Bertamu Dengan Nasi Arab
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Semalam dapat menerima tetamu pertama yang bertandang ke rumah baru kami, dapat panggilan dari Ummu Soleh tapi ana tak sedar bunyi talifon sebab duduk dapur. Kemudian, Abu Soleh talifon zauji dan khabarkan bahawa mereka insya Allah akan sampai sekitar 30 minit lagi. Terkejut juga dibuatnya... Tiba-tiba nak datang tanpa makluman lebih awal, sebenarnya hari Rabu lagi Ummu Soleh nak datang namun dibatalkan kerana kekangan masa Abu Soleh.
"Kita nak masak apa ni?"
"Tak payah masak, mereka dah masak."
Ya Allah, seronoknya..! Suka kalau kumpul ramai-ramai, bawa pot luck masing-masing dan boleh menikmati pelbagai jenis makanan disamping bertukar cerita dengan rakan-rakan. Sambil melayan keletah anak masing-masing, mulut enak menikmati juadah dari pelbagai air tangan. Biasanya kalau diri sendiri yang masak, kurang rasa sedap kerana hidung sudah 'mangli' dengan bauan masakan tapi bila orang lain yang masak semuanya jadi sedap.
Mula-mula, zauji kata tetamu datang bawa Nasi Briyani. Ana tersenyum lebar. Maha Pemurah Allah, sejak berkahwin tarbiyyah demi tarbiyyah Allah seakan jelas dan semakin terasa dibandingkan sebelum berkahwin. Zauj mendidik untuk menggantung tawakal hanya pada Allah, mungkin juga kerana pertambahan usia maka seiring dengan pertambahan kawalan terhadap emosi (insya Allah).
"Makin tua, makin bertambah kematangan BUKAN makin tua makin menjadi kebudak-budakan."
Ya, baik. Nasihat yang membekas di hati :)
Sebenarnya, hari Rabu pulang dari antenatal check-up ana ajak zauj singgah di kedai kerana ana sangat-sangat lapar dan kami singgah di restoran Nasi Briyani malangnya hidangan belum siap sepenuhnya dan mereka bersedia menerima tetamu 1 jam lagi. Masih bersisa 1 jam, ana sudah lapar. Akhirnya, bagi meredakan kelaparan ana maka zauji belikan Nasi Ayam. Alhamdulillah...
Bila zauji beritakan Ummu Soleh nak bawa Nasi Briyani, berbunga-bunga hati. Teringat apa yang selalu zauji cakap pada ana :
"Allah kalau Dia nak beri pada kita, Dia bagi je tanpa kita sangka (cara Allah memberikan rezeki tersebut). Kalau Dia nak bagi, Dia bagi je."
Allahuakbar, selalu begitu. Kalau nakkan sesuatu tetapi Allah tak makbulkan, Allah menggantikan dengan apa yang diperlukan (tak dapat makan Nasi Briyani, Allah gantikan Nasi Ayam) namun Allah tidak pernah kedekut dengan manusia, Allah aturkan jalan yang LEBIH BAIK dalam memberi (memakbulkan permintaan manusia) iaitu dengan perantaraan manusia. Ummu Soleh datang dengan Nasi Briyani, masya Allah hebatnya aturan Allah! Selain dapat apa yang dihajatkan, dapat berjumpa dengan sahabat dan berukhuwah. Alhamdulillah.
Zauji sudah 'asingkan' tempat untuk muslimin dan muslimat. Yeay! Sukanya... Hehehe. Zauj siap pasangkan tabir yang memisahkan tempat untuk muslimat bahkan siap dengan satu ruang tamu khusus untuk tetamu muslimat. Di ruangan dapur juga zauji pasangkan tabir kecil dan di bahagian satu lagi dirapatkan meja makan. Bila nak hidang makanan, hanya 'campak-campak' saja pinggan atas meja dengan menghulurkan tangan tanpa perlu berpusing jauh.
Bila Ummu Soleh sampai, terus masuk dapur dan Ummu Soleh pula yang bersusah-susah nak menghidang makanan. Allah, dari dulu lagi Ummu Soleh macam tu. Kalau di rumahnya, ana langsung tak boleh buat apa. Bila di rumah ana pun, Ummu Soleh tetap mahu buat kerja-kerja dapur. T__T
Jeng jeng jeng... Bila buka bekas, rupa-rupanya bukan Nasi Briyani tapi Nasi Arab. Masya Allah, tak tahu nak cakap macammana. Bila zauji asyik cerita makan Nasi Arab, geram je rasanya sebab ana tak pernah makan Nasi Arab. Tapi, zauj pujuk nak bawa ana makan di restoran Nasi Arab. Eh, Nasi Afghan tu bukan Nasi Arab ke? Ya, akhirnya bukan Nasi Briyani seperti yang di war-warkan sebaliknya Nasi Arab yang sekian lama diidam-idamkan.
Inilah rupa Nasi Arab, Nasi Kabsah ala Yaman. Yummy! Yummy...
Ini pula menu yang dimakan dengan Nasi Kabsah ala Yaman, tomato dipotong dadu (sekali macam air asam tapi memang tak sama la)
Insyirah Soleha
1 leaves:
hmmm dah la tengah lapaq nih nampak plak gambaq nasik arab...kebuluq dibuatnya :P
Post a Comment