Hijab Yang Terhijab
Salam Maulud Nabi.
Sollu 'alan Nabi.
Subhanallah. Tak tahu ayat apa yang mahu dimulakan. Banyak perkara yang sedang menari-nari di ruang kotak memori, banyak perkara yang sedang diusahakan untuk difikirkan seminima yang mampu. Tapi tak juga mampu untuk mengoyak sejarah lipatan semalam. Akhirnya, diam dan berfikir. Mudah-mudahan dengan bantuan Allah, akan memudahkan segala kekusutan yang mengusutkan kotak fikiran.
Man ana?
Hamba Allah yang selalu lalai dengan nikmat-nikmat dunia pinjaman Nya. Seorang yang selalu memungkiri janji dengan Tuhannya, seorang yang tidak menepati janji pada Tuhannya. Taubat yang sering ku mungkiri, astaghfirullah hal azhim.
Blog?
Satu perasaan yang membuak-buak ingin dilepaskan segera. Rasa macam virus chikungunya yang menyerang segenap saraf! (Lebih-lebih lak metafora ana nih) Awalnya, niat membuka blog hanya sekadar berceloteh di sesawang. Sengaja membuka ruang yang lebih 'privasi' untuk cerita sendiri, pautan dan tazkirah untuk diri sendiri. 'Malangnya' tidak berjaya. Bilangan tetamu yang selalu berkunjung membuatkan ana kecut perut. Ya Allah...
Updated!
::: SeiNDaH MaWaR BeRDuRi ::: mencatat 137, 492 bilangan views.
al-wardah as-syaukiyyah mencatat 54, 980 bilangan views.
Allahuakbar. Merasakan sangat sukar dan tidak wajar menconteng perihal peribadi di sana, maka ruangan blog adalah alternatif untuk berceloteh pada teman-teman akrab. Bak kata Mak Cik Hafiza tempoh hari "macam catatan peribadi..." Konon, itulah niat asalnya. Tetapi, melihat kepada bilangan tetamu yang berziarah (syukran!) hati ana berdetak detik sendiri. Tak kan nak mengarut juga kot, seolah-olah ana tidak menghargai mereka yang berziarah.
Menulis Bukan Kerana Nama.
Syukran wa jazakumullah khairan katsira pada adik-adikku yang setia berkunjung, Azmah, Fauzani, Sis Muslimah, Ummu Uwais n geng (banyak sangat nak menaip), Sis Otai MAP, achik teddy, Pakcik Kasha, Makcik Fiza, sahabiah akhi Azizul (ukhti Nisa', Nazwa dan Juliza) dan semua yang selalu berkunjung. Ana perlu fikirkan sesuatu agar ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama untuk semua.
Faqir.
Teringatkan bualan Pakcik pada abi tempoh hari;
"Siapa wardah syaikah tu, adik-adik makcik ramai yang bertanya. Ingatkan siapa rupanya anak saudara pakcik, ingat ustazah mana la..."
Huh! Sudah... Menulis hanya lapangan dari kerja ana. Menulis bukan kerana nama. Ana tak salahkan sesiapa, mungkin salah diri sendiri. Mungkin juga tetamu yang berkunjung mendapat link blog dari MuslimPage kelolaan Saudara Kamal Zharif.
Ana tak mahu tetamu menjangkakan sesuatu yang terlalu islamic. Huk huk... Kerana ana sudah punya Al-Wardah As-Syaukiyyah, Tarbiyyah Si Kecil, Coretan Kembara Iman untuk melepaskan falsafah-falsafah hidup, tazkirah dan sebagainya. Ana tak mahu tetamu menjangkakan sesuatu yang sempurna kerana ana hanya mahu blog menjadi ringan dan santai. Kerana ana juga bukan seorang ustazah, jauh sekali seorang ustaz (ngeeeee...)
Syukran sekali lagi pada mereka yang setia menjenguk blog ana..!
InsyaAllah, barangkali ini adalah 'signal' dari Rabbul Izzati agar menggunakan bakat yang ada untuk sesuatu yang lebih berfaedah daripada ana merapu-rapu dan menyengalkan diri sendiri. Perlukah ana membuat blog ke-2 sebagai alternatif dan juga privasi cerita peribadi? Uwaaaa... Ana tak rasa punya masa yang terlalu banyak untuk dihabiskan di depan komputer. Dalam masa yang sama ana perlu mengemas kini 'rumah-rumah' ana yang lain. Ana punya prinsip hidup apabila telah membuka/menyertai mana-mana rumah, itu bermaksud ana meletakkan diri ana sebahagian dari komuniti dan tanggungjawab ana untuk bersama perlu ana lunasi.
Ha... Barangkali bagi orang lain ana terlalu "sempit" dan menyempitkan pemikiran. Biarlah! Itu prinsip ana. Mungkin ada orang yang suka sangat "join" tapi tak pula memberikan input. Prinsip hidup yang perlu ana pegang "take inside come to outside" pentarbiyyahan perlu dari diri sendiri. Corak pemikiran perlu diselarikan dengan al-Quran dan Sunnah. Menulis dan bercakap hampir semua manusia mampu tapi tidak semuanya menghadam apa yang ditulis. Luarannya begitu islamic, tetapi bila sendirian.. Tuhan lebih tahu.
Sedih ana mengikuti kisah-kisah manusia songsang hidupnya. Terkadang lemas dalam dunia berfikir. Walaupun ada kala diriku seakan di cop syadid (ohh tidak) ana bukanlah seorang yang syadid malah kadang kala malu pada diri sendiri yang teramat suka menyengalkan orang lain. Senyum lebar ana dengan pertanyaan ukhti Azmah haritu, "Kak, kalau dah kahwin tak boleh lagi Azmah nak tengok muka akak yang comel tu." Hahaha... Tak payah risau lah dik, Uwais kan kecil lagi.
Jangan Salah Faham.
Geli hati pula ana dengan soalan demi soalan; "ukhti dah kahwin?", "ukhti nak kahwin?" Hish, orang yang dah kahwin je boleh memberi nasihat dalam hal ehwal perkahwinan, ana hanya berbicara dari segi psikologi perkahwinan, bukan dari segi praktikal. Itulah yang bertambah satu lagi yang difikirkan..! Bercakap tanpa pengalaman, moga-moga apa yang ditulis akan menjadi nasihat buat diri sendiri. Insya Allah.
... Menulis bukan kerana nama, menulis mencari makna
... Life is changing, life never be the same
Ana RINDU sangat pada seraut wajah bersih. Aqef Haikal... Waduh, nanti lah masukkan gambar-gambarnya dalam blog. Insya Allah. Miss you.
4 leaves:
salam kak syirah,
hehe ni mesti kes haritu, ngamuk orang panggil ustazah. betul la tu kak, ustazah syirah! :)
salam'alaik..salam maulud nabi buat si harum mawar.. =)
kesempatan yang ade xkan ana lepaskan utk menitip bait2 nukilan ukhti di blog..ana sukeeeee bangat..da leh jadi hiburan sampingan membaca nukilan anti yang santai..hee~~
teruskan wadah perjuangan melalui kata hati berpandukan Al-Quran..
~~rindu berkekalan~~
wa'alaikumussalam whb.
Nur: Mana ada ngamuk la sayang, tension jer. Uwaaaa... :'(
Maruko: Sayang, book fair ni ada nak pegi tak? Ehem-ehem, macam best jer. Hehehe.. Bulan 4. Kak Syifa' dah semangat ajak ana. Kak Tiqa pun ajak pegi umah sewa dia gak, nak ajak dating kat surau =P
InsyaAllah ana pegi klu xde ape2 halangan..ana xpenah pg sbnrnye tau..huk3..kali ni nak pg jgk..kekeke..
nnti da ade tarikhnye kite plan cmne yerk..muahx! =p klu sume dpt pegi..leh wat usrah..ana da 'kehausan ' majlis ilmu..huk3.. :(
Post a Comment