"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

04 July 2008

Uhibbu ya Ummi wa Abi

~My Beloved Parents~

Ana termenung memikirkan ayat yang paling sesuai dan berhikmah bagi menjawab pertanyaan adik. Pening nak memahamkan dia tentang apa yang berlaku, hakikatnya dia perlu difahamkan agar tak terus-terusan tertanya. Ana tersenyum panjang dengan soalannya, telinganya agak tajam dengan persekitaran, selalu buat ana jadi lebih berhati-hati sebelum dan semasa bercakap. Kadang-kadang tak sabar juga dengan kerenahnya yang memenatkan. Allahuakbar, selalu buatkan ana pening nak mencari ayat yang sesuai.

Kenapa kat dalam rumah pun kene pakai tudung?

Kalau diterangkan dengan hukum seperti yang diterangkan pada akhawat, mau pening kepala adikku yang sorang tu. Sepupu dari Kedah datang rumah, jadi ana pakai tudung dalam rumah. Nampak pelik pula pada budak kecil ni, walaupun selalu ana bertudung dalam rumah. Agaknya dah lama tak nampak ana pakai tudung dalam rumah, bila sepupu datang dari kampung, pelik jadinya. Hoho siap tanya tak susah ke nak buat kerja bila pakai tudung. Hehehe, tak ada apa yang susah sayang, Allah mudahkan segalanya.

Pertanyaan adik mengingatkan ana pada perjumpaan tahunan keluarga yang lalu, buat di Port Dickson. Makanya, memang bersantai sungguh! Dah nama pun Family Gathering, takkan ana nak duduk dalam bilik sokmo. Ikut juga la yang lain turun ke swimming pool, tapi tak de la ana terjun sekali. Hanya tolong meramaikan je sekitar kawasan pool, ana decided caj laptop sepenuhnya dan online (wireless) di lobi hotel, sebelah dengan pool. Sepupu, makcik, pakcik, abang-abang dan adik semuanya terjun dalam swimming pool. Ana menjaga sepupu-sepupu yang kecil di pool budak. Dipelawa sekali lagi...

Jom lah terjun, bukannya orang kenal pun kalau kita mandi kat sini. Don’t worry!

Ana hanya menyambut pelawaan dengan senyuman. Jauh di sudut hati, agak terasa dengan ayat tersebut. Ana banyak bersantai tepi laut membawa perasaan, dalam diam terasa keagungan Allah, betapa indah percaturan Nya walaupun memendam rasa meremukkan hati dengan pelbagai ujian yang hadir tapi semuanya tak lain adalah rahmat Allah yang sentiasa ingin ana dekati Nya dan meluahkan bicara pada Nya. Sendu dan tangis berlagu kala sendiri... Duhai Tuhan, sukarnya melentur peribadi solehah. Sukarnya mentarbiyah hati menjadi seorang yang solehah pada kalam dan perbuatan.

Ana teringatkan sms dari ukhti Atiqah: Allah sayangkan seseorang, Allah bagi IMAN. Allah lebih sayangkan seseorang, Allah bagi kekuatan dalam mengamalkan SYARIAT. Allah tersangat sayangkan seseorang, Allah bagi UJIAN dalam menegakkan urusan agama. Sedaya-upaya merasai kelazatan dalam perjuangan ini. Ya! Menjadi wanita solehah itu tidak mudah, onak melata sepanjang perjalanan tapi jangan lupa kita masih punya Allah Yang Maha Penyayang yang sentiasa memujuk kita dengan cara dan kehendak Nya. Subhanallah.

Memanglah masuk dalam pool (hotel tu) tak diwajibkan swimming suit (nauzubillah), Mak Uda menyarankan ana memakai t-shirt dan seluar hitam, jadi tak lah ketara sangat. Ana tetap dengan keputusan ana: TIDAK! Tidak adalah tidak. Walaupun serba hitam, kalau keluar dari air nanti, tetap juga menampakkan perhiasan yang tak sepatutnya dinampakkan. Islam tak menghalang umatnya bersuka ria tapi bukan dengan cara ini. Islam ada caranya yang lebih menjaga pandangan lelaki juga menjaga maruah seorang muslimah! Jangan kita jatuhkan maruah kita setelah Allah mengangkat martabat kita disisi Nya. Betapa malunya di depan Allah, seusai solat seringkali mengangkat tangan bermunajat pada Nya...

Ya Allah, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mencintaiku sewaktu aku masih kecil. Redhakanlah mereka, berkatilah umur mereka, rezekikan mereka dengan rezeki yang halal, bahagiakanlah kedua mereka di dunia dan akhirat dan janganlah Engkau bebankan mereka apa yang tak sanggup mereka hadapi. Jauhkan mereka dari fitnah dunia, azab kubur, kehinaan di akhirat jauh sekali fitnah dajjal. Ya Rabbi, muliakanlah mereka sebagaimana Engkau memuliakan hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Khaliq, berilah hati ini pada hamba yang mencintai Mu sebagaimana cinta ku kepada Mu. Sesungguhnya, Engkaulah Pemilik hati ini. Jangan pesongkan hati ini setelah Kau campakkan hidayah dan petunjuk, jauhkanlah diriku dari menjadi asbab kelalaian mujahid Mu.

Tat kala berlinangan air mata bila dahi mencecah sejadah. Seakan semuanya hilang sekelip mata apabila dihidangkan dengan keseronokan dunia! Astaghfirullah hal azhim. Bagaimanalah ingin mendambakan seorang lelaki yang SOLEH sebagai pendamping hidup dunia akhirat andai peribadi sendiri tidak menjamin mampu menjadi penyejuk mata dan penawar hati seorang lelaki yang sah untuk dicintai hanya kerana mengharap redha Ilahi. Bagaimanalah ingin diluahkan cinta membara buat ayah bonda andai DENGAN SENGAJA mencampakkan mereka ke dalam api neraka. Bagaimanalah ingin membalas jasa dan mengabdikan diri buat ibu bapa andai kita mengaibkan mereka? Ya Rabbi, bantulah kami dalam mencari Mu kala diri dihanyut dengan keseronokan dunia.

Entah kenapa air mata terlalu mudah mengalir. Betapa ramai anak-anak bertuah yang mempunyai ayah yang SOLEH dan beramal soleh serta berbuat baik dengan ahlul bait. Tapi, betapa ramai anak-anak dengan sengaja mencampakkan ayah mereka ke dalam lautan api neraka. Benarkah mereka menyayangi ibu ayah mereka? Ana bermuhasabah sendiri... Sayangkah ana pada umi wa abi andai dengan akhlaq ana yang sengaja mencampakkan mereka ke dalam jilatan api Jahannam yang sangat-sangat panas. Hatta neraka-neraka di sekelilingnya menjerit kepanasan tat kala neraka Jahannam bernafas, inikan pula kita dengan sengaja mencampakkan kedua insan yang bertanggungjawab melahirkan kita ke dalamnya. Nauzubillah!

Kala seorang demi seorang mempelawa ana untuk menikmati kesegaran air dalam pool, ana lebih rela bermain pasir di tepi pantai. Sunyi... Berfikir dan muhasabah diri, ingin sekali bermeditasi tapi tak ada kekuatan melakukan seorang diri. Silap hari bulan, sedar-sedar dah duduk tempat lain... Huhu. Nanti abi dah tak de geng nak gaduh, sian kat abi. Ana buka laptop, bait demi bait ayat lahir, hanya lukisan dari perasaan yang terpendam. Kata abi, ana mewarisi minat umi dalam menulis puisi dan berkarya. Nampak kayu lama, hampir reput... Diukir atas pasir INSYIRAH LOVE UMI WA ABI SO MUCH! Tapi tak puas hati... Ana berjalan ke gigi air, kuyup stoking terus diketawakan mbak. [rindu mbak sangat-sangat!]

INSYIRAH LoVe uMi aBi 4 – eVeR... Dalam hati ingin sekali dijeritkan sekuat-kuatnya ke segenap alam betapa ana sayangkan umi dan abi. Betapa mereka telah sedaya upaya mendidik kami adik beradik dengan SEMPURNA. Hanya kami yang selalu leka dengan nikmat dunia, hanyut di bawa arus fatamorgana. Kali ini, ana puas hati. Ukiran tersebut hilang apabila ombak menghempas pantai. Terasa seolah-olah derasnya ombak membawa lukisan hati, menyebarkan ke seluruh DUNIA. Sang air, khabarkan kepada dunia betapa aku cinta umi dan abi. Sang bayu, khabarkan pada seluruh hidupan betapa aku sayang umi dan abi.

Bila ditanya adik yang bingung dengan ana, bertudung di dalam rumah. Ingin sekali ana memberinya jawapan yang akan membuatkan dia selamanya merasa bahawa jawapan ini adalah jawapan tersangat bererti selagi jantungnya berdegup dan selagi dia dapat menghirup udara.

Akak pakai tudung sebab akak sayang abi dan umi. Sayangggg sangat-sangat!

Iya, memang dia bingung. Cara dia merenung ana, membuktikan bahawa dia tersangat bingung. Seakan tidak menjawab soalan, bahkan seolah langsung tersasar dari apa yang diinginkan. Apa kaitan sayang umi wa abi dengan bertudung?

Sedarilah adikku sayang, bila masa berputar dan engkau semakin dewasa, engkau kan fahami apa yang berlaku. Betapa sukarnya menjadi seorang muslimah yang berhajatkan peribadi solehah lantaran terlalu ramai orang mempersoalkannya. Namun, tautan hati yang sangat menyayangi umi dan abi, tidak sesekali terlintas untuk mencampakkan mereka ke dalam api neraka. Betapa sungguh hati ini mengharapkan pendamping hidup yang soleh, maka akan diteruskan perjuangan ini walau seramai mana sekalipun orang mempersoalkannya! Selagi Allah bersama, kalamullah bergema, hamdalah sentiasa mengiringi di hati.

Siapalah diriku mendambakan lelaki yang soleh andai tidak berusaha mencorak peribadi solehah, tidak membentuk akhlaq quran tetapi berhajat untuk melahirkan generasi quran. Sayangkah diriku pada dua insan mulia bergelar ibu bapa andai saling berbantah-bantah di hadapan Tuhan tat kala padang mahsyar membahang sejengkal di bawah terik matahari. Ya Rabbi, kurniakanlah kecintaan kami pada kedua ibu bapa kami sehingga kami berjaya mencorak peribadi solehah sebagaimana Engkau meredhai dan membahagiakan seorang ayah yang telah mati di alam kubur dek kerana taatnya seorang anak kepada si suami. Berikanlah kekuatan itu kepada kami... amin allahumma amin. Uhibbu ya UMMU wa ABU AIMAN.


Image Hosted by ImageShack.us

1 leaves:

Anonymous,  9 May 2010 at 12:30  

salam ukhuwah..saya menyalin doa kamu buat ibu kamu...untuk dipost di blog...terima kaseh ya...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO