Tulang Bahu Tercabut
Bismillahirrahmanirrahim.
Maaf... Masih banyak komen tidak dibalas, sengaja tidak membalas kerana pasti akan mengambil masa yang amat panjang untuk menaip satu mesej balasan komentar pembaca.
Alhamdulillah, secara senyap merancang terapi (walaupun awalnya tak nak buat terapi, hihi) dan sempat pula bergurau dengan sahabiyah tentang sakit. Biarlah mereka, mereka tak tahu setiap kata-kata itu mengguris hati kecil ini. Mereka sedikit pun tidak tahu apa yang dirasai, kalau gurauan itu menggembirakan mereka, moga mereka bahagia :)
"Kak, are you okey?"
Adik itu tahu ana melakukan terapi hari ini itupun selepas ana mohon maaf darinya kerana tidak mampu membalas sms darinya akibat pening kepala. Selepas menerima sms tentang kemalangan seorang sahabat, buntang saja mata ana. Ukhti, sembuh laju-laju ya! ^_^
Hari ini, terapi langsung tidak menyentuh tulang belakang sebaliknya fokus pada saraf dan tulang bahu yang tercabut. Subhanallah... Kuat sungguh! :)
"Ummi, rasanya tulang bahu ni makin jatuh la..."
"Ya, bila jalan nampak bahu Syirah terkulai."
Semasa menunggu giliran, hiba sungguh melihat seorang anak kecil ana rasa sekitar 3 tahun tetapi masih tidak berjalan.
Terhibur dengan nyanyian tersebut, hihi. Tetapi bila anak kecil itu masuk ke bilik rawatan, tangisan lolongan darinya buat sejuk kaki dan tangan ana. Hiba... Jeritan demi jeritan seorang pakcik juga buat ana insaf.
Ana menyanyi di dalam hati, mengikut rentak yang didengari awal tadi.
Tiba giliran ana, seperti biasa... Kali ini ana agak terkejut, disangkakan bahu hanya bengkak rupanya tulang bahu ana tercabut dan tulangnya sudah jatuh banyak sehingga menarik tulang rusuk dan dada sehingga pembengkakan serius! Subhanallah, terkedu.
Tanpa painkiller atau ubat bius, tangan direntap (menggunakan kuasa seorang lelaki) sekuat-kuatnya. Allah... Allah...
"Maaf, kalau perempuan tak cukup kuat nak tarik macam ni, nanti makin sakit bila ditarik berulang kali."
Ana faham. Waktu itu juga ditemani oleh terapi perempuan dan ana menutup aurat selengkapnya.
Berkali-kali dengar bunyi tulang 'meletup'.
"Alhamdulillah, (tulang) dah masuk."
Ingatkan dah habis rupanya tangan dipusing, ditarik dan entah apa gayanya lagi. Hehehe.
"Kuat awak, saya tak dengar langsung suara awak."
Hanya sekali terlepas dari mulut 'awwwww...' sebab terkejut direntap, haha. Diam saja, air mata ditahan sekeras-kerasnya. Menahan sakit, tak sedar kaki menggeletar sehingga menggenggam katil sekuatnya, berselerak cadar. Kih kih kih...
Ok. Need lot of rest, taip guna 1-2 jari sungguh slow. Tangan direhatkan sepenuhnya bimbang tulang bahu terkeluar semula hatta menolak pintu pun tak dibenarkan, hihi. SELAMAT MANJA Cik Syirah! ^_~
Insyirah Soleha
p/s : Tidurrrr... T_T
7 leaves:
You really- really need rest, but still submitting post on blog? Just like my mother, geram jugak kadang2.Kalau sakit patutnya berehat je, ni x, buat kerja tu, buat kerja ni.Pastu malam mula a sakit2.Xsanggup tengok. Kalo kita nk tolong, kena rampas dari dia baru la boleh tolong. dia cakap xkn la nk terlantar je, kita kena lawan penyakit kita.
me? risau je memanjang, kesian juga bila dia xbuat apa2, mesti bosan.
(mcm menumpang bwat blog plak kat cni)
ish baca coretan adik ni wp sesekali adik bergurau,akak dh bygkan camne sakit adik2...org lain leh tgk kte bergurau senyum..tp jauh di sudut hati ble adik ckp tulang bahu tercabut..aduhai, takutnya akak...org yg mrasa terkena tu keperitannya tuhan je yg tahu
semoga adik kuatkan smgt...rest ye...jgn menaip lagi..rest dulu biar sembuh k...
akak faham klu adik x dpt bls post ke apa ke...bg akak,sekadar singgah pn sudah gembira di hatiku
salam..ana sekadar silent follower..menitip ibrah dr ketabahan nti..trus ttp sabar + tabah ye..doa kami sentiasa mengiringi nti sekeluarga..ameen..aja2 figtn!!
moga Allah beri kesihatan yang baik untuk kamu..
moga Allah beri sdikit kekuatan Dia buat kamu..
kekuatan kamu,punca kekuatan buat insan lain jg..
ada doa utk kamu,wpun dari kejauhan..
syafakillah ya ukhti..
sungguh sayang Allah dengan kamu =)
sabar sis...semoga cepat sembuh..
lepas ni, jgn buat kerja teruk-teruk..jangan angkat benda berat-berat...jangan banyak taip sangat2..
rehat banyak2...jaga kesihatan elok2...
love you sis..
take great care of yourself
akak...:( :(
sakit2 pun menaip juga... rehat! ni nk marah ni...ii..
Allah sedang menguji kak Syira...kak Syira byk2 bersabar ye...pintu2 syurga terbuka luas utk org yg sabar menerima ujian drpd Allah
kak Syira kene sembuh...sebab ramai yg syg akak...:( :(
akak! terus kuat!em!
p/s: tulang bahu tercabut...kak Syira buat lagak ngeri...
( akak kene sembuh...adik sayang sgt akak...Syakillah syifaan ajilan ya ukhti...:( :( )
"Ya Allah, kakak saya ini sakit... Sembuhkanlah diaaa!"
assalamu'alaikum
salam perkenalan... =]
:) ini pertama kali nak beri kOmen slps sekian lama asyik membaca shj entri kat blOg ni... ^^
dari jauh,ana akan sentiasa kirimkan doa,insyaALLAH... kagum & jeles dgn penulis... hee~ ana dapat bayangkan apa yang penulis cuba terangkan & rasai (sikit2 mungkin),sbb sekarang ana tgh belajar anatOmy...
walaupun kita tak kenal,tp ana rasa cam tak sabar nak balik malaysia secepat mungkin untuk bantu semua orang di malaysia tmasuk anti =]
* mari hidup dgn melihat kpd kemampuan,bukan ketidakmampuan =)
Post a Comment