Baby Stop Moving :(
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya, kita selalu perlu pujuk diri sendiri. Bukan sahaja "kadang-kadang", tetapi perlu "sentiasa" memujuk diri. Ada waktu dan ketika, kita tak tahu apa yang kita akan lakukan bila kita sememangnya tak tahu nak buat apa. Ada waktu dan ketika, kita tahu apa yang perlu dilakukan meskipun kita sebenarnya gelabah tak tahu nak cakap macammana.
Pertama, perlu bersyukur. Sentiasa bersyukur kepada Allah kerana mengirimkan seorang teman (Encik Zauj) yang sangat cool, ana panic lah macammana sekalipun beliau masih rilek saja. Bila ditanya apa yang dirasa, jawabnya tak rasa apa-apa pun, biasa saja. Bila kerisauan, kegelisahan maka Encik Zauj tidak menterjemahkan pada bahasa badan sebaliknya terus kembali kepada Tuhan. Ya, solat lah terapi paling mujarab untuk meredakan hati. :)
Hari Ahad, kami berdua masih membersihkan rumah memandangkan ana tak larat nak selesaikan keseluruhan rumah dalam masa yang pendek jadi kami buat sikit-sikit secara berperingkat. Tambahan pula, keadaan rumah yang berhabuk teruk tidak sesuai untuk keluarga dan sahabat-sahabat yang berhajat nak berziarah terutamanya yang punya anak kecil, bimbang juga.
Petang Ahad, setelah ketiduran akibat kepenatan ajak zauji keluar beli barang sebab sebelum tu dah janji nak beli beberapa barang keperluan. Namun, malang tidak berbau... Selesai membeli barang, masa nak keluar dari simpang... ada kereta yang melanggar dari belakang. Ok, tidak dinafikan memang ana sangat mudah terkejut dan sangat mudah untuk semput bila terkejut, kadang-kadang hanya kerana terkejut pun boleh pengsan.
Zauji selalu marah sebab ana mudah sangat terkejut, tapi sebenarnya masalah terkejut ana sudah tidak seteruk dahulu. Sekarang dah boleh kawal sedikit, tak lah terus menggeletar satu badan macam dulu-dulu apabila terkejut.
Alhamdulillah, tiada kecederaan fizikal hanya kecederaan emosi saja kerana terkejut yang tak tahu nak cakap macammana T__T
Selepas makan malam, sembang-sembang dengan Cik Baby... Tapi, Cik Baby senyap je. Cuba baring (bila baring, baby moving like dancing!) dan cakap-cakap lagi tapi Cik Baby senyap juga. Tak ada respon macam selalu. Pegang belly dan gerakkan Cik Baby tapi tak juga bergerak. Lebih 30 minit rangsang baby namun tiada pergerakan. Zauji cakap-cakap dengan baby, selalunya bila dengar suara zauji maka Cik Baby akan bagi superkick... Tapi, tak ada juga apa-apa respon.
Hampir tengah malam, blur dah rasanya. Sejak petang baby tak bergerak. Selalunya, waktu Maghrib terutamanya masa solat Maghrib dan Isyak maka Cik Baby akan solat sama-sama tapi... tak ikut ana solat jemaah pula hari Ahad tu. Zauji suruh talifon Ummu Amanina tanyakan tentang PUSRAWI tapi ana bimbang Ummu Amanina dah tidur sebab sudah hampir tengah malam!
Akhirnya, zauji talifon AJK surau untuk tanya klinik di sekitar kawasan rumah... Disarankan ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) tapi ana yang dah blur tak rasa nak pergi sana, kami terus ke Poliklinik Umra namun bila dijelaskan keadaan maka nurse terus tanya "nanti bersalin di mana?" disebabkan keberangkalian akan bersalin di Sungai Buloh maka jawab saja di Sungai Buloh. Nurse di Poliklinik Umra suruh ke Hospital Sungai Buloh...
Rasanya ini kali ke-2 zauji bawa kereta macam dalam litar.
Masuk dewan bersalin buat kali ke-2 (kali pertama bulan 3 yang lalu). Uhuk, uhuk. Tangan dah seram sejuk. Zauji masih rilek macam biasa, tak apa lah tumpang semangat zauji saja.
Tak ada kontraksi. Tapi, hari Jumaat malam tu rasa macam kontraksi tapi false alarm saja. Hari Sabtu sempat lagi pergi kenduri di Bandar Sunway :)
Mula-mula, nurse cari heartbeat baby tapi tak jumpa-jumpa. Phew, sangat mendebarkan. Istighfar sahaja, tak tahu nak cakap macammana. Semua pun hak Allah, tak ada apa-apa yang menjadi milik kita :)
Kemudian, doktor pula yang cari heartbeat baby. Alhamdulillah, bila dah dengar heartbeat baby... Allah saja yang tahu perasaan ana. 45 minit kemudian, doktor pakar datang... sebelum tu, nurse menggoncang belly ana. Terkejut dibuatnya, tak terfikir belly akan digoncang sekuat itu. Bila buat demo pada zauji terus zauji cakap "luruh jantung..." hehe.
Alhamdulillah, selepas belly digoncang baru la baby start bergerak semula. Then, doktor cakap ana trauma sebab kemalangan petang tu jadi mungkin ana tak perasan baby bergerak sebab ana masih trauma. Tapi, memang baby tak bergerak... Uhuk uhuk, sebabnya kalau baby bergerak zauji pun kadang-kadang perasan betapa kuatnya superkick baby, mungkin sebab haritu ana tengok TV tentang kisah Mokhtar Dahari yang digelar SuperMokh.
Alhamdulillah. Baby just fine. Ana je yang masih trauma sikit-sikit lagi.
Hurm, kali kedua di dewan bersalin... Sedih dan hiba juga bila terpaksa mengetahui seorang remaja perempuan yang hamil luar nikah sedang dalam proses nak bersalin. Masa pertama kali dulu, katil yang sama juga remaja hamil luar nikah sedang mengerang menahan kesakitan kontraksi. Kali kedua juga, remaja hamil luar nikah sedang melalui kontraksi tapi dia nampak biasa je macam happy... Sedih, hiba.
Dia tak rasa sedih ke? Apa perasaan dia ye dengan keadaan sakit, tiada "suami" yang menghantar? Dia tak rasa hiba ke? Apa perasaan dia ye dengan keadaan yang masih muda, perlu menjadi ibu... Boleh ke anak tersebut dididik dengan baik? Allah...
Baby, jangan buat Ummi dengan Abi saspen lagi yer... Baby nak solat tasbih, qiyamullail sepanjang malam pun tak apa. Baby nak dancing ke, breakdance ke, buat la... Jangan senyap sudah. Huk huk huk... T__T
p/s: Jazakumullah khairan buat Abu Amanina & Ummu Amanina. Always be our side, may Allah grant for both of you happiness, barakah, sakinah, mawadah dunia & akhirah.
Insyirah Soleha
28 leaves:
Alhamdulillah dik =)
assalamualaikum
terkejut akak saat mbaca tajuk entry adik kali ini..rasanya kita brdua lbh krg sma perasaannya bila trkejut.akak pun mudah trkejut n bila trkejut sgt2 blh sejuk satu bdn n mngeletar.:-)
tahniah adik xlm lg brgelar ummi.seronoknya:-)
Syukur Baby comel selamat. Amin. hehe. Baby tertidur penat Qiamullail dalam sana kot? ;D
baper bulan lagi ye ? hehe
Syukur alhamdulillah. Kakchik pula yang terasa bimbang. Syira pun ken aurut dada banyak-banyak tu. Trauma ni jangan pandang ringan. Semoga slps ni segalanya berjalan lancar.
salam. agak berdebar2 juga membacanya. Alhamdulillah, kami doakan semuanya baik belaka. bila due? kami insyaAllah bulan 8.
tp betul, kalau rasa masa baby tengah tendang, seronok sgt. hm..doakan kami juga. :)
alhamdulillah kak..moga bay dan akak berda dlm kedaan baik2 dan dirahmati ALLAH..jaga baby baik2 ye :)
alhamdulillah kak..moga bay dan akak berda dlm kedaan baik2 dan dirahmati ALLAH..jaga baby baik2 ye :)
Allah, takut akak baca ni.
alhamdulillah dear...
assalamualakium..
dik..ya Allah akak baca entry adik ni..akak saspen sgt..mgkn msh trauma dgn pengalaman lalu..dik syira jaga baby baik2 ye..pesan kt baby jgn buat cmtu lg..acik ni pn risau sgt2..smg Allah prmudahkn sglnya..
Alhamdulillah .. moga baby dan ibunya sihat ;) baby tidur pnjg kot, kumpul tenaga nak masuk showdown breakdance hehe..
Assalamualaikum... semoga ummi dan baby dalam penjagaan ALLAH SWT.... Baby nak rehatkan diri dulu sebelum jumpa ummi dan abi .. =)
secawan nescafe : saspen je... hehehe. alhamdulillah.
waalaikumussalam kak Noor Azlen.
hehe, memang kene mujahadah la untuk kawal perasaan terkejut :)
Tuan Auz :
alhamdulillah, insya Allah tak lama lagi. mudah2an Allah permudahkan, doakan kami ya :)
Insya Allah KakChik :)
Tak tahu lah macammana nak hilangkan perasaan cepat terkejut ni... kadang2 orang tengok syirah terkejut pun orang jadi terkejut :(
Ilham Fiq Ahmad :
Insya Allah, due tak lama lagi :)
Moga Allah permudahkan juga urusan kalian, insyaAllah. Memang seronok bila baby bergerak tapi kalau dah start keras-keraskan badan tu yang tak tahan. Practise untuk bersenam la tu, insyaAllah
Insya Allah nuraisyah, doakan kami semoga dalam peliharaan Allah sentiasa :)
Ummu Auni,
memang la masa tu takutnya Allah saja yang tahu. cakap pun ketar2, tangan dah sejuk tapi muka pura2 macam biasa...
waalaikumussalam ummu fathi,
ye... syira pun sebenarnya masa tu terbayangkan akak juga. tak tahu la nak cakap mcmmana, masa 1st nurse cari heartbeat tak jumpa dah 'pasrah' juga wpun air mata berlinangan sebab tak tahu nak cakap apa. moga Allah permudahkan segalanya.
Acik doakan kami ye! :)
light of happiness,
heheh... kumpul tenaga yer? lama sangat mengumpul sampai umi pun risau tak senang duduk :)
Waalaikumussalam Asiah Yusro :
Hihi, insya Allah. selalunya pun baby rehat juga, tidur. kekadang je baby main-main tapi haritu langsung takde respon, risau juga ummi dibuatnya sampai abi ajak pergi chek :)
Assalamualaikum.
saya naktanye, mana awak tau katil tu org mengandung ade suami, katil ni org beranak SP(single parent) sebab saya ni kerja jururawat labour room hospital sg buluh.setahu saya kami tak dedahkan maklumat pesakit sebarangan kpd pesakit lain.awak dapat tahu dari mana?tu dah kira melanggar etika kalau beritahu maklumat sulit seseorang pesakit kpd pesakit lain.apa yg istimewanya awak sampai kakitangan kami boleh beritahu awak pesakit tu SP?awak ni boleh dikira memburukkan nama hosp sg buloh ni.takpelah awak nak bersalin dekat hosp ni kan, nanti kita jumpa.
semoga selamat everything :), the mother and the baby. tiada daya upaya melainkan Allah
Anonymous :
1. Check in sama-sama, dia sebelah saya dan dihantar oleh kakaknya. Nurse bertanya kepada dia soalan-soalan yang semuanya saya dengar.
2. Katil sebelah saya, doc tanya soalan-soalan dengan kuat dan saya mendengar semuanya.
3. Saya bersembang dengan dia dan dia bercerita.
Rasanya tak ada statement yang saya tulis memburukkan hospital atau kakitangan hospital, cuma saya hanya tulis apa yang berlaku (pengalaman) di hospital tanpa mendedahkan nama sesiapa pun.
Radiating Lamp,
Jazakallah.
salam.salam ukhuwah dan salam tautan hati.blog ini sangat berguna.wlaupon saya blom berkahwin tapi,blog ini sedikit sebanyak membantu saya menuju bersedia ke arah perkahwinan.moga thabat dalam perjuangan ini.barakallahufikum....
Salam buat Dr Najwa al-hafizah,
insya Allah, mudah-mudahan apa yang baik dijadikan manfaat dan apa yang tidak baik dijadikan iktibar...
Post a Comment