+ Happy ScHooL HoLiDay +
Selamat Bercuti Sekolah pada adik-adik yang masih sekolah.
Insya Allah semoga cuti seminggu ada manfaatnya sekurang-kurangnya pada diri sendiri, lebih baik kalau dimanfaatkan untuk agama, ibu bapa, keluarga, masyarakat juga dunia dan akhirat. Masa ibarat emas. Masih ibarat emaskah? Bagi ana, masa ibarat pedang. Kalau kita tak guna ia sebaiknya dengan betul, ia akan memancung kepala kita. Oleh itu, uruslah masa dengan baik. Insya Allah.
+ Cerita Cuti Sekolah
Weekend mengemas bilik, alhamdulillah selesai. Isnin (semalam) pergi ke Ipoh. Harini hampir sepanjang hari ana tidak membenarkan adik-adik menonton TV. Awal pagi ana dah mula mengerah tenaga mereka. Sibuk buat kerja-kerja rumah, sampai tengah hari ana tak sedar rupanya ana tak makan apa-apa pun. Patut lah perut menjerit-jerit, tambahan pula malam semalam sebelum tidur telan ubat dulu. Wah, melimpah-limpah la agaknya jus gaster dalam perut. Hik hik.
Siap kerja-kerja rumah, Mahfuzah request for "Masak Kurma", Fadilah ok jer nothing special. Ayam Masak Kicap (teringin lama dah nak makan api tak de siapa request harini nak masak juga, huhu) dan Ikan Masak Cili untuk Aiman. Cukup! Sayur tak pe, campak-campak dalam kuali dah siap. Hohoho! Alang-alang my both sister tanya nak tolong apa, terus suruh kupas bawang. Kecoh dan bersepah dapur bila 3 orang buat kerja, yang berdua tu sambil buat kerja nak melawak. Cuit sana sikit, cuit sana sikit. Aih, sabar je la.
Sambil tunggu budak-budak bertuah kupas bawang, ana chop ayam. Malam nak buat Chicken Chop. Beberapa hari yang lalu ummi sebut nak makan Chicken Chop, alang-alang tengah kuat ni terus chop ayam. Dapat 7 ketul, alhamdulillah. Budak berdua tu bersembang entah apa butir bicaranya, tak ambil pot sangat pun. Sekali salah seorang darinya menyanyi. Ha, pantang orang tua-tua anak dara menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. Kekekeke... Ana pun cakap la "Uish, jangan nyanyi la kat dapur. Nanti dapat suami tua baru tau." Hakikatnya ana pun tak tahu, tapi bagi ana pantang larang tu sebab orang tua tak nak anak dara nyanyi sambil masak:
[1] Air liur masuk dalam makanan
[2] Tak manis melalak kat dapur
[3] Afdhalnya baca la apa yang lebih baik (e.g selawat)
Wallahua'lam. Ana cakap macam tu sebab nak suruh dia diam je. Hehehe. Sambil tu baru la ambil kisah apa yang dibualkan budak berdua ni. Ana buat muka serius je, biasa la ana kan kakak yang kejam ala-ala mak tiri gitu. Siap Pak Utih kata ana ni Kak Rus. Ha? Memang la haritu macam pelik je tetiba Pak Utih panggil Kak Rus, buat tak tau je la sebab ingatkan Pak Utih mention nama sesiapa (Kak Rus) rupanya dimaksudkan ana ni Kak Rus cerita Upin & Ipin tu. Aih, tak de maknanya. Ana berganda jauh lebih garang dari Kak Rus Upin & Ipin, lalalalala...
Disebabkan kucing dah semakin banyak di luar rumah, dari 1 ekor kemudian mereka bermastautin di sini 4 ekor. Bunyi tak henti-henti, bagi makan pun bunyi juga. Allahuakbar, rasa macam nak geget jer kucing-kucing tu. Geli hati bangat dialog budak berdua ni pasal kucing, dari ana buat muka serius terus tersenyum. Tak boleh tahan wooo...
Mahfuzah : Adik, kita kejar kucing ni nak? Kejar sampai dorang pegi umah kak Lin (jiran).
Fadilah : Akak kejar la, adik malas la.
Mahfuzah : Ala, kita kejar pastu kita tepon kak Lin suruh bagi kucing makan. "Ellow kak Lin, ni tolong bagi kucing makan. Dorang bising la, bunyi tak henti-henti."
Fadilah : Ajuk gaya Kak Lin "Ala, kenapa tak cakap awal-awal, kucing tu dah pegi umah kamu pun."
Ana : (tak buley nak tahan lagi, memang terus senyum. Memang slumber sangat cara dia cakap)
Mahfuzah : Sambung merapu "Laaa... Kak Lin kejar kucing tu datang sini balik ke?"
Fadilah : "Eh tak de la, Arif (anak Kak Lin) yang kejar."
Ana : (buley sewel kalau melayan cerita budak berdua nih, ampunnn!)
+ Baju Bertimbun Tak Lipat
Few days ni hujan dan juga sebab ana merayau ikut abi. Hehehe. Weekend dah penat operate bilik, rasa tak berdaya nak lipat baju. Semalam pergi Ipoh, balik dah penat sangat. Harini nak atau tak nak kena juga habiskan semua baju tu. That's why dari pagi-tengah hari buat kerja non stop. Lepas Zohor memang syahid terus la, rasa lembik sangat. Alhamdulillah, siap juga semua baju yang dah kering dalam lipatan kemas. Teringat lagu Wonderpats, "... Kami tak kuat... Bila kerjasama semua jadi muuudah!" Hehehe.
+ My Chicken Chop
Alhamdulillah. Petang adik-adik dah makan nasi. Malam makan chicken chop saja. Buat sikit French Fries dan potong buah, cukup! Tak larat dah nak buat wedges. Lepas Maghrib terus goreng ayam yang dah diperam dari 11.30 a.m till 8 p.m, nyummy..! Ummi dah siap, terus baca doa makan. Waa... Ummi komen ayam lain macam je rasanya. Hehehe, silap minyak la ummi. Patutnya goreng guna minyak baru, ana pula campur minyak baru + lama, maka rasanya tu pahit la sikit. Tapi lepas topping dengan sos, dah tak rasa pahit pun.
Nota Kaki : Dulu, ana ni punya la tak reti nak masak. Sampai abi kata nak bagi kawen dengan anak raja. So, tak yah masak. Duduk goyang-goyang kaki. Uish, tak mo la! Biar la bukan putera raja asalkan putera agama. Kalau putera raja istananya bak syurga, putera agama insya Allah leh bawa ke istana dalam syurga. Uish, mana lebih untung tu. Hik hik hik. Makanya, sebab tak mau putera raja, kena la polish cooking skills. Hek hek... Malu la ummi pandai masak, anaknya tak reti masak. Jadi sekarang ni ummi bagi arahan je, semua rasa nak masak sendiri. Nanti tak la kekok bila duduk dapur, semua dah hafal dalam kepala. (Entah bila nak salin resepi, malas!)
Moralnya : Jom kita ke dapur!
+ Hikmah Dari Allah s.w.t..
Dalam bergelut dengan percikan emosi dan serpihan rasa yang bertamu di kelopak hati. Alhamdulillah, ana rasa dah jumpa key word bila berdepan dengan situasi ini.
Make other people happy, then you will happy insya Allah when you see the real happy's face.
Kenapa ana rasa happy sangat walaupun teramat penat seharian keep working malah dapat pula mengadap blog dalam keadaan badan yang layu. Fizikal tampak lemah, tapi semangatnya melambung naik. Alhamdulillah. Apa yang ana rasa, apa yang ana dapat hari ini ialah membuat orang lain bahagia. Terutamanya ummi dan abi. Bila tengok ayam, teringat ummi sebut nak makan chicken chop. Ummi sampai rumah, tengok bawah tudung saji 7 ketul chicken chop terus bersinar mata dan mukanya. Subhanallah, bahagianya tat kala itu. Allah saja yang lebih tahu.
TipS bila bersedih: Usaha untuk buat orang lain bahagia, insya Allah kebahagiaan itu akan terasa walaupun hanya tempias pada kita. Sama juga bila berdoa, merasakan doa kita masih tidak makbul walaupun sudah puas berdoa maka doakan orang lain. Insya Allah, bila kita doakan orang lain malaikat turut mengaminkan doa kita. Alhamdulillah. Ana bersyukur, walaupun banyak mehnah yang datang menjenguk pintu hati tetapi Allah sentiasa menjaga ana dan selalu memujuk ana dengan cara dan kehendak Nya. Dikirimkan sahabat-sahabat yang tak jemu-jemu menasihatkan diri ini. Alhamdulillah.
Plan esok nak jalan dengan adik-adik, relief emosi yang berkocak. Eheks. Tapi larat ke aa nak bawa dorang jalan? Khamis pula maybe abi nak pergi Imigresen, kalau di ajaknya ikut sama. Wah, tak dapat dibayangkan tahap kepenatan badan ni. Dilanyak cukup-cukup nanti terus k.o.. Hehe, tak pe la agak-agak malam ni mimpi pergi jalan-jalan, esok dah tak yah jalan lagi. Kih kih kih... Rindu la nak rasa dikelilingi bunga, allahuakbar. Moga Allah memudahkan segala perancangan terdekat supaya teratur dan kemas. Ameen.
1 leaves:
waaa... chicken chop? nak resepiiiii...!!! manje, bagi resepi pizza leh? hehe
Post a Comment