"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 May 2011

Ayam Percik Putih

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir setahun berlalu, keinginan ibu saudara baru sempat ditunaikan selepas menuntut ilmu dengan ibu mertua. Hihi, baru kutip ilmu belum sempat mengamalkannya pun. Insya Allah, selepas ni selesai mengemas rumah boleh la main masak-masak ^_^



ihsan encik google

Bahan-Bahan Untuk Ayam :

1. Ayam 1 ekor
2. Kelapa 1 biji (untuk dibuat santan)
3. Jintan 2 sudu besar
4. Halia 2 inci
5. Garam
6. Gula

Cara-caranya :

1. Jintan dan halia di kisar sehingga halus.
2. Perap ayam bersama jintan dan halia yang sudah dikisar selama 1-2 jam.
3. Rebus ayam separuh masak dengan sedikit santan dan secubit garam.
4. Bakar ayam sehingga masak (atau garing mengikut selera).


Bahan-hahan Untuk Kuah Ayam Percik :

1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. (ader manis untuk nasi dagang - ini ada di kelantan je kot????)
4. Santan (lebihan dari rebusan ayam boleh dicampur sekali)
5. Serai
6. Garam
7. Gula

Cara-caranya :

1. Kisarkan kesemua bahan-bahan (bawang besar, bawang putih, serai) sehingga halus dan masak bersama santan.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Ayam yang siap dibakar sedia untuk dihidang bersama kuah.


Selamat Mencuba ^_^

3 leaves:

Kerikkerik 17 May 2011 at 01:55  

first time dengaq nama makanan ni. :D

along79 18 May 2011 at 16:12  

salam, ermmm resepi yang menarik... mesti sedapkan

Dubai Abaya Collection 25 May 2011 at 13:22  

Terima kasih banyak kerana menunaikan hajat akak untuk masak ayam percik putih ni. Sayang kat adik akak ni :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO