"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 March 2009

Bila Hati Berkata-kata

Salam'alaykum w.h.b..

Moga dikurniakan iman dan kesihatan yang sihat, insya Allah. Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku memberikan pengajaran dan peringatan juga pengalaman. Iya, pengalaman itu tidak dibayar dengan harga sekeping wang tapi perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Kunci utama ialah kesabaran dan juga bersangka baik dengan Allah. :)

Ahad - Selasa (semalam) Kholah Safin pinjamkan bibik dia, sementara dia ada urusan perniagaan di Terengganu. Mbak Darma, pembantu yang sangat-sangat-sangat rajin. Kenapa? Sebab dia tak henti-henti buat kerja dari pagi-malam. Ana sendiri penat melihat dia buat kerja, ana sedikit pun tidak memberi 'arahan' apa yang perlu dia lakukan, semuanya atas kerelaan dan inisiatif sendiri. Alhamdulillah. Cumanya, terkilan sangat hati dengan cara dia 'pulang' semalam. Sepatutnya harini baru dia balik ke rumah kholah Safin, tapi lain pula jadinya petang semalam. Kami sekeluarga terkilan dengan situasi tersebut.

+ Pembantu Rumah juga SEORANG Manusia.

Terkilan. Sangat terkilan terkadang melihat situasi pembantu-pembantu Indonesia yang datang ke Malaysia. Tidak semuanya yang JAHAT, mungkin ada tapi janganlah terlalu cepat membuat perbandingan. Kenalilah dulu hati mereka, sayangkan mereka seperti kita ingin mereka sayang kita.

"Eh, jangan baik-baik dengan bibik, nanti dipijaknya kepala kita."

"Ala, kan kita bayar gaji pada mereka."

"Eh, kat Indon lagiii susah la... Dorang patut bersyukur!"

Macam ini la dialog-dialog 'lapuk' yang ana sangat tidak suka untuk mendengar. Benar, kalau terlalu baik mereka akan demand macam-macam, banyak songeh dan sebagainya. Tetapi, kaitkan juga dengan rezeki. Setiap maid yang datang ke Malaysia bukanlah orang berpelajaran tinggi, kalau iya pun mereka tetap manusia sama seperti kita (majikan). Kadang-kadang ana sakit hati tengok majikan terjerit-jerit panggil bibik, dah tu panggilan yang sangat tidak sopan.

"Hey pekak mari sini."

"Hoi gendut, makan lah cepat."

Kami adik-beradik diasuh oleh ummi dan abi untuk menerima maid seperti keluarga kerana kami mengharapkan agar kami disayangi juga seperti keluarga mereka (maid). Tidak pernah lagi kami memanggil maid Indonesia yang datang bekerja dengan panggilan 'bibik', memang bagi orang kebanyakkan itulah gelaran sepatutnya. Tetapi, atas keperimanusiaan abi mendidik kami memanggil 'mbak', satu panggilan yang terhormat bagi orang Indonesia. Malahan, Kak Darma sangat terkejut apabila kami adik-beradik memanggil dia "mbak" atau "kakak" kerana tidak pernah sekali pun dia dipanggil sebegitu sepanjang 4 tahun di Malaysia.

Kak Darma buat kerja tanpa henti, malah terpaksa pula ana ingatkan dia untuk makan dan rehat. Akhirnya, abi pula merungut pada ana bila melihat kak Darma mencabut rumput di halaman rumah dari pagi. "Suruh dia masuk sekarang, makan. Dah panas tu. Nanti demam."

Puas mencari dia di halaman rumah, tak jumpa-jumpa. Lorh, rupanya dia duduk satu side sambil cabut rumput. Urm, "Kak Darma, abi suruh masuk makan sekarang. Dah panas, nanti demam." Senyum dan tunggu dia bangun. "Eh dik, tak apa. Kalau panas sebegini tak demam." Beberapa minit kemudian selepas ana masuk, dia menyusul. Ajak makan sekali pun tak nak, dia makan di dapur. Isk, ni yang payah ni. Lastly, duduk dengan dia ana cakap.

"Kak... Abi tak suka orang buat kerja tak henti-henti dari pagi sampai la malam. Kena ada masa rehat, kena ada masa untuk makan. Kalau mbak saya yang lama, siang buat kerja contohnya buat kenduri dah penat masak dan mengemas, malam memang abi tak bagi kerja lagi. Abi suruh duduk, tengok TV." :)

Dia tengok je muka ana.

"Iya dik? Owh, maksudnya kalau waktu makan kena makan. Kalau waktu solat, kena solat. Gitu?"

Huhu, faham pun.

"Abi tak sukaaaa kalau buat kerja tak ada rehat." Ana menekankan ayat 'tak suka' dan 'rehat'.

Memang la setiap dari pembantu Indonesia yang datang ada ragamnya tersendiri tapi janganlah terus dihukum mereka, kerana mereka juga manusia. Boleh belajar dari kesilapan. Janganlah diherdik-herdik. Abi selalu tegur kalau adik-adik jerit panggil mbak. Walaupun hakikatnya mbak di luar rumah, abi suruh keluar dan panggil. Jangan jerit-jerit, nanti dia anggap kita fikir dia pekak pula walau hakikatnya memang dia tak dengar. Itulah kelebihan abi, sentiasa memikirkan kebajikan pekerja.

Semalam, masa hantar dia. Macam-macam yang dia cakapkan pada ana, 3 hari sudah cukup untuk dia rasa sangat seronok duduk di rumah kami, Baiti Jannati. Dia rasa disayangi, dihargai dan paling penting dihormati. Dia cakap 'salute' melihat keakraban kami adik-beradik dengan ummi dan abi, majikan-majikannya sebelum ni tidak begini. Ada cerita dan seribu duka yang terpendam di hatinya, wallahua'lam.

Adik pula agak akrab dengan Kak Darma, melayan cerita dan melayan kerenah adik menjadi satu keseronokan pada kak Darma. Ana senyum dalam hati. Moga dia dapat sedikit penawar dari kami sekeluarga sebelum meneruskan perjalanannya yang masih panjang. Sebak dan getar suaranya sangat jelas di kuping telinga ana, tapi ana tak mahu mempengaruhi emosinya. Rezekinya bukan dengan kami, bukan rezeki kami untuk menjadi sebahagian dari hidupnya tetapi insya Allah dia telah pun menjadi sebahagian dari keluarga kami. :)

Moralnya:

Terkadang kita (majikan) terlalu demand dengan pembantu, mengarah dan terus mengarah. Tetapi kita tidak memperdulikan apa yang mereka lalui. Kata orang, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Iya, berbaik dengan sesiapa saja perlu berpada, janganlah hingga menjerumuskan diri kita sendiri dalam kesusahan dunia apatah lagi kesusahan di akhirat. Hargailah setiap manusia yang pernah berjasa kepada kita hatta seorang manusia yang mengatakan kata-kata yang sangat menyakitkan hati kita. Hakikatnya, dengan kata-kata yang amat menyakitkan itulah yang membuatkan kita berfikir dan berusaha menjadi yang lebih baik.

+ Bergedil ku dan Nasi Minyak

Pagi ni ana berjaya menyiapkan bergedil, alhamdulillah. Ummi dah lama suruh buat bergedil tapi tak juga ana buat, bukan susah tapi mim alif lam sin. Huhu. Kerjanya remeh. Tapi, dengan kekuatan semangat dan kejituan (cecece...) kasih sayang buat ummi mucuk-mucuk, ana dan Mahfuzah menyiapkan bergedil daging. Serius cakap, comel macam tuannya. Hik hik hik, sekali ku lihat eh eh eh lagi kecil dari kuih yang jual di kedai. Apa nak buat, tengah rajin. Ngeeee... :)

Pagi tadi, buka page yang di respon oleh Akhi Adnan pada kata-kata ana semalam. Haa... Apa lagi, mula la timbul idea-idea nakal. Ish, entah bila nak berubah ni. Huhuhuhu.

Ana : Bila la agaknya nak makan nasi minyak di Muorrr, nasi minyak di Kuala Nerang pun agaknya bila lah ye...

Akhi : syirah jgn sibuk tanya nasi minyak orang .....kalau belum makan nasi minyak sendiri...tau ...nanti kena soal balik.......kalau dah makan nasi minyak sendirik tu...orang dah takleh nak persoal kat awak balik....skadar ngusik jer....jadi faham2 lah sendrik...hihihihi

Ana : Ngeh Ngeh Ngeh [gelak jahat...]

Baru je beberapa minggu lepas buat nasi minyak, nyum nyum nyum. SOri la tak ajak, len kali insya Allah diajak...

[Untuk menjawab soalan 'paham-paham je la']

Insyirah kan ke budak kecik lagi... ahaks. Ini kene tunggu kakak-kakak punye nasi minyak berhidang baru lah dak kecik leh tolong senduk-sendukkan, tak gitu Pakcik Muhandis? Orang tua-tua kata [orang muda pun kata jugak] jangan langkah bendul. Takut nanti bukan setakat langkah bendul, skali dengan alang, bumbung atap sumer dilangkah sama. Lalalala... Pendek kata, panjang pun kata jugak... Bahagia melihat orang lain bahagia. :)

+ TaZkiRaH [fwd dari Ustaz Faiez]

Imam Ja'far ash-Shadiq berkata: Allah SWT menyembunyikan tiga hal dari tiga hal.

1. Menyembunyikan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya, oleh itu janganlah engkau cela ketaatan itu sekecil apapun, mungkin di situ terletak redha Allah SWT.

2. Menyembunyikan kemarahan-Nya dari kemaksiatan terhadap-Nya, oleh itu janganlah engkau menganggap ringan suatu kemaksiatan sekecil apapun mungkin di situ terletak kemarahan-Nya.

3. Dia menyembunyikan wali-Nya dari sekalian hamba-hamba-Nya, oleh itu janganlah engkau menganggap rendah seorang hamba Allah SWT, mungkin dia adalah wali Allah.

Image Hosted by ImageShack.us

1 leaves:

Kerikkerik 25 March 2009 at 11:15  

hablumminallah...hablumminannas...

ilmu, iman dan taqwa yg bezakan taraf kita di sisi Allah...bukan majikan ke pembantu ke...

simpati dgn nsib mbak tu...smuga Allah rahmati beliau..

=)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO