"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

28 May 2011

Setahun Menyulam Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah... Sudah setahun bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki, suri kepada seorang suami. Mudah-mudahan 'setahun jagung' yang dilalui akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi, menambahkan ilmu dan amal seiring dengan pertambahan usia. Insya Allah.

Seakan segar lagi memori sebelum dilamar, palbagai mehnah yang Allah hadirkan untuk melatih hati menjadi lebih kuat pergantungan kepada Ilahi supaya gerbang rumahtangga yang bakal diharungi punya bekalan pengalaman yang akan membimbing menjadi manusia yang lebih tenang. Tidak sedikit air mata yang tumpah, tidak sedikit rasa hati yang terhiris, tidak sedikit jiwa memendam rasa namun semuanya Allah gantikan dengan nikmat keimanan, nikmat naungan syumulnya Islam. Alhamdulillah :)

Selepas diijab kabul, kami berpisah sementara menunggu majlis sambut menantu di Kelantan. Setelah menjadi isteri yang sah barulah memberanikan diri bertanya pada zauji soalan-soalan yang entah apa-apa, saja mengada-ngada. Lagipun masa tu nak mengada dengan zauji pun tiada siapa yang hairan, sms sambil tersenyum sendirian pun tiada siapa yang peduli.

"Macammana Abang boleh taqdim?"

"Sebab masa pertama kali jumpa rasa macam ummi abi tu mak ayah sendiri je, terdetik dalam hati 'eh, macam mak ayah aku je'. Tapi buat macam biasa la. Bila nak berpisah tu, hati rasa hiba."

Chewah! Dalam hati ada taman, bunga pula sedang mekar indah. Namun, zauj tidak gelojoh. Tambahan pula saat itu teman zauji meminta agar zauji taqdimkan ana untuknya, setelah lamaran tersebut ditolak maka zauji kisahkan perkara tersebut pada ibunya. Sembang kosong anak dan ibu, tapi sebaliknya yang berlaku bila zauji disoal siasat macam-macam sehinggalah ibu mertua mencadangkan dan memberi sepenuh sokongan untuk encik zauj taqdim ana ^__^

Itulah al-kisahnya... Masih terkejut dengan lamaran yang baru ditolak, zauji tadqim dengan penuh hormat. Zauji terus berhubung dengan abi dan menyatakan hasratnya sebelum pulang ke Mesir. Duduk di Mesir 2 bulan, ana senyap buat tak tahu saja sehinggalah pada hari Khamis ana nyatakan keputusan ana untuk menerima lamaran dari zauji. Kemudian, hari Jumaat 1.1.2010 abi menghantar sms pada zauji tentang keputusan lamaran beliau yang telah senyap sunyi tanpa khabar selama 2 bulan.



Apa yang membekas di hati ana, selama 2 bulan tersebut zauji langsung TAK PERNAH bertanyakan keputusan lamaran tersebut pada abi apatah lagi pada ana. Maka, 1.1.2010 termeterailah ikatan pertunangan secara syariat. Bulan 3, zauji pulang ke Malaysia dan majlis pertunangan diadakan. Majlis pertunangan yang mengundang pelbagai kejadian yang mencuit hati ~ anak kita nanti pun kita buat macam tu juga tau! :P

Pada 28.5.2010 terlerailah ikatan pertunangan antara kami dengan ijab dan kabul perkahwinan yang mengisytiharkan kami sebagai suami isteri. Sepasang kupu-kupu yang comel. ^__^

Seorang guru yang pernah bertemu zauji di Mekah sempat menitipkan kalam yang membekas di hati sebelum bergelar seorang isteri. Kata-kata itu menguatkan lagi keputusan selepas istikharah, semuanya dari Allah.

Semalam, berbual dengan zauji tentang kisah setahun dahulu. Zauji tidak memakai inai di majlis perkahwinan, tidak mencium dahi ana selepas ijab kabul seperti pasangan lain. Dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus (klik di sini), ana tersenyum sendirian.

"Nasib la tak cium dahi kan, kalau tak free kene kutuk dengan Ustaz Azhar."

"Allah dah rancang... Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita."

Ya, jagalah Allah pasti Allah akan menjaga kita.

Isteri hamparan dunia,
Suami langit penaungnya,
Isteri bagai kejora,
Suami menjadi purnama...


Suamiku, bawalah hati ini seiring dengan mu ke jalan yang Allah redhai. Sesungguhnya, aku redha di bawah naungan jagaanmu. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik Penjaga.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata, penawar hati, aamin...

Aisyahmu,
Insyirah Soleha.

9 leaves:

Zanaishi 28 May 2011 at 11:30  

Assalamualaikum Insyirah..

Subhanallah..meremang bulu roma sy bc kisah Insyirah suami isteri..syariat islam terjaga sempurna..

semoga Insyirah akan berbahagia bersama suami sehingga ke akhir hayat dan selamat menimang cahaya mata pertama..:)

Ummu Auni 28 May 2011 at 15:03  

tahniah syira. terharunya baca cerita macam ni

Anonymous,  29 May 2011 at 00:14  

ukhty,

mcm mana nanti la, waktu walimah. kakak2 dan abang2 yang suruh si suami cium dahi isteri sewaktu sesi salam.

NooR AzLen BinTi HaRoN 29 May 2011 at 15:45  

assalamualaikum

semoga bahgia dunia n akhirat.

sweet sgt:-)

izinkan akak share ungkapan kata ini "Allah dah rancang... Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita."

Insyirah 30 May 2011 at 18:20  

Wa'alaikumussalam Zanaishi,

uhuk, apakah yang meremangkan bulu roma awak? Saya ada salah cakap di mana-mana ker?

Terima kasih atas doa, moga Allah kabulkan

Insyirah 30 May 2011 at 18:21  

Terima kasih kak Aini :)

Love story, tak lah macam orang lain... Cite biasa yang ingin diingati, kekadang rasa kelakar juga. Kalau dikisahkan macammana hari majlis pertunangan tu, mau gelak terburai isi perut. Ihihihi...:D

Insyirah 30 May 2011 at 18:21  

Waalaikumussalam Kak Noor Azlen.

Betul kak, Allah dah rancang semuanya... Bila kita jaga Allah maka Allah akan jaga kita. Jangan pernah berputus asa dengan Allah :)

Insyirah 30 May 2011 at 18:22  

Anonymous :

Hehehe, kalau suami saya dia akan jawab: "Bila berlaku benda tu baru tanya." :)

Zanaishi 30 May 2011 at 19:33  

Eh tak lah, mana ada awak salah cakap mana2.cuma sy nie rasa kagum bila baca kisah macam mana insyirah dgn suami dulu.syariat islam tue dijaga sempurna..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO