"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 March 2010

14 Hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 14 hari kesihatan tidak stabil. Tiada 'usaha' untuk menulis, alhamdulillah Allah bagi peluang untuk memperbanyakkan bacaan. Insya Allah.

Masih batuk yang teruk, demam yang tidak benar-benar sembuh. Muntah yang masih tidak berhenti, takut untuk makan. :)

"Adik rindu akak yang dulu."

"Apa beza akak dulu dengan akak sekarang dik?"

"Akak dulu lebih sengal dan nakal."

Tersenyum lebar. Setelah lama ana 'meninggalkan' seorang adik, baru semalam berkesempatan untuk berhubung. Semalam juga, kakak kesayangan meluahkan perasaan. Sudah banyak kali hantar sms tetapi failed, rindunya sampai ana muncul dalam mimpi beliau. Mimpi tersebut juga buat ana tersenyum.

"Akak betul-betul risau tau dik, nanti bagi no hp abi."

Allah bagi peluang untuk uzlah, masih buka YM tetapi selalu juga online YM tetapi tuannya enak sedang tidur. Hanya mahu dilihat 'masih wujud' oleh teman-teman.

"Syirah dah putus tunang ke?"

Masih termangu-mangu lagi, disebabkan suhu badan yang agak tinggi menyebabkan telinga tidak sensitif. Buat tak tahu jer dengan soalan, rasa macam mimpi walaupun kaki masih menapak. Haha.

"Ni, cincin jangan letak rata-rata. Dah 3x abi jumpa cincin dalam tandas, lain kali buka cincin letak di luar. Nanti masuk dalam sinki baru tahu. Sebelum ambil wuduk, letak cincin di sini." Abi menunjukkan rak di tepi tandas. Kepala masih pusing, tiba-tiba rasa nak ketawa.

"It works!"

Maksud ana, orang menghormati ana dan 'tunang' ana. Lalalalalala...

Ana tunggu 'hadiah' dari Allah, mudah-mudahan hujung bulan ni dapat hadiah tersebut.

"Adik, doakan akak ye. Akak tak nak kelihatan sakit."

"Ya, I understand that sis. Setiap kali teringat akak, mesti adik nangis."

Ya, ana tidak mahu kelihatan sakit :) Mahu ceria-ceria saja, hope my weight tidak turun mendadak lagi. Belek gambar lama.

"Ei, tak comelnya."

"Gambar bila tu?"

"I think around 2003, maybe."

"Macam mayat berjalan je."

"Ceh, kurang asam betul. Tapi betul la, cengkung sangat sampai melengkung. Mata pun nampak macam orang sakit."

"Bukan ke that time memang sakit?"

"Hahahaha..."

Apa kena dengan ana ni, asyik gelak je.


Rabbi yassir wala tu'assir.

10 leaves:

ummu 11 March 2010 at 09:40  

Salam'alaikum, syira... syira... kalau ada apa-apa bagitahu la dik. Jangan buat senyap je macam ni.

syafakillah.
jangan stress sangat ye dik. zikir banyak2. insya Allah nanti sihat la, allahumma ameen.

faiez_daud,  11 March 2010 at 09:58  

Assalamu'alaikum..

ya Allah ya tuhanku!!aku bermohon kpd MU..
permudahkanlah sgala urusan ukhti ku ini beserta kerehatan bg hatinya,dan badannya.dan selamat serta a'fiat di dlm urusan agama dan dunianya..peliharalah dia dgn rahmat dan kasih sayang MU..

"Maka ALLAH adalah sebaik2 Penjaga. DIAlah yang maha PEnyayang"

"Sesungguhnya pelindungku adalah ALLAH yang telah menurunkn kitab Al Quran, dan DIAlah yang mengawal/menjaga orang2 soleh"

"dengan nama ALLAH yang tidak dpt mmberi mudharat beserta namaNYA sesuatu apa pun dbumi mahupn di langit dan DIAlah MAha MEndengar lagi Maha Mengetahui"

tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Agung!

ya ALLAH,sembuhkanlah insyirah..kurniakanlah bgnya kesihatan iman dan fizikal..ameen ameen ameen ya ALLAH..

SYAFAKILLAH ya ukhti..:)

faiez_daud,  11 March 2010 at 10:01  

Dengan nama ALLAH..segalanya kehendak ALLAH,tidak datang kebaikan kecuali ALLAH.

Dengan nama ALLAH..segalanya kehendak ALLAH.tidak terhindar kejahatan kecuali ALLAH..

dengan nama ALLAH..segalanya kehendak ALLAH, segala yg nikmat itu adalah dari ALLAH..

Dengan nama ALLAH..segalanya kehendak ALLAH,tiada daya upaya dan upaya kecuali dengan ALLAH..

Ya ALLAH dengannya...Ya ALLAH dengannya...Ya ALLAH ( kami mati ) dengan husnul khatimah!!

Balqis,  11 March 2010 at 15:47  

Dik, kamu memang tidak pandai nak demam sekejap, kalau dah demam pasti berminggu. Syafakillah. Dah tahu Syira tak sihat tapi tak nak tanya sebab tak nak bila dah tahu keadaan nanti akak makin sedih :(

Akak tahu kamu kuat. Muntah banyak mana sekalipun, tetap kena makan. Minum air glukos ye sayang, jangan sampai lembik terus badan tu nanti langsung tak boleh nak buat apa-apa. What ever happen, kena makan walau sebanyak mana pun muntah ye.

Lepas muntah, makan semula. Kalau muntah juga, makan lagi. Sikit pun tak apa janji makan tau!

Ya, sangat perasan sejak "peristiwa itu" kamu sangat kerap sakit dik. Jangan la sedih-sedih, biar la apa yang mereka nak cakap yang penting Allah tahu apa yang berlaku. AKak doakan adik SIHAT, CERIA dan selepas ni BAHAGIA. Ameen. ^_^

Tak boleh bayang kalau rusuk bengkak, batuk teruk pula plus muntah2. Ya Allah!

Akak doakan, sakit macammana pun adik tetap nampak ceria dan bahagia. Ya, kami doakan. InsyaAllah, doa yang terbaik untuk Syira.

Insyirah 11 March 2010 at 20:20  

Wa'alaikumussalam kak Ummu :)

Maaf kak, bukan tak nak bagitahu tapi tak nak menyusahkan akak sekeluarga :)

Insyirah 11 March 2010 at 20:20  

Wa'alaikumussalam ust faiez,

Allahumma ameen. Syukran jazilan atas doa dan komentarnya. Insya Allah khair :)

Insyirah 11 March 2010 at 20:21  

Ukhti Balqis, hehe bukan tak nak bagitahu tapi tak nak akak susah hati + sedih pula nanti baby yang dalam pun stress macam ibu juga. Cukup la akak bergelumang dengan nota dan assgnmt, hehe. Takpa, Im ok! Jazakillah kak. :)

Anonymous,  11 March 2010 at 23:02  

ada sesuatu yg adik nak luahkan dr entry..trasa memahami..namun didoakan semoga adik kuat smgt mengharunginya...

nurkina 13 March 2010 at 18:12  

Semoga cepat sembuh..

Anonymous,  15 March 2010 at 12:45  

Salam, Saudari. Saya ada 3 soalan. Apakah matlamat, prinsip dan idola yang tepat bagi seorang mukmin itu?

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO