"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 March 2010

Malacca : Here We Are!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan Nya, atas rahmat dan nusrah Nya yang memberi peluang kepada kami mengecapi nikmat berukhuwah. Insya Allah, semoga tautan ukhuwah ini akan dibawa sehingga ke alam akhirat sana. Ameen! Ana mahu bercerita secara ringkas, seringkas yang boleh. Insya Allah.

Ana bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dan selamat tiba di Sungai Buloh sekitar jam 8.30 pagi. Sarapan dan berehat seketika di rumah ibu saudara, seterusnya mengambil ukhti Syifa' dan meneruskan perjalanan ke Melaka pada jam 11 pagi, tiba di Melaka jam 1 tengah hari. Keadaan kesihatan yang tidak berapa stabil buat abi tidak percaya pada ana untuk berdikari. Selepas solat Jumaat, abi usulkan supaya ana makan terlebih dahulu memandangkan ana sudah menunjukkan simptom sakit kepala.

Akhirnya tiba di tempat yang dijanjikan walaupun telah sesat tak tahu berapa kali. Isk, serabut sungguh jalan di sekitar Melaka! Memang sangat merumitkan, signboard saja sudah mengelirukan belum lagi dengan jalan yang 'block' menambah kerumitan pelancong seperti ana. Mujurlah teknologi hujung jari membantu kami mencari lokasi (itupun sesat lagi!) Pendek kata, Melaka sudah banyak berubah, tahun 2005 adalah kali terakhir ke Melaka. Terlalu pesat dengan shopping complex, pelik ana! Ada ke orang nak ke bangunan-bangunan tersebut, aduhai... rupanya penuh dengan ummat Muhammad.

Tiba di lokasi, disambut mesra oleh ukhti Amiera. Hihihi, ukhti yang sudah penat menanti kehadiran kami (yang beberapa kali sesat), mujur la mereka yang telah tiba tidak terus balik sebab merajuk mahupun ana fed-up lalu terus mematikan hasrat nak berhalaqah. Nusrah Ilahi juga kami harapkan bagi memudahkan segalanya. Selepas ta'aruf, berbual dan secara totalnya ia dilakukan secara santai kerana pada saat terakhir Dr Tengku Asmadi tidak dapat menyertai kami. La ba'sa, pasti ada hikmah. Sentiasa positif! :)

Akhi Muhandis a.k.a Akhi Adnan, wataknya dalam forum sangat strict *garang* tetapi bila bertamu, Allah... Lebih pemalu dari kami. Barangkali kerana muslimat ramai, hanya dia satu-satunya ikhwah. Selesai ta'aruf terus ditinggalkan semua muslimat untuk meneruskan sesi ta'aruf dengan zaujahnya. Alhamdulillah, kami selesa ditinggalkan begitu malah ia memberikan kami ruang untuk lebih mesra. Seperti biasa, semuanya malu-malu kucing, ana saja malu-malu beruang. Tetapi, semuanya bisa di atur.

Setelah beberapa slot kami reka sendiri (kerana ianya telah menjadi santai setelah Dr tidak dapat menyertai), ada seorang tetamu yang ana jemput. Asalnya berhajat mahukan sedikit tazkirah secara surprise kepada tetamu dan semua sahabat, sesekali membuli apa salahnya tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Tetamu tidak dapat hadir awal, atas kesungguhannya akhirnya selamat juga sampai di lokasi halaqah kami.

Ana yang menjemput, seharusnya ana yang menyambut tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan ana melepaskan tetamu dan sahabat-sahabatnya kepada Akhi Adnan tanpa sempat memperkenalkan itu siapa, ini siapa, Allah..! Kaki laju melangkah ke sisi lain, ada agenda tersembunyi di antara akhawat.

Ukhti Amiera sangat ingin tahu siapa tetamu yang ana maksudkan. Ukhti Syifa' memulakan kepakaran kaunseling kepada Amni, si cilik yang menjadi Tourist Guide kami untuk terus bersabar sebelum meneruskan agenda kami. Kemudian, Ukhti Halimah bertanya.

Ismi Amni, binti Adnan.

"Tetamu ni dari mana Insyirah?"

"....."

"Jauhnya...!"

Ana tersenyum saja, biasalah jauh dan dekat tu tak terasa jaraknya yang beratus hatta beribu batu sekalipun kerana nikmat berukhuwah itu sangat hebat! Masya Allah.

Setelah tetamu dan sahabatnya tiba, kami terus ke agenda seterusnya. Meninggalkan sebahagian yang tidak mahu menyertai agenda gelap kami. Ana sudah perasan raut wajah ukhti Amiera sangat ketara bila melihat kelibat tetamu (maaf kak, nama pun surprise!) dan ukhti Syifa' sudah hilang bersama Amni.


Pandangan sisi Masjid Selat

Petangnya, selepas minum petang terus ke Masjid Selat. Alhamdulillah, masjid yang sangat cantik dengan pemandangan yang indah di laut. Subhanallah, betapa hebatnya Allah memberikan ilham kepada manusia untuk mencipta binaan seperti itu.

Selepas selesai solat, terus ke Radix Fried Chicken. (Sila rahsiakan kejadian-kejadian yang tidak diingini ya sahabat-sahabat semua) Ramai juga orang di RFC, hehe. Atas nusrah Ilahi juga, Dia menyediakan tempat yang jauh dari public dan memudahkan ana untuk privasi semasa makan. Atas keprihatinan akhi Adnan juga, ana ucapkan sebanyak-banyak terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah, bersurai jam 10 malam dan tiba di Sungai Buloh jam 12.30 pagi.

Jazakallah khair katsir pada ayahanda tersayang atas keprihatinan untuk anakanda. Moga kelelahan ayahanda dibayar ganjarannya oleh Allah taala.

Buat teman-teman halaqah, insya Allah ana akan masukkan gambar dalam Facebook.


Muslimahku, rapuh jemarimu jangan patah memerah. Lihatlah generasi hawa... Senyumannya melilit tangkai jiwa. Akalnya satu, nafsunya berjuta. Mudah ke syurga tetapi ramai yang ke neraka! Ingatlah puteri hawa, umur dakwah seusia dunia! Jihad itu pahit, yang manis itu syurga. Kau bukan kuntum plastik, tapi murabbi ummah sejagat!

* Tiba-tiba, rindu pada 'barang' milik Tuhan. Al-Fatihah *

Catatan perjalanan pada 26 Februari 2010 - Jumaat

(p/s: terima kasih pada tetamu dan sahabat-sahabatnya)

4 leaves:

ummu 1 March 2010 at 09:57  

Salamun'alaiki,

1. Senyum
2. Senyum
3. Senyum

Siapa agaknya tetamu Syira tu? Jadi tak tazkirah tu dik? Bestnya kalau dapat bersama tapi urusan akak banyak yang belum selesai :(( Baju budak-budak pun belum siap lagi sepenuhnya, Rabbi yassir wala tuassir.

p.s : doakan kami sekeluarga

Awrapurnama 1 March 2010 at 20:34  

salam ukhti.. ada usrah ke sampai jauh2 ke melaka? =)
sy org melaka pn blm smpai ke masjid selat.. hu2.. ap2pun, slmt pergi balik ya! alhamdulillah..

Insyirah 1 March 2010 at 22:13  

Wa'alaikumussalam whb Ummu :)

Senyum (",) rahsia la tetamu tuh kak, dah akak tak leh join mana leh story dengan akak. Ngeh ngeh ngeh. Nanti akak pun terkejut macam ukhti Amiera :p

Tazkirah tak jd kak cayang, kesempitan waktu lagipun dah lewat kan. Kami buat santai2 je.

kalau susah sangat akak tinggal la budak2 dengan Syira, hahahaha... i will take a gud care 4 them :D

Moga Allah permudahkan segalanya, ameen!

Insyirah 1 March 2010 at 22:16  

Awrapurnama:

Salam. Nak kata usrah tu, mungkin lah boleh dikatakan seperti usrah. Saja jumpa, berukhuwah sempena cuti umum maulid. Alhamdulillah memang DAH selamat pergi dan selamat balik pun.

Masjid Selat alhamdulillah cantik cuma ana tak berapa nak puas hati tempat wuduk wanita, dindingnya dek kerana nak kelihatan cantik, ia 'berlubang-lubang' sampaikan kami kena merangkak supaya orang luar tak nampak. Maklum saja la nama pun tempat wuduk mesti la nampak aurat [eg buka tudung]. Allah... ni la masalahnya bila agungkan senibina sampai lupa nak jaga hal2 sebegini. apapun, tak la teruk sangat nak merangkak sebab teropong takda ikhwah, jadi... merangkak sekejap je la. Allah!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO