"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 February 2010

Selimut Sabar

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat dan kurniaan Nya. Syukran wa jazakumullah khair pada sahabat-sahabat yang setia memberi nasihat dan semangat pada ana, semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik pembalasan dari Nya. Hanya Allah saja yang layak untuk membalasi segala jasa kalian. Maaf pada setiap mesej yang tidak berbalas, masih ada yang setia menghantar mesej walaupun ana tak dapat nak membaca mesej tersebut. Ada hikmahnya hp rosak di saat ini :) -husnudzon-

Kalau sesuatu yang diperkatakan tentang kita adalah benar, barangkali boleh jatuh sebagai mengumpat dan sekiranya apa yang diperkatakan tentang diri seseorang bahkan ianya salah maka ia adalah fitnah. Na'uzubillah.

Dalam usia dunia yang sudah terlalu tua, fitnah umpama perencah kehidupan. Pemanis kata dan juga penyedap bicara, sana sini orang menabur fitnah dan menyebar sesuatu yang tidak sahih. Bukan sahaja yang jahil agama bahkan golongan yang 'diharapkan' untuk membawa kegemilangan Islam, mengembalikan keizzahan Islam yang dirobek dan tercalar juga tidak terkecuali dari menjadi agen-agen pembawa fitnah.

Ana bukan mahu memburukkan sesiapa dalam masalah ini, sekadar mahu melontarkan secebis perasaan yang terguris dan terhiris lantaran fitnah yang dilemparkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dan lebih malangnya lagi, fitnah itu dihebahkan oleh penuntut ilmu agama Allah yang mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w.. Sekali lagi ana tegaskan, ana tidak mahu memburukkan sesiapa tetapi ini adakah ingatan yang sama-sama kita perlu muhasabah kembali.

Fitnah itu TERAMAT mendukakan. Tahniah kepada si penyebar fitnah kerana membuat ana terduduk dan termenung panjang berfikir, lalu ana menyiasat siapa la yang sungguh banyak masa untuk bercerita tentang ana. Maka, sebaris nama itu takkan dilupakan. Lebih mendukakan kerana ana TIDAK KENAL orang tersebut seumur hidup ana yang sudah 20 tahun 15 hari. Sekiranya yang membawa cerita itu seorang yang ana kenali, lebih mudah untuk ana berdepan dan bertanya apa masalah dia dengan ana, ada sesuatu yang ana lakukan sehingga dia sanggup mengaibkan ana sebegitu rupa. Namun, ana tidak kenal orangnya.

Ujian ini sangat berat untuk ana, bahkan ana terpaksa mencari jalan untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal bagi mengelakkan dari terus-terusan menangis. Fitnah ini lantas membawa ana kepada Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah r.a. yang difitnah oleh Al-Ifqi. Ya Allah, sedangkan Saidatina Aisyah yang begitu mulia difitnah sebegitu hina apatah lagi ana yang sedia hina ini. Ana menelan ujian ini namun duri-durinya sangat menusuk hingga kesihatan turut terganggu.

"Maaf, ana pohon selepas ini sekiranya dengar apa-apa cerita tentang ana di sana usahlah panjangkan kisah itu kepada ana. Tak berdaya ana nak mendengar, ana tidak setabah mereka yang boleh menelannya."

Lantas, menyibukkan diri adalah langkah pertama yang diusahakan sehingga akhirnya Cik Costocondritis datang menjenguk. Allahu Allah, bila Cik Costocondritis datang menjadi tetamu, bahagian kiri badan sudah mula lemah. Mengangkat sesuatu yang ringan saja sudah menggeletar dibuatnya. Sekali lagi, tahniah kepada penyebar fitnah tersebut (",)

"Dik, sebenarnya apa yang adik lalui ni bukan adik saja yang mendepaninya bahkan ramai lagi muslimah yang turut terkena tohmahan seperti ini."

Lalu, hati yang sejuk membeku lantaran hujan fitnah yang menimpa buat ana berdesir-desir.

Sekiranya ana 'mengharapkan' dia untuk merasai apa yang ana rasa, seolah-olah ana mahu mengaibkan saudara seakidah dengan ana. Tetapi, semasa penyebaran fitnah tersebut adakah dia berfikir tentang ana? Adakah dia terfikir bahawa ana adalah saudara seagama dengannya? Adakah dia merasa bahawa muslimah ini seorang yang sepatutnya dilindungi?

Sekiranya ana 'mengharapkan' agar dia merasai bahang tohmahan ini dengan lemparan yang sama kepada seorang wanita yang hampir dengannya, sama ada ibu, kakak, adik perempuan, bakal isteri mahupun saudara atau isterinya sendiri. Seolah-olah ana 'mendoakan' keaiban kepada seorang muslimah yang terpaksa menanggung kesalahan orang lain, zalimnya ana sekiranya mengharapkan perkara tersebut.

Sekiranya ana diam, ia seakan mengiyakan apa yang dilemparkan. Sesungguhnya ia adalah FITNAH yang amat berat. Lalu, tempoh bertenang dan muhasabah... Ana mengumpul semula kepingan-kepingan hati yang berderai, air mata yang tidak tahu sudah banyak mana tumpah dengan perkhabaran ini, dan paling menyedihkan ialah ianya melibatkan MARUAH seorang muslimah. Allahuakbar.

Apalah agaknya hati seorang AYAH kalau mendengar fitnah tersebut dari mulut orang lain. Apalah agaknya yang dirasakan oleh seorang AYAH kalau terus menganggap berita tersebut adalah kebenaran. Apalah agaknya perasaan seorang AYAH? Lalu, ana termenung panjang mencari jalan supaya ana mampu 'membuka mulut' untuk memberitahu kepada abi atas fitnah yang dilemparkan kepada ana, ianya sangat mendera hati dan emosi melihat reaksi seorang AYAH begitu. AYAH mana yang gembira tatkala mendengar anaknya difitnah? Saidina Abu Bakar sendiri sedih apabila Saidatina Aisyah difitnah.

Apalah agaknya hati seorang IBU kalau mendengar fitnah tersebut dari mulut orang lain. Apalah agaknya yang dirasakan oleh seorang IBU kalau terus menganggap berita tersebut adalah kebenaran. Apalah agaknya perasaan seorang IBU? Lalu, ana sering saja melarikan diri dari ummi kerana ana sangat bimbang terburai air mata di depan ummi. Saat ummi memanggil untuk diajak bersembang, ana lalu memberi alasan mahu segera solat, kemudian ana mendakap al-Quran seeratnya. Setitis demi setitis air mata menitis dan melimpah, subhanallah... Ummu Rumman juga terguris qalbunya tatkala mendengar anakanda yang dikasihi difitnah.

Sekiranya orang-orang yang diharapkan menjadi pembela deen berperangai sebegini, kepada siapa harus disandarkan harapan untuk membela agama? Renung-renungkan. Akhlaq begini pada seorang penuntut ilmu agama Allah yang belajar tentang sunnah Rasulullah, harus dia sendiri menjadi DOKTOR kepada dirinya sebelum merawat penyakit yang membarah pada masyarakat.

Kesal.

Sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kalau sekiranya fitnah ini dilemparkan oleh seorang anak remaja yang masih memakai pakaian sekolah, ana boleh mengetepikan lagi kerana ia hanya kerana kurangnya rasional dan tidak matang menilai sesuatu dalam jangka masa panjang. Tetapi, yang melakukan perkara keji ini seorang penuntut di universiti... Universiti yang menjadi lambang keunggulan ummat Islam, aduh! Terduduk ana, termenung entah berapa lama.

"Kenapa akak asyik tidur je?"

Si Adik menjadi resah melihat si kakak asyik memejamkan mata, bimbang gugur lagi mutiara dari kelopak mata, biarlah dibiarkan pejam... Mudah-mudahan terlena dibuai mimpi indah. (",)

"Akak penat la dik... Tadi buat kerja."

Menahan badan yang menggeletar, sakitnya mencungap-cungap sendirian.

"Janganlah apa-apa jadi masa abi tak ada, tak pasal-pasal nanti kelam kabut bila terpaksa masuk wad..." Hati monolog kecil. Masih bermonolog dan terus bermonolog.

Dan... Sudah seminggu berlalu. Seorang sahabat menyarankan supaya diadakan usaha untuk menutup fitnah tersebut, tetapi... ana sendiri tidak tahu caranya.

Kalau si penyebar fitnah itu salah seorang pembaca .:: HaRuMaN MaWaR ::. yang pernah ana lukakan hatinya dengan kalamnya, ana mohon kemaafan yang sebanyak-banyaknya. Tidak mampu ana memaafkan perkara ini walaupun sudah berkali-kali dan sudah ramai yang memberi nasihat untuk memaafkan kerana ana mahu si penyebar fitnah itu sendiri meminta maaf dari ana, bukan ego tetapi supaya ana boleh tanya apa yang menyebabkan beliau memfitnah ana. Sekiranya kesalahan itu berpunca dari ana, boleh ana betulkan. Tetapi, ana tenggelam punca tidak tahu apa masalah beliau dengan ana kerana ana tidak pernah mengenali beliau.

Buat kamu, hentikanlah kerja tersebut. Masih banyak yang boleh dilakukan, pergilah talaqqi dengan syeikh... Tadahlah mutiara ilmu supaya balik nanti mampu menjadi mujaddid pembela agama.

Sekiranya kamu terus dengan pekerjaan ini, ana hanya mampu menahan kelopak air mata dari terus mengalir kerana kesedihan lontaran fitnah ini tidak sesedih mengenangkan deen yang dipersendakan oleh insan seperti kamu. Dan, bawalah kembali dirimu kepada Allah.

"Dik, masa dia melakukan perkara tersebut, imannya tidak sempurna. Maafkanlah, apapun dia masih seorang saudara seakidah kita."

Ana diam, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu payah.

Lalu hati berkata sendiri. "Sekiranya dia masih enak berbicara, maka... pengadilan itu ana tuntut di padang mahsyar kelak. Di hadapan Allah, Dia yang lebih mengetahui kebenaran dan Dia yang menjadi Hakim kelak..."

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan.

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya.

Titis airmata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma.

Mujurlah rahmat Nya membasahi hati kami sepertimana hujan menyimbah ke dalam hati dan banjir di pipi... Namun hujan rahmat Nya mendamaikan keresahan hati. Alhamdulillah, di saat kerapuhan hati ini, masih ada yang sudi menemani. Dan, masih bersalah menyelubungi diri kerana orang lain yang buat onar orang lain yang merasa bersalah.

Selimutilah hatimu dengan sabar.

"Tiada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar..."

Bumi ambiya' itu mendidik dan menterjemahkan peribadi sebenar seseorang, usahlah terlalu bangga dengan sebaris nama seorang penuntut agama seadainya menjadi seorang yang mencalarkan maruah agama.

Ana bisa 'memaafkan' kamu... sekiranya kamu 'berdepan' dengan ana. Itu saja :) Dan orang yang benar tidak pernah gentar untuk berdepan, apatah lagi ana seorang anak kecil yang jahil sedangkan kamu lebih mengetahui apa yang kamu khabarkan kepada mereka... (",)

Entri ini tiada unsur-unsur marah, ia adalah luahan perasaan sedih dan kesal. Sekali lagi di ulang, tiada unsur-unsur marah :)

"Pesan pada ombak, jangan ditangisi pesisir yang terpisah, kerana hanya menghadir resah. Pesan pada angin, jangan berlalu seikut mahu, kelak ada yang bergoyang sendu."

Dan pantai hati ini masih goyah kerana kelmarin gelora ombak samudara mengganas... Izinkan pantai menjadi teman ombak kalau begitu sunnatullahnya, tetapi usahlah dibiarkan pantai menangis sendu kalau mahu sama-sama berganding bahu ^_~

Aiwah. Sempat lagi bersastera...!

13 leaves:

Ummu Iman 9 February 2010 at 00:14  

salam ukhti...

moga dirimu terus diselimuti kesabaran dan ketakwaan..kerana dirimu memang umpama wardah yang mekar!! :)

Anonymous,  9 February 2010 at 09:30  

Salam...(",)

nurIslami,  9 February 2010 at 13:27  

Assalamualaikum:

Fitnah membuahkan keseronokkan pada si pembawa,

dalam masa yang sama

fitnah juga membuahkan kunci-kunci pintu neraka pada si pembawa.

..Cekal ya ukht..

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal 9 February 2010 at 14:32  

salam ziarah, jom tukar2 link dengan saya, saya akan masukkan blog anda di mega link saya

http://ustaznoramin.blogspot.com

Faiez_daud,  9 February 2010 at 18:01  

SALAM UKHTI..

mga2 cpt sembuh n terus tabah..kuatkn smngt ek..

ANtaRA PeTiKAN dr SYAir IMAM SYAfi'e:

aku brgaul mesra dgn setiap manusia tp pendengkiku..
sudahlah brgaulnya jarang2 susah pula utk brgaul dngnnya..
bagaimana sseorg blh brgaul dgn pndengki nikmatnya..
bila tiada apa yang menyenangkn hatinya melainkn hilang nikmat...


Kerosakan yang besar seorg alim yang sesat..
lebih besar dari itu seorg jahil yg beribadah..
kedua2nya adalah fitnah yg besar d dunia...
bagi org yg brpegang dgn mereka d dalam agamanya...


mga2 ukhti trpelihara dr fitnah dunia,ameen..tabahkn diri..keep fighting!! :)
wassalam..

Unknown 10 February 2010 at 08:08  

salam...singah sebentar...semoga diselimuti kesabaran

~ZuLhAiRi~ 11 February 2010 at 03:07  

terus istiqOmah dengan SABAR!...:)

Insyirah 11 February 2010 at 08:12  

Salam ukhti Iman,

Jazakillah atas doanya. Moga kita semua menjadi wardah yang berkualiti :)

Insyirah 11 February 2010 at 08:13  

Kak Tirah bagi salam je? Tak de nak hantar kuih ke kepek apa-apa ke? :D

Insyirah 11 February 2010 at 08:13  

Wa'alaikumussalam ust Nurislami,

Mungkin dalam tidak sedar telah melukakan hati sesiapa.. wallahua'lam, moga Allah mengampuni saya dan 'dia' memaafkan saya.

Anonymous,  11 February 2010 at 11:14  

Hi3..nak hantar gak, tu yg asyik terbayang2 cameron ni, bile nak p sana nak hantar by hand...hi3..

Lya 29 July 2011 at 18:30  

ukhti, mintak izin share...sangat terkesan sbb ana lg dlm ujian juga saat ini

Lya 29 July 2011 at 18:30  

Ukhti, mintak izin share.Subhanallah...sangat terkesan...sbb ana lg ujian. Allah

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO