DeDiKaSi bUaT BoNDa III
Bismillahirrahmanirrahim.
"Akak, nanti kirim salam Bonda eh. Rindu la dengan Bonda, dah lama tak jumpa Bonda."
"Insya Allah."
"Akak tak cemburu ke adik sayang Bonda?"
"Tak la sayang, adik kan adik akak. Bonda akak, Bonda adik juga."
"Hehe, Bonda akak Bonda adik tapi Ummi adik, Ummi adik je tau bukan Ummi akak."
Kadang-kadang apabila diusik oleh mereka yang suka mengusik nak berebut abi/ummi dari ana, terasa juga hati. Lama kelamaan, boleh accept. Erti hidup pada memberi, bagi pinjam jer bukan bagi terus ^_~
Pada suatu hari, apabila batuk berterusan dengan kuat menyebabkan rusuk sangat sakit. Batuk menyebabkan rusuk menjadi semakin bengkak, batuk juga membuatkan ana tercungap-cungap bernafas. Dalam menahan batuk yang berterusan, nafas tersekat dan kepala terasa berpinar gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup. Menahan setiap rasa yang singgah, tiba-tiba sesuatu membuak-buak dan kudrat yang tersisa berlari secepat yang mungkin. Muntah lagi :)
Duduk dan mencari posisi yang paling selesa untuk menahan sakit pada rusuk dan memudahkan pernafasan. Air mata sudah mencurah-curah, rusuk yang membengkak sakitnya menjalar hingga tangan langsung tidak boleh digerakkan dan terasa kebas sehingga hujung jari. Subhanallah!
"Sini la ummi sapu minyak, ummi tak boleh duduk. Kaki ummi sakit."
Ummi masih memujuk, air mata mencurah-curah. Kalau di tempat lain sedang kemarau, ana pula berhujan lebat dengan air mata.
Pada waktu yang sama, ummi juga demam dan beberapa hari sebelum itu ummi terjatuh. Natijahnya lutut ummi lebam, kelihatannya sangat sakit tetapi ummi... semangat srikandinya hebat!
Beberapa kali ummi memanggil tapi ana tak mampu menggerakkan badan kerana nafas yang tak lepas-lepas. Adik hanya memandang wajah ana yang sudah basah dengan air mata. Jangan ditanya bagaimana rasanya, susah untuk diungkap dengan kata-kata :)
Sejak dari program di Melaka lagi kesihatan terganggu. Sahabat mengingatkan.
"Dia bagi nikmat berukhwah time tu, tapi Dia tarik nikmat kesihatan sikit. Anggap ja Dia sangat sayang kat enti, sebab Dia tak nak bila terlalu gembira dengan sahabat hingga cintakan sahabat lebih dari cinta padaNya... hikmah dari Nya ada di mana-mana kan."
Sodiki hakiki lalu meluahkan kebimbangan. "Demam kenapa ni... Something mengganggu ke?"
Lalu, jawab ku tenang. "Sebab Allah sayang lebih!"
Teringat pada nasihat sahabat.
"Allah sayang kita semua kan, kita ja yang sering lupa untuk sayang padaNya, kita kata kita sayang Allah, tapi selalu ja lupakanNya, kita suka sangat bila dapat sahabat yang baik, kita suka sangat dapat ibubapa yang baik, kita suka sangat dapat anugerah dan ganjaran, kita suka sangat bila diingatkan bahawa ujian semua tu adalah kerana Allah masih ingat kat kita, tapi sering saja kita meragui akan kasih sayang Allah pada kita, kita sering memikirkan apa yang diperoleh insan lain, kita juga sering membayangkan betapa indah anugerah Allah yang tidak kita dapat, tetapi kita lupa untuk melihat hikmah atas nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan pada kita... Manusia sering melihat yang jauh, yang dekat selalu tidak kelihatan... Allah sayang kita!"
Subhanallah.
Kala terisak dengan tangis dan sendu, kata-kata ini berlegar dalam kepala.
"Syirah, sini dekat ummi."
Selepas hampir 20 minit kemudian baru ana cuba untuk menghampiri kerusi ummi. Air mata masih mengalir laju. Dalam terisak-isak, ummi menyapu tangan ana yang sudah tidak terasa apa-apa.
"Ya Allah, sakit mi..."
"Iya, ummi tak picit pun. Ummi sapu minyak je ni."
Lembut jari ummi menyapu minyak pada tangan yang sudah kebas tak terasa apa-apa, langsung tidak boleh digerakkan kerana sakitnya menyucuk ke bahagian rusuk.
Tangan dikeraskan, bimbang pergerakan demi pergerakan akan menyebabkan kesakitan yang lebih parah.
Beberapa minit kemudian, ummi bersuara lagi.
"Dah, jangan menangis. Tidur..."
Selalunya begitulah, apabila tidak boleh berhenti menangis maka ummi akan memujuk untuk ana memejam mata. Mudah-mudahan mimpi yang indah ^_~
Seorang wanita yang terlalu sarat dengan kasih sayang, limpahan rahmat Nya memenuhi atmosfera perasaan seorang wanita bergelar ibu. Rongga-rongga belaian Nya memasuki denyut nafas dan mengalir ke dalam darah seorang srikandi berjiwa lembut, ummi... Dikaulah ratu hatiku.
Sayang... Sayang... Ummi...
Ummi ku sayang...
(Lagu siulan zaman kanak-kanakku)
Terima kasih ya Allah.
7 leaves:
salam 'alaik..
kasih ibu tak trnilai,teringt kt bonda d rmh.huhuhu..:(
nk sngt jumpa ngn ummi ukhti,mn la tau kot2 blh jd anak angkt,hehehe;))
jga kchtn elok2,mga2 ukhti dberi kchtn yg brkekalan,hepi sokmo n dberi kbhgian dunia akhirat.
syafakilah ya ukhti.ameen..
dr shbtmu dunia akhirat:)
Assalamualaikum,
Itulah kasih ibu, emak, umi, bonda.. tiada dan tiada yang mampu untuk dituturkan.
Mesti ibumu sangat memendam rasa, tapi sengaja menyimpan tanpa diluah.
Assalamualaikum ya ukhti ^_^
izinkan saya panggil Ukht Insyirah dgn panggilan 'kak'..supaya terasa lebih dekat :)
rabiatul ada ziarah blog kak kalau ada kesempatan...post2 kak Insyirah byk memberi peringatan....syukran jazilan,kak....moga usahamu menjadi saham di akhirat kelak...Insya-Allah..
Kak sakit ke...kak sakit apa..
bila memikirkan ada hikmah di sebalik musibah menimpa....terasa ringan kerana kita tahu Allah xakan meninggalkan hamba2-Nya keseorgan... ujian tanda kasih Allah...nak bagi kita lebih kuat..kan,kak
rabiatul sgt syg ibu rabiatul...mcm kak syg ummi kak ^_^
sesungguhnya kasih ibu tidak ternilai....
Salam perkenalan drpd adik di Trgn...^_^ ( betul dh rasanya adik muda sikit drpd kak Insyirah...tgk profile kak aritu...umur kak brp ye)
rabiatul teringin nk jalinkan ukhwah dgn kak Insyirah...mcm mana ye caranya selain blog ni....ym boleh x kak..
(ni komen pertama...dh pjg.. adik mudah mesra dgn kakak2 walaupun x kenal...kan kita semua bersaudara ^_^ )
salam..
erm..
mmg umi yg sapu minyak tu ke?
bukan Mahfuzah ea??
hu3..
sdihnye..
sobs3
kasih ibu tak ternilai kan?
sebab tu dalam hadis Rasulullah saw pun menyebut ibu sebanyak 3x , kemudian baru ayah. bukan mendiskriminasikan kaum ayah, tetapi pengorbanan ibu ini terlalu besar.
teringat juga tika ana sakit, ibu jugalah yang menjaga siang malam. biarpun dipaksa menelan ubat yg tidak disukai, tp dia sgt memahami.
syafakillah ukthi :)
ye, kasih ibu memang tak ternilai...ketika sy sakit, sy lelah, ibu yg bersama..sy terkadang menangis..luahan hati adik ni same as me rasa.semoga adik kuatkan hati ye menempuhi smeua ni...jd srikandi yg kuat k
salam 'alaik...
kasih ibu, memang tidak ternilai harganya, seringkali menjadi penguat kita pada waktu sempit, dan juga tempat berkongsi waktu lapang...:)
kasih Ayah pula, kadang2 susah kelihatan, namun jauh disudut hati, jangan cuba mahu menilai, kerna ianya juga sememangnya tak ternilai...:)
kasih Rasulullah SAW, walau jauh beribu batu, bahkan beribu tahun selangnya, Baginda masih mencintai ummatnya yg pastinya tidak dikenali rupa paras jua peribadi...bolehkah kita begitu?...mengasihi seseorang yg tiada kena mengena?
setelah semua2 itu, kita dikurniakan kasih kesemua insan2 di atas, adakah kita lupa yg memberi semuanya itu adalah ALLAH SWT, bagaimana sayang kita padanya pula?...adakah sekadar pemanis bicara buat menyedap kata dan hati sendiri, atau benar2 cinta padaNya?...
InsyaAllah...sama2 bersyukur!...dan teruskan ketabahan itu, kerna ia juga tanda sayang padaNya...:)
Post a Comment