"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 May 2011

Usah Dibuang Cemburumu

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin banyak catatan yang dilakarkan adalah tentang kewanitaan, ya kerana penulisnya seorang wanita jadi apa yang ditulis adalah apa yang menjadi fitrah seorang wanita. Kalau wanita menulis tentang wanita, itu biasa tetapi apabila wanita menulis tentang lelaki mungkin point of view akan berbeza kerana lelaki dan perempuan memang tidak sama. Zahirnya saja sudah berbeza, apatah lagi emosi dan juga watak.

Ada seorang pembaca yang menyarankan untuk menulis tentang lelaki... Mungkin kerana banyak menulis tentang hal ehwal kewanitaan. Raikan saja, dalam masa muhasabah diri mungkin boleh memberi manfaat kepada mereka yang sudi.

Seorang lelaki diciptakan mempunyai emosi yang tidak selemah wanita, zahirnya gagah kerana Allah menciptakan lelaki untuk menjadi pemberi nafkah kepada wanita, penjaga wanita dalam segala hal ehwal dunia dan akhirat. Allah juga mentakdirkan seorang lelaki lebih baik dalam urusan mengawal emosi berbanding wanita, tetapi tidak dinafikan apabila rohani dibiarkan sepi maka emosi lelaki juga sukar untuk dikawal maka lahirlah lelaki yang berwatak bengis (dan sifat mazmumah lain).

Perasaan cemburu selalunya lahir apabila kita menyayangi seseorang. Apabila kita menyayangi isteri/suami maka kita akan cemburu melihat ada insan lain yang menyaingi kasih sayang kita terhadap insan yang kita kasihi. Kita cemburu apabila melihat adik-beradik yang lain mendapat perhatian lebih dari ibubapa. Kita cemburu melihat kejayaan rakan-rakan yang berada di sekitar. Kita cemburu melihat nikmat yang dimiliki oleh orang lain tetapi tidak kita merasai nikmat tersebut.


Cemburu itu perlu di dalam diri manusia tetapi tidak perlu diletakkan pada semua tempat. Cemburu harus bertempat. Ada tempat (masa dan ketika) kita perlu merasa cemburu bahkan wajib untuk menjadi cemburu, ada pula suasana kita tidak perlu merangsang perasaan cemburu dan semestinya kita perlu membuang perasaan cemburu buta.

Buat para lelaki... Sebagai seorang ayah, suami, abang mahupun adik... Seharusnya perasaan cemburu tidak dibuang atau dikuburkan sedikit demi sedikit yang mana akhirnya semuanya hilang dimakan usia dan yang tinggal hanyalah perasaan kasih tetapi tanpa adanya cemburu apabila melihat insan yang dikasihi 'dizalimi' tanpa pembelaan.

"Bila kita sayangkan seseorang, kita nak sama-sama masuk ke Syurga dengannya atau setidak-tidaknya kita tidak menjadi penyebab dia terjerumus ke dalam Neraka."


Di dalam al-Quran, Allah ingatkan para lelaki bahawa isteri dan anak-anak adalah ujian kepada kalian. Ujian dalam mendidik untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, ujian dalam mencari nafkah yang halal dan barakah, ujian dalam membentuk keluarga sakinah, dan macam-macam ujian yang sudah Allah beritakan kepada kalian namun jarang sekali yang ambil iktibar.

Bila melihat para wanita tidak memakai pakaian mengikut syara' secara peribadinya diri sendiri yang malu kerana setiap wanita itu tidak banyak bezanya. Apa yang ada pada wanita di luar, itu jugalah ada pada wanita ini... Kerana itu, Rasulullah pernah menasihatkan apabila seorang suami yang melihat wanita dan berkeinginan terhadap wanita tersebut maka dia perlu segera bertemu dengan isterinya kerana apa yang ada pada wanita tersebut, ada pada isterinya.

Namun, para lelaki kini sudah semakin terhakis perasaan cemburu terhadap insan yang dikasihi.

Tiada lagi rasa cemburu apabila isteri/anak/kakak/adik mempamerkan perhiasan (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) malah merasa bangga apabila susuk montok dan jalan penuh lenggok wanita dibawah jagaannya menjadi perhatian ramai.

Tiada lagi rasa cemburu apabila wanita di bawah jagaannya tidak melaksanakan syariat Allah, tiada rasa kasih pada mereka yang tidak melaksanakan solat, tidak berpuasa... Semuanya bagaikan kasih tanpa rasa, seolah-olah hanya kasih kepada nafsu sendiri.


Pernahkah terlintas atau tertanya:

"Aku ni tak cemburu ke bila lelaki lain melihat perhiasan (yakni fizikal) isteri atau anak-anak?"

Pernahkah para wanita tertanya :

"Ayah ku/suami ku/abang ku/ adik (lelaki) ku, tidakkah terbit rasa cemburu apabila aku mempamerkan auratku di hadapan orang lain?"

Mungkin kalian terlupa...

"Bila kita sayangkan seseorang, kita nak sama-sama masuk ke Syurga dengannya atau setidak-tidaknya kita tidak menjadi penyebab dia terjerumus ke dalam Neraka."

Wahai lelaki budiman yang beriman, usah dibuang cemburumu...!

Wallahua'lam


Insyirah Soleha

2 leaves:

Anonymous,  27 May 2011 at 02:38  

mohon share di fbook :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO