"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

26 February 2010

10 Tahun : Bertatih Harapan

Bismillahirrahmanirrahim.

Izinkan pena untuk ditarikan, maaf andai ada hati yang tidak mahu menerima kalam-kalam ini. Sekadar berkongsi pada mereka yang mahu, hati ini berdendang walau hanya satu hati yang bangkit itu sudah lebih dari cukup kerana kekuatan itu tidak hadir hanya bertatahkan kalam sepi dari manusia yang jauh dari hati. Kerana, hati ini kepunyaan Tuhan dan Allah juga yang akan mentadbirnya, bisa membolak-balikkan hati manusia.

Walhamdulillah! Selepas menghadami buku Syifaa'ul Qulub, pantai hati ana nampaknya sudah kembali tenang. Sedikit promosi, walaupun buku ini ana dapat hadiah dari seseorang tetapi tidak salah kalau ana berkongsi kepada umum. Buku ini sangat ringkas, ayatnya sangat mudah difahami. Kalian boleh layari blog Ust Afif Yahya (penulis buku) untuk mendapatkan maklumat bagi mendapatkan buku Syifaa'ul Qulub. Hanya RM7 sahaja, isinya insya Allah sangat bermanfaat.


Memori paling utuh semasa berpisah dengan ummi dan abi yang mengerjakan haji pada tahun 2003. Ana sakit teruk, sakit menanggung rindu selalu menangis tersedu-sedu hinggakan semua orang bimbang kenapa ana sangat murung, selalu menyendiri dalam bilik ummi dan abi. Sekadar duduk termenung, ambil bau :) Tengok pakaian ummi dan abi, air mata menitis. Sakit semakin teruk hingga ayah angkat bawa ana ke hospital pakar, tekanan perasaan kerana rindukan ummi dan abi membuatkan kekerapan pengsan berganda.

Buntu. Akhirnya nenda yang menemani kami adik-beradik sepanjang ketiadaan ummi dan abi menalifon adik-beradik abi yang lain, semua jadi sedih apabila abang sulung menyelimutkan ana dengan kain pelikat abi. Sadis betul, memang ana anak abi. Lebih kelakar, kain pelikat itu tidak dibasuh sehingga la abi selamat kembali ke Malaysia. ^_^ Menanti ummi dan abi di KLIA, nampak je kelibat ummi dan abi... Terasa bumi berputar 360 darjah mengundur dari orbit, sedar-sedar sudah sampai di rumah. Pengsan lagi di KLIA!

Ana kira tahun 2003 adalah tahun paling kritikal buat ana. Pada waktu ini, tantrum sangat menggila. Disebabkan keadaan sakit kepala yang teruk, ana terpaksa merangkak kerana tidak mampu berdiri dengan stabil. Lebih banyak berbaring dan tidur dari berjaga melihat sekeliling. Apabila diserang sakit kepala, sedikit bunyi-bunyian bisa menggelegakkan emosi ana.

"Abi tahu Syirah sakit... tapi tak bermakna bila sakit, boleh marah semua orang."

Abi mengusap kepala ana, meredakan tangisan. Setiap kali diserang sakit kepala, semua orang hanya bercakap dengan nada yang perlahan. Bimbang ana menunjukkan tantrum yang menggila. Ada waktu-waktunya, semangat yang tipis dan hati yang terhiris dengan iman yang nipis ana menghentak kepala di dinding. Apabila sudah nampak bebintang, maka ana tidur. Tidur adalah terapi paling mujarab buat ana dari mengamuk dengan semua orang.

Ana jadi murung, menyendiri, berdiam dan seakan melarikan diri dari semua. Saban malam abi bertemankan al-Quran mengalun kalamullah bagi menenangkan ana, selepas satu per satu ujian yang datang. Semput juga menggila sehingga ada waktu di tengah malam abi memandu kereta untuk bawa ana ke hospital pakar. Kemudian, berselirat wayar seluruh badan. Rimas. Hinggakan satu alat mesin ni hanya bebas dari ana sewaktu mandi, selain dari itu kalau boleh 24 jam mahu diletakkan pada badan ana. Allah saja yang tahu betapa terseksanya perlu 'membawa teman' tak bersuara dalam setiap langkah.

Allah saja yang tahu betapa remuk hati ummi dan abi ketika ini. Anak yang masih agresif dengan tantrum, bila ditanya kenapa marah jawapan mudah "sakit". Sakit bukan alasannya, barangkali masih terlalu mentah menilai, emosi selalu terganggu dengan kata-kata manusia. Sudahlah sakit menggigit tubuh, lidah tidak bertulang enak melontarkan bahasa.

"Sakit jer! Menyusahkan...!"

Allahu Rabbi. Siapa ana untuk memilih jalan hidup bagaimana. Siapa ana untuk meminta-minta dari Pencipta, sedangkan setiap aturan Nya sarat dengan hikmah yang menanti masa untuk kita merasa kehadiran rahmat dan betapa Dia kasihkan kita. Hanya menanti hati menjadi lunak dan lembut untuk merasai betapa sayangnya Allah kepada hamba Nya. Menanti dengan penuh harap, moga di hujung jalan gelita ini ada sinar yang bakal menyinari.

Ana tidak pernah meminta untuk lahir menjadi seorang yang menyusahkan ibubapa dan keluarga juga insan disekeliling ana. Tidak juga ana meminta diberikan ujian-ujian yang maha berat hanya untuk menyusahkan orang, ana hanya merintih kekuatan dan kesabaran dari Dia. Lama-kelamaan semangat itu hadir apabila menyerah sepenuhnya pada Allah.

Allah mengajar ana untuk menahan emosi, ana semakin berkurang menunjukkan tantrum. Ana menjadi periang dalam menghadapi hari-hari yang terindah, walaupun hari-hari terakhir itu terasa payah dan sarat dengan mehnah namun ana selalu mengharapkan ianya menjadi hari yang indah sebelum mata rapat terpejam. Di sebalik mehnah yang Allah hadirkan, ia mentarbiyyah ana erti kasih sayang dan semangat berukhuwah. Allah beri ujian, tetapi Dia tak biarkan ana bersendirian di lautan Nya, Dia titipkan ummi dan abi sebagai wasilah penguat diri.

Allah hadiahkan sahabat-sahabat yang sangat setia. Aisyah dan Hafizah juga Shuhaila. Mereka 3 sahabat yang terlalu banyak berkorban untuk ana, mereka juga yang selalu menitipkan kalam nasihat dan semangat tika ana rebah ke bumi. Allah tidak pernah membiarkan ana bersendiri. Setelah melalui hari-hari kritikal yang sarat beremosi, ana semakin positif malah ana melompat ke aras yang lebih jauh. Bergaul dengan mereka yang lebih dewasa memberi kredit terbaik untuk ana lebih matang dalam berfikir.

"Mujurlah saya tahu awak ni budak sekolah, kalau tidak saya pun anggap awak dah tua..." Dr Tengku Asmadi melemparkan kata-kata yang buatkan ana tersenyum.

Bila sakit, ana tidak mahu merunsingkan kepala memikirkan perkara yang remeh maka bergaul dengan rakan sebaya asyik bicara soal cinta monyet yang entahkan berpijak di bumi nyata atau terawang di langit sana... Ana memilih mereka yang jauh lebih berusia untuk dijadikan teman bicara, bicaranya juga lebih positif dan sarat dengan nasihat kerana mereka lalui usia itu dengan pengalaman maka pengalaman adalah guru terbaik untuk menjadi pengajaran dalam merentasi kehidupan.

Dari pergaulan, ana semakin tinggi menggumpal semangat dan harapan.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya.

(Al-Baqarah (2) : Ayat 45-46)

Prolog perjalanan yang dipenuhi dengan rasa sedih, hiba, tiada semangat dan suka menyendiri akhirnya membuatkan ana menjadi insan yang suka mengusik manusia lain, ketawa dan bersemangat waja untuk tidak mengaku kalah bila bergaduh, hehe. Setelah ramai orang yang ana kenal dan 'gaduh' akhirnya ada seorang insan yang berjaya membuatkan hati ana selalu mengalah, jiwa ana tunduk dengan kata-katanya. Alhamdulillah. Walaupun perjalanan mungkin panjang dan melelahkan, akhirnya ana berjaya mengutip serpihan-serpihan hati yang dahulu tercicir dalam perjalanan.

Harapan dan berharap kepada Rabbul Izzati, menyerahkan urusan kepada Dia yang Maha Berkuasa, memberi sepenuh hati untuk ditadbir oleh Pemilik hati, berlapang dada dengan ujian, menginsafi diri dan selalu husnudzon bahawa setiap dari apa yang menjadi milik kita bukanlah milik kita, ia hanya pinjaman dari Allah taala. Maka, untuk apa kita menangis dan meratap apabila kehilangan kerana ia memang pinjaman, hakikat meminjam harus kembalikan kepada Pemilik barang tersebut.

Ana suka pada kisah Ummu Sulaim, isteri solehah yang melayani suami dengan sebaik-baik layanan setelah pulang ke rumah. Walaupun baru kehilangan anak, tetapi hatinya tetap teguh. Tidak pula dia menerima kepulangan suami dengan masam mencuka dan wajah sugul kerana kematian anak sebaliknya suami dilayan bagai raja.

Abu Talhah yang bertanyakan keadaan anaknya yang ditinggalkan, Ummu Sulaim tetap memberi helah dan akhirnya dialog berlaku antara mereka.

"Apakah pendapat kamu wahai suamiku, kamu meminjam sesuatu kemudian tuannya meminta kembali barang tersebut."

"Sudah pastilah aku akan mengembalikannya kerana ia adalah hak tuannya."

"Anak yang dipinjamkan kepada kita sudah diambil oleh Tuannya."

Abu Talhah yang agak berang terus bertemu Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. mendoakan moga hubungan yang terjadi antara Abu Talhah dan Ummu Sulaim akan melahirkan zuriat yang soleh... Dan berkat doa dari Rasulullah, mereka dikurniakan 10 anak lelaki yang huffaz al-Quran malah menjadi orang penting dalam sejarah islam.

Betapa Ummu Sulaim sangat 'gagah' walau beliau hanyalah seorang wanita yang tidak lari dari emosi. Dari kisah-kisah terdahulu, ada 'ibrah yang banyak hanya tinggal kita saja untuk zikir fikir. Subhanallah! Lalu, ana selalu katakan...

"Semua hanya pinjaman hatta nyawa kita sendiri sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah. Suatu waktu nanti kita mesti kembalikan semula pada Allah, hanya detik waktunya kita tak tahu."

Jadi, untuk apa ana merasa sedih kalau Allah menarik nikmat-nikmat yang manusia kecapi kerana ia hanyalah pinjaman? Dan Dia pinjamkan, pasti sebagai amanah. Amanah itu berat untuk digalas.

Umar Al-Aziz pernah menukilkan kalam indah:

"Setiap apa yang ditarik akan digantikan dengan yang lebih baik. Nikmat yang ditarik digantikan dengan sabar."

Ana selalu jatuh, ana pernah tersungkur, ana rebah tersadung di medan perjuangan tetapi sesekali tidak akan berputus asa kerana ia hanyalah sifat orang kafir. Maka, bertatih harapan, membelai semangat dan mengatur langkah adalah lebih baik untuk memintal kesabaran atas ujian yang Dia hadirkan daripada terus tersadai di lantai kemurungan!

Innallahha ma'ana!

Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.

HuwaLLAH!

Nota : ada yang membaca lalu membuat penafsiran tersendiri. Terserah. Ada yang menyangkal kalam yang terlayar dalam blog, terpulang. Insan yang hidup bersama ana selalu memerhati, tidak lain abi sendiri selalu meninjau blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. bahkan adik-adik, pakcik dan sepupu juga melirik pada blog. Kalau ada kesalahan, mereka yang akan terlebih dahulu menegur. Ana menghargai teguran yang diberikan tetapi biarlah yang menegur berhajat untuk menasihati bukan untuk menjatuhkan maruah. STOP FITNAH :)

10 leaves:

Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib 26 February 2010 at 01:13  

sangat menghiris sukma-terkenang sirah junjungan baginda nabi yang pada 'tahun kesedihan'

allahuyusahhilaki

.:: Dr Imran ::. 26 February 2010 at 20:41  

= ) Kisah & contoh yg baik dr Ummu Sulaim...tp tau x anak dia yg meninggal 2 dsebabkan ape???

Syifaa' Hanani 26 February 2010 at 21:42  

salam adikku :)
camne hari ni.. dah makan? tak online? akak dah mula rindu adik tau..
emm akak ade sket perkongsian dengan adik, hny itu akak mempu buat masa ini unt mencari ruang unt disembahkan kpdNya. walaupun tak mampu merasainya, namun akak harap mampu bersama2 adik..

sila singgah : www.husnuikhtiyar.blogspot.com

huda.othman 26 February 2010 at 21:57  

salam hah..

rasanya masih ingat peristiwa 2003 ni..mmg sadis..but you have proven, nothing can beat ur spirit, right?

tantrums? normal thing...k.nurul pun slalu buat perangai camtue..kalau takde tantrums & sesekali menyusahkan org lain, HEBAT sangat kita ni? close to immortality la pulak..hehe..

take care, sis..see u soon! =)

kodi 28 February 2010 at 02:07  

sungguh besar ujian yg ukhti hadapi,
membuatkan ana menitis air mata..

الوردة الشوكية 28 February 2010 at 22:20  

Mohd Naimul Firdaus :

Setiap orang dari kita mungkin ada hari-hari atau minggu, bulan mahupun tahun yang 'mendung'. Ana hanya cuba berkongsi buat seseorang tetapi dikongsi secara umum supaya bukan hanya seseorang itu saja yang merasai manisnya berjuang, sebaliknya ana hanya insan yang lemah tetapi mahu menjadi orang yang kuat :) semoga mendapat manfaat dari tulisan yang serba kekurangan.

الوردة الشوكية 28 February 2010 at 22:21  

Dr Imran :

Wallahua'lam. Tetapi dari sirah-sirah yang ana pelajari, anak Ummu Sulaim sakit sebelum Abu Talhah keluar dari rumah sehinggalah sekembalinya Abu Talhah, anaknya sudah meninggal semasa pemergian Abu Talhah. Pokoknya, ibrah yang ana dapat dr kata-kata Ummu Sulaim bahawa setiap dari kita semua, apa saja yang ada pada kita hanyalah PINJAMAN dr ALLAH semata-mata, hakikat yang pahit namun sangat penting untuk sentiasa beringat! :)

الوردة الشوكية 28 February 2010 at 22:22  

Salam'alaikum kak Syifaa' Hanani :)

Alhamdulillah baru je baca blog akak, subhanallah... Menangis lagi membaca kalam-kalam yang terlayar, tapi rasa 'kuat', insya Allah sangat bermakna sangat tulisan tersebut. Syukran jazilan (",)

p/s: Baru balik dr musafir, terus ON lappie :)

الوردة الشوكية 28 February 2010 at 22:25  

Sis Nurul :)

Last weekend, Angah de sukan... Semua keluar pergi beli barang (dan cari barang untuk survenir) dan Makteh pergi kenduri, at last me duduk sorang di umah Makteh... wahhh! Tidur jer, sakit kepala tahap gaban lepas balik dr program di Melaka. hehehe, sib baik kita tak jadi dating dua, kalau tidak mahu juga nangis berguling ajak pergi "tempat secret kita"... hahaha :D

Mom berjaya melepaskan "hajat" beliau, hushhh... serius jeles bangat lorh! Sebab that day pergi Melaka... hehehe. Jadi mom pergi ngan mak teh, after that terus ke umah mak uda, sobs sobs. Enjoy betul dorang T_T

الوردة الشوكية 28 February 2010 at 22:26  

Kodi :

Dont let your tears flow just for this ordinary story :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO