"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

10 May 2011

Terima Kasih Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama membiarkan blog sepi tanpa sebarang coretan, jauh membawa hati dan meredakan jiwa yang dilambung-lambung. Sesekali, melakar kisah dan menulis cerita di dalam monolog sepi sangat memberi kesenangan buat hati kerana kebebasan untuk mencoret apa sahaja lisan yang suka dan kalam yang bersulam duka kerana tinta sepi tersebut hanya akan sepi sepertimana sepinya sebuah monolog sepi :)

Sepanjang minggu lepas, Allah kirimkan dengan pelbagai berita... Alhamdulillah, setiap yang Allah hidangkan pastinya disedikan peluang untuk mengaudit diri sendiri (muhasabah). Hari Isnin minggu lepas, entah kenapa sakit sungguh perut sehingga mencuba pelbagai posisi untuk selesakan diri sehingga kurang prihatin dengan keadaan tulang belakang yang di'letak'kan pada posisi yang salah. Awal pagi Selesa sudah tidak mampu untuk bangun sendiri.

Setiap hari, zauji menguruskan dirinya dahulu dan pulang dari surau selepas solat Subuh barulah beliau akan bangkitkan ana dari pembaringan dan menyiapkan ana untuk melaksanakan solat Subuh. Alhamdulillah. Meskipun Allah menguji dengan sedikit kesakitan namun Allah hiburkan dengan seorang teman yang sangat penyabar. Berulang kali menyatakan kasihan pada Encik Zauj yang 'bersusah' payah menguruskan ana.

Namun, kata-kata zauji sungguh mengharukan.

"Nak pelik apa, biasa je. Kita bukan duduk dalam Syurga."

Benar, kita masih di dunia. Susah dan senang, ranjau dan duri, pahit dan manis adalah rentetan kehidupan yang saling berkaitan. Ada tawa dan duka kerana setiap campuran perisa perasaan tersebut apabila dilandaskan dengan keimanan dan taqwa kepada Allah, insya Allah kita akan lebih menghargai setiap peluang yang Allah hadirkan. Bukan semua orang Allah berikan kesakitan secara 'percuma' semata-mata untuk menganjari dengan pahala!

Sakit tercucuk duri juga akan menjadi kaffarah kepada dosa-dosa, alangkah baiknya Allah!

Hari Rabu, keadaan makin kesakitan dan kaki kiri membengkak dengan sangat gebu melebihi gebunya kueh apam! Zauj mengeluarkan kerusi roda kerana bimbang ana terjatuh semasa 'merayap' memegang dinding setiap kali mahu berjalan. Bukan tidak mahu melatih tulang belakang menjadi lebih kuat tetapi bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang.

Hari Khamis masih menggunakan kerusi roda dan kaki juga belum surut bengkaknya. Ditilik-tilik, hanya kaki kiri yang bengkak makanya kesimpulan dibuat sendiri bahawa bengkak akibat sakit belakang dan bukannya bengkak kerana mengandung (seperti kebiasaan ibu hamil lain) kerana keadaan bengkaknya yang berbeza tambahan pula hanya kaki kiri yang bengkak.

Hari Jumaat, Allah memudahkan kepada 3 orang kakak yang ana kenali menerusi facebook untuk datang berziarah. Allah, terharu sungguh tambahan pula seorang kakak itu mengenali ana melalui blog .:: HaRuMaN MaWaR ::.

Awalnya, zauji mahu menyediakan Nasi Afghan buat tetamu yang bakal bertandang ke rumah namun rencana terpaksa dibatalkan kerana ada keperluan untuk ke UKM. Tetapi, bimbang untuk tinggalkan ana sendirian di rumah maka zauji menunggu tetamu yang mahu datang namun belum juga sampai. Zauji maklumkan kepada sahabatnya tentang keadaan ana dan beliau tidak mahu meninggalkan ana sendirian di rumah.

Kalau orang yang belum berkahwin, mungkin akan berfikir "macam dia je ada isteri" namun sahabat encik zauj sudah berkahwin dan lebih faham kerenah dalam rumahtangga. Alhamdulillah, beliau juga tidak lokek untuk membantu memudahkan urusan zauj. Allah beri sedikit kesusahan namun Allah hadiahkan sahabat-sahabat yang baik, alangkah baiknya Allah!

Tetamu yang bertandang bukan dengan tangan kosong, dibawa bersama Nasi Ayam, Kek Batik dan Puding Traffles. Sangat berhajatkan Kek Batik kak Jie namun balik Kelantan haritu tak sempat nak manja-manja, rindu dengan Kek Batik buatan Aisyah namun beliau sedang sibuk dengan final project. Alhamdulillah, setelah berbulan menunggu akhirnya Allah 'hadiahkan' Kek Batik dengan penuh kasih sayang dari kakak 'supermodel'. Bukan hanya Kek Batik tetapi dengan Puding Traffles yang diidam-idamkan sejak sekian lama. Alangkah cantiknya aturan Allah :)


Bukan "geng" ninja/niqab, kebetulan saja semuanya yang datang adalah muslimah berniqab.

Sahabiah yang bertandang ke rumah adalah kakak-kakak yang sangat sporting! Zauji ingatkan sahabiah semuanya bujang, terkejut beliau rupanya tetamu ana pada hari Jumaat tersebut adalah ibu-ibu orang. Hihihi... Kak Zima, already 'super senior' sampaikan suaminya perli sebab beliau yang paling senior dalam kumpulan (facebook) kami. Kak Nita, anak sulungnya sebaya dengan adik ana yang bongsu (12 tahun). Kak Reen, sedang sarat mengandung anak ke-3. Masya Allah, mereka kakak-kakak yang sporting!

Sejenak bersama mereka, terasa hilang kedukaan yang bermukim di desa hati. Alhamdulillah, senyum dan ketawa dengan kerenah anak-anak mereka, terhibur dengan keletah penghuni Syurga sehingga terlupa diri yang sedang sakit. Jazakillah khairan jaza'.

"Nanti ustaz balik terkejut tengok Insyirah, tadi aku tinggal bini aku lain ni dah lain..." Hihi, senyuman yang terhias di bibir juga hiburan dari al-Khaliq dengan kedatangan kakak-kakak ini sungguh merawat ana. Alangkah baiknya Allah!

Alhamdulillah, hari Jumaat tersebut juga Encik Zauj bawa ana menghadiri majlis ilmu dan ana sudah boleh berjalan sedikit demi sedikit. Hari Ahad sudah semakin stabil namun 'tergelincir' pada simen semasa berjalan dengan zauji. Mujurlah sempat berpaut pada zauji, kalau sendirian saat itu tidak mustahil jatuh ke lantai... Sampai rumah terus zauji urut kerana urat sudah bengkak.

"Nak buat macammana, kaki tak ada mata kan?"

Ngeeee... Banyaknya hiburan dari Allah, terima kasih ya Allah. ^__~

"Makcik nak tanya, jangan kecil hati ye."

"Nak tanya apa makcik?"

"Tak ada baby lagi ke?"

*Toink! Toink*

Dah nak bersalin pun *evil laugh*

"Insya Allah, tak lama lagi." Senyum je la... Hikhik!

Baby sangat soleh sampaikan semua orang yang tak tahu tak sedar kewujudannya yang suka sangat melompat-lompat dalam majlis ilmu ^__^

Insyirah Soleha

12 leaves:

Ummu Abiha 10 May 2011 at 18:05  

assalamualaikum... kak Insyirah,, moga Allah kurniakan kesihatan buat akak.. InsyaAllah,, ad hikmah =)

*soleh baby =D,, duk baik2 dlm prut ibu =)
*tringin jgk ni lawat akak insyirah =)

sufygirl 10 May 2011 at 19:36  

slm.

adik nakal! :P

mahu berkenalan juga dengan 'ninja2' yang baru. bolehkah? ^_^

Unknown 10 May 2011 at 21:18  

alhamdulillah..
terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusan kak insyirah dan memberi hiburan kepadanya dengan kehadiran teman yang istimewa.. (=

nOoR aSiaH 10 May 2011 at 21:43  

alhamdulillah...tersnyum dgr cter nie...m0ga sihat yer...take care... :)

Aneesah 11 May 2011 at 03:57  

Love this entry jugak. Sangat suka cara Insyirah ceritakan semuanya dalam sudut positif... banyak betul pengajaran yang kita boleh ambil sebenarnya dalam kehidupan seharian...

May Allah grant us all such a positive, sweet outlook on life, just like you already have. ^_^

:: Zahratu Billaurah :: 11 May 2011 at 08:01  

adik nak nangis, dah menitik dah...suka tapi tersentuh..='( peluk akak *peluk*

gembira adik tgk kak Syirah gembira! =)

akak ni nakal ea ^_~
ada teman istimewa seperti zauj akak semestinya rasa sentiasa sihat kan, sakit pun x terasa ^_^

akak, cepatlah timang baby! >__<

Mariah 11 May 2011 at 08:19  

Alhamdulillah..ana turut terhibur dengan coretan Insyirah.. :). Ana uhibbuki fillah!

Anonymous,  11 May 2011 at 10:04  

Sangat sweet baby tu...ngeh!! ^_^ Jaga Ummi ya... hehehheheh~ *Insyirah, sampaikan pd Baby* ^_^

DOnaTE yoUR blOOd 11 May 2011 at 10:22  

alhamdulillah, dlm ada duka..rupanya Allah berikan kemanisan buat kak...hehe :))

semoga kak diberi kekuatan dan kesabaran dlm bersabar...

tak sabar nk tau kak dh bersalin nnti =)

DOnaTE yoUR blOOd 11 May 2011 at 10:23  

alhamdulillah...ada peningkatan sikit tu kak =)

semoga kak diberi kekuatan dan kesabaran dlm bersabar...

nadia mustafa 11 May 2011 at 14:03  

Akak kuat~ Dan Allah tahu~

AnNa AltHaFunNiSa 11 May 2011 at 15:21  

masyaAllah akk..menariknye cerita akk..sayu sgt saya membace..smoga ia mngmbil iktbar..sweetnye rumah tggh tu..^__^

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO