Sanah Helwa ^_^
Alhamdulillah. Moga hari ini lebih baik dari semalam, insya Allah. Kesihatan abi bertambah baik, alhamdulillah. Moga semakin pulih. Ameen. Insya Allah hari ini selepas ummi balik dari pejabat dan Abang Cik sampai ke rumah, kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung di Utara Semenanjung Malaysia. Pada hari Sabtu (esok) ada kenduri di kampung. Maka, ana akan rehatkan blog ini. Oleh kerana ketiadaan di rumah, maka terpaksalah 'advance' sikit ucapan Sanah Helwa ni. Kira OK la tu, tak la terlalu cepat pun. Hehehe.
[1] Sanah Helwa Achik Teddy
Pada 7 Mac 2009 genaplah umurnya yang ke 26. Sanah Helwa achik! Moga dengan bertambahnya usia akan menambahkan lagi ilmu, iman, taqwa, juga amalan achik. Ameen.
Ya Allah,
Kurniakanlah kepadanya iman yang sempurna, akal yang sejahtera, kesihatan yang baik, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh dan kebaikan buatnya di dunia dan akhirat. Jadikahlah dia hamba Mu yang peroleh kejayaan dunia dan akhirat. Kurniakanlah kepadanya kecintaan Mu melebihi rasa cintanya pada makhluk. Makbulkanlah permintaannya andai ia baik di mata Mu, baik untuk agama, dunia dan akhiratnya. Kurniakanlah kepadanya pasangan yang baik. Matikanlah dia dalam iman dan taqwa kepada Mu. Jadikanlah matinya sebagai tempat berehat dan tidur dari lelah yang panjang selama berada di dunia. Ameen ya Robb.
Achik, nanti kahwin jangan lupa jemput saya yer. Achik nak pakai baju pink ker? Kui kui kui (^_^)
Hadiah buat Achik - Seekor Teddy Bear yang sangat comel sedang berposing maut. Gambar ini dirakamkan semasa ana dan ahlul baeyt window shopping di Ipoh. Sangat terhibur dengan posing teddy bear ni, saiz nya juga sangat besar (lebih kurang besar ana je.) Hampir hilang kawalan diri melihat teddy bear yang besar dan comel ni, macam nak peluk-peluk je. Huhu. Haritu Achik Teddy tanya "Awak tak malu ke dah besar-besar peluk teddy?"
Jawapannya: "Nak malu apa pula. Saya peluk teddy jer. Bukan saya buat dosa apa pun, tak ada asbab patut merasa malu. Patutnya achik tanya pada pasangan bercinta yang berpeluk di khalayak ramai, tanpa akad dan nikah sudah berani berpeluk-peluk begitu. Tak ada sedikit pun rasa malu melakukan maksiat. Inikan pula saya memeluk teddy, bukan maksiat pun. Huhuhu.."
[2] Sanah Helwa Ukhti Habibah; Ukhti Syifa' Mardiyyah
Ana merasa sangat bertuah dipinjamkan Allah seorang sahabat dan juga kakak yang sangat penyayang, berjiwa keibuan, bersifat pemalu. Banyak ilmu yang dapat sepanjang berukhuwwah dengan beliau. Alhamdulillah. Segala ciptaan Allah indah, aturan Nya berhikmah. Alhamdulillah. Semoga ukhuwwah yang terbina ini tiada akhirnya. Moga mati yang bakal kita tempuhi bukanlah pemisah kasih sayang yang terjalin tetapi adalah satu wadah untuk kita bertemu kembali di tempat yang lebih baik di sana. Ameen allahumma ameen.
Ya Allah,
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Engkau Maha Memahami segala yang kami rasai. Rahmat Mu melangit luas, dengan rahmat Mu ya Ilahi kami berteduh kasih di sini mengharapkan redha Mu menaungi persahabatan kami. Dengan rahmat Mu juga hamba memohon, peliharalah Ukhti Syifa' dengan sebaik-baik pemeliharaan Mu kerana ku tahu hanya Engkau yang dapat menjaganya lebih baik dari setiap hamba Mu.
Ya Habibi,
Peliharalah ukhuwwah kami. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa saling ingat mengingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Tunjangkanlah di hati kami dengan iman dan kasih sayang kepada saudara-saudara kami. Makbulkanlah permintaan sahabatku ini, dengan rahmat Mu. Jadikanlah dia orang yang bahagia dan berjaya di dunia ini sebagai srikandi dan di akhirat kelak menjadi bidadari yang menjadi milik seorang mujahideen yang berhempas pulas demi agama Mu. Dengan kemuliaan Mu, perkenankan doa kami... Ameen.
Sanah Helwa ukhti habibah yang ke 24 pada 10 Mac 2009.
Uhibbuki Fillah. Semoga bertemu jodoh yang baik untuk agama, dunia dan akhirat mu. Ameen...
Ya Allah ya Tuhanku,
Jadikanlah kami tergolong dari kalangan hamba-hamba Mu yang "sedikit". Berikanlah kekuatan kepada kami untuk istiqamah dalam deen Mu, peliharalah kami dengan rahmat Mu dan matikanlah kami dengan khusnul khatimah. Istajiba doa ameen. Ameen ya Robbal alameen.
"..Sesungguhnya terlalu sedikit dari kalangan hamba Ku yang bersyukur..." [Surah Saba' ayat ke-13]
Salam Maulidur Rasul.
0 leaves:
Post a Comment