"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 March 2009

* alhamdulillah *

Salam'alaykum whb.

Syukur alhamdulillah.

[1]

Penukaran template dan pelbagai widget berjaya juga dilakukan walaupun hampir hilang idea nak menukarnya bagaimana dan macammana dan rupa menjadi apa. Akhirnya, ana memilih warna pink sebagai tema seperti template yang lama. Template baru ni diambil mungkin designer dari Sepanyol atau Perancis sebab describe pun dalam bahasa yang ana tak faham. Tapi, berjaya juga buat-buat faham dan akhirnya Allah juga yang memberi kefahaman dalam ketidakfahaman bahasa asing itu. Alhamdulillah. Kredit patut diberikan kepada cikgu bahasa Perancis ana walaupun belajar beberapa patah perkataan je. Setiap dari perkataan itu juga merupakan ilmu pada ana. Alhamdulillah. I'm happy using the words even it so difficult to pronounce. Yuhu...!

[2]

Alhamdulillah. Abi hanya masuk wad 1 hari 1 malam. Hari Selasa petang, abi selamat sampai ke rumah. Pak Uteh, Tok, Ummi (Mak Long), Mak Ngah dan Aidit (anak pak uteh) pun datang tidur di sini satu malam. Minta maaf banyak sangat kekurangan. Unplanned. Lawak dengar cerita abi di wad, abi kata boring dan amat melemas lagi menyesakkan perasaan jer selang 4 jam kena ambil darah. Ngeee... Begitulah hidup di hospital, totally bad. Hik hik hik. :)

[3]

Semalam, staff dah tahu abi dah discharge maka selepas Zohor mereka ziarah beramai-ramai. Ana tak terkira pula berapa kali ana masak air, buat air, hidang air. Er... Air je? Sebab ana sendiri dah rasa sakit belakang tapi maintain muka ayu. Mana boleh buat muka tension nanti cepat stress. Hehe. Dari jam 2.40 pm - 4.40 pm bertali arus tetamu datang. Akhirnya, penutup tirai ialah 2 staff yang baru habis shift, 6.30 pm ziarah. Setiap tetamu itu datang dengan membawa rezeki, insya Allah. Satu senyuman dari abi juga rezeki dari Allah. Alhamdulillah.

[4]

Harini, ana perlu menyambung semula kerja-kerja ummi sebelum dateline. Ada lagi beberapa ratus helai kertas yang perlu dihabiskan. Hehe. Teringat pula tawaran dari boss ummi suruh ana apply kerja dengan company yang sedang ummi dan abi kerja sekarang ni, sebab dia tengok ana dah excellent menggunakan system company (lepas ni boleh jadi hecker berjaya... ngeeee) dan hasil kerja ana pun memuaskan hatinya. :) Dalam beratus-ratus kertas yang ana buat, mungkin tercicir 1 atau 2 kertas yang tidak dilunaskan. Yup! Bukan mudah, dan tidak semua pekerja buat dengan komitmen sepenuhnya.

Jawapan ana. "Tak nak! Nanti saya lebih excellent dari achik." :oops:

Haha... Notty girl. Ana takut nanti nak attent semua kursus-kursus penggunaan system company, ana tidur je dalam kursus tanpa rasa bersalah. Because of what? Ana telah pun 'mesra' dengan system ini. Huhuhu... Macammana tak mesra kalau everyday using that system, sometimes ana pula yang menggodek system bila ummi hang. Metaforanya sama seperti Adi Putra, dia dah excellent matematik, sekali masuk darjah 1 belajar basic... Memang la bosan dan amat menekan perasaan. Yup! Ana pun begitu. Nanti tidur je bila kursus, bila orang tanya boleh jawab slumber pula. (Erk, selingan je. Nak buat refleksi diri, meningkatkan semangat setelah kehilangan tenaga semalam. Huhu) :oops:

[5]

Semalam, banyak sangat soalan yang abi tanyakan pada ana. Mulanya hanya sekadar mengisi masa bersama sambil makan ubi rebus yang dimakan bersama kelapa yang digaul dengan garam. Enak sekali. Alhamdulillah. Sambil bercerita gelagat di hospital, berjangkit kepada hal-ehwal adik-adik, akhirnya soalan-soalan cepumas yang kena pada batang hidung sendiri. :oops: Ya Allah, gelabah dah nak jawab. Apapun buat-buat tak tau je, walaupun macam nak terbakar muka dibuatnya. Iya, ana seorang yang cepat gelabah. :gelak:

[6]

Berbalik kepada blog. Hehe. Insya Allah, ana harapkan suasana blog yang lebih simple dan tidak complicated sangat, bila buat survey beberapa blog sahabat lain. Wah, penuh dengan segala macam aksesori. Sangat meriah! Apapun, ini blog ana "suka hati ana la" nak buat macam mana, warna apa. Lalalala... :oops: Banyak sangat aksesori nanti ana sendiri yang pening. So, ana nak blog ini menyenangkan mata dan kepala ana. Kerana, blog ini umpama buku dan bilik ana. Harus dikemas, simple tapi tetap memberi keselesaan. Insya Allah.

Bak kata Achik Teddy: "pink ialah warna global perempuan"

Ha, kan ada juga yang menyokong usaha murni ana. Betul. :) Tidak semua tapi ramai perempuan yang suka warna pink. Tema blog berwarna pink kerana ana seorang perempuan. Hehehe. Alasan apa la ana ni. Got to go, ini saja update dari tuan blog. Ana perlu menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh. Seronok sebab buat kerja-kerja dengan online system tapi hanya di rumah. No need to go to mum or dad's office to access with the system. Alhamdulillah! Thanks God...


Servant of ALLAH
Daughter of parents
Sister of siblings
Heart of someone ~ miss you girls.

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO