"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 July 2008

Demi Nafas Ini



Salam rejab buat sahabat-sahabat, moga persediaan menghadapi kembara syaaban dan pesta ibadah di bulan ramadhan semakin meriah. Insya Allah. Harapan dan doa moga kalian subur iman dan amal dalam perjuangan masing-masing.

Penulis dipinta seorang sahabat untuk bercerita "tentang ana" khas buatnya, dan umum buat semua sahabat. Terlalu berat untuk menukilkan rentetan perjalan hidup seorang pengembara dhaif lagi hina di pandangan Nya, namun mengenangkan permintaan terakhir sahabat, penulis sedaya upaya menunaikannya.

Nikmat Yang Selalu Dilupakan

Jarang kita bersyukur, malah sedih lagi tragis bila kufur dengan nikmat Nya. Nauzubillah. Diingatkan diri yang alpa, segala yang ada pada kita adalah miliknya, maka semuanya adalah pinjaman sementara. Apa saja milik kita adalah milik Nya. Maka, anytime kita akan hilang apa yang kita miliki. Oleh itu, sentiasa lah bersyukur, berfikir dan merenung apa saja yang kita ada, semuanya pinjaman. Hatta nyawa kita juga adalah milik Allah s.w.t..

Antara nikmat yang Allah pinjamkan ialah nikmat bernafas, ramai yang tidak sedar sedang bernafas dengan pinjaman Allah ini. Tak terhitung rasanya dengan segala nikmat yang Allah beri. Bersyukur kerana sering diingatkan Allah betapa kita hanya musafir, bukan penduduk tetap bumi Allah. Alhamdulillah.

Dalam usia yang menjangkau ke angka 19. Pasti pelik bila anda diajar bagaimana untuk bernafas. Sejak keluar dari rahim bonda, tiada seorang makhluk Allah pun yang diajar bagaimana bernafas. Subhanallah, menangis juga tidak di ajar. Malah ia adalah perkara pertama yang dilakukan apabila lahir ke dunia. Kesimpulannya, bernafas dan menangis tidak perlu di ajar. (Jadi jangan mempersoalkan kenapa air mata ini sering merembes keluar)

Nikmat, anugerah dan ujian Nya datang silih berganti. Yang penting bagaimana untuk mengungkapkan rasa syukur pada al-Khaliq. Penulis sedih melihat saudara se-agama yang semakin terpesong aqidah. Makin ditelek majalah Mastika keluaran Julai, makin sayu hati. Tidak takut mati atau tidak takut dengan azab Allah? Merasa sering-sering "diintai" seksanya mati, terasa separuh nyawa membaca kenyataan demi kenyataan mereka. Astaghfirullah hal azhim.

Terlalu banyak perkara (masalah) yang di bangkitkan. Ketidak adilan Tuhan dan sebagainya. Astaghfirullah hal azhim. Sedangkan apa yang sudah diberi langsung tidak disyukuri malah kufur. Nauzubillah. "Tentang Ana" adalah kisah yang berlaku di sekeliling penulis, rentetan perjalan seorang musafir di bumi Allah.

Ingatan kembali pada peristiwa lalu, di ajar bagaimana untuk bernafas. Disuruh bernafas mengikut rentak yang di ajar. Di baring, di letak, di iring berbagai posisi untuk mencari kaedah yang memudahkan seseorang bernafas. Pelik bukan? Di ajar bagaimana bernafas! Mungkin kita pernah dengar/baca kaedah bernafas tertentu untuk menenangkan diri tapi berbeza dengan kaedah pernafasan yang diajar kepada penulis malah kaedah ini kalau di amalkan kepada mereka yang mempunyai fisio biologi yang baik akan berubah menjadi abnormal. Wallahutaala `alam.

Apabila Rejab, Syaaban dan Ramadhan menghampiri maka datanglah hadiah-hadiah istimewa dari Rabbul Izzati. Alhamdulillah, tanda ingatan Pencipta pada si hamba yang sering alpa.

"Tentang Ana"

"Ana" bukanlah insan istimewa apatah lagi orang yang penting, hanya insan biasa yang "istimewa" kerana sering dihadiahkan pelbagai anugerah Tuhan. Alhamdulillah. Merasa begitu terseksanya menghadapi mati (belum mati lagi tuh), terasa hidup ini tiada yang lebih bererti melainkan 2 jasad istimewa: ummi wa abi. Seandainya sahabat seusia dengan penuh kegembiraan dan menikmati keindahan alam remaja, dengan senang "ana" membesar dalam ruang lingkup sederhana. Bila sahabat bercerita tentang pentingnya seorang teman, hanya mampu membayangkan situasi itu. Bagaimana dikelilingi sahabat? Mungkin penulis di kelilingi ahli bait, maka tertanam di hati "Family first, friends comes second".

Bukan lah terkongkong atau dikongkong, tapi kesederhanaan ini yang sering di jaga. Wanita tempatnya di rumah. Ayat ni memujuk penulis. Memujuk untuk mencari kesederhanaan. Cukup untuk tidak menyusahkan orang lain, kerana setiap yang cuba merapati paling tidak pasti akan tempias disusahkan secara tidak sengaja.

Rejab menjengah, rindu... gembira semuanya bertaut, sebenarnya penulis lebih rindukan "jemputan Allah", apakah pula tarbiyyah Rejab dari Nya tahun ini? Apakah semanis tahun lalu? Alhamdulillah, walaupun tidak sehebat tahun lalu namun masih ada kemanisannya, jauhhhhhh lebih indah dan lazat dari segalanya.

"Abi, tolong ambil oksigen. I really need it now."

Hanya itu sms yang sempat dihantar setelah merasa seluruh tubuh kebas. (eh... mati tu sakit mcm mana ye, ada kebas-kebas dulu ke?) Bila abi tiba di rumah, badan langsung tak bergerak. (lumpuh pula ke? Eh x de la, acah je) Immediately nurse sampai rumah dengan oksigen & ambulans pula berkuasa extra turbo terus ke hospital. Badan dah biru, nak fikir apa lagi. Selalu ingatkan pada ahli bait dan sahabat-sahabat, kalau dah biru jangan di ajar bernafas, ajarlah kalimah "Lailaha illallah" kan lagi sedap bunyinya.

Ianya berulang kembali... Demi satu nafas untuk teruskan degupan jantung, rasa seperti pejuang di medan perang walaupun tanpa senjata yang canggih apatah lagi kelengkapan askar yang hebat. Demi meneruskan jantung berdegup dalam irama yang tidak seindah nada lagu, hanya ungkapan "Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar" and everything just smooth like nothing. Sakitnya menghadapi perpisahan antara nafas dengan nafas seterusnya, andai tersasar posisi dan cara nafas yang di ajar, tiadalah degupan seterusnya.

Penulis teringat insiden di bilik kecemasan sebuah hospital kerajaan yang hampir semua staff di wad kecemasan kenal dengan penulis. Lalala... Mengecohkan staff yang bertugas, di ajar bernafas... Ingat lagi ayat good looking doctor, memang cun habis la doctor ni. Hehehe... "Dik, nafas dik. Macam ni... Macam ni." Sambil doktor meletakkan posisi badan dalam keadaan tertentu. Dalam hati nak tergelak walaupun air mata sebaldi dah keluar. Sakitttttt... Sakittttttt sangat-sangat melepaskan nafas, bertambah sakit untuk mengharapkan nafas seterusnya.

Setelah menghembuskan nafas, adakah masih ada peluang untuk nafas seterusnya? Inilah persoalan yang sering penulis tanyakan pada diri yang alpa, hati yang berkarat mazmumah juga iman yang sering terumbang ambing. Bagaimana merasai sakitnya sakaratul maut? Andai punya jawapan, pasti tidak lagi pena ini menari kerana sudah pastilah jasad ini selamat di liang lahad.



Islam Nyawa Kita

Nikmat Islam yang kita rasai hari ini adalah dari pengorbanan nyawa para syuhada, darah mereka menitis untuk kita merasai nikmatnya iman, harta mereka habis untuk agama agar kita mampu hidup dalam cahaya Islam. Tanpa pengorbanan mereka, mungkin kita tidak dapat merasai manisnya iman dan sedarilah apakah zuriat keturunan kita nanti masih dapat merasai kemanisan iman dan Islam andai fikiran, jiwa dan fokus kehidupan kita hanya DUNIA? Jangan kerana kedangkalan akal kita dalam meniti kehidupan akan mengakibatkan zuriat keturunan hilang pedoman.

Kembalilah wahai mujahidin harapan ummah, bangkitlah wahai pejuang yang gagah, bangunlah dari lena yang panjang wahai saudaraku, ayuh! Kita gegarkan dunia dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH! Andai para saintis menafsirkan gerak balas bio-kimia dalam badan kita hanya membolehkan organ-organ berfungsi dan jantung berdegup hanya untuk beberapa bulan, maka jalanilah bulan-bulan itu sebagai detik yang terpanjang dalam sejarah hidupmu. In Islam, there is NO words for give up or hands up. You only have 2 choice; win as mujahid or die as syahid..!

Penulis teringat motivasi yang dianjurkan Doktor Tengku Asmadi dengan laungan "Bangkit Islam Bangkit". Apakah masih kedengaran laungan ini di nubari kita?

"Ramai orang memandang sinis pada orang yang tamak beribadah seolah-olah lupa dunia, sedangkan berapa ramai yang tidak dipandang serong bila tamak dunia dan lupa akhirat." [Dr Yusof Abbas]

May Allah bless and keep us among the pious.

Sahabat penulis merupakan pelajar Sarjana Kejuruteraan Kimia yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Julai jam 11.20 p.m Malaysia setelah beberapa minggu terlantar di ICU menderita osteosarcoma selama beberapa tahun. Penulis terkilan tidak sempat menyiapkan artikel ini sepenuhnya sebelum sahabat pergi buat selamanya. Al-Fatihah.

Teman, betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan...

SekilaS Lalu

Gerak balas bio-kimia yang berlaku mengakibatkan badan menjadi kebas dan kadang kala kebiruan adalah akibat dari kekurangan darah beroksigen di bahagian otak. Masalah pernafasan adalah komplikasi yang berlaku pada paru-paru yang mudah di serang bronchitis dan sistem kardiovaskular yang lemah. Serangan pada bahagian saraf menyebabkan badan seakan lumpuh, tidak mampu bergerak kadang kala berubah 360 darjah apabila menjadi seolah-olah pesakit parkinson yang tidak mampu mengawal bahagian sendi dari menggeletar. Everything is out of my control.

Ditanya soalan maut oleh seorang hamba Allah.

"Sakit apa yang anti tak pernah rasa?"

Sudah pasti soalan maut di balas dengan kenyataan maut. Seronok juga menjadi seorang suka psiko. Hehe.

"Sakit mati belum lagi." Hakikat dan kenyataan yang PASTI.

Suatu ketika dulu "dia" merupakan "drug addict" kerana terlalu bergantung pada segala macam jenis ubat. Hampir setiap hari menelan purata 50 biji ubat yang mengakibatkan buah pinggang mengalami masalah kesukaran "menapis" bendalir badan dek kerana dihakis oleh bahan-bahan kimia.

Ramai sahabat rajin mengingatkan "dia" untuk menelan ubat, ada yang istiqamah mengingatkan makan ubat on time bahkan tak kurang juga yang memujuk untuk menjamah ubat-ubat. Tapi mereka sendiri bila demam menyinggah, 2-3 biji ubat pun malas nak telan. Ish ish ish... siapa yang sepatutnya lebih malas ni?

Tidak hairanlah "dia" digelar sebagai "mesin expired" semuanya "rosak" dek kerana kerakusan bahan kimia. Katakan TAK NAK pada dadah... Ngeh ngeh ngeh! Tambah pula selalu tak sedar diri dan terpaksa jadi "baby tua" yang sering didukung abi wa akhun (ni part paling tragis) akhirnya tulang belakang pula menjadi "mangsa" kerana merajuk dengan akhun, memilih untuk tidak di dukung sewaktu usia 14 tahun menyebabkan jatuh secara ekstrem, bengkok tulang belakang. Fuhhhh... Tak berjalan beberapa minggu.

Pengalaman manis ialah mengambil PMR selepas 2 minggu keluar dari ICU dan mendapat result ICU sebab study pun cara ICU, ahaks. Berkampung di hospital hampir sebulan untuk mengambil SPM. Memang layanan VVIP! Masa exam, boleh tidur seketika sebelum sambung exam. Jeles kan? Alhamdulillah. Itulah istimewanya jadi orang "istimewa". Kih kih kih :P

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas setiap "anugerah" ini. Berkat doa ummi wa abi, akhun wa ukhtun, sahabat sahabiah, muallimi... Ini lah perjalanan hidup seorang musafir. Khas dinukilkan atas permintaan arwah sahabat dan teristimewa buat ukhti Aisyah, ukhti Hafizah, ukhti Liyana Afiqah yang seringgggg sabar melayan kesengalan penulis dan semua sahabat. Barakallahu fiik.

Berkata Imam Ibn Jauzi : Dunia ini hanya untuk dilalui bukan untuk di ramaikan. (",)

Image Hosted by ImageShack.us

2 leaves:

IKRAB family 22 July 2008 at 15:41  

assalamua'laikum dik Ira.Pe khabar?
ni dtg visit villa ira ni ;)

Insyirah 23 July 2008 at 14:11  

Waalaikumussalam akak... hehehe... rinduuuuuunye dengan akak!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO