"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 May 2011

Kami Sudah Berhijrah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, bermula 16 Mei yang lalu zauji bertugas sebagai imam di Surau Al-Ihtihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam. Awalnya, khabaran kekosongan jawatan tidak dipandang serius oleh zauji. Saja-saja ikut temuduga sebab nak tengok tempat orang, saja-saja nak hadir temuduga kedua (short list) oleh Datuk Hashim Yahya sebab nak berkenalan. Akhirnya, dari saja-saja... Datuk Hashim Yahya beri sokongan penuh pada zauji untuk dilantik oleh pihak jawatankuasa surau.

Sebelum ini, sudah biasa memberi kuliah di sekitar Sungai Buloh, sesekali ke Klang apabila ada jemputan untuk Kuliah Dhuha, pernah berkuliah di Bangi, Semenyeh dan beberapa tempat lain. Rasa sayang untuk tinggalkan jemaah surau terutamanya suasana kejiranan rumah di Sungai Buloh, semangat kejiranan yang akrab ditambah pula kesedaran Islam yang tinggi.

Suasana baru di Shah Alam sedikit berlainan. Rumah yang dikhususkan untuk imam berada di tingkat atas surau, jadi tidaklah kami berjiran kecuali dengan rumah-rumah yang berada di luar kawasan surau. Tidaklah menjadi masalah besar untuk ana kerana sudah terbiasa dengan keadaan ini semasa masih di bawah jagaan ummi dan abi, duduk di Sungai Buloh juga ana jarang keluar rumah kecuali ke surau yang hanya di belakang rumah atau berkebun di halaman rumah.

Nak kata sunyi pun tak juga, disebabkan kedudukan surau di jalanraya utama maka sentiasa dengar bunyi kereta yang melalui jalanraya. Tambahan pula, lokasi yang berdekatan dengan Masjid Negeri Shah Alam... Selalu pula mendengar alunan kalamullah. Bagus kan? Kalau dahulu, saja-saja duduk nak dapat siaran khas pun tunggu zauji buka mulut mengulang Quran sambil bersantai tapi kini kalau zauji tak buka mulut pun boleh dengar alunan kalamullah dari Masjid Negeri ^_~

Komen yang dihantar dalam blog kesemuanya sudah ana baca (semasa komen masuk terus ke dalam inbox email), ana juga baca sekali lagi sebelum publish ke dalam blog. Jadi, kesimpulannya ana sudah baca kesemua komen yang dihantar 2x! Tapi, ana minta maaf satu komen pun tidak sempat untuk dibalas. Bukan saja mencari alasan namun sungguh ana kepenatan T_T

Alhamdulillah, rumah yang disediakan ini mempunyai satu ruang tamu yang selesa, sebuah bilik tidur utama yang sangat luas (memandangkan kami hanya berdua :p), dua buah bilik tidur juga dapur yang comel. Semasa pertama kali melihat rumah, terkejut kura-kura juga ana... "Masya Allah. Besarnya rumah ni...!" kerana ana hanya membayangkan sebuah rumah yang ada satu bilik dan ruang tamu kecil dan dapur comel juga sebuah tandas. Sangat basic tetapi lengkap. Namun, rumah yang disediakan sangat besar dari jangkaan ana.

Tidak banyak barang yang perlu disediakan kerana rumah ini sudah tersedia katil, almari baju, meja makan, kerusi sofa, langsir, dapur masak, tilam, kipas... Hehehe, bawa badan jer lah. Semalam, pihak AJK belikan mesin basuh dan peti ais. Kiranya, kalau berpindah hanya bawa badan juga la tak perlu nak angkut barang-barang ni :)

Disebabkan rumah sudah lama ditinggalkan, tambahan pula keadaan rumah yang seperti tidak dihiraukan... Berhabuk teruk! Sudahnya ummi pesan pada zauji sebelum ana bersalin, nak atau tidak harus (tak la wajib :p) diusahakan supaya basuh keseluruhan rumah bimbang baby tak tahan dengan keadaan rumah yang berhabuk, nanti jadi ruam silap hari bulan berkudis. Kami baru mencuci sebahagian rumah, bukan saja lantai tetapi dinding, almari dan tingkap semuanya perlu dibersih sebersih-bersihnya.

Selesai buang habuk, ummi pesan basuh dengan air sabun kemudian bilas dengan air atau dettol. Erk... bayangkanlah, penat tak penat nak mencuci dinding... T_T

Masing-masing saling beri semangat, bila ana dah kepenatan... zauji terus mengemas rumah, mencuci dan berusaha untuk mempercepatkan proses. Bila tengok zauji buat kerja tak berhenti, kasihan sungguh. Maka, ana pun bersemangat nak sambung buat kerja. Bila zauji dah tergolek, ana masih buat kerja yang ringan-ringan. Zauji tengok ana belum berhenti, zauji pula sambung buat kerja... hehehe. Apa yang penting, kami mahu usahakan supaya rumah cepat dikemaskan sebelum bersalin. Insya Allah :)

"Nanti dah siap mengemas rumah, boleh la ajak kawan-kawan datang."

Masa ana dah tergolek kepenatan, zauji buka mulut. Mungkin kerana beliau membaca komen-komen sahabiah di dalam facebook, hehehe. Apapun, biar rumah selesai dahulu baru boleh terima tetamu lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Bimbang habuk nanti buat batuk atau selesema pula.

Seronok duduk di rumah ni, bila ada kuliah... Dengar jelas suara penceramah. Semalam, sambil memasak untuk makan malam terdengar suara penceramah di surau tetapi tidak faham butir bicaranya kerana fokus pada sesi masak-memasak. Selesai memasak, eh... gaya macam zauji tapi takkan zauji yang berikan kuliah. Selesai solat Isyak, zauji balik... Nampak je muka zauji terus cakap.

"Suara ustaz tadi tu macam Abang je..."

"Ye la, Abang la..."

Adeh...! See, penat tak penat sampaikan style bercakap zauji pun ana tak perasan. Hehehe... Okeh, kalau ada sahabiah yang nak datang tak sabar nak tunggu rumah bersih pun dialu-alukan sangat untuk datang mencuci rumah. Hik hik hik ^_~

~ Saya sangat penat ~

Daaa... Assalamu'alaikum.

8 leaves:

Ummu Abiha 18 May 2011 at 23:58  

assalamualaikum... nk jdi pelawat/tetamu/ tolong cuci pon blh =) t nk tgok khalifah kecil yg tlh dilahirkan ye kak =)

aida 19 May 2011 at 07:31  

Tahniah dah jadi warga shah alam, hehe

~ida~ 19 May 2011 at 10:32  

salamualaikum dik,
akk rase cam pernah dengarlah nama surau tu.cam pernah singgah solat situ...
hmm ade dkt area2 hotel tak?

leh la singgah tgok baby pasni ..hehe:P

Ummu Auni 19 May 2011 at 14:15  

wah wah duduk shah alam pula. rumah sg buloh pun tak sempat pergi :(

Insyirah 20 May 2011 at 07:46  

Waalaikumussalam,
nak tengok baby? hik...belum keluar lagi =)

Insyirah 20 May 2011 at 07:47  

Thanks kak Aida,
penat mengemas rumah belum selesai. take off, penattttt...!

Insyirah 20 May 2011 at 07:47  

waalaikumussalam kak ida...
ha'ah dekat dengan hotel concord, sebelah je pun... hehehe. ahlen, ahlen. nape nak tengok baby je, ummi baby takmo tengok ke? ^_~

Insyirah 20 May 2011 at 07:48  

kak aini,
hehehe... rumah sg buloh sesekali balik juga tengok, sian umah tu kosong tak berpenghuni...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO