Rabbi Yassir Wala Tu'assir
Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya." (HR Thabrani)
Alhamdulillah, semoga Allah menuntun langkah ini untuk terus berjalan mencari keredhaan Ilahi.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui." (Surah An-Nur : 32)
Fitrah mesti disuburkan dengan IMAN, mesti disalurkan dengan ISLAM dan digemburkan dengan IHSAN. Kasih sayang mestilah berlandaskan cinta ALLAH, kerana cinta ALLAH akan mengikat hati sesama manusia. Insya Allah.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)
Ya Allah, semoga pernikahan ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kami kepada Mu. Semoga ikatan ini berkekalan selamanya sehingga ke syurga Mu, pimpinlah kami ke arah Mu.
Jadikanlah daku seorang isteri yang memberi ketenangan dan menyejukkan pandangan suamiku, moga hadirku sebagai seorang isteri akan selalu mendokong cita-cita dan perjuangan suami menyebarkan agama Mu, semoga daku menjadi seorang isteri yang sentiasa meredhai suami yang berjuang di jalan Mu. Ameen...
(Surah At-Tahrim : Ayat 6)
Maaf, keterbatasan waktu membuatkan diri terbatas untuk membalas kiriman email dari pembaca. Sedang berusaha dan menumpahkan tenaga kepada perkara yang lebih awla.
Mohon sahabat-sahabat mendoakan kesihatan ana yang beberapa hari ini terganggu. Compression on my spinal cord make me feel too pain even for a step, subhanallah. Trying hard to stand up, no... just hunchbacked (am I using the correct word? :p) like an old women, my brothers just singing a very lovely song 'Nenek nenek si bongkok tiga..' hahaha... kejar dengan hammer gak kang! :D
"Usah dipinta dikurangkan ujian tetapi mintalah diberatkan iman."
Biiznillah, moga terus kuat dan tabah untuk meneruskan perjuangan. Rasa sedih pula bila ditanya, "Selepas walimah nanti buat terapi, nak?" Allah...!
Insyirah seorang yang kuat.
Insyirah seorang yang tabah.
Insyirah seorang yang bersemangat.
"Come on Syirah, just a spinal cord... Not a big problem!"
Reverse psychology for myself. Lalalala...
Hamba Allah,
Insyirah Soleha.
27 leaves:
assalamu`alaikum warahmatullah.
salam sejahtera buat ukhtee insyirah. moga dalam keadaan hati dan iman yang sejahtera, insya Allah.
selamat pengantin baru. akhirnya, baru dimasukkan dalam .:: HaRuMaN MaWaR ::. tentang diri yang bukan lagi 'kanak-kanak' tetapi bakal menjadi seorang isteri kepada seorang pejuang (alhamdulillah) dan bakal menjadi ibu kepada pejuang-pejuang agama (insya Allah).
ukhtee,
barakaLLAHU lakuma wa baraka `alaikuma.
baca catatan "turning point : sebuah perkahwinan" senyum saja, bila baca "barakallahu lakum" tetap tersenyum, nak tunggu sampai bila... kot la tiba-tiba surprise tunjuk gambar nikah terus. hehehe... apapun kami doakan semoga ukhtee dan zauj mendapat keberkatan dan rahmat Allah taala. insya Allah!
selamat pengantin baru.
with love,
Tetamu Dataran Syam.
Assalamualaikum...
semoga ukhti tabah menempuhi ujian yang Allah berikan. Ukhti bertuah kerana terpilih antara hamba-hamba Allah yang ada untuk menerima ujian sebegitu. Itu bermakna Allah sangat sayangkan ukhti. =)
salam Insyirah.....
salam persahabatan.....SubahanaAllah....saya sangat lega dan tenang apabila setiap kali blog Insyirah tertera di blog saya...Alhamdulillah...semakin mekar dan semakin kuat saya ingin berubah...emm..berkaitan dengan penyakit Insyirah, spinal cord tu hampai sama dengan penyakit sahabat seilmu saya....saya xtau sejauh mana penyakit Insyirah tetapi saya berharap Insyirah sentiasa tabah ye.....Sahabat saya mempunyai masalah tulang belakang dimana tulang belakangnya membengkok hampir 20%....kalau die baring, die x boleh mengiring..bila die nak bangun die memerlukan bantuan orang nak bangun...kalu duduk kena bersandar dan kalu bediri x boleh membongkok....saya sahabat yang dekat dengan beliau apabila die x balik umah terasa sangat sedih tapi saya kuatkan semangat sebab die lebih tabah daripada saya...setiap minggu die ada terapi dan die rajin membuat kerja agar tulang die turut bekerja...kami selau marah die jgn buat kerja berat tapi Alhamdulillah, saya panjatkan ke syukuran kepada Allah S.W.T, penyakit kawan saya berunsur pulih...Allah menghendaki sesuatu, Allah Maha Besar...saya berharap dan berdoa agar Insyarah cepat sembuh ye....Salam
Assalamu'alaikum..
Tak sangka Insyirah sebaya dengan saya..tapi dah nak kahwin..
Insya-ALLAH semoga diberi kekuatan oleh ALLAH melawan sakit tu ye..
Moga walimah berjalan lancar...
~Farah Farisha~
Moga cepat sembuh Insyirah...InsyaAllah, saya doakan selalu..=)
Insya Allah, moga Allah permudahkan urusan kt semua d dunia mahupun akhirat..amiin..
p/s: take care..jgn buat keje kuat n bnyk sgt ye..luv u fillah...=D
chayo' syira, syira kuat..insya' ALLAH....kak wani doakan...dengarkan laungan semangat dari kak wani...
"AYUH MUJAHIDAH, MAJU SELANGKAH, LAGI SELANGKAH!"
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Tersenyum. Alhamdulillah. Sampaikan salam buat mujahid yang akhirnya 'berjaya' menawan srikandi kesayangan ramai ni :) Insya Allah kalau tiada halangan walid akan ke majlis walimah.
~ Abu Uwais ~
Salam kak Syira :)
Hehehe... Finally! Puas tunggu kak Syira hint dalam blog je, baru mengaku terang-terangan. Cerpen "Saya Sudah Bertunang" ada kaitan eh? hehehe...
Ummi rindu dengan kak Syira, semoga Allah memelihara kak syira sebaik-baiknya. SYAFAKILLAH kak. Doakan Ummi disini ye kak. Lepas ni jangan tinggal blog ye :)
Harap2 kak syira terus menulis dalam blog ^_*
adikku yang kuat, moga dipermudahkan segala urusan.. SEMBUH LAJU2 YA..=)
salam 'alaik ya ukht..
sangat tertarik akan blog awk(mgkin adik)
mtk izin di link kn ke blog akak ye..
selamat menempuh alam perkahwinan & membina baitul muslim :)
pastinya si dia yg bkl mendampingimu sudah bersedia & akan menyokongimu demi 1 ketabahan..kuatkan hati adik ye.take care k
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh Tetamu Dataran Syam.
Subhanallah, terharunya baca catatan ni. Ameen, ameen, ameen... Huk huk... Rindunya! Rindu sangat! Moga di sana juga dalam keadaan hati dan iman yang sejahtera, sihat fizikal dan juga sihat emosi :)
Jazakillah ukhti,
ada juga plan nak wat surprise camtu... :p
Wa'alaikumussalam warahmatullah Tinta Akliah.
Allahumma ameen!
Allah sayangkan semua hamba-hamba Nya, ada yang ditarbiyyah dengan halus dan ada yang ditarbiyyah dengan keras. Tidak semua manusia memahami hakikat sesuatu andai sentiasa dimanja, maka... hadapilah ujian itu dengan memandang dengan pandangan hamba :)
Wallahua'lam.
Salam'alaik Cahaya_Cerdas_Pemberianku.
Alhamdulillah. Allah mendidik ukhti dengan adanya sahabat yang sakit, sebenarnya lebih mudah menghadapi ujian berbentuk musibah berbanding berdepan dengan ujian berbentuk kenikmatan. Dalam kesakitan, ada kemanisan yang orang lain tak mampu lihat dan rasa andai kita benar-benar yakin Allah memberi dengan cara dan kehendak Nya.
Ada ketika, Dia memujuk dan ada ketika Dia mendidik. Usah terleka dengan permainan dunia, kerana anak-anak akhirat sentiasa memandang sinis pada anak-anak dunia yang berebut bola yang sebiji.
(penuh dengan analogi ni) :)
Semoga sahabat ukhti akan mendapat sesuatu dari Allah, insya Allah. Sampaikan salam buatnya, moga diberikan kekuatan hati dan iman untuk melalui fasa kehidupan sebegitu. Ameen.
Wa'alaikumussalam warahmatullah Farah Farisha.
Ameen.
Alhamdulillah. Hidup ini lapangan ujian, ada yang diberikan ujian sedikit dan ada yang diberikan ujian banyak. Namun disebalik setiap ujian yang singgah itu, Allah memberikan kenikmatan dan 'hadiah' yang lebih indah... Mungkin jodoh ana awal, 'jambatan' ana pendek. Wallahua'lam. :)
Assalamu'alaikum anonymous.
Insya Allah :)
SYukran 'ala doa. Siapa pun kamu, semoga ALlah merahmati kamu.
Assalamu'alaikum kak Suhaibah.
Insya Allah,moga Allah membantu kita untuk kembara di dunia sebelum menetap di akhirat. Strive for mardhatillah. Insya Allah.
Ukhti fillah,
Insyirah Soleha.
Assalamu'alaikum kak Alwani.
Hehehehe..
Patut la bila nak bertatih dengar sayup-sayup dari arah utara ada getaran suara yang melaungkan;
"AYUH MUJAHIDAH, MAJU SELANGKAH, LAGI SELANGKAH!"
Akhirnya permulaan setapak langkah menjadi berlangkah-langkah. Alhamdulillah. :D
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh Ustaz Khairul.
Allah... Mana de dia menawan saya, saya pun takde lah perasaan nak tawan dia. Adeh la... (berfikir)
Tapi in future, insya Allah... saya jadi orang tawanan dia. Hehe, nak buat apa pun kena izin kan, jadi macam tawanan lah tu kan :)
Allah bagi rezeki untuk mengecilkan skop dakwah untuk saya tapi tidak bermaksud langsung memencilkan diri. Biar sama-sama mengingatkan diri masing-masing "kita seorang pejuang". Chewah :p
Insya Allah.
Salam'alaik Ummi Kalsum.
Hehehe, dah lama tak dengar khabar adik... Tahu mana ni akak nak kahwin? Aduih, tiba-tiba muncul tak ketuk pintu pun nasib baik bagi salam. :D
Cerpen "Saya Sudah Bertunang" tu takde kene mengena pun... Adoih... Cuba hayati sket cerpen tu, ekekeke.
Blog?
Ehe, tak kahwin pun dah rasa nak tinggal-tinggalkan. Hehehehe... Wallahua'lam.
Salam'alaik Kak Syuhada :
Sembuh laju-laju, yeayh! Cam suka lak kalau orang cakap macam ni. Hehehehe. Insya Allah =)
Wa'alaikumussalam warahmatullah ukhti Sarah Zarawi.
Ya, ana muda setahun dari ukhti :)
Blog ana yang kecil ni moga ada manfaat buat ukhti (terkadang merapu, boleh refief stress :D)
Wallahua'lam.
Kak Mia,
Tiada kepastian selain janji dari Allah, selain dari itu tawakkal alaLLAH :)
Salam dik..
Tiba-tiba akak terfikir, siapalah yg akan gantikan tempat kakakmu ini sbg seseorang yg berada di sisi ketika saat walimahmu.Maafkan akak dik..kerana tidak berjaya untuk memenuhi permintaanmu..
Hampir setiap hari akak memikirkannya.
"Patutnya kau pergi cameronkan esok" Ibu mengingatkan akak balik pada satu perancangan yang tak lepas dari tapisanNYA..
Ingin sekali akak membujuk dan memerhatikan kegembiraanmu di saat bertukar status.. Ingin juga akak berkata-kata sesuatu agar dirimu dibekali sesuatu sebelum melangkah ke alam baru..
Tapi semuanya adalah dalam perancangan Allah..Pastinya DIA mengetahui adek akak yg serang ini seorang yg dapat menghadapinya..seorang yg lebih tabah dari akak..
Melihat kepayahan diri utk memenuhi setiap permintaan manusia yg berkeinginan pada akak, menjadikan akak terkedu dari berjalan terus..Terhenti dari melangkah..Hilang dalam penilaian menghitung hari untuk dunia ini...Siapalah kita utk bertanya atas semua ini..hy Hamba yg merintih mencari keredhaanNYA..
Kita dijadikan di dunia ini utk mencari redhaNYA..Memikiri setiap ujian itu datangnya utk menguji hamba, lalu akak tegar berusaha utk meneruskan langkah...walau sepayahnya..
Jadilah seorang isteri yg solehah, fokus dan segala-galanya kini tertumpu kepada suamimu..lalu gerakkan mujahid itu utk terus melangkah..utk terus berusaha demi islam, kerana Allah, kita berjuang...
Persiapkanlah dirimu, dgn sebaiknya, agar jiwa yg bersatu kerana Allah itu menerima rahmatNYA..
akak tujukan lagu opick ya rahman, khas buat tatapan adek, agar jiwa tetap terus mekar memohon ampun dan menjadi keutamaan bagiNYA dalam menempuh hidup ini..
Allahku ya Rahman (2x)
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman
berlalu waktu berlalu
sepi menghantar kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu
di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku
dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan
Allahku ya Rahman (2x)
Berusahalah adekku..
Tetaplah tegar mencari redhaNYA..
Hadapi dunia ini dgn atas rahmatNYA..
Kita tetap roh yg akan bertemu,
walau jasad ini menjadi ujian kita..
Tetaplah di sisi suamimu,
sekalipun akak hilang dari dunia ini..
Berjanjilah utk menjadi isteri yg solehah, agar mujahid itu akan tetap menjadi seorang pejuang yg cintakan Ilahi..
akhir kata,
maafkanlah akak dan doakanlah kakakmu ini..
wassalam..
Salam kak.
Takda siapa yang menggantikan tempat adik, biarlah ia "kosong".
Jazakillah khairan, semoga cepat sembuh ye kak. Tak tahu nak taip apa dah ni, tahan je lah. Habis tapis apa yang ada dalam kepala ni.
assalamu'alaikum.. semoga Allah s.w.t merahmati dan meredhai kehidupan anda.. Walau ana tidak kenal penulis blog nie.. Tapi, ana dapat rasanya niatnya ikhlas kerana Allah s.w.t dan semoga diberi kekuatan untuk istiqamah di dalam Iman, Islam dan Ihsan..
Post a Comment