Diari Bakal Ibu
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, sebenarnya dari awal kehamilan membuat catatan di dalam Monolog Sepi. Banyak juga rentetan halangan sepanjang perjalanan untuk terus sampai ke tahap ini namun semuanya atas bantuan dari al-Khaliq, la haula wa la quwwata illa billah.
Bak kata ummi tempoh hari : "Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu, bukan senang nak jadi ibu. Kalau tidak, syurga tu bawah tapak kaki ayah."
Hihi, malu sendiri pula bila ummi cakap macam tu. Kata ummi, ana manja sakit sikit pun dah tak tahan. Tapi, kadang-kadang ana rasa sakit banyak je pun. Hik hik.
Trimester Pertama (0-12 minggu)
Alhamdulillah, ana berselera untuk menikmati apa jua yang terhidang di depan mata. Tak banyak kerenah atau memilih kerana tiada masalah tak berselera nak makan, pagi-pagi lagi semasa di rumah mertua dah dimasakkan nasi panas untuk ana. Garu kepala juga, selepas subuh dah siap masak nasi untuk ana. Tapi, sebab nak ambil hati makan juga walaupun tak lapar.
Ana tak ambil susu tepung ibu mengandung, ana konsisten mengambil susu kambing yang dicampur dengan madu sebab zauj kata Nabi minum susu kambing tentu ada hikmahnya, dan dari sudut saintifik juga susu kambing lebih baik dari susu lembu. Sengaja Barat mengatakan susu lembu bagus supaya umat Islam pun boleh ditarik hidung seperti 'lembu' yang menjadi pak turut berbanding dengan sikap kambing yang mana pengembalanya perlu bersabar dan menjadi penyabar!
Masuk minggu ke 10, sudah mula sakit belakang sehinggakan langsung tak boleh bangun beberapa hari dan kerap juga menangis sebab tak tahan sakit pada tulang belakang. Jumpa pakar perbidanan di PUSRAWI dengan kerusi roda, terus dimarah dan langsung ana jadi takut nak jumpa dengan beliau. Huhu, terkejut yang tak tahu nak diungkapkan bagaimana. Namun, kata-kata dari seorang pakar lain sedikit sebanyak meredakan gelora hati dan meneruskan kandungan tanpa berpatah balik ke belakang.
Saat kesakitan tulang belakang menerjah, tak tahu nak cakap macammana tapi dah bersedia dari sudut mental kerana masalah tulang belakang yang lalu masih ada sisa-sisa yang berbaki. Pernah satu hari, kesakitan yang terlalu sangat dan zauj terus lafazkan kalimah yang dirasakan luluh jantung mendengarnya.
"Kalau tak tahan sakit, kita stop. Kita jumpa doktor ye."
Sejak dari itu, sesakit mana pun akan terus pujuk-pujukkan diri. Benarlah seperti apa yang ibu angkat ana katakan bahawa anak dalam kandungan akan memujuk ibunya. Bila resah, bila sedih maka diingat-ingatkan tentang anak maka hati terus terpujuk. Begitulah Allah memujuk hati para ibu, begitulah kasihnya seorang ibu pada anak-anak meskipun anak belum lahir lagi namun setinggi mana sekalipun kasih seorang ibu terhadap anak, jauh lebih tinggi dan jauh lebih luas lagi kasih sayang Allah kepada makhluk Nya. Allahuakbar.
Trimester Kedua (13-27 minggu)
Mula mengada-ngada memilih makanan, tak boleh makan nasi. Jadi, menggantikan nasi dengan memasak bubur. Mempelbagaikan jenis bubur supaya tak jemu, tak nak nanti tak boleh telan bubur lagi. Hari-hari buat bubur nasi tapi pelbagaikan cara masakan. Namun, hanya bertahan selama 1 minggu sahaja kemudian tengok bubur nasi pun terasa kembang tekak. Hihi.
Baru nak mula muntah-muntah, pernah sampai terduduk dek kerana batuk dan muntah sekaligus. Sakit perut jangan cerita, kejang sangat rasanya. Namun, picisan sangat rasa yang bertandang kerana ada ibu yang hamil sehingga 9 bulan pun masih morning sickness (muntah-muntah) lagi. Bak kata Kak Nita *member of secret group*, masa mengandung 9 bulan pun muntah lagi tapi ada style muntah, mana boleh mengadap ke depan sebab perut dah besar, muntah pun pusing kepala ke tepi je. ^__^
Bila sudah hampir 6 bulan, maka ana pun dah tak menghadapi morning sickness (selalunya muntah waktu malam, jadi night sickness lah kan? :P) Kesian zauj sebab selalu temankan ana muntah waktu malam sampaikan boleh pula ditanya.
"Belum habis lagi ke?"
Ingatkan morning sickness hanya trimester pertama je. Hehe... Dah kesian sangatlah tengok ana asyik muntah je tapi ana rasa tak teruk mana pun dibandingkan dengan ibu-ibu lain. Masuk trimester kedua ni tulang belakang semakin dapat membiasakan diri dengan perubahan fizikal, biasalah awal-awal tu rahim sedang mengembang dan tulang belakang 'terkejut' dihimpit dan tak nak mengalah, akhirnya Allah suruh tulang belakang mengalah juga supaya baby tak jadi mangsa pergaduhan rahim yang nak mengembang dan tulang belakang yang membengkok. Alhamdulillah.
Masa ni dah suka tengok baju baby, hip hip hooray! Eh, padahal sebelum kahwin masa muda belia remaja kanak-kanak riang ria pun suka tengok baju baby. Semuanya nampak comel, semuanya nampak sweet je. Tapi, kenapa kalau baju perempuan seolah-olah wajib warna pink ya? Hairan juga, tapi pink sangat sweet untuk perempuan, ehem ehem blog ni warna apa ye? :D
Berat naik tak banyak, sangat konsisten. Paling sedikit naik 0.4 kg dan paling banyak naik 0.6 kg, jadi ramai orang tak sedar pun yang ana mengandung. Hihi...
Trimester Ketiga & Term (28-40 minggu)
Dah mula sakit belakang semula, tapi asyik kena marah dengan nurse sebab perut yang tak berapa besar ditambah pula dikatakan ana pakai pakaian yang ketat. *musykil*
Bila tengok sekeliling, terasa hati juga. Kenapa orang lain tak kena marah, huhu. Yang pastinya sepanjang mengandung tak ada satu pun baju mengandung, uwaaaa... (nak kene claim dengan encik zauj ni :P) Sentiasa pakai jubah dan jubah tu semuanya dari zaman remaja kanak-kanak riang, sekarang masih boleh dipakai kerana sekarang pun masih kanak-kanak juga cuma kanak-kanak blackcurrent la. ^_~
Jubah (atau abaya dan maxi) adalah pakaian yang sangat available tak kiralah bila pun, ia sangat sesuai dipakai oleh semua muslimah dalam setiap aktiviti. Tapi, ana tak setuju jubah yang fesyen entah apa-apa dan mengikut bentuk badan. No, no, no! Maksud ana jubah yang tiada potongan di pinggang dan pinggul.
"Abang, kalau orang mengandung nampak susuk perutnya tu kira menampakkan susuk tubuh badan juga ke?"
"Kalau dia memang dah pakai baju besar tapi masih nampak, itu tak menjadi masalah. Nak buat macammana dah semuanya (bahagian badan) membesar tapi kena la pakai baju besar."
Jadi, kesimpulannya bukan semua maternity dress tu menutup aurat kerana banyak yang hanya paras lutut/betis sahaja, berlengan pendek dan macam-macam fesyen.
Ada beberapa jubah yang ana sudah tidak berani pakai kerana bimbang tidak cukup besar untuk menutup aurat (bukan membalut urat), zauji menawarkan jubahnya untuk dipakai kerana kebiasaanya jubah lelaki kembang di bawah. Hohoho...
Tapi, sangat puas hati kerana berjimat tidak memerlukan "baju baru" kerana semua baju dahulu zaman remaja belia kanak-kanak riang pun ummi sentiasa belikan baju yang besar. Bila mengandung, tak perlu baju baru pun. Best...! :)
2 minggu lepas, sangat terkejut melihat peningkatan berat yang menaik dengan sangat cemerlang! 4.5 kg dalam masa 5 minggu... hohoho, terasa seperti kueh apam je pipi ni gara-gara 'addict' dengan air bergas dan waktu malam jiran berikan Nasi Lemak, phewwww... Jiran pula yang salah? Ngeeee. Alhamdulillah, berat kembali stabil. Hari ini timbang (check up), berat hanya naik 0.4 kg.
"Timbang haritu, baby yang berat..." Lalalala...
Tadi, ambil hp dan letak dekat dengan belly, pasang lagu "Indal Fajri Kuntu Usolli" dan baby bergerak-gerak dengan riangnya, kemudian zauj suruh tukar sebab zauj kata baby rimas dengar muzik. Uhuks! Kemudian, pasang surah al-Fatihah & surah Yaasin. Masya Allah...! Guess what?
Terasa baby berpusing, maksud ana bukan hanya melakukan pergerakan tetapi badannya ana rasakan berpusing. Terus ana teringatkan video dalam youtube, bayi sujud mendengar kalamullah. Masya Allah, Allahuakbar! Bila baby nakal, zauji akan bacakan kalamullah dan serta merta pula baby jadi soleh diam mendengar. Allahuakbar...
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan menyumbat di kedua telinganya; maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. (Surah Luqman ayat 7)
Kita yang mendengar alunan al-Quran, bukan saja tak nak diam (untuk mendengar) malah buat tidak endah saja. Allah... Insaf rasanya dengan pengalaman sepanjang proses kehamilan ni.
Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. (Surah Luqman ayat 22)
Insyirah Soleha
19 leaves:
moga menjadi ibu yang tabah.. hehehe, akak ni time ngandung ok, cuma ngandung bongsu je macam2 hal..
tapi cabaran lebih hebat selepas bergelar ibu
assalamualaikum
seronok baca kisah yg adik coretkan kali ini..brtuah dipilih olehNYA utk bergelar seorang ibu.
Moga adik dan baby sentiasa dalam perlindunganNYA.
syirah bakal baby laki ke perempuan dan insyallah baby nanti soleh/solehah
Alhamdullilah...muga semuanya di permudahkan Allah..
Muga segalanya Di permudahkan
kak aida, owh fateh banyak hal dalam perut ibu yer? tapi kan dalam ramai2, fateh yang mukanya nampak lain dr yang lain ^_^
wa'alaikumussalam kak noor azlen.
alhamdulillah, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan :) Insya Allah, semuanya milik Allah...
terima kasih atas doa :)
aamin, doakan baby jadi anak yang soleh/solehah ya :)
zauj kata jangan percaya dengan scan doktor, jadi... takmo cakap lah. insya Allah bila dah keluar nanti tahu lah rijal atau imraatul :)
terima kasih anonymous :)
Assalamualaikum..
seronok baca blog akak..
besarnya pergorbanan seorang ibu.. :')
jage diri , iman , amal & Islam yup..
Semoga dapat melahirkan ulama' yg cemerlang di dunia dan di akhirat jugaa...aaminn..
Wassalam.~
salam.. jemput2 la ke my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau berminat nak baca my travel experiences ke 46 buah negara.. :)
btul 2..bile kite semua mengandung..baru tau knp Allah kate syurga bawah tapak kaki ibu..rupenye bukan mudah utk mngandung n melahirkan jundullah..kan..?
tapi ia pengalaman yang sangat membahagiakan..
as'kum kak..
bestnyer bile bc citer akak ni.. muda2 lg dah jd bkl ibu.. thniah! :D
seriously sy pun jd x sbr je nk rasai pengalaman as seorang ibu wit da 'baby' tu! msti seronokkan!
moga akak dikurnai anak yg soleh.. ;)
w'slm..
wah, kak Syirah dah nak dpt baby! ^_^
tahniah kak! indahnya jadi seorang Ibu ^_^
Yang Bertaqwa Kepada Allah :
Waalaikumussalam.
Aamin, terima kasih atas doanya.
Doakan kami ya :)
Kak Long,
setiap pengalaman mengandung setiap ibu adalah berbeza bahkan seorang ibu kalau 4x mengandung maka setiap kali mengandung juga berbeza (jadi ada 4 pengalaman). Tak sama, ada orang sangat mudah, ada orang biasa-biasa sahaja, dan ada yang agak teruk melalui proses tersebut. Wallahua'lam.
Apapun, ia nikmat dari Allah. Anugerah buat hamba Nya. Insya Allah.
Nur :
Waalaikumussalam.
Kalau hanya memikirkan perasaan sahaja memang rasa "seronok" tapi bila difikirkan "amanah" dan juga "tanggungjawab" sebagai seorang ibu untuk mendidik, maka hilang habis semua rasa seronok tu sebab takut tak mampu nak menggalas amanah Allah tersebut...
Zahratu Bilhaurah :
Alhamdulillah... :)
Assalamualaikum,
Maaf, tergerak hati nak bertanya.
Insyirah ada sakit tulang belakang ke?
Post a Comment