"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 December 2010

Macam-Macam Ragam

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang belajar dan masih cuba untuk menyesuaikan diri yang sedang berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah, walaupun masih belajar dan akan terus belajar namun panjatan syukur kepada Allah atas kekuatan yang Dia pinjamkan. Trimester pertama kehamilan, ana kira agak sukses tanpa morning sickness yang teruk seperti bakal-bakal ibu yang lain tambahan pula anak sulung selalunya mengalami morning sickness yang berlanjutan sehingga trimester ketiga!

Sekadar sakit tulang belakang dan sakit pinggang, bagi ana yang sudah mengalami masalah tersebut mungkin agak lali. Ada ketika, sakitnya sangat mencucuk sampai duduk dan menangis. Tanpa ambilan pil mahupun suntikan penahan sakit, digagahkan juga untuk bertahan. Satu ketika, tak tertanggung sakit belakang sehingga hanya melihat raut muka zauj sambil menangis. Dan... Semakin kuat menangis bila zauj mula sebak. Sangat-sangat sedih okey...

Mula memotivasikan diri, ana harus kuat. Ana mesti kuatkan diri, kalau ana lemah mesti baby lahir kuat menangis. Nanti, tak boleh salahkan baby kalau baby banyak menangis sebab ummi asyik menangis je masa mengandung. Huk huk... Ana tak mahu dipersalahkan, jadi kena tanam semangat kental kuat-kuat. Nak jadi ummi tak boleh menangis lagi macam dulu-dulu, sakit macammana pun kena senyum lebar-lebar ^____^

Ibu angkat pesan, rahim sedang mengembang sebab baby semakin besar maka rahim menolak tulang belakang jadi tidak pelik kalau ana semakin sakit. Semakin besar baby, semakin rahim mengembang, semakin tulang belakang kena tolak. Bila baby besar, dah mula menendang dan boxing maka semakin memberi tekanan pada tulang belakang. Dan, good news ialah, ana tidak dibenarkan untuk menjalani terapi sepanjang tempoh kehamilan. Yes! Satu azab dah terlepas... Hik hik.

Kaki kiri dari bulan kedua dah membengkak, tak apa. Aja-aja fighting. Paling lama pun dia nak bengkak sampai baby lahir, lepas bersalin insya Allah terus hilang bengkak. Kena berlatih dan mujahadah mengiring ke kanan meskipun semakin hari semakin selesa mengiring ke kiri sebab kesakitan akan berkurangan bila mengiring ke kiri tetapi untuk kebaikan diri dan tulang belakang juga baby yang nanti akan 'terlatih' duduk sebelah kiri pasti menambahkan kesakitan maka nak atau tak nak, sakit atau tidak, selesa mahupun tidak kena paksa juga mengiring ke kanan. Lebih-lebih lagi, Nabi juga mengiring ke kanan. Iyah, aja-aja fighting! Kalau tak berjaya juga, nanti kena ikatkan badan ke kanan supaya tak bergerak :)

'Baby, jangan duduk sebelah kiri ye... Huhuhu.'

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(Surah Luqman ayat 13)

Duduk saja-saja, baca surah Luqman dan boleh rasa heart beat baby makin meningkat. Subhanallah. Tiba-tiba jadi sangat sentimental, teringatkan ummi. Terbayang masa ana dalam rahim, mungkin ini juga la yang ummi selalu buat. Kadang-kadang zauj akan bacakan nasihat-nasihat Luqman juga beberapa ayat dari surah yang lain, terasa heart beat baby akan meningkat. Terbayang pula pada abi, mesti abi pun selalu baca nasihat demi nasihat semasa kami anak-anak masih dalam rahim ummi.

"Insyirah, alhamdulillah bagusnya awak boleh makan nasi."

Ana garu kepala. Orang mengandung tak boleh makan nasi ke? Semakin pelik dan bertambah pelik bila semua orang pelik melihat ana makan nasi. Ibu mertua, awal pagi lagi sudah menanak nasi dan masak lauk untuk ana bersarapan. Wah!

"Syirah boleh makan nasi tak?" Ibu mertua masih lagi memujuk ana bersarapan dengan nasi yang masih panas. Orang Kelantan, makan nasi awal pagi. Ana sudah terbiasa dengan tarbiyah ibu mertua, tetapi belum terasa lapar.

"Boleh."

"Kalau boleh, jom makan. Masa mengandung, Ma tak leh makan nasi. Bau orang masak pun Ma dah muntah." Hihi, hampir setiap hari kena paksa makan nasi dan ana yang boleh makan nasi terasa semakin mengembang. Isk isk.

Itu cerita trimester pertama. Masuk trimester kedua... Haiyo, demam tak bangun-bangun dan sangatlah tak larat (ini bukan kes manja mengada-ngada). Balik kampung untuk walimah sepupu pun ana tolong sikit saja tapi tidur banyak, sangatlah tak larat. Bila berjalan sikit, dah jadi macam ketam. Senget. ^_^

"Jalan dah senget dah tu..."

Hanya mampu ketawa saja. Nak berjalan pun tak larat. Hish... Manja! Tengok nasi pun macam orang kena paksa makan, huhuhu. Maka, belajar buat pelbagai jenis bubur. Sekali makan bubur, satu resepi. Setiap kali makan, resepi yang berbeza. Tiba-tiba, waaaaaa... Nak makan bubur masakan ummi :'(

********

Zauj dah masuk semester baru. Alhamdulillah, semester yang lalu lulus dengan bergaya. Meskipun masuk wad dan study last minute, setiap hari yang ada peperiksaan maka ana akan menyibuk untuk ikut zauj memandangkan kesihatan beliau yang masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Badan menggigil dan sangat-sangat pucat, berjalan dengan menggunakan payung sebagai tongkat. Setiap malam akan menemani zauj ulangkaji pelajaran bahkan assignment akhir beliau, ana buat 99%... Hoho!

"Lelaki yang buat master, yang dah ada isteri selalunya isteri pasti akan bantu buat assignment." Kenyataan dari ibu saudaraku yang juga seorang pensyarah.

Semester kali ini perlu lebih rajin dan lebih hebat. Insya Allah. Moga mumtaz! Tengok sijil (kalau tak salah) Daurah Hadith, ada yang dapat markah 100% maka ana garu kepala. Entah macammana la zauj study... Tapi, zauj mengaku malas study. Haha. Study smart, not hard :P

Melihat keputusan zauj yang lulus dengan bergaya, provokasi beliau supaya ana sambung belajar buat ana tersenyum lebar. Chaiyok! Insya Allah, akan meneruskan cita-cita tertangguh dan mungkin akan sama-sama belajar dengan zauj. Tapi, that time zauj buat PhD la kot... Haha. Tingginya harapan. :)

*******


Selamat Pengantin Baru

Moga kekal sehingga ke akhir hayat.
Dapat zuriat yang soleh solehah.
Barakallahu lakuma wa baraka alaykuma wa jamaa bainakuma fi khayr. Insya Allah.

p.s : Paling suka aksi-aksi ini... :)

Salam Mujahadah,
Insyirah Soleha.

18 leaves:

atieshabinafsha 29 December 2010 at 21:58  

Assalamualaikum warohmatullah. Tahniah bakal bergelar Ibu, semoga anak yang bakal lahir menjadi pemangkin kepada generasi islam yang soleh dan solehah. Akak selalu juga jenguk blog ni, baru hari ni rasa nak meninggalkan jejak. Salam perkenalan dari k.aisyah.

::nurunnysa:: 29 December 2010 at 23:58  

salam kak syirah..
mesti ak soleh solehah..
nysa doakan kesihatan baby ok je.
umi n abi dy juga :)

Ayu Saidi 30 December 2010 at 03:11  

moga baby n ummi nya sentiasa sihat...
susah jgak mngandung nih... =_=
satu cbran besar utk wanita
moga tabah!

Anonymous,  30 December 2010 at 08:32  

sy suka sgt baca entry2 awk.btw,kita sebaya,tapi sy masih belajar :)
semoga Allah mempermudahkan segalanya buat awak.

Mujahid Pemburu Syahid 30 December 2010 at 14:38  

Kak, Blogny baguss, keren.... Pengen buat kayak gini...
fb sya add dong kak... denmasmister@gmail.com
Ya kak...

The lady ♥ 30 December 2010 at 18:29  

salam. lama dah xberkunjung ke sini. (: wahhhh~! alhamdulillah akak mengandung rupanya. moga si *Comel jadi soleh/ah spt umi dan abi nya. amin.

*Comel: sukati sy je kan bagi nama die comel. akak xkisah kan? (:

kEmBaRa 30 December 2010 at 20:21  

assalamua'laikum....

tahniah buat akak sekeluarga...
semoga zuriat yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh, dan sentiase dibawah rahmat dan kasihNYA...insyaAllah ameen......

Insyirah 31 December 2010 at 16:17  

Waalaikumussalam kak Aisyah.

Alhamdulillah. Doakan kami :)

Insyirah 31 December 2010 at 16:18  

Nurunnysa :)

Bukankah dalam al-Quran Allah sudah terangkan bahawa seorang ibu mengandung dengan SUSAH PAYAH dan melahirkan pula dengan penuh SUSAH PAYAH lalu menyusukan pula 2 tahun... Hihi, tapi takde la sangat. Sebab Allah dah campakkan sifat Nya kepada ibu-ibu, sifat penyayang :)

Insyirah 31 December 2010 at 16:25  

Nabilah :

Moga berjaya dunia dan akhirat :)

Insyirah 31 December 2010 at 16:26  

Hartini :

Doakan kami :)
Mudah-mudahan bertambah syukur kepada Allah.

Insyirah 31 December 2010 at 16:27  

Kembara :

Terima kasih dik, moga Allah merahmati dan mengampuni kita semua. Mohon doa ya :)

Insyirah 31 December 2010 at 16:28  

Ayu Saidi

Moga doakan kami :)

Izzati Hashim 31 December 2010 at 19:13  

Salam.

wah~ di usia muda bakal bergelar ibu, tahniah enti (=

moga Allah tambahkan lagi pahala bila sakit itu dtg! enti kena kuat, nanti baby lahir tak manja hehehe

moga semuanya selamat yer (=

ummu 2 January 2011 at 01:59  

asslamualaikum dik
masa hamil dulu,akak mencari2 artikel pengalaman OKU fizikal yang hamil di internet tapi tak bertemu.
akhirnya akak tawakkal je kepada Allah,walaupun kompilasi sangat banyak.lalu akak terasa nak menulis di blog tapi rasa tak punya kekuatan, naktulis buku,rasa tak mampu nak hadap komputer lama2.
semoga Insyirah dan baby sihat2 selalu.insyaAllah.
p/s;moga2 bengkak kaki Insyirah itu bengkak kaki biasa ibu hamil.akak dulu pernah alamai bengkak kaki sewaktu hamil (DVT).

Anonymous,  2 January 2011 at 20:05  

didoakan semoga syirah sentiasa kuat smgt utk menjaga kesihatan diri & anak ye

NURUL FARHANA BINTI HARON 3 January 2011 at 14:03  

alhmdulillah syukkur sangat sbb dah nak bgelar jadi ibu...seronoknya( eh2 kita lak yg lebih2 ni...n_n)
k ana sntiasa mndokan yg tbaik bt syira sekluarga..moga dalam rahmat dan panduan NYA selalu..amin

Insyirah 5 January 2011 at 09:40  

Salam buat Ummu,
kaki saya bengkak disebabkan masalah tulang belakang :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO