My Dear Qashrina
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tidak berfacebook, bila online banyak note dan juga gambar yang di tag kepada ana. Salah satunya dari Pak Su. Terkejut pula bila melihat keadaan My Dear Monster macam ni.
Qashrina, budak kecil yang sangat pandai beraksi depan kamera. Kadang-kadang keletah manjanya buat ana tergelak bila membayangkan apa yang dia lakukan pada ana.
"Qashrina, macammana Kak Ha jalan?"
Lalu, Qashrina meniru gaya ana berjalan terbongkok-bongkok sambil mengheret kaki. Mereka (kanak-kanak riang) sentiasa mentertawakan cara ana bertatih setiap kali sakit belakang menyerang. Ana hanya menyambut aksi-aksi mereka dengan ketawa kecil. Mereka makhluk fitrah, apa sahaja yang dihidangkan di depan mata akan diserap dengan baik. Maka, tunjukkan sikap yang baik, akhlaq yang terpuji supaya boleh menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada anak-anak kecil yang suci.
Setiap kali berjumpa ana. Qashrina akan berjenaka.
"Ei... takut..!" Kemudian dia peluk ana dan ketawa bila ana turunkan purdah.
Tenang menanti apa yang bakal terjadi.
Qashrina jugalah yang paling kuat ketawa bila bergurau senda sesama sepupu (kanak-kanak riang) yang lain sehinggakan Ayuni The Soft Spoken Girl pun terikut-ikut sama.Selepas dibius, menanti untuk dijahit.
Bila melihat gambar-gambar Qashrina The Monster, kesian budak comel ni. Semoga cepat sembuh ye sayang...! Auntie and Uncle yang ziarah .:: HaRuMaN MaWaR ::. pray for you, may Allah bless and keep you among His pious, grow up as muslimah mukminah. Allahumma amiin.Insyirah Soleha.
1 leaves:
sem0ga ALLAH sentiasa melindungi adik nie..dan jugak semoga cepat sembuh adik comey...
Post a Comment