"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 March 2010

Merindui Saat Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi, sodiki hakiki menghantar sms bertanya khabar. Merindui ana katanya, tiada update blog dan tidak online facebook. Rindu untuk membaca celoteh ana, rindu itu anugerah Allah. Ana katakan padanya, bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. Semuanya bagi mengharap dan mengejar keredhaan Allah. Insya Allah, moga diizinkan untuk bertemu lagi.

Tak banyak yang dapat ana kongsikan perbualan diantara kami. Sekadar mengingati masa yang lalu dan mengingatkan satu sama lain untuk bekalan di masa hadapan. Alhamdulillah, peluang masa yang lapang diberikan Allah dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah.

Dalam pada itu juga, ana terkejut apabila mendapat khabar dari seorang ukhti mengenai anak kepada sahabat kami, Akhi Adnan dan Ukhti Nor. Seingat ana, kami berhalaqah pada hari Jumaat (cuti umum sempena maulidur rasul) dan pada hari Isnin berikutnya Ukhti Nor bersalin bayi perempuan. Alhamdulillah. Tetapi, Akhi Adnan memberitahu baby dijangkiti kuman. Bila baby dah sihat, 'kholah' dijemput datang. Eish, ana bukan kholah, ana ukhti ataupun khlatie, lalalala. Mengejutkan, pada hari Rabu semasa sedang pening-pening lalat di KLIA dapat berita yang baby dijangkiti GBS Maningitis. Subhanallah.

Ana speechless. Tak tahu nak balas sms ukhti, akhirnya ana melayan perasaan sendiri dalam ribut lautan manusia di KLIA. Ya, sungguh luarbiasa ramai orang di KLIA. Tak pernah seramai itu (semasa ana berkunjung di KLIA). Tambahan pula kata-kata ukhti, "...setahu akak, kalau baby yang dijangkiti kuman ni berakhir dengan kematian atau cacat kekal..."

Allah...

Ana merasa 'aura' Akhi Adnan dan zaujahnya. Tika berhalaqah, kami semua ceria. Sepantas itu juga kami menjadi suram kerana berita tersebut. Moga Allah menyembuhkan bayi itu, ameen!

Ana masih ingat dengan Amni, anak sulung Akhi Adnan dan zaujah yang begitu confuse kerana semua akhawat dipanggil "achik" tetapi ana mahu dipanggil "kakak". Akhirnya, ana menjadi "achik kakak". Dua-dua dapat! Adilah juga awalnya takut-takut dengan ana, tetapi beliau memang tidak mesra dengan orang lain. "Jual mahal" sikit kata umminya, maka kuranglah komunikasi antara kami :) dan ana masih mahu mengimbau kenangan-kenangan manis saat itu, mengusik Amni dan menyakat Adilah yang terkedek-kedek bila melangkah. Ya, ana merindui keceriaan tersebut. Namun, hidup ini ada pasang surutnya, ada hitam dan putih.

Semoga Allah menguatkan hati Akhi Adnan dan zaujah di atas nikmat dan anugerah dari Allah ini. Ana tidak suka apabila mendapat berita penyakit atau ditimpa sakit, orang mengandai itu sebagai ujian kerana ana lebih redha ianya dipanggil sebagai ANUGERAH. Sangat beza maksudnya bagi ana, malahan perkataan anugerah lebih memberi impak positif kepada psikologi.

Kalau sakit dianggap ujian, maka orang yang sedang sakit akan mengeluh dan mendesah malah resah apabila tidak sihat. Sebaliknya apabila dikatakan sakit sebagai anugerah, maka setiap saat sepanjang menahan sakit adalah nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya di sisi Allah. Kita akan jauh lebih positif, kita akan sentiasa berlapang dada dan setidak-tidaknya berusaha untuk tidak melayan perasaan.

"Sakit ni umpama Allah bersihkan diri kita, seperti karat yang hilang dari besi."

Maka, kesabaran itulah yang menjadi tunjang sepanjang proses 'pembersihan' dilakukan. Ada orang kata, sakit itu kaffarah (penyucian diri dari dosa) tetapi ana rasa sakit itu tetap satu anugerah dari Allah. Dari situ, Allah akan mentarbiyyah kita dengan cara dan kehendak Nya. Kita tak tahu apa yang kita mampu dan boleh lalui, tetapi Allah Maha Tahu. Mungkin dengan hadirnya anugerah ini, Allah melatih kita mendidik sabar, mengajar kita hakikat pinjaman dari Nya, melentur emosi untuk bersyukur dengan nikmat kesihatan, bahkan Allah mahu kita lebih sensitif untuk menjaga kesihatan sendiri.

Seorang adik mahu balik ke Kelantan bagi rawatan susulan di HUSM. Beliau menaiki bas ke stesen komuter kemudian menaiki komuter ke Seremban, pulang ke Kelantan dengan menaiki bas. Dan, pada saat itu beliau sedang menahan kesakitan. Subhanallah, ana boleh bayangkan situasi beliau.

"Dik, tak ada kawan yang boleh temankan ke?"

"Kawan-kawan lain sibuk kak."

Ya Allah, rasa hati dicarik-carik. Sangat hiba, kerana ana memahami perasaan itu. Mahu saja ana terbang dan membantunya melangkah, kalau mampu mahu saja ana menghantarnya terus ke rumah keluarga beliau. Ya Allah, hati terasa dipalu-palu. Katanya sayang kerana Allah, tatkala dia memerlukan pertolongan, ana tidak mampu menghulurkan apa-apa bantuan. Hanya doa kepada Allah semoga memelihara dia sebaik-baiknya.

"Insya Allah, Allah akan jaga adik."

Hanya itu ungkapan ana, buat menyejukkan hati ukhti fillah yang mungkin sedang menahan sakit dan gelora emosi untuk menuntun langkah.

"Dik, kenapa tak ambil break sem for one sem? Focus on your treatment, bincanglah dengan keluarga. Kadang kita kena korbankan sesuatu untuk sesuatu."

Bagi ana, belajar tu boleh ditangguh dan ilmu tidak semata-mata dengan segulung sijil. Tetapi, rawatan kesihatan yang lebih diperlukan oleh badan harus diutamakan. Mungkin orang lain merasa ana mudah bercakap kerana tidak berada di situasi tersebut, TIDAK. Kalian salah. Ana terlebih dahulu sudah berada dalam situasi tersebut. Hak badan kita ni bukan milik kita, badan kita ni milik Allah yang harus kita jaga amanah dari Nya. Jagalah kesihatan baik-baik, dengan sebaik-baiknya.

Ana rindu pada adik ana ni... Rindu pada tawanya setiap kali ana mengusik. Moga cepat sembuh. Anggaplah setiap penyakit itu hadiah dari Allah, kad jemputan buat insan-insan pilihan. Bila sakit, tidak bermaksud akan mati secepatnya tetapi lebih banyak beringat pada kematian, alhamdulillah. Bila rasa nak buat sesuatu yang lagha, cepat-cepat tersedar... Itulah yang ana katakan, sakit ini anugerah!

Teringat pula masa ana kecil dahulu, ana suka menangis. Pantang diusik pasti menangis. Maka, abi menganggap ana menangis kerana panas. Masa kecil, jarang rambut ana panjang seperti kanak-kanak lain. Selalu saja pendek, alasannya ana menangis kerana panas. Sehinggakan bila melihat gambar-gambar dalam buku cerita, pasti ana membayangkan ana si kecil berambut panjang menjurai. Satu hari, abi potong rambut ana. Seingat ana, usia ana waktu itu 5 tahun. Bila gunting hampir dengan telinga, "zaappppp" ana rasa ngeri dengar bunyi gunting. Badan berkeriuk ke kiri, kanan... Melengkung, menegak menahan rasa setiap kali gunting berbunyi.

"Heish, duduk diam-diam."

"Nanti abi gunting telinga orang." Ana menutup kedua-dua telinga.

"Duduk diam-diam, kang abi gunting telinga kang..."

Setiap kali teringat dialog ni, ana pasti ketawa. Dan saat menaipnya kembali, ana turut menahan geli hati. Ya, kenangan itu harus selalu diingati biar terpahat dihati kerana ia mungkin tidak akan berulang lagi. Benar, ana tidak lagi mendengar dialog abi mahu menggunting telinga ana.

Insyirah Soleha
8.30 am

2 leaves:

nurIslami,  20 March 2010 at 02:33  

Assalamualaikum:

'Bertemu tidak jemu,
Berpisah tidak gelisah'

Kata-kata yang sungguh sedap sekali..

Teringat ana pada sebuah kata-kata yang menyebut,

'Dua sahabat jika bersama kadang-kadang masing-masing saling membisu itulah perbualan yang paling menarik sekali'

kerana

dalamnya ada nilai halawatul iman iaitu bertemu dan berpisah kerana Allah subhanahu wa ta'ala..

Unknown 14 August 2012 at 22:37  

salam..=)
ape mksd kholah yea..??
ana suke dgn pnulisan akak..=)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO