri dalam privet blog, pening. Dalam entri ni kamu sangat2 sedih, dalam privet blog kamu macam pening lalat T_T
Adakah kesedihan ini telah menjadikan adikku ini sahabatku ini pening lalat? Haruskah dibawa diri untuk merawat hati? Bukankah baru-baru ini telah dikau khabarkan buatku DAKWAH TIDAK BOLEH DIPIKUL OLEH ORANG YANG MANJA!
Benarkah kata-kata itu? Manjanya kalau ujian ini telah membuat hatimu rebah dan menangis. Tangisan itu perlu tapi letak pada situasi yang betul.
Ana yakin sahabat enti tu bukannya 'futur' cuma dia tersasar laluan, doakanlah dia semoga kembali ke jalan yang sebenarnya. Ingat lagi bahan thaqofah yang diletakkan dalam privet blog kisah kambing. Ambil ibrah dari kisah tu sayangku, belahan jiwaku...
Insyirah adikku sayang, dirimu bukan orang yang berhak menentukan siapa yang memiliki hidayah tetapi itu terletak di tangan Allah, kerja kita adalah menyebarkan agama bil hikmah. Teruslah menanam kecintaan pd sahabat atas dasar cinta Allah dan Rasulullah, atas dasar akidah dan iman.
Salam perjuangan untukmu.
Doakan juga buat diri ini.
(Rupanya hati budak kecil ni penyayang juga yer... hehehe, ingatkan tahu membuli je) :P
Macammana nak jadi isteri orang ni, nangis jer. ^_^
al-Qasas 28:56"verily you never able to give hidayah to whom you love but it is Allah who is able to give hidayah to whom he likes"
hidayah al-taufiq wa maunnah
Allah taala know best.
semoga selamat hendaknya sahabtmu tu dik...
Post a Comment