"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

13 April 2010

Jangan Manja!

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kak Insyirah, bila nak buat terapi?"

Hampir terlupa pada perkataan terapi (",) Mula mencongak tarikh, akhirnya buat keputusan untuk menangguhkan sesi terapi.

"Sakit belakang semula ke?"

"Boleh tahan lagi, insya Allah."

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi memandangkan tarikh walimah abang sekitar sebulan saja lagi, ana mahu bersama dalam walimah abang, mahu melihat abang akad nikah dan mahu bersama abang untuk melihat hari bahagianya. Insya Allah, setakat ini abang mahu berkahwin sekali seumur hidup. Kalau abang katanya nak berkahwin berkali-kali dalam hidup, mungkin ana tidak kisah kalau 'mengecualikan' diri sebab ada walimah lain di hari kemudian. Hihihi... Gurau je.

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi perlu bersedia secara emosi dan fizikal untuk melalui terapi. Dari pengalaman terdahulu, 3 hari pertama hanya akan terlantar di atas lantai. Duduk hanya ketika solat dan makan, selainnya hanya terbaring bagi meredakan kesan terapi dan insya Allah 3 hari pertama perlu kemantapan dari sudut rohani untuk melalui segala ujian yang hadir. Emosi perlu stabil, rohani juga harus mantap kerana saat itu hati menjadi sangat-sangat rapuh.

Bukan tidak mahu mempercepatkan tarikh tetapi perlu bersedia untuk menahan rasa sekitar 1-2 minggu melalui demam akibat proses terapi yang dilalui. Sungguh, ianya menyakitkan tetapi ana harus dan mesti (wajib) kuatkan semangat. Horey! Selepas kesusahan ada kemudahan. Selepas kesakitan, ada kesembuhan. Insya Allah.

Memandangkan tarikh pernikahan abang yang hanya bersisa sebulan, ana mahu meraikan hari bahagia tersebut dalam keadaan yang sangat ceria. With no back pain, no depression, no bad feeling, bla bla bla.

"Ana baca blog, kenapa ukhti ukhti buat terapi pada bahu kiri tetapi tidak pada bahu kanan?"

Hihi, ana tersenyum dengan soalan ini. Jawapannya untuk memperbetulkan semula kedudukan bahu kiri ana yang dahulunya pernah tercabut keluar dari sarungnya. Ngeee... Tangan kiri agak lemah dan tidak cukup kuat untuk menampung sesuatu yang bebannya melebihi 5 kg. Apabila bahu kiri bengkak akibat terlebih angkat berat, ianya akan menggeletar dan sangat sukar untuk menampung atau memegang apa jua yang mahu dipegang.

Adakala tidak mampu untuk menggenggam tangan kecuali diserang shacking (menggeletar) yang teruk sehingga tangan akan tergenggam dengan sendiri. Bila shacking, ana sangat suka untuk memeluk teddy bear
atau berpaut erat menggenggam tangan sesiapa supaya tangan ana tidak melekat (tergenggam tangan sendiri). Kerana itu, bila dukung bayi yang montel (berisi) lama sedikit pasti abi akan merenung dengan pandangan yang tajam. Tapi, ketajaman pandangan abi tidak sedikit memudarkan kecintaan pada makhluk fitrah :)

Untuk mengangkat baju di ampaian juga adakala ana perlu membuat trip supaya bakul lebih ringan. Kadang-kadang nak tunjuk kuat, membuktikan diri tidak manja seperti yang orang selalu cakapkan. Akhirnya, tulang dan rusuk mula membengkak sehingga tulang timbul. Allah, oleh itu keinsafan timbul dari dalam diri bahawa diri sendiri yang seharusnya menjaga amanah dari Allah supaya tidak menyusahkan orang lain.

Kalau dahulu, bila kesakitan tulang belakang yang teramat sehingga menangis terisak-isak di hadapan semua orang... Ummi akan membantu meredakan kesakitan dengan menyapu air zam-zam pada tulang belakang dan mengusap kepala dengan air zam-zam supaya ana dapat menenangkan diri. Sekarang ana harus berfikir bagaimana untuk ana mengurus diri sendiri tanpa bantuan ummi dan adik-adik kerana tidak selamanya mereka akan berada bersama ana.

Dahulu, apabila tiba-tiba terkejut bangun dari tidur dan menangis dengan kuat...

"Sakit... Sakit..."

Pasti ummi dan abi bergegas bangun untuk melihat, rupanya kaki ana cramp dan sakitnya seperti mahu putus pinggang sebab menahan sakit di kaki, posisi badan akan failed dan ianya mengakibatkan sakit pinggang yang teramat dahsyat. Sekarang ana harus berfikir bagaimana untuk mengurangkan sakit ketika cramp supaya tidak menjerit di waktu malam dalam keadaan yang separa sedar supaya tiada lagi yang terkejut akibat kesakitan yang ana rasai. Minum susu.

Dahulu, pakcik mengusik.

"Kesian hang, hilang satu nikmat Syurga."

Di dalam syurga ada sungai yang mengalir, aliran sungai tersebut adalah susu. Ana tersenyum. Dahulu, satu cawan susu dan satu cawan air mineral setiap pagi. Seteguk susu, dua teguk air mineral sehingga akhirnya setiap pagi kekenyangan minum susu dan air mineral :) Tekak ini sangat alah dengan bau susu, sangat meloyakan, terasa tekak kembang semacam tetapi kini tidak lagi. Secawan mug susu boleh diminum begitu saja :)

"Insyirah minum susu apa?"

"Saya minum Anlene untuk tulang yang sihat dan kuat." *sigh*

"Subhanallah. Larat Insyirah bau susu Anlene? Baunya agak kuat, meloyakan..."

Ana tersenyum lebar. Itu cara Allah mentarbiyyah ana, sehingga kini apa juga susu tepung bisa ditelan dengan mudah. Insya Allah. Anlene, Omega dsb insya Allah ana tiada masalah lagi. Alhamdulillah.

Kalau dahulu, ana selalu boleh mengharapkan akhun untuk dukung ana... Ngee, how sweet! Sampaikan di tempat umum juga akhun pernah dukung ana dengan lagak superhero sampaikan orang disekeliling begitu kagum dengan kami adik-beradik. Satu tautan ukhuwah dalam keluarga yang sangat erat.

"Eiii... elok-elok pegang adik tu, jatuh nanti naya dia..."

Nenek menjerit setiap kali akhun dukung ana.

"Boleh tak pakai seluar, ni nak dukung macammana kalau pakai macamni?"

Ana garu kepala. Adik perempuan ana sarungkan baju kemeja abang pada ana untuk dijadikan baju sejuk supaya tudung ana tidak mengganggu pandangan abang.

Sekarang ana perlu berdikari bagaimana untuk mengurus kesihatan ana sendiri supaya terus stabil dan tidak menjunam jatuh pada graf bawah. Ana perlu berusaha, selebihnya Dia yang menentukan hasilnya. Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah :)

Sesungguhnya kematian itu pemutus segala kenikmatan.

Sesungguhnya kesakitan itu mengingatkan diri pada kematian... Hihihihi...


Teringin nak kutip bunga ros (merah, pink, putih) banyak-banyak mesti cantik kan... Lalalala...

Semangattttt...!!!

Insyirah Soleha
3.00 petang
Menghirup aroma rumput :)

8 leaves:

Khazinatul_Asrar 13 April 2010 at 15:59  

ukhtiiii. huhu. ana slalu igtkan diri bila sakit, ada lg org yg lebih teruk sakitnya dari ana. yes, it is. dan itu juga cara utk tabiyyah diri yg slalu saja lemah T_T

ohhh kita sama bab susu tu. dulu, waktu sebelum ana kena gastrik, sng je minum susu, tapi skrg setitik susu masuk dalam air/makanan ana pasti dapat hidu dan mula tolak sedikit demi sedikit. tp bila fikir 2,3 kali, tulang yg mudah rapuh ni juga perlu sumber kalsium. Lately, cuba jugalah minum seteguk dua,itu pun bukan yg pure! yang berperisa sahaja boleh telan. huhu.

Alhmdllh, masih diberi kekuatan. Semoga tidak diuji apa yg tak mampu diri ini pikul.

Semoga ukhti terus kuat ya hadapi semua ini,ana pun sama. Anggap saja sebagai kaffarah dosa dan cara Allah tarbiyyah hambaNya ;)

mujahidah 13 April 2010 at 16:20  

Assalamua'laikum adik sayang..nak bunga ros jugak.. pos..pos..hehe.. hmmmmmmmmmmm, wanginya..dapat bau bungan ros dari cameron.. uhuks.. =P

IMmeHuda 13 April 2010 at 21:32  

salam..

semangat sis! biar segar bugar time weddings nnt...doa banyak2...

amek satu award dr k.nurul - award tu namanya orang yg banyak minum susu lepas qashrina...hehe...

p/s; pasni jangan berebut nk dukung aqeef ngan k.nurul lagi...ngee..

love ya sis..take care...

Hamba Ilahi 14 April 2010 at 01:45  

salam..
kamu kuat, saya kagum.
semoga Allah pelihara jasad dan roh kita di sini dan 'di sana'

nurIslami,  14 April 2010 at 02:29  

Assalamualaikum:

Allahu Allah..Emosi ana setiap kali baca entri ukhti berubah-ubah..

Baru sahaja hati mahu 'touching' kemudian tergelak pula di setiap hujung ayat ukhti..


Di blog ana juga ada sekuntum bunga ros(untuk ditatap bukan diambil, ya)..

p/s: Jangan lupa terapi, ya..

Faridrashidi 15 April 2010 at 00:29  

Salam,

Syafakillah, semoga Allah mengangkat martabatmu dan menambah pahala dari hari ke hari.

Semoga tidak sakit lagi.

Di sini, arab akan bagi anaknya minum susu kerbau bila kecil. Baunya Masya'Allah!

Saya nak minum kena masak dulu.

Anonymous,  15 April 2010 at 10:15  

semasa membaca coretan adik ni, akak juga merenung hiknahnya semalam ketika akak ada di hospital...pd akak, benar..kte mesti kuat bangun melawan rs sakit meski rs nk menangis menahan sakit....akak jg cuba mengawal seboleh mgkn..pd akak, kte hrs berusaha utk jg diri wp ada org di cc..akak fhm pe yg adik rs & alami....

semoga adik dikuatkan ketabahan....

Orchid 15 April 2010 at 14:40  

Moga Allah teguhkan hati kamu,and letakkn kesabaran dalam menghadapi ujian nya(^^). bukan senang nk berfikir secara rasional dalam keadaan sakit.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO