Rawatlah Hatimu
Salam'alayum w.h.b.
Moga kita dikurniakan iman dan kesihatan yang sihat, ameen insya Allah. Jam sudah melewati angka 1.24 a.m di Malaysia. Entah suara hati mana yang akan ana menangkan, antara bicara dan juga berbicara. Ana memilih jalan bersoal jawab dengan Qarin sendiri. Moga Allah melimpahkan rahmat Nya buat kita semua. Ameen.
Malam semakin merangkak pergi, suasana tenang dan damai zahirnya melingkari tubuh. Suhu sejuk malam ditambah dengan kesejukan embunan pagi yang menitis menambahkan lagi kesakitan yang tak seberapa. Hari minggu yang amat melelahkan! Insya Allah, proses mengambil pembantu rumah yang baru membuatkan ana jadi serba salah dengan ummi dan abi. Tak tahu ungkapan apa yang mahu ana ucapkan. "Maaf"? Entah, semuanya di luar kawalan ana sebagai anak, tepatnya sebagai hamba Allah.
Sebelum bibik baru sampai, sebenarnya sudah 9 bulan rumah ini tidak ada pembantu (bibik). Cadangnya tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi, tapi dengan keadaan fizikal ana yang tak berapa mengizinkan pergerakan, maka ummi buat keputusan untuk mengambil bibik baru. Maka, minggu ini kami supergirls geng membuat beberapa perubahan dalam rumah. Menukar bilik! Disebabkan 2 anak teruna dah keluar dari rumah (bukan lari dari rumah, eheks) maka tinggal seorang je jejaka harapan keluarga. Kami pun (girls) dengan kejamnya 'menghalau' jejaka harapan keluarga ke bilik lama ana. Dan kami (girls) 'pecah masuk' dalam bilik anak-anak teruna. Ha! Bilik sang lelaki? Ampunnn... Tak semena-mena ana menjadi seorang yang buat lawak tak henti-henti.
"Ummi, kalau macam ni la bilik orang laki... Tak mo kawin la. Penat nak mengemas... Ada ke patut... bla bla bla"
Membebel pula ana dalam bilik, uwargh! Sangat memenatkan.
"Ummi, baju ni nak simpan ke nak bagi pada orang?"
Amboi, slumbe nya soalan ana. Padahal baju elok lagi, mau tak hangin kalau baju-baju tu semuanya 'menghuni' bawah katil. Boleh dikatakan full bawah katil double dalam bilik tu dengan pelbagai khazanah mereka. Dengan jayanya kami clearkan semuanya. Kih kih kih. Ada yang masuk tong sampah, ada yang donate, ada yang ummi basuh semula. Kemudian ambil pula buku-buku dan baju-baju ana masuk dalam bilik (baru...ehem ehem) entah berapa kali sit-up sampai rasa bengkok dah belakang ana ni. Orang kuat kononnya.
Bangun pagi Ahad yang hening, allahuakbar sakit sungguh belakang hingga badan pun demam tapi tak lah panas mana pun. Tapi sambung juga sesi mengemas bilik yang rupanya macam kapal pecah. Eh salah, kapal diserang lanun. Huhu. Lastly, duduk diam-diam dan melipat kain-kain yang dilonggok-longgok. Rasa macam nak cakap jer "Lelong.. Lelong.." tapi tak jadi sebab dulu penah buat macam tu, sekali ummi sambung cakap "Lelong baju semua RM10 tapi kalau nak ambil tuannya sekali kira RM5 je la, discount hebat.. Mari.. Mari" Erk? Sebelum ana buat ummi sengal, baik ana behave. Hik hik.
Finally, jam 6.30 pm pada hari Ahad setelah 2 hari melakukan proses pengubahsuaian dan perpindahan bilik. Ana terus meluruskan badan, terasa nak terus terbang ke hospital dan menikmati kepanasan larva dari oven. Rasanya badan ku sudah langsung tidak dapat diluruskan. Solat Maghrib, abi menunggu anak-anak perempuan bersiap (pakai telekung pun lambat tul bebudak nih). Ana tak larat nak tunggu... Haha, sesi mengenakan abi "Ohhh ummi, cepat la. Nanti orang jadi imam lak kang. Tak larat berdiri dah ni." Memang kami adik beradik termasuk la ummi & abi kalau bab 'mengena' ni memang arif sangat. Dan dengan slumber je abi jawab, "Ha, ummi nye pun kalau tak larat berdiri solat je la atas kerusi" sambil ambil kerusi letak betul-betul depan ana. Allahuakbar, kena lagi!
Finally, jadi lah kakak si bongkok 3. Terasa ketar-ketar lak bila sakitnya 'menjalar' ke tulang peha dan mula 'menyerang' sendi-sendi lutut. Kaki mula bengkak. Harap sangat esok lepas fisio kesakitan tak terus menapak ke tapak kaki seperti haritu. Tak dapat nak bayangkan kalau sekali lagi kaki langsung tak dapat digerakkan. Allah Maha Berkuasa, moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buat hamba Nya.
Alhamdulillah. Sebenarnya, sesi mengemas dan berhijrah bilik ni adalah salah satu terapi buat hati ku yang sedang rawan. Bila buat kerja dan menyibukkan diri dan mengelakkan otak dari berfikir apa yang sedang melanda hati, maka tidaklah hati ni terlalu merebak parahnya. Alhamdulillah. 2 hari selepas dimotivasikan oleh cikgu, ana lebih cool. Malah tak rasa nak fikir lagi apa yang sedang berlaku. Cuma, ana rasakan berdiam diri adalah langkah yang terbaik.
Salah satu cara merawat hati adalah dengan menatap gambar bayi. Hehe, maka ana menatap wajah Aqef Haikal yang sempat diambil. Walla, hensem bangat! Sambil mengimbau gambar-gambar di Mekah dan Madinah, ya Allah sebak pula hati ni. Rinduuuuuu sangat! Salah satu gambar kegemaran adalah pose ana di depan Raudhah pada tahun 2006. Kubah hijau pada Masjid Nabawi membuat hati ini meronta-ronta ingin terbang ke sana. Moga Allah perkenankan lagi ziarah ke sana.
Membodek abi untuk support ana ke Syria. Hip hippp hooray! Nampaknya dah ada greenlight, ahaks! Alang-alang ke Syria terus menerjah je Jordan dan meniti ke Ardhul Kinanah (Mesir) opss... Ye ke rancangannya macam ni? Ada la tuh orang yang senyum depan pc. Lalalala... Tour ke Bumi Ambiya', insya Allah ana sendiri sedang berusaha untuk mengumpul dana dan nanti boleh lah abi top-up sedikit. Dan kata-kata Babah haritu segar membugar dalam kotak fikiran:
"Insya Allah, ukhti akan sampai ke Mesir."
Ameen allahumma ameen. Hik hik... Semacam terkejut dengan kata-kata itu, haaa... Satu doa. Dari orang yang soleh. Moga Allah perkenankan! Ana tak tahu apa 'tarikan' di Mesir, tapi sejak di bangku sekolah rendah lagi ana selalu cakap pada ustazah "Saya nak ke Mesir!" barangkali kerana ustazah masa tu masih menuntut di Al-Azhar, kemudian bila masuk sekolah menengah pun tetap berazam "Saya nak ke Mesir" bila selalu dengar cerita Ustaz Syukri yang juga bekas pelajar Al-Azhar berceloteh tentang Mesir.
Bila nak sampai? Allah lebih tahu. Tapi selalu diungkapkan... Moga jadi kenyataan. Insya Allah.
Selalu ana tersenyum dengan kata-kata sahabat "Mesir ni macam-macam boleh dapat, pilih lah nak ambil tinggalan Musa a.s. mahupun Firaun."
Rawatlah hati mu wahai Insyirah. Setiap yang berlaku ada warna untuk menjadi ceria, ada titik yang menjadi penghubung, ada garisan yang menjadi pemisah. Setiap aturan Tuhan ada hikmah, usah ditangiskan apa yang bukan milik Mu.
Menjenguk kalam demi kalam yang pernah ana tintakan, malunyaaaa! Tulisan yang entah apa-apa tapi ada seseorang yang membaca secara maraton dari Maghrib - Subuh esoknya tanpa tidur! Hanya berhenti seketika untuk solat dan beberapa keperluan lain. Ya Allah, moga kalam ku ada manfaatnya. Dan tak semena-mena rindu pada seorang teman yang sudah lama kembali pada Tuhan, Pemilik insan... Arwah Akhi Afnan Imtiaz. Al-fatihah.
2 leaves:
salamun a'laik..
seronok bc blog ni...nk senyum pun ada...gelihati pun ada..
dan mmpu buatkn ana berfikir ttg hidup ni, ttg parents...
keep up ur good work..=)
wa'alaikumussalam whb ukhti Nurul Muslimah. Syukran. Moga ada manfaat buat kita semua. Lumrah kita dalam keluarga, insya Allah mengekalkan keluarga yang sakinah dan mawaddah. Ameen. =)
Syukran ziarah. Salam ukhuwwah.
Post a Comment